Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Suntikan Tanpa Kesakitan untuk Pesakit Diabetes, Bahagian 1 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hanya untuk biar anda tahu bahawa orang-musang yang datang sebelumnya, kembali beberapa kali lagi – dari jauh. Maksud saya bagi dia, itu jalan yang panjang, jauh. Ia hutan sebelah, berdekatan. Ia bersambung dengan hutan ini juga, cuma jenis bahagian yang berlainan. Ia tidak semuanya bersama di satu tempat. Dia datang untuk beritahu saya, “Jangan takut, keamanan sudah dekat.” Saya ucapkan semoga dia selamat sejahtera. Hati saya amat tersentuh. Saya benar-benar begitu sayangi dia. Dia tidak bernama. Saya tidak dibenarkan untuk berikan nama kepada dia, jadi saya panggil dia Wanita Musang kerana dia seorang wanita. Tetapi saya tak dibenarkan untuk memanggil dia dengan itu. Saya mesti panggil dia ‘musang tak bernama’ baru boleh dia datang dekat dan jawab. Oh, dia lari dengan pantas sekali ke sini! Dan melaung dengan not nyanyian, suara yang begitu merdu, lagu yang merdu, suaranya, not tinggi yang ekspresif dan irama gembira!

Makhluk yang begitu menawan – hanya mengambil langkah yang salah dalam hayat lampau. Sebenarnya dia bukan anak murid saya dalam hayat lampau. Dia cuba mengkaji apa yang saya ajarkan pada masa itu supaya dia boleh mengejek saya, ajaran saya dan buat segala perkara yang bertentangan hanya untuk berasa seronok disebabkan kejahilan, agaknya. Semuanya untuk buktikan bhw saya silap! Jadi sekarang dia menjadi orang-musang dan rasa sangat sesal. Jadi dia datang, cuba mencari alasan untuk berada dekat dan juga untuk membalas kebaikan saya, ajaran saya walaupun dia tidak hargainya pada masa itu. Sekarang dia tahu akannya.

Biasanya kita tahu lebih selepas meninggalkan badan kita tetapi kadangkala dah terlambat kerana karma tak sentiasa datang dengan serta-merta atau cukup pantas. Walaupun sesetengah orang yang buat karma yang terlalu buruk, badan astral mereka sudah dipenjarakan atau dihukum di neraka, namun mereka berada dalam badan fizikal. Semasa masih hidup, mereka tak dapat rasai apa-apa. Mereka tak dapat mengetahui apa-apa. Oleh itu, mereka tidak percayai jenis balasan karma, jadi terus membuat perkara buruk. Kesiannya. Saya harap contoh orang-musang ini akan buat orang lebih banyak berfikir semula tentang perbuatan, pemikiran dan pertuturan mereka.

Hari ini hari yang sangat banyak bergolak kerana saya perlu keras berjuang untuk seorang kononnya anak murid. Ada banyak perkara yang bercampur hari ini.

Sesiapa di luar sana – cubalah menambah semula stok anda hanya kalau-kalau ada sebarang situasi cemas di mana mungkin anda tiada makanan utk dimakan Belilah barang – beli makanan yang tahan lama dan tidak perlu dimasak atau apa-apa, kalau-kalau anda tiada bahan api yang mencukupi untuk memasak. Di dalam hutan, saya tak begitu risau tentang itu kerana ada banyak ranting kering di mana-mana saja. Ini hanya untuk anda yang tinggal di bandar, mungkin sukar. Jadi cubalah menyimpan sesuatu, sekurang-kurangnya untuk kecemasan apabila apa-apa berlaku dan pembaikan tidak cukup pantas. Itu pun jika ia dapat dibaiki. Sentiasa berhati-hatilah. Sentiasa berfikir lebih awal. Kita masih berperang di merata tempat. Sayangnya ini, kerana manusia begitu cerdik. Mereka malah dapat pergi ke Bulan, Marikh dan lain-lain, dan buat banyak perkara yang sukar dipercayai beberapa dekad yang lalu saja pun atau seratus tahun dahulu. Tetapi mereka tetap tak dapat membuat keputusan untuk saling berdamai dan saling melindungi, bermakna untuk melindungi diri sendiri.

Hari ini, saya perlu bersusah payah dengan isu neraka untuk cuba bebaskan salah seorang kononnya anak murid yang sangat sukar untuk diselamatkan, tetapi sebilangannya dlm kumpulan anak murid masih serupa, lebih atau kurang. Ini memberi kesan kepada saya dari segi tenaga dan masa. Dua ini sangat penting kepada saya. Saya perlukannya. Saya perlukan tenaga. Saya perlukan masa. Untuk anak murid dari neraka itu, mengapa notis yg begitu singkat utk saya?

Saya begitu sayangi Wanita Musang itu dari lubuk hati saya. Saya hantar segala Kasih Sayang yg boleh segalanya yang boleh diterimanya, tahu bahawa saya begitu sayangi dia, bahawa seseorang masih sayangi dia, ambil berat tentang dia. Saya ucapkan semoga dia selamat sejahtera dalam rahmat TUHAN. Saya syukur kepada TUHAN atas perlindungan kepada dia, menjaga keselamatannya. Saya sedang bekerja tetapi keluar untuk menjerang air, kemudian terdengar suara yang sangat perlahan. Saya ingat itu daripada Supreme Master TV tetapi bukan. Kemudian saya tanya, “Adakah itu engkau, musang tak bernama?” Dia segera, oh, gunakan suara yang sangat gembira, suara yang sangat kuat untuk biar saya tahu bahawa itu dia, kemudian teruskan untuk seketika, beritahu saya ini dan itu.

Saya kata, “Oh! Tolonglah, engkau tak perlu buat perjalanan yang begitu jauh untuk aku. Jagalah diri. Engkau ada makanan yang cukup tak hari ini?” Dia kata, “Ya.” Dan dia minum. Saya letak minuman di luar, dekat khemah saya. Di mana-mana saya boleh meredah ke dalam semak hutan, atau berdekatan, di mana-mana ada cerang kosong dan sebagainya, saya letak air. Saya tak dibenarkan utk beri makan tetapi kadangkala saya tak dapat menahan diri. Saya letak sesuatu di luar, protein kering supaya ia akan tahan untuk seketika kalau-kalau mereka tak dapat segera jumpainya.

Ya Tuhan! Ya Tuhan, hati saya tak dapat rasa damai walaupun keamanan telah datang dan seluruh planet nikmatinya, sesiapa saja yg ada pahala yg mencukupi untuk merasainya, mendapat berkat daripada tenaga damai. Begitu pun, saya sendiri tidak rasa begitu damai, hanya ada semakin banyak kerja dan semakin banyak isu kerana kuasa negatif cuba bersungguh-sungguh untuk serang kita. Tapi saya rasa itu hanya seperti lilin. Ia memarak dengan terang sebelum padam. Jadi saya benar-benar harap kita akan ada keamanan dunia rasmi yang diumumkan tak lama lagi. Saya sentiasa diberitahu tentang itu daripada semua orang-haiwan, MAPA kita dan Triniti PALING Berkuasa tetapi saya tetap tak cukup sabar untuk menunggu hingga waktu itu,

tetapi saya terpaksa kerana tiada apa-apa lagi yang boleh dibuat sekarang. Seperti yang salah seorang Raja beritahu anda, jika Kami gunakan semua kuasa untuk musnahkan kuasa negatif, maka dunia sebagaimana sekarang akan dimusnahkan juga kerana kita perlukan kuasa yang sangat besar untuk memusnahkan kuasa negatif kerana banyak daripada mereka tersembunyi di dalam badan manusia juga, dan apa-apa saja, di mana-mana saja. Pondok kosong terbiar di ladang, lubang pada pokok, lubang di tanah, rekahan pada batu, di atas batu, misalnya macam itu, atau semak besar, rumah terbiar, bangunan kosong – mereka boleh bersembunyi di mana-mana saja dan membuat kacau. Mereka banyak bertumpu pada saya. Jadi saya alami sakit kepala kadangkala. Sementara saya cakap dgn anda sekarang, saya alami sakit kepala juga, daripada kesan jatuh sebelumnya yang berlarutan juga. Tetapi jika tidak, saya baik-baik saja. Janganlah risau. Saya hanya beritahu anda hal saya, aktiviti saya, apa yang berlaku kepada saya dan sebagainya kerana anda sentiasa nak tahu.

Selalunya, saya tidak beritahu anda. Saya tidak beritahu anda dengan banyak. Walaupun kelihatan macam saya dah beritahu anda dengan banyak, namun itu tak seberapa saja, hanya sebahagian kecil daripadanya. Tetapi meskipun saya mahu, saya tiada masa yang mencukupi untuk beritahu anda segalanya tentang apa yang saya buat setiap hari. Saya hanya mengatakan sesuatu supaya sekurang-kurangnya anda tahu bahawa saya buat sesuatu dan faham sikit tentang apa yang perlu dibuat oleh seorang Guru. Tetapi jika anda ingin benar-benar memahami seorang Guru, anda perlu menjadi itu. Tiada sesiapa yang dapat beritahu anda segala-galanya tentang itu.

Ada banyak laporan Raja daripada pasukan saya. Mereka siarkannya dalam Berita Selitan untuk anda sekarang, jadi ada banyak perkara untuk anda tahu walaupun itu tidak banyak. Tetapi buat masa ini, TUHAN tidak izinkan mana-mana Raja datang melawat saya lagi. Sebelumnya apabila TUHAN hendaki saya umumkan bahawa saya ialah Buddha Maitreya, juga dikenali sebagai Nabi Isa yg kembali, semua Raja telah datang, malah raja jahat seperti raja perang atau raja negatif, segala jenis raja sudah datang untuk beri hormat. Jadi hanya Raja-raja, Raja-Buddha yang paling berkuasa boleh datang, seperti yang telah saya rakamkan untuk anda – sesetengahnya pendek, sesetengahnya panjang. Pada asalnya, saya tidak berfikir nak merakamkan apa-apa tentangnya. Sebab itulah beberapa yang pertama, sesetengahnya sudah disiarkan, sesetengahnya tidak, lebih pendek dan tidak begitu terperinci. Kemudiannya saya berfikir, okey, apabila TUHAN izinkan, saya akan rakamkan lebih panjang sikit, apa-apa saja yang saya ingat. Sekarang TUHAN telah hentikannya. Tiada Raja yang boleh datang sama sekali. Baiklah. Apa yang nak dibuat? Kerana jika Mereka datang, Mereka tak dapat banyak membantu lagi kerana jika lebih banyak kuasa datang, maka planet ini akan binasa sepenuhnya.

Jadi anda faham sekarang. Apa-apa lagi yang boleh saya rakamkan, beritahu anda, saya akan buat begitu. Semoga tenang, nikmati kedamaian dan bantu orang lain, apa saja yang anda boleh terutama berkongsi pengetahuan tentang KEBENARAN AJARAN TUHAN melalui Guru hidup. Kita bersyukur kepada TUHAN, Satu-satunya Ibu Bapa kita atas segala Belas Kasihan, segala Pengampunan, segala Berkat, segala Rahmat, segala Kasih Sayang. Syukur kepada Engkau, TUHAN. Berbanyak-banyak syukur kpd Engkau. Semoga Engkau sejahtera juga, TUANKU Amin. Kami cintai Engkau.

Oh! Seperkara lagi, saya ada berita baik yang tidak banyak orang tahu dan ingin saya kongsi dengan semua orang ubat untuk diabetes yang baru dicipta, bebas jarum suntik, akan selamatkan nyawa banyak orang, beri kemudahan dan juga bantuan kewangan ini. Kita bersyukur kepada TUHAN secara berulang kali. Orang dan orang-haiwan yang hidapi diabetes tidak perlu menerima suntikan jarum yang mencucuk dan tidak selesa, kerana di Australia mereka telah membangunkannya dan sekarang menjual jenis ubat tanpa jarum ini. Kita hanya sapukannya pada kulit dan ia berkesan dengan serta-merta, jadi tiada kesakitan dan jauh lebih senang untuk manusia dan orang-anjing.

Photo Caption: “Melihat Keharmonian di Alam Semula Jadi Hutan Tertanya-tanya tentang Masa Depan Dunia Manusia!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/3)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-24
1492 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-25
942 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-26
647 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-09-27
331 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-27
372 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-27
1512 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-26
7125 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-26
685 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-09-26
647 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-09-25
271 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun