Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersama-sama Kita Dapat Hapuskan Karma Dunia, Bahagian 3/3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jadi tolong dengar semua kata-kata berakal yang saya beritahu anda ini. Menjadi vegan. Tiada karma bunuh lagi. Tiada karma baharu lagi. Jadi mereka takkan ada karma bunuh untuk cetuskan peperangan apabila ia berlonggok menjadi longgokan keburukan yang sangat besar yang akan menjejaskan kehidupan kita. Ia akan tercetus di sesuatu tempat apabila terlalu banyak, terlalu berat. Jadi tolonglah, Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik. Saya asyik berkata begitu. Setiap hari, saya tulisnya dlm rancangan, dalam banyak slogan yang disiarkan di Supreme Master Television kami untuk anda tetapi itu sangat berakal.

Orang mati muda di merata tempat. Sesetengah penyakit tak pernah berlaku kepada orang muda sebelumnya, sekarang datang kepada orang muda, contohnya kanser. Banyak penyakit ganjil datang dan berterusan. Banyak virus ganjil datang dan berterusan. Banyak bakteria, virus purba telah kembali. Banyak haiwan ganjil dan penyakit ganjil melanda Bumi kita di merata tempat sekarang.

Seperkara lagi, pakailah pelitup muka apabila anda keluar. Jangan sentuh badan atau muka anda ketika berada di luar. Saya telah beritahu anda sebelumnya tetapi saya akan beritahu anda sekali lagi: lindungi diri anda, tidak kira apa pun. Ingatlah rayuan saya kepada anda. Saya bukan bercakap dengan anda sebagai seorang Guru, ketua spiritual atau apa-apa. Saya bercakap dengan anda sebagai jiran, kawan, saudara manusia anda, mengetahui bahawa bahaya menanti kita di merata tempat sekarang ini. Saya dilindungi tetapi kebanyakan daripada anda tidak. Saya rasa begitu risau, begitu bersimpati dengan anda. Bukan sahaja dalam hidup fizikal ini anda perlu menahan dan menderita tetapi juga dalam hidup selepas mati jika anda pergi ke neraka, ya Tuhan, ya Tuhan... Ya Tuhan, saya menitiskan air mata memikirkan itu, berapa banyak roh perlu menderita. Kerana apabila pergi ke neraka, anda ada badan lain yang dipanggil badan astral. Anda rasa lebih mentah, lebih sensitif daripada badan fizikal yang anda ada sekarang.

Jadi bayangkan jika semua karma ini hilang dan anda mengubah hidup anda untuk buatnya berterusan, berkekalan dengan karma baik, maka anda akan mengecap kegembiraan yang tak pernah dialami, kepuasan terbesar dan lebih banyak makrifat. Tiba-tiba, anda akan memahami jauh lebih banyak perkara dan ada lebih banyak kebijaksanaan. Anda akan hanya ada kasih sayang dalam hati anda dan kegembiraan dalam diri anda, keluarga anda, dengan orang tersayang dan semua orang yang anda nampak di jalanan dan bukan menderita akibat segala jenis penyakit, satu demi satu, kehilangan wang, pekerjaan, kesihatan, rumah, menjadi tak berumah, kehilangan nyawa disebabkan oleh bencana atau penyakit, dan menderita dengan tidak berhujung di neraka.

Jadi tolonglah, pilih yang baik, yang pertama: gaya seperti syurga di Bumi untuk diri sendiri, orang tersayang dan semua orang yang lain. Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik, jika boleh. Atau hanya bergembira apabila seseorang berbuat baik. Bergembira, beri galakan kepada mereka jika anda tak dapat berbuat baik. Banyak tindakan ialah perbuatan baik. Ambil cacing dan kembalikannya ke tanah berumput supaya ia dapat hidup. Ambil labah-labah dan letaknya di luar di mana ia dapat hidup dengan lebih baik daripada di dalam rumah anda yg kering. Jangan pijak mana-mana cacing, orang-siput atau serangga di taman atau lorong anda. Jangan makan lagi daging orang-haiwan yang berdarah. Biarkan mereka semua bebas. Tiada lagi rumah sembelih orang-haiwan, penternakan orang-haiwan. Tinggalkan daging semua makhluk. Amalkan diet vegan.

