Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersama-sama Kita Dapat Hapuskan Karma Dunia, Bahagian 1/3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Bayangkan segalanya sebagaimana yang anda mahukan, menjadi sebagaimana yg anda mahukan. Jadi itu langsung bukan kehidupan yang membosankan. Itu kehidupan Syurga, kebebasan sepenuh, kegembiraan sepenuh, keselamatan sepenuh, kesejahteraan, kesihatan, kepuasan sepenuh dan cukup apa-apa saja yang anda mahukan. Anda akan lihat kehidupan anda tidak kekurangan apa-apa pun. Anda akan berasa puas di mana-mana pada bila-bila saja. […] Anda semua akan mengetahui Berkat Tuhan – tahu secara sedar juga.

Maya, raja ilusi, telah dipaksa oleh raja syaitan ghairah untuk mengubah, menukar, padamkan semua karma di planet ini. Kononnya pencipta dunia ini telah dikurung dalam penjara kerana saya mendakwa mereka berdua melakukan kesalahan. Saya mendakwa pencipta dan maya, raja ilusi, kerana saya dapati mereka tidak buat apa yang dikatakan sekali lagi. Kerana pada suatu hari, raja ilusi, maya, menggunakan nama Guru Tertinggi atau Raja Keamanan. Ada banyak jenis Raja Keamanan: Raja Keamanan Alam Semesta, Raja Keamanan Planet, atau Raja Keamanan Dunia, contohnya. Maya menipu saya dengan menyamar sebagai Raja Keamanan Dunia, atau Raja Keamanan, atau malah raja syaitan ghairah untuk beritahu saya perkara palsu, cuba menimbulkan perpecahan antara saya dan orang-orang itu, atau malah Guru Tertinggi. Kemudian saya tinjau dan mendapati mereka tipu. Ini bukan kali pertama saya dapati mereka tipu tetapi nasib baik saya ada masa untuk tinjau.

Jadi saya beritahu mereka, “Ini tak benar. Engkau pun berani tipu aku. Aku tidak buat apa-apa yang salah. Orang-orang yang engkau sebut yang dikatakan berbuat salah terhadap aku itu, mereka tidak. Engkau cuba memecahbelahkan kami dan buat kami mungkin rasa saling bermusuhan. Itu tak betul. Itu tak benar kerana engkau sepatutnya jujur tetapi engkau tidak. Pencipta membenarkan engkau berbuat demikian untuk menipu orang, membohongi orang, membawa mereka ke jalan yg tak betul, kemudian menghukum mereka jika mereka berbuat salah. Jadi itu tak betul. Itu tak adil. Engkau dah sentiasa buat begitu. Banyak kali aku dapati engkau berbuat demikian, malah terhadap aku.” Jadi saya arahkan pencipta dibawa ke neraka kerana dia dan maya telah berbuat dosa, bertentangan dgn hukum mereka sendiri.

Jadi sekarang pencipta di dalam penjara, di neraka, menunggu. Dia belum perlu dibakar atau menderita lagi tetapi jika dia tak berubah, maka dia akan perlu dihukum sebagaimana dia menghukum orang lain kerana berbuat salah. Saya sangat gembira berbuat demikian. Saya tidak sesal membuat mereka alami kesusahan, neraka dan kurungan kerana ini apa yang mereka buat – membuat orang mengikut jalan yang salah, perbuatan yang salah, kemudian hukum mereka di neraka. Jadi saya kata, “Sekarang engkau alami akibat perbuatan sendiri.” Saya masih menunggu. Macam itulah. Apabila saya memaksa dia, dia perlu buat sesuatu untuk mengubah dunia ini menjadi tempat yang lebih baik dan tidak mengganggu atau menipu manusia, tidak menggoda manusia untuk buat perbuatan berdosa, kemudian menghukum mereka selama-lamanya supaya manusia atau semua makhluk perlu lahir semula selama-lamanya di dunia seperti neraka ini. Saya kata, “Ini bukan dunia tercipta yang baik. Ini neraka. Jadi engkau ubahnya.” Itu bagaimana ia berlaku.

Tetapi karma dunia tetap belum dihapuskan. Semuanya disebabkan oleh manusia. Mereka beritahu saya itu. Benar itu. Memang macam itu. Raja syaitan ghairah cuba bersungguh-sungguh utk buktikan bhw dia benar-benar berusaha sekarang untuk kebaikan seperti keamanan, dan veganisme, buat dunia ini jadi tempat yang lebih baik sebagai pertukaran untuk kebebasan dia dan syaitan bawahannya. Kerana saya juga mengugut dia tempoh hari bahawa jika tiada apa-apa yang berhasil dan dia tidak ikhlas, mereka semua akan berada di neraka dan kali ini tiada keringanan hukuman lagi. Jadi dia cuba memaksa raja ilusi, raja karma, supaya mengubah karma, memadamkan karma, bermakna orang di dunia dan makhluk di sini takkan ada sebarang karma lagi. Tetapi mereka kembali kepada saya. Mereka kata kpd saya, “Kami telah cuba. Tetapi itu perlu ada persetujuan dan kerjasama orang juga,” maksud saya manusia di planet ini. “Manusia jawab bahawa jika semua karma dihapuskan dan semuanya selesai, maka mereka khuatir mungkin mereka ada watak yang ‘membosankan’ dan mungkin takkan tahu bagaimana nikmati kehidupan mereka.”

Jadi saya berkata kepada mereka, “Itu mungkin alasanmu saja.” Saya berkata begitu kepada raja ilusi, maya, dan pencipta. “Itu hanyalah alasan, kerana jika engkau dapat menyakinkan, memerangkap atau menipu mereka supaya menjadi orang jahat di Bumi, maka engkau dapat menyakinkan dan mencuba mengubah mereka menjadi orang baik di planet ini.” Tetapi mereka beritahu saya bahawa saya harus bercakap dengan anda juga – anda semua. Saya ada cuba. Saya kata, “Dah banyak tahun, banyak dekad aku cuba.” Jadi saya tanya orang – roh anda, orang anda, roh orang di planet anda – supaya jawab saya: “Mengapa anda berfikir anda akan menjadi bosan dan takkan ada apa-apa di sini untuk anda nikmati?” Anda berkata bahawa anda khuatir. Baiklah, sekarang saya akan cuba sedaya upaya sekali lagi untuk terangkan kepada anda, jelaskan kepada anda bahawa tidak seperti yang anda fikirkan.

Bayangkan, orang di Syurga ada segalanya yang diperlukan. Mereka tak perlu risau tentang wang, pinjaman gadai janji, makanan, kemalangan, cukai kerajaan atau pertukaran kerajaan menyusahkan mereka. Mereka tak perlu risau tentang bom atom dan senjata nuklear atau apa-apa pun seperti bencana, kekurangan makanan atau peperangan tercetus di mana-mana pada bila-bila saja, wabak datang saja semasa mereka tidak jangkakannya dan mengembangkan kuasanya terhadap nyawa orang termasuk mereka sendiri, keluarga, orang tersayang mereka. Jadi inilah kehidupan apabila semua karma buruk telah dihapuskan dan anda menjadi orang baik, manusia baik di Bumi. Kemudian apabila meninggal dunia, anda akan pergi ke Syurga, menikmati kehidupan yang saya beritahu anda tadi.

Di syurga, orang buat apa yang mereka mahu. Mereka tidak risau tentang apa-apa pun. Mereka tiada karma kerana mereka tak pernah buat apa-apa yang wujudkan karma buruk. Mereka bebas untuk pergi ke mana-mana saja dengan tekan butang pada tali pinggang atau hanya dengan berfikir saja, bergantung kepada mereka di Syurga apa, tinggi atau rendah. Apa-apa pun peringkat saudara-mara, kawan dan kekasih mereka, mereka tetap jalani kehidupan yg lebih tinggi seperti itu tanpa kerisauan, tanpa kesusahan – kebebasan sampai tahap maksimum yang dapat anda bayangkan. Itu di Syurga.

Di Bumi, bayangkan kononnya semua anak murid saya adalah vegan. Mereka mematuhi Lima Rukun, iaitu tidak mencuri, tidak berbohong, tidak berzina, tidak mengambil intoksikan dan tidak membunuh, dah tentu. Itu bukan perbuatan baik yang harus anda lakukan. Mereka tetap hidup gembira, lebih gembira daripada sebelumnya. Apa yg mereka buat hanyalah berdamai dengan diri sendiri, sesama mereka, dlm kumpulan saya sekurang-kurangnya, dan dengan anda semua di mana-mana pun mereka. Mereka tak menyusahkan anda. Mereka bantu anda dgn sebarang cara yang boleh atas arahan saya atau tidak. Mereka habiskan wang, tenaga, kasih sayang dan masa untuk membantu sesiapa saja dalam kesusahan. Orang-orang ini tak bersaudara dengan mereka – mereka bukan saudara-mara mereka, bukan kawan mereka, bukan kekasih mereka, apa-apa pun, hanya orang yang tak dikenali tetapi mereka datang dgn sepenuh hati, curahkan usaha untuk bantu mereka dan mana-mana daripada mereka mungkin ialah anda juga.

Mungkin saya malah bercakap dengan sesetengah drpd anda sekarang, banyak daripada anda sekarang yang pernah kami bantu tanpa mengetahui nama atau alamat anda, tak pernah menghubungi anda lagi untuk minta sebarang bantuan atau apa-apa pun daripada anda. Kami tidak harapkan anda menjadi anggota kumpulan kami, apa-apa pun. Mereka gembira. Jika tak percaya, anda cubalah cari mana-mana kononnya anak murid saya dan tanya mereka bagaimana kehidupan mereka sejak inisiasi, pengamal baharu pun. Pengamal baharu sudah alami kehidupan ceria, sihat. Sesetengah daripada mereka mendapat COVID-19 kerana tidak berhati-hati dengan apa yang dimakan. Mereka tidak baca label dengan teliti atau percaya itu vegan tetapi bukan.

Hari ini, kadangkala orang masukkan sesuatu yang ada bahan orang-haiwan ke dalam makanan, makanan dlm paket atau dalam ubat. Kadangkala mereka tak cukup berhati-hati. Mereka terlalu sibuk. Mereka makan saja tanpa lihat baik-baik atau tanya, atau sukar bagi mereka tanya, atau mereka percaya bahawa itu vegan, jadi mendapat COVID-19 tetapi mereka sembuh dengan cepat sekali berbanding dgn orang lain, orang bukan vegan di luar. Banyak orang tidak sembuh. Anda sendiri tahu. Kebanyakan drpd mereka tidak sembuh. Anda boleh lihat banyak deret makam untuk pengebumian segera di merata tempat di planet ini. Tiada satu pun negara yang terhindar daripada COVID-19. Sekarang ada lebih banyak varian dan orang dah merancang utk kuatkuasakan sekatan pergerakan sekali lagi, pemakaian pelitup muka, atau kedua-duanya.

Sekarang fikirkanlah itu. Tidak kira berapa banyak wang yang anda ada, anda tak pernah selamat daripada balasan karma yang Hukum Alam Semesta rendah kenakan terhadap anda sementara anda masih di sini. Jadi jangan berfikir bahawa orang yang menjadi lebih mulia, menjadi vegan dan menjadi warga yang damai akan membosankan, atau ada watak yang membosankan, atau ada kehidupan yang membosankan.

Ke mana-mana pun kononnya anak murid saya pergi, orang sayangi mereka, berterima kasih kepada mereka, sangat kagum dengan kemuliaan mereka, perilaku mulia mereka, sifat baik mereka, kebaikan mereka, rasa simpati ikhlas dan belas kasihan mereka terhadap semua makhluk termasuk anda yang sedang dengar kata-kata saya.

Jadi tolonglah, jangan risau. Lupakan saja kerisauan anda, bertenang dlm fikiran dan percaya bhw Yang Maha Berkuasa akan mengatur segalanya dengan sempurna untuk anda. Anda tak perlu tinggalkan hidup anda untuk pergi ke Syurga – hanya jalani kehidupan di sini dgn damai bersama semua makhluk termasuk semua orang-haiwan dan makhluk lain seperti pokok, malah batu, tumbuhan, bunga dan serangga. Mereka juga akan hidup damai bersama anda.

Bayangkan dunia yang tiada wabak, tiada peperangan, tiada cukai yang tinggi, cukai dan harga makanan yang menaik, dan tiada pinjaman gadai janji rumah yang tinggi. Bayangkan anda jalani kehidupan dengan mudah, senang dan gembira bersama orang tersayang dan anak – tiada kerisauan tentang perceraian, tiada kerisauan tentang penipuan, tiada kerisauan tentang sebarang jenis skandal, tiada kerisauan tentang apa-apa saja yang anda tidak mahu risau. Anda jalani kehidupan sebagaimana yang anda mahu dan biarkan semua orang yang lain menjalani kehidupan sebagaimana yang mereka mahu. Semua orang akan gembira dan puas. Tuhan akan berikan lagi banyak untuk membuat kehidupan anda di Bumi seperti Syurga.

Bayangkan berikan jenis kehidupan ini kepada anak anda selama-lamanya. Bayangkan mengekalkan planet indah ini selama-lamanya. Semua makhluk wujud untuk anda nikmati kecantikan, berkat dan kedamaian mereka dengan anda. Bayangkan anda pulang ke rumah ke sisi keluarga, jika anda bekerja di luar atau bekerja di rumah, anda sentiasa tenang, sentiasa bersama, membuat apa-apa saja yang anda suka untuk membuat orang lain gembira, membuat diri sendiri gembira. Bayangkan anak anda tidak jagakan anda pada waktu malam dengan demam, jangkitan tiba-tiba atau sebarang penyakit lagi. Anda dapat tidur sepanjang malam dan lihat anak anda pada waktu pagi, tenang, selamat dan ceria, membesar dengan tenang dan tidak risau tentang melarikan diri dari peperangan, penjara, sebarang kesusahan. Mereka takkan mengambil dadah atau arak untuk membuat anda risau tentang keselamatan, keperibadian dan kebebasan mereka lagi.

Bayangkan segalanya sebagaimana yang anda mahukan, menjadi sebagaimana yg anda mahukan. Jadi itu langsung bukan kehidupan yang membosankan. Itu kehidupan Syurga, kebebasan sepenuh, kegembiraan sepenuh, keselamatan sepenuh, kesejahteraan, kesihatan, kepuasan sepenuh dan cukup apa-apa saja yang anda mahukan. Anda akan lihat kehidupan anda tidak kekurangan apa-apa pun. Anda akan berasa puas di mana-mana pada bila-bila saja. Kerajaan akan menjadi pelindung yang ideal, pelindung undang-undang yang ideal dan pelindung nyawa yang sentiasa anda harapkan. Anak anda takkan mendapat sebarang penyakit biasa atau ganjil yang dahsyat. Mereka akan kelihatan sempurna seperti kanak-kanak di Syurga. Perkahwinan anda akan stabil. Isteri, suami anda akan sentiasa taat dan cintai anda sedalam-dalamnya.

Anda semua akan mengetahui Berkat Tuhan – tahu secara sedar juga. Anda semua akan dinaikkan ke peringkat spiritual yang lebih tinggi dengan pahala anda hidup damai bersama semua makhluk yang lain dan hapuskan segala jenis kecenderungan untuk membunuh, cederakan makhluk lain dan diri sendiri. Anda takkan ada sebarang kejadian ganjil yang berlaku kpd anda – kemurungan atau apa-apa saja, terpaksa mengambil arak dan dadah untuknya, kemudian kehidupan anda jadi semakin merosot, menjadi lebih teruk.

Kehidupan anda akan sentiasa menjadi semakin baik. Anda akan rasai Berkat Syurga. Anda akan rasai Kasih Sayang Tuhan. Anda akan rasa sangat gembira seperti di Syurga. Lagi banyak kita hidup macam itu lagi banyak kehidupan kita akan bertambah baik dari segi fizikal, lagi banyak ciptaan akan datang tanpa merosakkan alam sekitar. Segalanya akan menjadi sebagaimana yang anda impikan, Kehidupan akan menjadi seperti mimpi indah dan selama-lamanya macam itu untuk anak, cucu-cicit anda. Itu kehidupan yang kita semua mahukan.

Orang yang menjadi gila atau berbeza dalam keperibadian, menyimpang daripada kebaikan seperti menjadi sadis, mereka macam itu disebabkan oleh segala karma buruk yang mereka wujudkan untuk diri sendiri dalam hayat lampau atau hayat sekarang, juga disebabkan oleh pengaruh kuasa negatif. Jika kita bebas daripada semua itu, anda takkan nampak orang gila lagi, tiada orang sadis lagi, tiada pemerdagangan manusia atau penculikan kanak-kanak atau wanita lagi, tiada pencuri lagi, tiada orang yang mencuri lagi, tiada apa-apa lagi yang anda tidak mahu berlaku dalam kehidupan anda. Apa-apa yang anda rasa ialah kehidupan impian akan menjadi kenyataan. Itu kehidupan yang harus kita jalani di Bumi, dan kemudiannya di Syurga. Neraka akan dirobohkan sepenuhnya kerana tiada orang yang akan ada karma buruk untuk pergi ke sana bagi menderita, dihukum, menebus dosa mereka, atau berada di sana selama-lamanya kerana dosa terlalu besar, tak dapat dibersihkan.

Itu kehidupan yang Tuhan mahu kita jalani. Itu kehidupan anak Tuhan. Percayalah. Saya tak mendapat apa-apa dengan beritahu anda semua ini. Saya beritahu anda semua dgn hati saya kerana anda ialah saya. Kita bersama. Dalam seluruh sistem alam semesta, kita ialah satu entiti.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/3)
1
2023-09-18
10318 Tontonan
2
2023-09-19
7116 Tontonan
3
2023-09-20
5975 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android