Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Raja Buddha Kasih Sayang mahu Engkau bercakap dengan Raja Buddha Ko, K-O, dari Kerajaan-Nya yang bernama Fo, F-O. ‘Fo’ bermaksud ‘hidup’. Salam sejahtera, Tuanku Raja Buddha Ko yang datang dari jarak lima zilion lebih tahun cahaya dari planet Bumi ini. Kami kasihi Engkau. Itu pasti perjalanan yang jauh. Harap-harap Engkau rasa selesa. Adakah Kau selesa apabila tiba di sini? “Ya.” Adakah suasana kami ganggu Engkau dari mana-mana segi? “Tidak, tidak. Kami ada kelengkapan untuk melindungi diri.” Selamat datang ke planet Bumi, Raja Buddha Ko dan rombongan-Mu. Berapa lama Engkau akan berada di sini? “Lapan hari.” Aku harap Engkau rasa selesa sementara berada di planet ini. Ada tak sesuatu yang ingin Engkau kongsi dengan kami? “Ya, ya, ada. Perjalanan dari Alam Fo ke planet Bumi mengambil masa tujuh bulan lima hari dengan kapal angkasa khas.” Seperkara lagi, Tuan, adakah ia seperti UFO penuh misteri yang datang dan pergi? Adakah ia kelihatan macam salah satu daripadanya? Ya? Wau! Adakah ia berbentuk bulat, berbentuk cerut, Tuan, berbentuk segi empat atau berbentuk segi tiga? Apakah bentuknya? “Bentuk bulat.” Berapa banyak orang boleh dibawa oleh UFO ini? “Lapan.” Terima kasih, Tuan. Itu sangat, sangat menarik. Penduduk-Mu, rakyat-Mu di Alam Fo… Ia seperti Alam Buddha, seperti Syurga, kan, Tuan? “Ya, memang.” Adakah Engkau ada segala jenis buah, pokok dan sayur seperti kami di sini? Tidak? Maka apa yang Engkau ada untuk pemandangan? “Pemandangan yang indah dengan segala jenis pokok, gunung dan sungai tetapi ia begitu terang dan indah. Ia tidak seperti gunung, sungai atau pokok dan pemandangan di sini. Jauh lebih indah. Ia bersifat firdausi. Adakah Engkau ada orang-haiwan di Alam-Mu sana? “Tidak, tidak.” Orang di Alam-Mu, di Alam Firdausi-Mu, adakah mereka kelihatan seperti kami? “Tidak. Mereka tak bersifat fizikal. Mereka boleh menjelma secara fizikal tetapi biasanya tak bersifat fizikal. Mereka orang yang cantik, tinggi dan kelihatan Suci. Dalam bentuk bukan fizikal pun, jika kalian ada mata Syurga, kalian dapat lihat mereka berpakaian Firdausi dengan rambut yang cantik, mata yang cantik dan raut muka yang cantik.” Terima kasih, Tuan. Oh! Okey. Maaf, aku ada begitu banyak soalan untuk orangku. Aku tahu macam mana rupanya meskipun aku tiada di sana. Aku tahu tetapi semua soalan ini adalah untuk orang di Bumi. Terima kasih, Tuan, kerana bersabar. Sekarang, boleh Engkau beritahu aku apa tujuan lawatan suci-Mu ke Bumi sederhana kami di sini? “Ya. Pertama sekali, untuk ucapkan tahniah kepada Engkau dan semua orang di planet ini atas dapat mengelak daripada peperangan terbesar yang boleh berlaku. Ia boleh jadi peperangan yang lebih teruk daripada semua peperangan yang kalian tahu sebelumnya. Dan juga untuk menyampaikan Hadiah kepada Engkau, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja. Hadiah ini ialah Hidup Syurga dari Alam kami kepada Engkau.” Oh! Kepada aku saja? Bukan kepada orang di planet ini? “Tidak, tidak, kerana mereka tiada pahala yang mencukupi untuk menerimanya.” Ya, maaf, aku faham, tetapi jika sesetengah manusia benar-benar ingin ada hidup Syurga seperti penduduk di Alam-Mu, dapatkah mereka capainya dengan berdoa, meminta, memohon, bertaubat atau lakukan sesuatu jenis meditasi? Mungkinkah itu? “Tidak, tak boleh.” Boleh Engkau beritahu aku mengapa? “Ya. Kerana pertama sekali, manusia tiada keazaman yang mencukupi untuk memikirkan itu pun dan doa mereka tak dapat begitu ikhlas disebabkan oleh pencemaran dunia ini sejak zaman dahulukala lagi.” Woah! Turut bersimpati. Aku turut bersimpati mendengar itu. “Dan juga, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja, jaraknya terlalu jauh bagi mereka sampai kepada kami.” Oh! Ya, aku faham. Tapi terima kasih kerana datang jumpa dengan kami dan bawa Berkat daripada Kuasa-Mu. Kami, dengan nama TUHAN dan dengan nama umat manusia yang rendah di planet ini, menyambut Engkau dengan kasih sayang dan penghormatan dan kami ingin Engkau membawa salam dan kasih sayang kami balik kepada rakyat-Mu apabila Engkau pulang. Oh! Seperkara lagi, adakah orang di Alam-Mu, disebabkan Berkat-Mu, hidup selama-lamanya? “Ya, mereka hidup selama-lamanya dengan gembira, bahagia, bijak, selesa dan sebagainya.” Wau! Itu sangat bagus, sangat bagus. Aku harap orang di planet ini boleh mengetahui gaya hidup yang begitu istimewa dan suci. Jadi jika aku dikurniai status Hidup Syurga ini daripada Berkat-Mu, Raja Buddha, maka aku tidak akan mati? Aku akan hidup selama-lamanya? Tidak kira aku di mana? Ya? “Tepat sekali, tepat sekali.” Wau, terima kasih banyak-banyak! Tuanku, aku tak benar-benar ingin hidup selama-lamanya di planet ini kerana badan fizikal ini tidak begitu suci dan selesa seperti di Alam Buddha-Mu. Jadi aku hanya hidup selama mungkin sehingga badan ini menjadi lemah. Aku tak kisah. Aku tak kisah untuk pulang ke Rumah. Aku sudah berkhidmat untuk dunia ini hayat demi hayat, begitu banyak hayat. Dah tiba masanya utk pulang ke Rumah. Maksudku untuk roh menjadi bebas, menikmati hidup roh dan tidak perlu dibebani oleh karma dan balasan fizikal yang berat serta segala isu yang berkaitan. Tapi terima kasih, Tuan. Mungkin aku akan gunakan Hidup Syurga ini dengan sesuatu cara. Aku belum tahu lagi. Aku perlu memikirkannya, dengan cara fizikal, minda fizikal dan pemikiran fizikal. Atau akankah Engkau begitu baik hati, mencadangkan sesuatu kepada aku? Bgmn gunakannya dgn sebaik-baiknya? “Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja yang dikasihi, ini bukanlah suatu kewajipan untuk hidup lama tetapi ini suatu hak, keistimewaan Engkau boleh berada dalam status hidup selama-lamanya di mana-mana planet, mana-mana saja yang Engkau pilih untuk diami. Atau Engkau boleh memilih untuk tidak gunakannya tapi Engkau tetap dihormati di seluruh Alam Semesta sebagai Seseorang yang ada keistimewaan untuk mengekalkan gelaran ini, kuasa untuk hidup selama-lamanya dengan gaya hidup Syurga.” Aku amat berterima kasih kepada Engkau, Tuanku Raja Buddha Fo. Terima kasih banyak-banyak. Maaf, suaraku tak begitu baik hari ini – terlalu banyak tekanan. Kerjaku ada terlalu banyak tekanan di dunia fizikal ini. Ia tak begitu relaks dan menggembirakan seperti di Alam-Mu. Bagi tujuan mendidik, boleh Engkau huraikan dgn lebih lanjut tentang apa jenis keistimewaan, apa jenis kuasa dan apa jenis status yang seseorang yang memegang hak Hidup Syurga ada? Jika boleh beritahu kami. Terima kasih. “Orang Hidup Syurga akan ada terlalu banyak, banyak, banyak, banyak keistimewaan, kuasa dan keupayaan. Ia terlalu banyak, tak dapat disenaraikan pun.” Bolehkah sebut hanya beberapa daripadanya, perkara utama? “Oh! Ya, boleh. Jelasnya, yang paling utama adalah Engkau dapat hidup selama-lamanya dalam status, keistimewaan, keselesaan, kuasa Syurga, dan ada segalanya yang Engkau perlukan, apa-apa saja yang Engkau ingin ada, secara bebas.” Ya, Tuan. Kecuali dalam keadaanku, aku tak pasti sama ada itu dapat melangkau segala beban karma yang perlu diri rendahku tanggung untuk membantu makhluk di planet ini. “Oh! Ya, ya. Itu kami faham. Kami rasa bersimpati dengan itu, dengan segala penderitaan-Mu, segala kesakitan yg perlu Engkau tahan.” Tak apa-apa, Tuan. Itu boleh tahan, boleh tahan. Ia membantu makhluk lain, jadi berbaloi. Tetapi Hadiah-Mu ialah keistimewaan yang begitu besar sehingga ia begitu banyak sentuh hatiku. Aku amat berterima kasih kpd Engkau. Semoga TUHAN kurniai Engkau dan rakyat-Mu segalanya yang terbaik. Walaupun Engkau tiada sebarang Hadiah untuk umat manusia di planet ini, namun kami tetap amat berterima kasih kepada Engkau kerana datang ke sini dari Alam yang begitu jauh, secara automatik membawa Berkat-Mu dan peningkatan hidup-Mu kepada planet ini. Kami benar-benar berterima kasih kpd Engkau. Semoga TUHAN lebih banyak lagi berkati Engkau. “Ya, ya, kami juga bersimpati tetapi kami tiada terlalu banyak afiniti dengan manusia dan makhluk di dunia ini seperti sesetengah Raja Buddha yang lain ada.” Tak mengapa, tak mengapa, Tuanku. Ini bukanlah suatu kewajipan, semua Raja Buddha mesti datang bantu planet ini dengan sesuatu cara kerana ada karma yang berlainan, afiniti yang berlainan, ya. Tetapi kami tetap berterima kasih kepada Engkau kerana datang kepada kami, kerana sebelumnya dan sekarang masih menyokong keamanan dan kerana menaikkan suasana planet ini dan bekerja bersama kami untuk membantu memberi manfaat kepada makhluk di dunia ini. Kami amat, amat, amat berterima kasih kepada Engkau. Secara senyap, Engkau juga membantu kami, dan sekarang Engkau datang sejauh ini hanya untuk berkongsi kegembiraan dengan kami atas beberapa sebab – pencapaian keamanan dan perkembangan yg masih berterusan. Kami benar-benar kasihi Engkau dan berterima kasih kepada Engkau. Aku berada di dunia fizikal dan ini jarak yang begitu jauh dari Kerajaan-Mu tetapi mungkinkah berhubung atau bersambung dengan Engkau? “Oh! Ya, ya, Engkau boleh. Jika ada sebarang keperluan dan kami dapat bantu, beritahulah kami.” Oh! Itu sangat bagus. Engkau sangat baik hati dan pemurah. Dalam masa lapan hari Engkau akan berada di planet ini, adakah Engkau merancang untuk membuat sesuatu yang istimewa? “Tidak, tidak. Mungkin hanya secara natural dan automatik memberi tenaga dan Berkat kami sebelum kami tinggalkan sini.” Oh! Itu sangat bagus. Engkau terlalu pemurah. Akankah itu memudaratkan Engkau dari segi rohani, fizikal atau mana-mana segi? “Tidak, tidak, meskipun begitu, kami dapat pulih dengan pantas di Alam kami di mana tenaganya begitu tulen dan kuratif. Ia secara natural menyembuhkan kami jika kami alami kesan buruk dari mana-mana segi.” Wau! Itu bagus, itu bagus. Itu bagus. Seronok mendengar itu. Terima kasih, Tuan. Bolehkah Engkau dengan sebarang cara berada di sini lebih lama drpd lapan hari? “Tidak, kami tak boleh. Suasana Bumi terlalu berat, sarat dengan terlalu banyak kuasa negatif dan terlalu banyak tenaga yg memudaratkan. Jika kami berada di sini dgn lebih lama, kami takkan dapat pulang. Walaupun kami sudah dilindungi oleh kuasa kami sendiri serta teknologi dan kelengkapan khas, jika kami berada di sini dgn lebih lama, semua ini takkan dapat menampung kami dan kami takkan dapat pulang ke rumah serta mengekalkan status dan kuasa kami seperti sebelumnya. Jadi dengan keberatan kami akan berada di sini lapan hari, kemudian kami akan perlu tinggalkan sini Tetapi kami sentiasa boleh bersambung dan berhubung dengan Engkau.” Terima kasih, Tuan. Terima kasih atas Hadiah spiritual tertinggi-Mu. Aku amat tersentuh. Aku masih perlu berfikir bagaimana dan sama ada nak gunakannya. Kerana datang, dan bersama dengan Raja Buddha yang lain dari jauh, membawa begitu banyak tenaga sokongan dan berkat, dengan nama semua makhluk di Bumi, kami ucapkan terima kasih kpd Engkau. Kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Engkau. Aku rasa Alam-Mu dan rakyat-Mu takkan memerlukan apa-apa lebih daripada apa yang telah kalian capai tetapi kalau-kalau ada sebarang keperluan, biarlah aku tahu. Terima kasih. Berehatlah dengan secukupnya dan pulih sebelum Engkau tinggalkan kami. Semoga Berkat TUHAN bersama Engkau dan orang-Mu di sepanjang perjalanan. Photo Caption: “TUHAN Cipta Semua Bentuk dan Saiz supaya Dunia Wangi dan Elok”