Kita ada banyak makanan utk dimakan. Pada zaman dahulu, orang tiada banyak daging orang-haiwan. Saya masih ingat di kampung saya, bukan semua orang ada daging orang-haiwan, bukan setiap hari, hanya apabila ada perayaan atau mereka adakan sambutan untuk sesuatu – jarang. Mereka terus hidup. Mereka rasa gembira, lebih gembira daripada generasi sekarang. Apa-apa yang saya beritahu anda, mungkin anda berfikir, “Oh! Itu hanya hal remeh dan perkara biasa. Sesiapa pun boleh katakannya.” Tetapi ini ialah kebenaran yang harus anda ingat dan amalkan.

Ketika saya adakan meditasi berkumpulan bersama anak murid saya di Perancis, seorang anak murid perempuan dari Rusia tetapi merupakan warga British, kahwin dgn orang British dan ada anak British, datang kepada saya dan berkata, “Apa yang Guru makan?” Itu, itu. Saya kata, “Oh! Saya makan ini, ini dan itu, apa-apa saja yg mereka masak utk saya.” Dia kata, “Oh! Saya akan belikan Guru makanan unggul. Saya akan suruh mereka belikan Guru makanan unggul.” Kata dan lakukannya. Pada kali yang lain, keesokan harinya atau lepas beberapa hari saya lihat saya ada makanan tambahan seperti kuinoa dan biji chia. Oh! Saya berfikir, “Oh! Ini makanan unggul ke?” Contohnya makanan ini. “Makanan unggul?” Dia kata, “Ya, Guru, makanan unggul yang sangat berkhasiat untuk Guru.”

Jadi mereka sediakannya, seperti biji chia, masukkannya ke dalam air untuk seketika, kemudian ia berkembang seperti jenis biji yang lut cahaya. Kita minum itu dengan sedikit pemanis seperti sirap agave. Itu makanan unggul. Juga bubuhnya pada salad untuk makan kononnya makanan unggul itu.

Saya tak kata apa-apa kepada mereka. Saya tak nak mengecewakan mereka. Saya kata, “Oh! Terima kasih. Saya akan makannya.” Tetapi saya berfikir, “Makanan ini saya sentiasa makan di jalanan di Âu Lạc (Vietnam) ketika masih kecil.” Kami malah makan pokok yang menghasilkan biji chia. Kami makan kuinoa. Kami makan sekoi. Segala jenis kononnya makanan unggul, kami sentiasa makan! Orang ada gerai beroda kecil di jalanan dengan ais dan mereka jual kepada kita biji chia ini di dalam air dengan lemon dan gula atau sirap manis dengan ais hancur di dalamnya. Oh, sedapnya itu! Kami sentiasa minumnya pada bila-bila saya dapat lihat gerai beroda ini berlalu pada waktu sekolah, bila-bila saja atau kami boleh sediakannya di rumah juga.

Saya tak pernah anggapnya sebagai apa-apa yang istimewa ketika masih kecil, sehingga waktu itu di Perancis apabila mereka perkenalkan kpd saya bahawa ia merupakan makanan unggul. Kemudian saya lihat di internet. Mereka tergila-gila dengannya. Di Âu Lạc (Vietnam), kami sentiasa minumnya ketika masih kecil atau remaja kerana cuaca panas, jadi kami melalui mana-mana gerai beroda tepi jalan, gerai beroda kecil, kami minumnya saja. Dan banyak makanan lain adalah normal, biasa dalam gaya hidup kami di Âu Lạc (Vietnam). Saya tak pernah hargainya, anggapnya berharga atau makanan unggul, apa-apa pun. Faham tak itu? Jadi banyak makanan biasa yang anda tidak hargai sebenarnya sangat baik untuk anda.

Jadi tolong dengar semua kata-kata berakal yang saya beritahu anda ini. Menjadi vegan. Tiada karma bunuh lagi. Tiada karma baharu lagi. Jadi mereka takkan ada karma bunuh untuk cetuskan peperangan apabila ia berlonggok menjadi longgokan keburukan yang sangat besar yang akan menjejaskan kehidupan kita. Ia akan tercetus di sesuatu tempat apabila terlalu banyak, terlalu berat. Jadi tolonglah, Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik. Saya asyik berkata begitu. Setiap hari, saya tulisnya dlm rancangan, dalam banyak slogan yang disiarkan di Supreme Master Television kami untuk anda tetapi itu sangat berakal. Ia tak kedengaran hebat atau sangai baik bagi anda tetapi ia berkesan. Ia akan memastikan bahawa hidup di bumi akan berkekalan, ceria, sihat dan puas, macam itu selama-lamanya, seperti di syurga.

Dan apabila anda meninggal, menanggalkan pakaian fizikal yang kita panggil badan ini, kita akan ada badan lain. Bergantung kepada berapa baiknya kita di sini, kita akan ada badan yang lebih baik. Kita ada banyak badan. Badan fizikal ini hanyalah salah satu daripadanya, ada badan astral, badan sebab akibat, jenis badan Brahman dan sebagainya. Saya beritahu anak murid saya dengan lebih banyak pada waktu inisiasi. Ini bukan sesuatu yang boleh kita sebut dengan sembarangan di mana-mana saja.

Saya berdoa agar Tuhan Yang Maha Berkuasa akan bantu kita dgn segala Kasih Sayang-Nya kpd kita, anak-anak-Nya supaya kita akan menjadi cukup kuat untuk mengubah hidup kita. Meskipun semua karma dihapuskan, dipadamkan sepenuhnya, kita perlu teruskan dengan cara hidup yang baik supaya kehidupan kita akan menjadi seperti di syurga, ada segalanya yang kita perlukan seperti mimpi menjadi kenyataan. Amin. Terima kasih kerana dengar; terima kasih kpd anda kerana mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik untuk diri sendiri, orang tersayang dan kita semua di planet ini. Amin. Semoga Tuhan kasihi anda. Semoga Tuhan berkati anda. Semoga Tuhan rahmati anda. Semoga Tuhan kurniakan lebih banyak makrifat kepada anda supaya anda boleh mendapat pembebasan, boleh benar-benar rasa Tuhan mengasihi anda, boleh rasa bahawa hidup anda tidak dilahirkan dengan sia-sia saja dalam kejahatan dan gaya hidup lalai tapi sebaliknya dlm kemuliaan, kesucian sebagai anak Tuhan. Saya berterima kasih kepada anda.

Jadi sekarang terpulang kepada anda untuk mengubah kehidupan anda, mengubah nasib hidup anda. Buatlah diri anda jadi insan yg lebih baik – mewakili Tuhan dan segalanya yang baik. Buat dunia ini menjadi tempat indah sebagaimana yang anda mahu miliki untuk diri sendiri dan orang tersayang. Terima kasih. Saya mengharapkan anda. Jika tidak, pencipta dan maya akan terus mencari alasan utk cuba cari jalan bagi menyeksa anda, menghalang perkembangan spiritual anda dan menyekat jalan anda ke syurga. Tolonglah saya. Jangan biarkan mereka menang lagi dengan cara jahat mereka. Tolonglah saya, juga bantu mereka membebaskan diri daripada kitaran kejahatan ini, daripada ilusi, daripada jenis hidup seperti neraka – membuat diri anda menderita untuknya. Tolonglah, tolonglah, satu kali terakhir lagi, tolonglah. Saya harapkan anda. Saya merayu kepada anda sebagai seorang kawan anda. Semoga Tuhan berkati kita semua. Semoga Tuhan kasihi kita semua, ampuni kita semua dan bantu kita mengubah menjadi lebih baik. Amin.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/3)
1
2023-09-18
10318 Tontonan
2
2023-09-19
7116 Tontonan
3
2023-09-20
5975 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android