Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi perbualannya adalah macam ini: Syurga tidak benar-benar mahu Kami (Triniti Bersatu Yang Paling Berkuasa) hentikan peperangan kerana berbilion-bilion, trilion-trilion, berzilion-zilion makhluk menangis sejak kita tak tahu berapa lama dahulu lagi – di rumah sembelih, di kawasan perburuan, di laut di mana hanya ada kedamaian dan kebaikan hati. Jadi Tuhan tak boleh terus tak pedulikan rayuan mereka dan biar mereka menderita secara tak adil dalam tangan manusia yang ada segala kuasa, segala alat, sepanjang masa, segala ciptaan untuk bunuh mana-mana makhluk di dunia tanpa minta kebenaran sesiapa pun, apalagi minta keizinan Tuhan kerana jika mereka minta Tuhan, Tuhan akan berkata tidak, tapi dah tentu, meskipun Tuhan berkata tidak, berapa banyak orang akan dengar? Jadi mereka teruskan cara berdosa, cara gasar. Jadi anda tak boleh menyalahkan Raja Maya yang menentukan peraturan dunia fizikal ini. Bayangkan jika anda ialah Raja Maya, kemudian orang masuk ke dalam persekitaran atau rumah anda, bunuh apa-apa saja yang ada di persekitaran, kawasan sekeliling anda. Anda tak dapat terus lihat saja mereka menangis, menderita sakit macam itu. Bayangkan jika anda ialah Raja Maya, akankah anda menerima itu? Tidak, dah tentu tidak. Jadi itu bagaimana kita perlu langsaikan segala kekejaman yang telah kita lakukan sejak zaman dahulukala lagi. Dah tentu, anda semua tahu bahawa segalanya ada pengorbanannya di domain fizikal ini. Dah tentu, ada pengorbanan yang perlu dibuat untuk keberhentian perang dunia atau kemenangan yg mendadak, pantas ini tetapi segalanya berbaloi. Segalanya berbaloi, cuma saya khuatir jika ini berlaku lain kali, saya tak tahu sama ada Tuhan akan izinkan saya langsaikannya atau saya akan masih cukup berupaya untuk hentikan satu lagi perang dunia sekali lagi Itu usaha yang amat besar, sukar dipercayai. Tiada kata-kata yg dpt saya beritahu anda. Jadi tolonglah, jangan asyik bergantung kepada Kuasa Syurga dan Belas Kasihan Tuhan kerana kadangkala bencana, peperangan perlu berlaku. Jadi tolong ubah gaya hidup anda menjadi yang lebih sesuai sebagai manusia sejati, mulia, megah. Terima kasih banyak-banyak atas setiap usaha kecil yang anda lakukan untuk memelihara dunia ini, melindungi diri sendiri dan semua makhluk di atasnya, melindungi anak anda juga. Tolong ingat akan anak anda. Terima kasih. Sekarang kita perlu bersyukur kpd Tuhan, berterima kasih kepada Triniti, Triniti Bersatu Yang Paling Berkuasa, dengan Kuasa Terbesar. Kemudian dah tentu kita berterima kasih kepada Raja Keamanan yang bekerjasama sepenuhnya dengan Pasukan saya, Pasukan Syurga saya untuk aspek ini. Kita juga berterima kasih kepada Pasukan Syurga yg lahir semula di Bumi dan buat dengan baik, sejajar dengan Rancangan Tuhan utk keamanan walaupun tak sentiasanya kelihatan macam itu! Kita perlu buat banyak perkara, bukan hanya uruskan peperangan dan keamanan. Sebab itulah saya agak sibuk. Banyak perkara perlu kita lakukan utk memastikan Alam Semesta seimbang, stabil dan banyak planet tidak bergoyang, tidak bergegar, tidak berada di ambang dibinasakan. Baiklah, byk perkara saya tak boleh beritahu anda. Jadi perbincangan ini dah cukup panjang tetapi perkara utama ialah Syurga rasa sangat keberatan untuk membantu manusia lagi disebabkan oleh begitu banyak rintihan, tangisan, kesakitan, penderitaan, penindasan dan pengurungan orang-haiwan serta pembunuhan bayi. Dua ratus ribu orang bayi dibunuh setiap hari. Ya Tuhan, bercakap tentang hak asasi manusia dalam undang-undang setiap negara. Jadi Tuhan, disebabkan oleh segala rintihan, tangisan, penderitaan, doa daripada semua makhluk yg tak berdaya serta segala pengadilan dan keputusan Syurga, memutuskan bahawa saya tak harus bantu hentikan peperangan dan wujudkan keamanan – yang baru-baru ini, yang pengaruhi ekonomi, kelangsungan hidup dan ketenangan psikologi seluruh dunia. Tetapi Raja Keamanan berkata kpd saya, “Tetapi jika Engkau tidak bantu mewujudkan keamanan, maka orang akan terlalu banyak menderita.” Saya kata, “Aku tahu, aku tahu. Kita perlu bantu.” Jadi Kami semua meminta Tuhan supaya memutuskan utk berikan satu lagi peluang kepada Kami untuk bantu dunia, hentikan peperangan kerana saya kata, “Masih ada banyak insan baik. Mereka bantu orang lain, bantu orang-haiwan, orang-haiwan liar, orang-haiwan yang terperangkap, orang-haiwan yang tak berdaya dengan cara-cara yg berlainan walaupun mereka tidak cenderung kpd kerohanian atau tidak selaras dengan tawaran spiritual Tuhan. Masih ada banyak insan baik, jadi kita perlu bantu mereka. Kita perlu bantu mereka. Kita perlu bantu manusia. Kemudian kita teruskan lagi untuk cuba menasihati dan memakrifatkan manusia dgn sesuatu cara supaya mereka akan hentikan segala niat bunuh ini, atau maksud saya, yang tak disengajakan.” Jadi akhirnya Syurga berlembut tetapi saya sendiri juga tidak rasa senang kerana jika saya bantu manusia dan mereka terus membunuh orang-haiwan dan bayi mereka, maka itu bukan apa yang saya rasa ialah kemenangan sepenuh. Tapi tak tahulah. Ada tak cara lain yg boleh saya lakukan? Tidak, buat masa ini tidak. Jadi saya hanya merayu kpd anda semua, anda semua yang belum sedar akan wadah veganisme, kemurahan dan kebaikan hati yang berharga. Tolonglah sedar. Tolong gunakannya. Ia ada di dalam diri anda. Semua manusia pada asalnya pemurah, bijak, berbelas kasihan, penyayang dan baik hati. Tolonglah cari di dalam roh anda, di dalam hati anda untuk menjumpainya. Gunakannya sebanyak mungkin untuk menyelamatkan diri anda, menyelamatkan anak anda, menyelamatkan orang-haiwan, menyelamatkan alam sekitar, selamatkan segalanya yg kita perlukan – menyelamatkan planet ini. Tolonglah, tolonglah, tolonglah. Saya berterima kasih kepada anda dari lubuk hati saya, semua orang yang sudah menjadi vegan dan teruskan cara mulia itu. Saya ucapkan terima kasih terlebih dahulu kpd anda semua yang memilihnya hari ini atau kemudiannya sikit – jalan kemurahan, jalan gaya hidup vegan. Jalan itu jalan anda, sifat belas kasihan anda dalam perbuatan, kasih sayang dalam perbuatan. Tunjukkanlah lebih banyak kasih sayang dalam perbuatan. Saling menyayangi. Bermurah hati dan baik hati terhadap ahli keluarga anda. Bermurah hati dan baik hati terhadap orang dan orang-haiwan di bandar anda dan segala-galanya – apa-apa saja – pokok, tanah, tanih, gunung, hutan, sungai, laut. Bermurah hatilah terhadap semuanya, melindungi semuanya kerana itu bagaimana anda melindungi diri sendiri dan orang tersayang. Semoga Tuhan lebih byk memakrifatkan anda utk memahami apa yg saya katakan dan mengamalkan itu. Terima kasih, Tuhanku. Terima kasih, anda semua, anak-anak Tuhan yang memutuskan untuk gunakan kemahuan bebas untuk buat baik, beri manfaat kpd makhluk lain