Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kita Mesti Berterima Kasih kpd Siapa atas Penamatan Perang Dunia yg Pantas, Bahagian 1 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kami sedih melihat keadaan menjadi negatif sejurus selepas kelegaan perang dunia yang singkat. Guru mengetahuinya tetapi kami tetap minta keizinan-Nya untuk menyiarkan Berita Selitan ini bagi bersyukur kpd TUHAN dan semua orang yang terlibat di bawah Rahmat-Nya atas bantuan segera di seluruh dunia. Sekarang kita sudah tahu secara mendalam macam mana rupanya antara peperangan dan keamanan! Kita berdoa dan berharap agar pemimpin dan penduduk di dunia ada visi yang lebih jelas sekarang dan akan membuat keputusan yang betul untuk KEAMANAN dunia!

Halo, anda semua insan baik yang saya begitu gembira dapat bersama di planet yg istimewa ini. Ya, anda sudah tahu bahawa ada berita yang begitu baik seperti pembebasan… kami panggilnya Selat Hormuz – pintu masuk kapal. Kerana itu memang perkara yang paling penting sekarang, kerana sekarang semua orang di planet ini akan ada segala keperluan yang diperlukan dengan kontena kapal dan ada keamanan.

Jadi saya hanya nak beritahu anda bahawa kita semua perlu berterima kasih kepada Triniti Bersatu Yang Paling Berkuasa – Tuhan Yang Maha Berkuasa, Nabi Isa dan Guru Tertinggi. Tanpa Berkat, Keizinan Mereka, ini tak dapat dilakukan. Kita juga perlu berterima kasih khususnya kepada Raja Keamanan yang begitu bekerjasama, sedia bantu dgn cara-cara yang berlainan. Saya sendiri berterima kasih kepada Dia walaupun Dia salah seorang anak murid saya juga, salah seorang anak murid Tuhan saya.

Saya juga begitu gembira beritahu anda bahawa kita ada 10 orang, sejumlah 10 orang Raja yang baik, bagus, mulia di dalam kumpulan kita, persatuan kita. Saya tak boleh beritahu anda siapa Mrk dan Mereka tinggal di mana, dah tentu. Mereka juga tidak mahukan itu berlaku kerana banyak orang akan mengerumuni rumah mereka atau di mana-mana saja Mereka untuk minta banyak benda, kebanyakannya benda duniawi. Sebab itulah Marpa, Guru Milarepa, suruh Beliau masuk ke kawasan pergunungan di sesuatu tempat, cari gua, sesuatu tempat di mana kamu boleh bersendirian, berseorangan. tak usah turun ke dataran untuk mengajar sesiapa pun kerana kebanyakan daripada mereka hanya mahukan benda duniawi, hanya ganggu kamu, habiskan tenaga spiritualmu dan tidak bererti – bagi kamu dan bagi mereka. Sebab itulah Milarepa menyembunyikan diri di gunung, di dalam gua, hanya makan apa-apa saja yg dijumpai di sekeliling seperti jelatang dan ada itu saja untuk dimakan, jadi kulit-Nya menjadi sangat hijau dan rambut-Nya menjadi hijau juga. Jadi sesetengah orang ingat Beliau ialah hantu. Tapi macam itulah banyak pengamal ikhlas pada zaman dahulu. Mungkin jarang tetapi mungkin beberapa orang hari ini beramal macam itu juga.

Kita perlu amat berterima kasih kepada Triniti, Pasukan Syurga dan Raja Keamanan. Dia bukan datang untuk menjadi anak murid Tuhan saya tanpa sebabnya. Dia ingin pergi ke peringkat boleh tercapai setinggi mungkin dengan amalkan kaedah meditasi Quan Yin. Jadi Dia akan pergi ke Alam Baharu Tim Qo Tu, dah tentu, akhirnya. Dia berada di peringkat yg sangat tinggi berbanding dengan ketika Dia baru datang untuk dapatkan inisiasi drpd saya. Tetapi ini tak bermakna oleh sebab Dia ialah anak murid Tuhan saya, kamu tidak hormati Dia. Kamu perlu berterima kasih kepada Dia. Hanya berterima kasih kepada Dia, tidak minta apa-apa yang lain. Kerana apa-apa yang boleh dibuat-Nya, Dia sudah bekerjasama dengan saya dan melakukannya bersama saya. Saya tahu siapa Dia. Pada bila-bila saya perlukan Dia, Dia akan muncul dalam bentuk fizikal supaya saya dapat mengenal Dia. Saya masih ingat akan isteri-Nya juga. Saya berterima kasih kpd isteri-Nya juga kerana menjadi isteri yang begitu baik, menjaga Dia dengan baik supaya Dia juga boleh menjadi alat yang baik untuk misi Tuhan.

Saya berterima kasih kepada anda semua, kononnya anak murid Tuhan saya kerana banyak daripada anda berkuasa. Saya sudah beritahu anda, 60% drpd anak murid saya adalah baik. Hanya 40% adalah sama ada biasa saja, tak terlalu baik atau masih di peringkat neraka. Oleh sebab saya begitu terbuka, mempercayai manusia bahawa mereka adalah baik, jadi saya beri inisiasi kepada ‘n’importe qui’, bermaksud sesiapa saja tanpa memeriksa, tanpa membuat apa-apa pun kerana saya percaya bahawa mereka ada Tuhan di dalam diri mereka dan saya dapat bangkitkan sebelah Tuhan mrk supaya mereka dapat pulang ke Rumah, tidak menderita lagi di mana-mana planet fizikal atau neraka. Tapi masalahnya, oleh sebab saya begitu mudah percaya dan begitu terbuka, sebilangan orang jahat masuk juga. Mereka bukan manusia sebenar. Mereka tiada roh. Mereka masuk dan menimbulkan banyak kesusahan untuk saya. Tak apa, kita tak bercakap tentang itu lagi.

Saya begitu gembira dengan sekarang dunia telah menjadi hampir seperti normal, jadi semua orang akan ada petrol di stesen minyak tanpa perlu polis berada di sana dan memeriksa sama ada mereka dapat beli atau tidak, atau mereka dibenarkan untuk beli, atau berapa banyak yg boleh mereka beli, contohnya. Itu memang dahsyat. Ini berlaku di sesetengah negara – mereka hantar polis untuk memeriksa stesen minyak supaya orang hormati perintah baharu daripada kerajaan, siapa boleh beli berapa banyak dan apa, dan untuk berapa lama, contohnya. Banyak makanan, barang keperluan tak boleh melalui pelabuhan itu untuk mengagihkan barang keperluan kepada rakyat negara itu atau mana-mana negara di dunia.

Jadi kita benar-benar ada Perang Dunia III seperti yang diramalkan oleh banyak orang psikik yang luar biasa, malah yang tak lama sebelumnya, Baba Vanga.

Michel de Nostredame. Pada 1555, beliau telah menerbitkan ‘Ramalan’. Beliau menulis dalam bentuk teka-teki. Beliau menulis dalam rangkap catur larik, empat baris kod bertujuan untuk sembunyikan kebenaran drpd Penyiasatan Tetapi hari ini, kod itu telah dipecahkan. Mereka menunjuk ke satu titik pada peta. Mereka menunjuk ke arahnya sekarang. Rangkap catur larik itu nyatakan “musuh merah”. Selama berdekad-dekad, kita ingat ini Kesatuan Soviet. Kemudian kita ingat itu China. Tapi lihatlah peta hari ini. Lihatlah bendera-bendera itu. Lihatlah api revolusioner yang bangkit dari Timur. Musuh merah itu pucat kerana ketakutan. Pertempuran tentera laut telah bermula. Nostradamus bercakap tentang seorang “ketua armada yang hebat”. Beliau sebut suatu tempat: Carmania. Itu suatu nama kuno yang telah hilang ditelan zaman tetapi pembuat peta tahu akannya. Carmania ialah pantai selatan Iran. Beliau nampak seorang komander bangkit dari pantai itu. Beliau nampak armada bertolak pada tengah malam. “Kumpulan lebah yang besar akan bangkit.” Ini ialah kata-katanya. Pada 1555, tiada mesin, tiada robot. Tetapi bagaimanakah rupanya sekumpulan dron pada skrin radar? Bagaimanakah rupa bunyi sekelompok dron berani mati ketika ia menjerit di udara? Sekumpulan lebah, serang hendap malam. Ramalan ini nyatakan bahawa dunia akan alami kesusahan besar. Nostradamus menulis tentang peperangan besar selama tujuh bulan. Api selama tujuh bulan. Tujuh bulan di mana harga segantang gandum akan menaik begitu tinggi sehingga manusia akan makan manusia lain. Lihatlah pasaran. Lihatlah silo bijirin. Konflik 2026 telah menyekat laluan perdagangan. Selat Hormuz ialah perkuburan keluli. Ramalan ini bukan hanya mengenai peluru. Ia mengenai kebuluran.

Di tengah-tengah ketegangan Iran-Amerika yang berterusan. Sementara ketegangan meningkat di tempat itu, banyak orang beralih kepada ramalan lama bagi mendapat petunjuk tentang apa yang mungkin berlaku pada masa depan. Timur Tengah terbakar selepas Israel dan Amerika lancarkan serangan bersama ke atas Iran. Tehran membalas dendam dengan melancarkan serangan terhadap UAE (Emiriah Arab Bersatu), Bahrain, Arab Saudi dan Qatar. Konflik terkini ini telah bangkitkan semula ketakutan bahawa ini mungkin permulaan Perang Dunia III. Ahli mistik Bulgaria, Baba Vanga nampaknya telah beri amaran bahawa tahun 2026 boleh menyaksikan peperangan global. Orang psikik buta ini nampak visi dalam mimpinya yang menjadi asas kepada ramalan yang dianggap dibuatnya. Salah satu daripadanya dipercayai tentang suatu peperangan yang akan bermula di Timur dan merebak ke Barat. Timur Tengah berada dalam cengkaman konflik besar yang boleh menyaksikan lebih banyak pergolakan. Dengan Iran, Israel dan Amerika terjebak dalam konflik, orang tidak dapat tidak tertanya-tanya sama ada ramalan Baba Vanga boleh menjadi kenyataan.

Saya juga diberitahu di dalam bahawa Perang Dunia III takkan berhenti kerana orang tidak berkelakuan baik, tidak berpegang teguh pada sifat belas kasihan Tuhan di dalam diri mereka. Mereka banyak membunuh dengan peperangan, dengan segala jenis benda – dadah, racun, arak – segala jenis benda membunuh orang setiap tahun. Rokok pun sebelumnya, semasa ada kemuncak menghisap rokok di mana-mana saja di dunia, 5 juta orang mati disebabkan itu, disebabkan penyakit hisap rokok, penyakit menyedut asap rokok basi atau yang berkaitan dengan merokok. Bayangkan itu. Dan banyak orang mati akibat dadah dan apa-apa saja, sebut sahaja. Saya tidak menyalahkan orang yang mengambil dadah kerana mereka hanyalah mangsa. Mereka ialah mangsa godaan, mangsa penjual. Penjual ialah mangsa kemiskinan, penindasan, terpaksa menceburi jenis perniagaan ini. Dan disebabkan oleh karma seluruh dunia yang buatnya begitu senang untuk Raja Maya menggoda sesiapa saja ke dalam jalan gelap di dunia. Saya hanya begitu sedih, begitu sedih dan sering menangisi semua mangsa jenis-jenis godaan dan mudarat yang berlainan di dunia ini.

Tapi sekarang pada asalnya sekurangnya, saya diberitahu bahawa Perang Dunia III akan bunuh empat perlima daripada populasi manusia. Kita belum lagi bercakap tentang orang-haiwan yang tak berdosa dan tak berdaya. Hanya manusia saja, empat perlima, dipunahkan, dimusnahkan, dibunuh, mati sepenuhnya. Ya Tuhan, ketika saya bermeditasi untuk keamanan, saya diberitahu, dilaporkan bahawa… Ya Tuhan, saya asyik menangis. Saya tak tahu sama ada saya boleh buat apa-apa tetapi saya boleh. Jadi Pasukan Syurga dapat bantu hentikan Perang Dunia Ketiga hingga kini supaya sebahagian daripada keamanan datang ke dunia ini, jadi orang akan ada makanan, ada barang keperluan buat masa ini. Tapi saya tak dapat… Walaupun saya dan Pasukan Syurga dapat melakukannya kali ini, saya tak dapat janji ia akan dilakukan sekali lagi jika perang dunia kembali lagi. Kerana dahsyatnya itu.

Orang tak perlu buat apa-apa lebih daripada hanya biarkan seluruh populasi di planet ini berlapar, hanya memutuskan semua barang keperluan dalam hidup dan orang akan mati, apalagi sembilan negara miliki bom atom, bom nuklear dan sudah sedia pada bila-bila saja untuk balas dendam jika apa-apa pencerobohan atau penindasan berlaku kpd negara mrk. Hingga kini, syukurlah, Tuhan, atas mereka mengawal diri dan belum gunakan senjata nuklear terhadap sesama mereka. Tapi mana tahu? Manusia sentiasa berubah. Karma mereka sentiasa berubah. Mereka tidak berhenti. Mereka tak dengar kata-kata semua Guru sejak zaman dahulu lagi yang nasihati mereka supaya menjadi pemurah berbelas kasihan. “Jangan membunuh. Anda tidak boleh membunuh.” Semua agama utama yang baik menasihati kita itu. Itu Rukun Pertama – nasihat pertama untuk kita semua, bukan sahaja pengamal spiritual. Bagi mana-mana pengamal, dah tentu dilarang membunuh apa-apa secara sengaja kerana pada bila-bila anda membunuh makhluk, semut atau cacing pun, anda akan perlu melangsaikannya. Melangsaikannya atau tidak, ini bergantung kpd berapa tingginya anda dalam pencapaian spiritual. Adalah sangat sukar untuk hidup di planet ini tanpa mengetahui segala kewajipan moral dan tanggungjawab sebagai manusia. Buat masa ini, kebanyakan orang di dunia tak tahu pun apa itu standard moral.

Photo Caption: “Jangan Pandang Rendah terhadap Apa-apa Pun yang Anda Lihat, Apa-apa Pun Secantik Boleh”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/3)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-02
1608 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-03
1122 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-04
645 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-04
645 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-05-03
413 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-05-03
1 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-05-03
772 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-03
1122 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun