Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pertemuan Baginda Raja Buddha Loz & Raja Buddha So dengan Mahaguru Ching Hai (vegan)

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pertemuan Raja Buddha Loz dengan Mahaguru Ching Hai (vegan) 15 Jun 2026

Semua orang yang menawan, saya cuba mengemaskan semua kata-kata pertemuan dengan Raja Buddha yang jauh dari Planet Buddha yang lain. Saya tak dapat buat lebih banyak lagi drpd hanya tambahkan sepatah dua kata di sana sini untuk buat perbualan ini lebih jelas dan difahami oleh anda semua. Tolong faham bahawa saya benar-benar sangat sibuk. Jadi jika saya terus cuba lebih banyak menyusunnya lagi, itu akan ambil masa selama-lamanya. Jadi saya akan hantar saja pertemuan dengan Raja Buddha satu per satu, satu demi satu. Sesetengahnya pendek kerana saya masih baharu dalam projek ini dan tidak benar-benar tahu apa yang nak ditanyakan. Jadi sekarang saya hantar apa-apa saja yang telah saya rakamkan, sekurangnya lebih baik drpd tiada apa pun

Walaupun sesetengah perbualan pertemuan dengan Raja Buddha lebih pendek daripada yang lain, kebanyakan Alam Buddha Mereka adalah hampir sama dalam ciri, sifat, Berkat dan Rahmat. Jadi jika anda mengetahui satu Alam Buddha, anda boleh bayangkan anda mengetahui yang lain. Setiap Raja Buddha ada Berkat dan Rahmat yang berlainan. Jadi barangkali anda ingin memilih salah satu Raja Buddha yang saya perkenalkan di sini untuk menjadi Guru anda. Hanya lafazkan nama Mereka, panggil mereka sebagai Raja, Buddha atau Guru, maka Mereka akan berkati anda mengikut sumpah Mereka. Jadi sama ada itu perbualan yang pendek atau panjang, anda terimalah seadanya. Jika tidak, mungkin tidak muncul kepada anda. Pada saat ini pun, saya tak tahu sama ada saya dapat bercakap dengan semua Raja Buddha yang sudah menunggu selama ini. Jadi terimalah saja apa yang dah ada.

Yang pertama dalam projek ini ialah pertemuan dengan Baginda Raja Buddha Loz, L-O-Z, dari Alam Buddha yang bernama PA, P-A. Tuanku Raja Buddha Loz dari Alam Buddha PA, sudahkah Engkau tiba di rumah di Alam-Mu? “Tidak.” Boleh Engkau beritahu aku mengapa? Raja Buddha Loz belum tiba di Alam-Nya kerana Raja Buddha Keamanan minta Baginda supaya berada lebih lama di Bumi. LOZ bermaksud ‘Sifar Ketakutan’. Kerajaan Buddha-Nya bernama PA yang bermaksud ‘Bebas Karma’. Seperkara lagi, itu ambil masa berapa lama jika Engkau ingin pulang dari Bumi kami ke rumah-Mu? Dari sini ke Alam Buddha Raja Buddha Loz, “itu akan ambil masa 2 bulan 15 hari. Perjalanannya, dah tentu, berbeza dengan perjalanan fizikal.” Perjalanan fizikal ke Alam Raja Buddha Loz barangkali adalah mustahil. Berapa jauhkah dari sini ke Alam-Mu, Tuan? Dari sini ke Alam Buddha Raja Buddha Loz “adalah enam bilion tujuh ratus juta lebih tahun cahaya.” Apa jenis kenderaan yang Engkau gunakan untuk datang kepada kami di sini atau mana-mana saja? Seperti UFO? “Ya.”

Berapa lamakah Engkau ingin berada di planet kami, Raja Buddha Loz? Raja Buddha Loz ingin berada selama 12 hari di planet kita dengan kelengkapan khas untuk melindungi diri dan rombongan-Nya daripada kekasaran dan suasana berat planet kita. Semoga Tuhan Yang Maha Berkuasa berkati dan lindungi Engkau dan rombongan-Mu di sepanjang perjalanan yang jauh dan semua aktiviti masa depan-Mu. Amin. Terima kasih kepada Kalian sekali lagi atas lawatan dan Berkat Kalian serta Hadiah kepada dunia kami. Jika sesiapa dari dunia ini benar-benar percaya kepada Raja Buddha Loz, dengan penuh hormat ingat dan melafazkan Nama Suci-Nya untuk hidup tanpa karma, mereka boleh lahir semula di Alam Buddha PA. Kami juga dgn ini ucapkan semoga semua penduduk suci-Mu selamat sejahtera dalam Rahmat TUHAN. Amin.

Pertemuan Baginda Raja Buddha So dengan Mahaguru Ching Hai (vegan)

Ah! Hari ini pasti 16 hb. Raja Buddha Keamanan hantar sebuah mesej kepada saya, berkata, “Boleh Engkau menyambut Raja Buddha So?” Dah tentu, dah tentu. Silakan masuk. Salam sejahtera, Tuanku Raja Buddha So. S-O. Engkau datang dari mana? “Dari Rup, R-U-P.” Adakah itu sebuah planet? Adakah itu sebuah Kerajaan? Ya? Adakah ia seperti Alam Buddha Amitabha? Ya? Ya. Jadi Engkau salah seorang Buddha. Selamat datang, Tuanku. Aku memohon ampun. Aku bekerja terlalu keras belakangan ini, jadi tidak segera menyambut Engkau apabila Engkau tiba. Dah berapa lama Engkau berada di planet kami? Berapa hari? Oh! Engkau baru tiba.

Berapa jauhkah Alam Buddha-Mu dari kami? “Sembilan bilion sembilan ratus ribu juta lebih tahun cahaya dari planet kami.” Berapa banyak penduduk/anak murid yang Engkau ada di Alam-Mu? “Enam juta sembilan ratus ribu lebih penduduk.” Adakah Alam-Mu mungkin sebanding dengan Alam Buddha Amitabha, lebih atau kurang, maksudku, dalam sifat, dalam kegemilangan, dalam Kesucian cantiknya? “Ya.” Terima kasih kerana datang ke dunia sederhana kami yang tiada apa-apa untuk ditawarkan kepada Engkau atau malah membuat kedatangan-Mu terasa tidak dialu-alukan dan tiada majlis sambutan yang besar untuk Engkau. Ampunilah kami. “Janganlah risau, itu bukan perkara penting bagi kami. Kami rasa begitu beruntung berjumpa dengan Engkau…”

Berapa lama Tuan boleh berada di sini? “Lima belas hari, boleh berada di sini.” ‘So’ ialah nama-Mu. Adakah ia bermaksud apa-apa di planet kami? “Tidak.” Nama Negara-Mu Ny bermaksud ‘keselamatan’ atau ‘keterjaminan’? “Keselamatan.” “Tujuan lawatan: laporan berita keamanan, tahniah, dan Hadiah untuk planet ini.” Terima kasih, Tuan. Perjalanan-Mu ke sini ambil masa berapa lama? “Tujuh bulan setengah, masa Bumi, untuk sampai ke sini.” Terima kasih atas usaha luar biasa-Mu untuk sampai ke sini. Aku amat berterima kasih dan tersentuh. Semoga TUHAN berkati Engkau selama-lamanya dan kurniakan yang terbaik kpd Engkau dan rakyat-Mu.

Raja Buddha So membawa satu Hadiah. Hadiah itu untuk apa, Tuan? “Keselamatan.” Adakah itu keselamatan bagi saya secara peribadi atau bagi planet ini, dunia ini? “Bagi dunia ini.” Dengan nama semua makhluk di planet ini, terima kasih, Tuanku Raja Buddha So. “Keselamatan daripada karma perang.” Ini bermakna Engkau menyumbangkan keamanan kepada penghuni, semua makhluk di planet ini. Betul tak itu, Tuan? “Ya.” Selepas pemergian-Mu, masih bolehkah kami hubungi Engkau jika ada apa-apa yang aku perlukan? “Ya.” Hadiah keselamatan ini utk semua orang? “Untuk semua orang yg berdoa dgn ikhlas untuk keselamatan daripada peperangan,” Raja Buddha So akan bantu melindungi mereka. Adakah terdapat sesiapa yang boleh cukup bertuah untuk datang tinggal di Alam-Mu di bawah Berkat-Mu? Ya atau tidak? ‘Tidak’? Boleh Engkau beritahu aku mengapa? “Tiada sesiapa pun dari planet ini yang boleh pergi ke Alam Keselamatan kerana mereka tiada pahala yang mencukupi. Maaf atas itu.”

Berapa lama Engkau boleh berada di planet kami? Tidak? Engkau perlu segera tinggalkan sini, kan? “Ya.” Boleh Engkau beritahu kami mengapa? “Karma dunia ini terlalu berat.” Raja Buddha So tak dapat berada di sini. Adakah Engkau datang seorang diri, Tuan atau bersama rombongan-Mu? Raja So datang bersama beberapa orang ahli majlis tertinggi di istana-Nya. Dah tiba masanya untuk berangkat. Kami memohon ampun sekali lagi atas kesulitan dan ketakselesaan-Mu di planet ini. Semoga perjalanan-Mu pulang lebih meriangkan, menggembirakan & selamat. Terima kasih, Tuan. Semoga TUHAN kurniai Engkau dan anak murid atau rakyat-Mu dengan segalanya yang terbaik. Jika ada apa-apa, Kami boleh hubungi Engkau kemudiannya. Kasihi Engkau dan rakyat-Mu yang menakjubkan. Semoga Engkau dan orang-Mu sentiasa mendapat Kasih Sayang dan Berkat daripada TUHAN. Amin.

Raja Buddha Keamanan, adakah terdapat apa-apa lagi yang Engkau ingin aku lakukan dengan pertemuan yang Engkau atur ini? “Tidak.” Adakah Raja Buddha So gembira dengan pertemuan kita dan selepas itu? “Ya, dah tentu.” Baiklah. Adakah terdapat Raja Buddha lain yang Engkau ingin aku jumpa sekarang? Ya atau tidak? “Tidak.” Jadi pertemuan seterusnya dengan mana-mana Raja Buddha adalah pada bila? Supaya aku sedia. “Dua hari.” Maka lusa. “Ya.” Pagi, tengah hari atau malam? “Pagi.” Boleh aku mengetahui nama Raja Buddha yang akan melawat aku? “Seterusnya ialah Baginda Raja Buddha Yo, Y-O, Raja Buddha Yo dari negara Du, D-U.” Terima kasih, Raja Buddha Keamanan, atas segala kebaikan hati-Mu. Kita akan bercakap lagi. Ingatkanlah aku. Ingatkanlah aku terlebih dahulu atau buat apa-apa saja yang boleh supaya aku tidak lupa. Terima kasih.

Seperkara lagi, Raja Buddha Keamanan, boleh Kau beritahu semua Raja Buddha yang akan datang ke planet ini bahawa Mereka memang dialu-alukan untuk datang dan berada di sini selama yang boleh, dan kami sangat kasihi Mereka. Maksudku, warga dunia ini dan aku sendiri sangat kasihi Mereka dan amat berterima kasih kepada Mereka. Jadi itu mengakhiri lawatan daripada Raja Buddha ketiga. Terima kasih. Terima kasih, semua makhluk yg terlibat.

Ada tiga mesej selepas lawatan Raja Buddha So. Yang pertama adalah daripada TRINITI PALING BERKUASA YANG BERSATU. Satu ayat saja: “Keamanan telah tiba.” Mesej kedua adalah daripada Raja Buddha Keamanan mengenai keselamatan peribadi saya. Mesej ketiga, daripada MAPA: “Anak Perempuan penyayang, Kita buat dengan baik. Sifar kegagalan.” Terima kasih, TUAN. Cintai Engkau, TUHAN. Cintai Engkau, MAPA. Mesej keempat, daripada Raja Buddha Keamanan: “Guru, Engkau dipuja oleh orang di dunia.” Saya harap orang di dunia akan memuja TUHAN sebaliknya – memuja TUHAN, cintai TUHAN, patuh kepada TUHAN, memuji TUHAN, bersyukur kepada TUHAN. Dengan nama semua makhluk di planet ini – kebanyakan daripada mereka begitu jahil, tidak mengenali Engkau – aku memohon ampun, Bapa. Mesej kelima, daripada Raja Buddha Keamanan: “Keamanan terjamin.” Terima kasih, sayang, kerana ikuti perkembangan keamanan dan melapor kepada aku. Terima kasih.

Photo Caption: “Udara Musim Bunga Mencium Lagumu dari Hati untuk Hari yang Cerah dan Penuh Harapan”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Kata-kata Hikmah
2026-10-22
355 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-22
484 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-21
925 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-10-21
617 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-21
875 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-20
423 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun