Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kepada Pasukan Supreme Master TV: Sentiasa Berjaga-jaga dan Doakan Perlindungan TUHAN

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini 12 Ogos 2026. Saya perlu berada di dalam khemah, tidak bergerak ke sana sini kerana TRINITI perlu menyembuhkan saya dan ini ambil masa beberapa jam. Begitu pun, kesan fizikal masih wujud. Saya rasa sakit di seluruh badan tetapi boleh tahan, tak terlalu teruk, tak terlalu teruk, cuma kadangkala disebabkan oleh kejadian macam ini, saya akan lewat untuk kerja saya, tetapi kerja tak pernah terlalu lewat atau tak dapat disiarkan. Saya cuma nak beritahu anda bahawa jika anda bekerja untuk TUHAN, TUHAN akan menjaga anda dengan benar-benar baik.

Sebenarnya, semalam oleh sebab saya ditolak jatuh, kepala saya terhantuk kayu keras atau sesuatu. Saya tak benar-benar sedar mengapa saya jatuh. Saya tahu hanya selepas saya bangun dari tanah dan alami kesakitan. Tak apa-apa sekarang. Saya tak apa-apa sekarang. Saya bersyukur kepada MAPA dan TRINITI PALING Berkuasa. Saya akan pulih dlm masa beberapa hari. Jika tidak, segalanya baik-baik saja. Cuma karma dunia ada kekuatan yang mencukupi untuk menolak saya ke sana sini macam itu. Tak apa. Itu untuk sesuatu tujuan baik. Itu juga suatu peluang untuk saya lebih banyak berehat di dalam khemah, dengan itu saya juga ada masa dan tenaga, kemudian peluang untuk menghapuskan pengaruh negatif yang menindas kakitangan saya, pasukan saya, ini, itu dan yang lain.

Sesetengahnya telah bersihkan karma. Sesetengahnya masih ada kesan cengkaman negatif tetapi mereka akan menjadi lebih baik sekarang. Saya begitu senang hati dengan saya ada peluang dan masa untuk bantu mereka menghapuskan karma mereka, pengaruh buruk oleh kuasa negatif. Ini kerana mereka kuat tetapi tak cukup kuat bagi dewa perang. Mereka cuba bersungguh-sungguh, dewa perang dan orang bawahannya sentiasa cuba bersungguh-sungguh untuk memisahkan pembantu saya daripada pasukan kerja saya. Sesetengah daripada mereka lemah, jadi tinggalkan kita, contohnya, atau malah buat sesuatu yang memudaratkan kita sikit. Namun begitu, kita cukup kuat. Saya begitu gembira dapat melawan mereka dan mendapat balik anggota pasukan saya yang dirampas.

Hanya biar anda tahu, khususnya pasukan kerja Supreme Master Television supaya sentiasa berjaga-jaga, berhati-hati dengan sebarang kecenderungan, perasaan atau pengaruh negatif dari sebelah yang bertentangan dengan kuasa baik. Sentiasa ingat akan TUHAN, doakan perlindungan dan beritahu saya jika apa-apa yang tak kena berlaku yang anda rasa tidak betul, tidak betul, supaya saya dapat lebih banyak membantu anda. Oleh sebab saya ada begitu banyak kerja, anda mesti beritahu saya jika ada apa-apa yg anda rasa tidak betul. Boleh? Kasihi anda, tidak kira apa pun. Maafkan anda macam mana pun, tidak kira apa pun. Cuma sentiasa berjaga-jaga supaya anda dapat mengekalkan dedikasi dan niat murni anda. Jika tidak, mungkin mereka heret anda keluar dari kumpulan kita, kemudian heret anda ke hidup yang semakin rendah. Lagi rendah anda pergi lagi kurang daya tahan yang anda ada, maka mungkin anda kalah kepada musuh kita selama-lamanya, kemudian anda tak dapat keluar daripada cengkaman mereka dan mereka akan hambakan anda selama-lamanya. Itu masalahnya.

Hanya bekerja untuk TUHAN dan misi mulia dapat buat anda menjadi lebih mulia dan bantu anda capai peringkat spiritual yang semakin tinggi di Alam Semesta, dan mendapat segala hormat, kasih sayang, kekaguman dan sokongan dari Alam Tinggi. Sentiasa doakanlah Perlindungan TUHAN dan bermeditasi sebanyak yang anda boleh. Jika anda bekerja begitu keras, sukar untuk bermeditasi selama 11 jam setengah, itu tak mengapa. Anda bekerja untuk Supreme Master Television dan pahala itu akan neutralkan atau minimumkan karma anda jika anda ada. Dan… Saat.

Hari ini ialah pertarungan akhir saya dengan ketua perang ini. Dialah yang mulakan segala jenis peperangan di planet ini, antara negara, masalah dengan anggota pasukan saya untuk Supreme Master Television dan banyak kerja yang lain. Jadi kami telah tangkap dia dan hapuskan semua dosa dan kelakuan buruknya kerana dia mengaku bahawa dia lakukan semua itu, ini dan yang lain. Jadi kami lepaskan dia daripada dipunahkan sepenuhnya tetapi dia perlu masuk penjara di neraka dan dikurung selama-lamanya supaya dia tak dapat musnahkan, hancurkan atau rosakkan anda atau heret anda keluar daripada niat mulia anda lagi.

Saya harap dunia akan menjadi semakin baik. Kerja kita untuk misi TUHAN akan menjadi semakin lancar dan semakin berjaya mulai sekarang dan sepanjang masa. Jadi bergembiralah. Bergembiralah dengan saya. Sementara kita terus membuat kerja kita untuk bantu makhluk yang menderita di planet ini dan tempat lain juga seperti di neraka, contohnya, saya tetap berterima kasih kepada anda kerana menjadi kuat dan terus menyumbang kepada misi mulia ini dengan Nama TUHAN. Semoga anda semakin banyak diberkati, semakin banyak dilindungi dan menjadi semakin mulia supaya kerja anda, sementara kita buat, akan menjadi semakin lancar dan semakin berjaya. Amin. Kasihi anda semua.

Ini pesanan saya untuk pasukan Supreme Master Television dalaman dan jarak jauh. Dengan segala kasih sayang, rasa hormat dan rasa terima kasih dengan Nama Ibu Bapa kita, MAPA, yang paling agung, satu-satunya Ibu Bapa kepada kita semua. Semoga anda semakin banyak diberkati. Semoga anda semakin banyak dilindungi Semoga anda menjadi semakin mulia. Amin. Syukur kepada Engkau, TUHANKU. Jika pesanan ini ambil terlalu byk masa untuk dihantar kepada setiap drpd mereka atau menyusahkan untuk dihantar ke sesuatu lokasi dengan sesuatu cara, maka anda akan perlu menyiarkannya di Supreme Master TV. Terima kasih, semua.

Photo Caption: “Menjadi Kuat, Teguh dan Stabil, Melindungi Bumi dan Sesama Makhluk”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-26
551 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-26
412 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-26
699 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-26
3295 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-25
184 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-25
649 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2026-08-25
176 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-25
1135 Tontonan
Filem Pendek
2026-08-25
550 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun