Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
24 Jun 2026. Hari ini, sekali lagi, TUHAN tidak izinkan saya keluar dari khemah disebabkan pengumpulan tenaga Keamanan Dunia. Semalam petang adalah begitu juga. Tapi syukur kepada TUHAN, saya tak perlu menjadi hampir tidak boleh bergerak sepanjang hari. Jika TUHAN perintahkan itu, saya akan lakukannya, cuma saya ada rancangan Supreme Master Television untuk dibaca pruf, disemak dan diedit. Saya harap belakangan ini pasukan akan bersabar dengan saya kerana kadangkala saya tidak hantar rancangan yang diedit atau disemak dengan begitu awal seperti biasa, tapi saya akan siapkan tepat pd masanya juga. Nampaknya kononnya keazaman untuk keamanan yang baru ditetapkan belakangan ini memang bantu membuat proses perdamaian menjadi lebih pantas sikit. Tetapi kita akan bersabar. Kita akan bersabar. Memuji TUHAN. Bersyukur kepada TUHAN. Cuma ada banyak kerja yang perlu saya buat. Saya tak dapat lakukannya secepat yang saya mahukan dan pada masa yang saya mahukan. Hidangan saya tak dapat tepat pada masanya juga. Sebelumnya pun sudah tidak tetap. Sekarang lagi tidak tetap. Kadangkala saya terasa saya perlu pergi makan sesuatu tetapi tak boleh kerana saya perlu berada di dalam khemah, contohnya. Pada sesetengah hari, cuaca agak panas tetapi saya tak boleh keluar ke kawasan terbuka untuk mendapat manfaat daripada angin sepoi-sepoi. Namun begitu, segalanya dapat dilakukan, boleh tahan. Saya baik-baik saja. Jangan risau tentang saya. Saya hanya mahu anda bertumpu pada waktu meditasi pada bila-bila saja boleh dan memuji TUHAN, cintai TUHAN sepanjang masa. Tiada apa-apa lagi yang lebih penting, saya pun tidak. Saya wanita besar. Saya kuat. Saya dapat menjaga diri. Apa-apa pun akan berlalu. Berita baik, berita buruk, semuanya akan berlalu. Tetapi kita mesti ada dunia vegan dan dunia aman damai. Jika tidak, kita akan punah sepenuhnya sebagai sebuah planet. Jadi semua roh takkan dapat meningkat maju lagi kecuali mereka yang telah diinisiasi oleh Guru Bermakrifat dan saya, dengan Kehendak dan Rahmat TUHAN. Mereka akan teruskan di planet lain, alam hidup spiritual yang lain. Tetapi yang selebihnya perlu pergi mengikut karma mereka. Jadi sama ada mereka akan pergi ke syurga yang lebih rendah di dalam Tiga Alam, Tiga Alam Boleh Binasa, atau akan pergi ke neraka, menahan penderitaan, sama ada utk masa yg singkat atau selama-lamanya. Tetapi mereka takkan berpeluang lagi. Jika planet ini binasa, mereka takkan berpeluang lagi untuk lihat mana-mana Guru datang ke planet ini bagi membantu mereka. Roh mereka takkan menaik tetapi masih perlu berada dalam keadaan yg sama selama-lamanya hingga kita tak tahu berapa eon, sehingga mereka menjadi bebas atau berpeluang lagi untuk memilih kebebasan. Sekarang mereka masih boleh memilih kebebasan dengan mendapatkan inisiasi. Dengan mendapatkan inisiasi oleh seorang Guru Bermakrifat. Lagi tinggi peringkat spiritual Guru lagi baik untuk anda, dah tentu. Tetapi anda takkan tahu terlalu banyak kecuali anda bijak sampai tahap tertentu atau benar-benar ikhlas dan berhati murni, maka mungkin anda tahu, mungkin anda dapat rasa Guru mana adalah setinggi mungkin di planet ini untuk anda. Jika tidak, anda perlu asyik berdoa dengan ikhlas kepada TUHAN, MAPA kita, Ibu Bapa kita, untuk membimbing anda, sahkan kepada anda. Kadangkala seorang Guru anda sahkan dengan visi dalaman tentang Guru itu atau oleh Guru-guru lain. Kadangkala Guru lain, Guru ternaik akan merekomenkan seorang Guru hidup kepada anda, seperti dalam kes salah seorang biksu saya. Dia terdesak. Dia jalani kehidupan seorang pelajar, seorang pekerja biasa, bujang dan tiada ibu bapa, saudara-mara atau kawan di sekeliling, keluar untuk mana-mana parti dengan sesiapa saja, minum arak dan merokok, jenis suasana dan situasi ini – untuk dapatkan gadis, jatuh sakit, menyebabkan mereka hamil dan perlu bertanggungjawab atau perlu memutuskan untuk gugurkan anak, seumpamanya. Jadi dia berasa terdesak dan benar-benar berdoa kepada Guru Paramahansa Yogananda. Dia berdoa dengan begitu terdesak, begitu ikhlas, jadi Guru Yogananda suruh dia pergi cari Mahaguru Ching Hai. Itu kisah yang diceritakannya kepada saya selepas inisiasi tetapi dia tidak segera ceritakannya selepas inisiasi. Dia ambil masa banyak dekad sehingga berpeluang untuk bercakap dengan saya secara peribadi. Dia ceritakan kisah ini kepada saya. Saya tak pernah melarang sesiapa pun bercakap dengan saya semasa bersuluk atau menulis surat tetapi dia tidak dedahkannya dalam dekad-dekad ini, semasa kami tinggal di ashram bersama banyak orang yang lain, orang Barat pun. Tapi mungkin dia orang introvert, sangat pemalu, sangat kurang bercakap. Jadi dia ambil masa lebih dua dekad, hampir tiga dekad sejak inisiasinya untuk ceritakan kisah ini kepada saya. Anda perlu percayai naluri anda atau berdoa. Berdoa kepada TUHAN dan TUHAN akan gunakan sesuatu wadah untuk dedahkan kepada anda yang mana ialah Guru untuk anda atau siapa ialah Guru untuk anda. Semoga anda semua bertuah. Mereka yang belum mempunyai Guru, belum diinisiasi oleh Guru Bermakrifat, berdoalah secara ikhlas. Berdoa sehingga anda pasti, dan juga menjadi vegan sekurangnya supaya mesej dari Syurga atau daripada TUHAN akan datang kepada anda dengan lebih senang. TUHAN gunakan banyak wadah. Anda perlu beri perhatian, berjaga-jaga, ikhlas, murni dalam doa, dalam keinginan anda. Ikhlas dalam keinginan anda untuk pulang ke Rumah, melepaskan diri dari penjara besar yang kita panggil ‘dunia’ ini. Kita benar-benar berada di akhir zaman pilihan kita. Jika kita tidak memilihnya sekarang, bahagian Alam Semesta yang kita panggil planet kita, dunia kita yang terbentuk daripada seluruh kesedaran makhluk yang tinggal di sini ini, tidak mengejar apa yang ketinggalan dan tidak benar-benar berubah menjadi status minda, fikiran, perbuatan yang lebih mulia, maka bahagian Alam Semesta ini akan binasa dengan tak dapat dipulihkan. Minta maaf, saya tak suka menjadi pembawa berita buruk tetapi situasi ini sudah berada di ambang kebinasaan. Jika saya tidak beritahu anda sekarang, saya takkan ada masa utk beritahu anda. Saya seharusnya beritahu anda lebih awal. Mungkin saya telah buat begitu tetapi hanya di sana sini dan anda tidak percayai saya. Saya masih beritahu anda sekarang sama ada anda percayai saya atau tidak tetapi saya terasa saya perlu kerana hati saya sakit untuk anda. Kerana jika anda terlepas peluang ini, anda akan tersesat selama-lamanya, hampir selama-lamanya, dan tak dapat ditebus, tak dapat dipulihkan sehingga peluang seterusnya, iaitu selepas bereon-eon. Saya tak tahu berapa banyak gazilion hayat sehingga anda berdiri di atas pentas yang menawarkan peluang ini sekali lagi untuk membebaskan diri dan pulang ke Alam Sebenar, Alam anda yang sebenar, ke Rumah benar-benar milik anda dalam Kemegahan TUHAN – berkat, kebahagiaan, kedamaian dan makrifat yang semuanya milik anda, merupakan hak lahir anda, cuma kuasa negatif dan karma kolektif mempengaruhi dan mengikat anda dengan lebih kuat, hampir makin hari makin kuat. Kita berada dalam rancangan seluruh Alam Semesta yang sangat, sangat besar. Kita ialah bahagian kecil walaupun dunia adalah besar bagi anda sekarang dan anda jalani kehidupan yang normal sekarang kerana anda mampu jalani kehidupan yang kelihatan seperti biasa kerana cukup wang atau cara untuk meneruskan kononnya kehidupan normal tetapi ini takkan berkekalan macam ini. Rancangan evolusi progresif yang besar ini adalah untuk sangat banyak tempat. Saya boleh kata “tempat” tetapi sebenarnya itu ruang Alam Semesta yang sangat, sangat luas. Sebahagian besar daripada ruang ini sudah dinaikkan oleh makrifat dan pahala alam-alam persendirian yang berlainan atau kumpulan makhluk persendirian dan/atau makhluk perseorangan yang bersendirian yang sudah kononnya diselamatkan, dinaikkan dan dalam perjalanan menuju makrifat yang lebih besar. Buat masa ini, mereka selamat. Mereka takkan meneruskan di ruang yang memusnahkan di Alam Semesta. Mereka terus berevolusi dan menjadi semakin bijak dan semakin bermakrifat hingga suatu hari mana-mana, satu atau beberapa orang Guru Bermakrifat agung dapat menaikkan mereka sepenuhnya ke status tidak merosot kembali lagi, tidak akan dihambakan di dunia yang begitu rendah seperti dunia yang kita diami sekarang. Photo Caption: “CAHAYA akan Sentiasa##Memancar Menembusi Halangan”