dan dgn itu beri manfaat kpd diri sendiri dan orang tersayang. Amin. Pada asalnya, saya menunggu berita besar yang lain juga untuk beritahu anda semuanya bersama tetapi saya tak boleh tunggu. Saya rasa kita semua perlu bersyukur kepada Tuhan, berterima kasih kepada Pasukan Syurga serta Raja Keamanan dan banyak Raja yang membantu juga atas ANUGERAH yang dikurniakan kepada kita setakat ini! Saya gembira dgn adanya 10 Raja baik bersama saya dalam persatuan saya. Jadi anda saling menghormati: Anda takkan tahu siapa ialah Raja apa, seperti Raja Perlindungan, Raja Keselamatan, Raja... Ya Tuhan, saya dah lupa sekarang kerana saya tidak tulisnya. Mungkin lain kali saya akan cuba ingat akan semua nama, kemudian akan beritahu anda, lain kali pada bila-bila saya dapat bercakap dengan anda lagi. Selain itu, saya ingin bercakap kali ini untuk biar anda tahu bahawa saya masih bekerja untuk seluruh planet ini. Saya tidak meninggalkan sesiapa pun, orang di neraka pun. Saya masih cuba bantu mereka apabila dapat dan di mana dapat. Kita tak boleh tak berterima kasih kepada Syurga, banyak Syurga, Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Triniti Bersatu Semula dengan Kuasa Terbesar. Kita tak boleh tak berterima kasih kepada Mereka, atas setiap usaha kecil manusia, setiap berkat kecil yang datang ke dunia kita, sama ada kita dapat lihat atau tidak pun! Kita perlu berterima kasih dan mengubah cara hidup kita menjadi yang penuh kemurahan, belas kasihan, seperti Tuhan, kerana kita perlu memaafkan orang lain. Kita perlu memelihara, melindungi makhluk lain supaya kita akan sejajar dengan Standard Tuhan, dengan Kehendak Tuhan agar kita sendiri juga dapat peroleh keselamatan, perlindungan sebagaimana kita berikan perlindungan, keselamatan dan kemurahan atau apa-apa yang lain yang baik kepada makhluk lain. Kita mendapat apa yang kita semaikan. Itu memang betul walaupun Syurga dan Tuhan berbelas kasihan dan pemurah pd masa ini dengan Perang Dunia III tetapi ini tak boleh selama-lamanya. Kita tak boleh diselamatkan, dilindungi, diberkati untuk terus hidup, nikmati segalanya yang kita perlukan tetapi sementara itu terus cederakan makhluk lain yang tak berdaya seperti bayi, janin, orang-haiwan yang tak berdosa. Kita tak boleh buat begitu. Kita perlu jadi penyayang dan baik hati kerana itu apa yang kita mahukan daripada makhluk lain. Itu apa yang kita mahukan daripada Syurga juga. Kita perlu wujudkannya. Kita perlu memupuk sifat ini dalam jiwa kita, hati kita untuk mendapat sifat yang sama ke mana-mana pun kita pergi, di mana-mana pun kita diami. Sesuatu itu datangkan sesuatu yang sama. Anda semua tahu akan itu. Apa yang anda semaikan, itulah yg akan anda dapat. Anda semua tahu akan itu. Anda semua tahu akan karma. Meskipun anda bukan penganut Buddha, bukan penganut Kristian, anda semua tahu, “Apa yang kamu semaikan, itulah yang akan kamu dapat.” Saya tak perlu asyik mengulang perkara yang sama lagi. Anda cerdik! Tolonglah, menjadi apa-apa yang anda mahu orang lain jadi. Perlakukan orang lain sebagaimana anda mahu diri sendiri diperlakukan. Berikan apa yang anda boleh kepada makhluk lain sebagaimana anda mahunya diberikan jika anda perlukan benda itu, jika anda perlukan situasi itu, bantuan itu, kata-kata penenang itu. Tolonglah, tolonglah dan tolonglah. Photo Caption: “Sedikit Salji Tidak Dapat Halang JALAN ANDA PULANG KE RUMAH!”











