Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pertemuan Mesra Guru dengan Orang-Musang & Persidangan-Nya dengan MAPA dan Raja-Raja Buddha, Bahagian 5 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Setiap hari, saya tanyakan perkara untuk 24 jam yang seterusnya saja kerana itu saja yang dapat saya uruskan dengan kerja televisyen dan segalanya yang lain – perniagaan dan menjaga anggota pasukan yang dapat saya hubungi, biasanya anggota pasukan dalaman kerana mereka juga ada badan manusia saja – daging, lembut dan kadangkala alami kesusahan. Mungkin tiba-tiba menjadi kurang selesa, mungkin tiba-tiba tersandung atau sesuatu yang mungkin cederakan jari kaki atau kaki mereka. Maka saya juga perlu cakap dgn mereka dan beritahu mereka apa yang nak dibuat kerana kadangkala mereka terlalu sibuk. Saya tak rasa mereka harus tetapi adalah tidak selamat terus melanjutkan kesakitan atau ketakselesaan. Kita perlu segera kendalikannya. Bagaimana mengendalikannya, bergantung kepada keadaan juga. Mereka suka bercakap dengan saya dan minta nasihat saya, jadi saya perlu habiskan masa bersama mereka kadangkala berjam-jam untuk bercakap, menenangkan mereka dan sebagainya. Satu perkara bawa kepada perkara lain. Kadangkala kami berbual-bual macam itu hanya untuk buat mereka rasa lebih selesa juga. Ini juga suatu peluang untuk adakan jenis perbualan yang lebih rapat, lebih terbuka, lebih relaks. Jadi ini juga baik untuk tenaga kerja dan hubungan mereka sebagai rakan sepasukan.

Saat, saya perlu ingat. Kerana mungkin mereka berfikir itu perkara kecil dan ia akan sembuh tetapi tak sentiasa macam itu kerana dalam kes saya, contohnya, saya jatuh dengan teruk beberapa hari yang lalu, saya rasa, atau seminggu yang lalu, saya tak dapat ingat sekarang. MAPA dan Triniti benar-benar bantu menyembuhkan saya selama banyak jam. Saya tak apa-apa, agaknya saya tidak alami konkusi atau apa-apa, cuma sakit kepala yang berlarutan masih ada walaupun saya baik-baik saja. Saya masih bekerja dan segalanya seperti biasa, cuma sekali-sekala saya sakit kepala sikit.

Hari ini, saya alami lebih banyak sakit kepala daripada banyak hari sebelumnya semasa saya tiadanya. Agaknya itu daripada kejadian jatuh ini. Itu benar-benar tolakan yang kuat. Tolakan kuat yang tidak seperti satu orang saja yang menolak. Itu geng yang besar. Kuasa negatif benar-benar akan buat apa-apa saja untuk menyingkirkan saya tetapi saya beritahu mereka, “Unkraut stirbt nicht.” Itu bahasa Jerman – itu apa yang mrk kata. Itu bermaksud ‘Rumput liar tidak mati.’ Memang macam itu. Kita memotong rumput atau kadangkala mengorek keluar seluruh akarnya. Lepas beberapa hari, terutama apabila hujan turun sikit, oh, ia bercambah semula, semuanya hijau, kuat dan berkuasa. Jadi saya berkata kepada mereka, “Aku rumput liar. Aku adalah yang ‘tidak berguna’. Jadi tiada apa-apa yang dapat bunuh aku. Aku akan terus hidup.” Tetapi mereka sentiasa cuba. Sama ada mereka cuba cederakan saya… malah dari jauh. Wau! Begitu berkuasa, kuasa negatif ini. Sebab itulah mereka dapat mengawal manusia, seluruh bangsa manusia, mengawal orang-haiwan, benda lain juga, semua ahli sihir dan sebagainya. Sebab itulah mereka dapat mengawal Bumi selama sangat banyak ribu tahun hingga sekarang.

Sebelum itu, keadaan kita lebih baik. Kita baik-baik saja. Sehingga mereka ingin mengambil alih dunia ini dan buatnya menjadi milik mereka tetapi mereka bunuh orang kita dengan cara-cara yang berlainan. Walaupun mereka tak sentiasa dapat sentuh saya secara langsung, mereka pergunakan anak murid saya untuk ganggu saya, atau malah pergunakan orang-anjing saya kerana saya lebih rela sendiri alami kesakitan itu daripada melihat orang-anjing saya atau tahu bahawa orang-anjing saya sakit dan tidak berdaya, atau kononnya anak murid saya terganggu oleh entiti-entiti ini. Mereka jahat. Mereka ganas. Bukan semua kononnya anak murid atau anggota pasukan saya pun berada di peringkat tinggi, di luar jangkauan kuasa negatif. Karma mereka juga, karma hayat sekarang kadangkala juga datang ganggu mereka, maka saya perlu terlibat juga. Saya boleh tanggung sebahagiannya, bukan semuanya. Tak dibenarkan macam itu. Tak boleh macam itu di dunia fizikal ini. Jadi saya tanggung sebahagian drpd karma dan jika terlalu banyak perkara kecil, terlalu banyak karma kecil di sana sini, itu pengaruhi badan saya juga. Saya bukan dibuat daripada besi. Saya hanyalah daging dan tulang, sama seperti anda.

Baiklah, anak murid TUHAN saya yang menawan, dikashi, orang-musang itu datang, sekarang saya rasa, disebabkan persidangan itu sebelumnya, mungkin beberapa hari yang lalu, beberapa minggu yang lalu. Saya ada sebutnya dalam salah satu Berita Selitan bahawa saya perlu pergi mengadakan persidangan sekarang. Selepas pertemuan dengan Raja Buddha, dengan serta-merta saya perlu adakan persidangan dengan MAPA dan beberapa orang Raja Buddha – peribadi. Itu bukan tentang dunia atau apa-apa. Itu hanya untuk saya. Segalanya tentang saya sebagai suatu perubahan. Saya terkejut. Saya tidak diberitahu terlebih dahulu tentang apa jenis persidangan dan apa jenis kandungan dalam persidangan itu. Saya tahu akannya hanya semasa dan selepas itu. Jadi disebabkan itu, mereka cakap tentang keselamatan saya dan bahawa saya perlu gunakan cara elektronik untuk menjaga keselamatan diri. Raja Buddha berkata, “Keselamatan diutamakan.” Saya tiada notanya sekarang, jadi saya akan baca kpd anda kemudiannya.

Saya masih keberatan tetapi mungkin saya rasa 90% daripadanya akan saya baca kepada anda, untuk anda, hanya supaya anda tahu akan sesuatu. Jika tidak, anda memang ada pengalaman dalaman tetapi tiada apa yang saya ada. Jadi agaknya banyak kali anda tanya tentang diari saya dan seumpamanya atau apa yang saya buat tetapi saya tak sentiasa beritahu anda segala-galanya. Saya tidak. Jadi kebelakangan ini, saya rasa saya harus beritahu anda sesuatu, apa yg boleh, sekurangnya sesetengahnya, supaya anda juga mendapat tahu sesuatu. Anda juga tahu bahawa ada ini dan itu yang berlaku dalam hidup saya serta perkara ini dan itu yang perlu saya buat atau boleh saya buat, atau saya menangi pertempuran keamanan kecil dan sesetengah negara telah menjadi bebas peperangan, perkara seperti itu. Tapi saya tak boleh beritahu anda semua butirannya kerana pertempuran tetap ialah pertempuran, fizikal atau astral, ia serupa. Anda boleh sendiri bayangkannya. Jika tidak, saya buang terlalu banyak masa bercakap tentang siapa bunuh siapa.

Kita ada rukun tidak membunuh. Tetapi bagi melindungi manusia dan planet ini, memastikannya kekal hidup, sesetengah syaitan perlu dihapuskan kerana mereka bekerja untuk kuasa negatif. Mereka bunuh manusia, mencacatkan mereka, saya rasa membius mereka atau mengawal mereka dengan begitu banyak cara yang berlainan sehingga mereka tak dapat ingat akan TUHAN pun. Mereka tidak berdoa pun, sekali-sekala pun tidak. Mereka tak tahu bagaimana berdoa pun atau tidak pergi ke gereja, tokong, masjid atau institusi agama yang lain pun, di mana mereka panggil dgn nama-nama berlainan. Seperti synagogue Yahudi. Tahulah, setiap agama, mereka bina gereja tetapi berikan nama-nama yang berlainan kerana bahasa mereka berbeza. Itu saja. Seperti dalam agama Kristian, mereka memanggil dewan sembahyang jemaah sebagai gereja. Penganut Buddha pula memanggil bangunan itu sebagai tokong. Muslim memanggil tempat suci di mana mereka berkumpul untuk menyembah TUHAN sebagai masjid, misalnya macam itu.

Dan kita sendiri ada rumah ibadat sendiri. Itu badan suci kita di mana Roh Kudus diami. Jadi dalam Bible ada dinyatakan bahawa, “Tidak tahukah kamu bahawa kamu ialah rumah ibadat TUHAN dan Roh Kudus tinggal di dalam dirimu?” Atau, “Kerajaan TUHAN ada di dalam dirimu.” Jadi sekarang kita juga harus menjaga rumah ibadat ini, menyucikannya jika ia belum disucikan lagi. Bermula dengan vegan dgn serta-merta untuk menuntut balik Kerajaan TUHAN di dalam diri anda. Bersihkan semua sampah yang bertimbun pada diri anda, di sekeliling anda, di dalam diri anda, di luar diri anda. Buat diri anda jadi rumah ibadat TUHAN – murni, betul, cekap dan suci semula.

Semasa bercakap, saya terlupa juga kerana saya tiada skrip. Saya tak pernah ada skrip terutama bercakap dengan TUHAN atau Raja Buddha. Saya takkan tahu apa yang akan Mereka katakan kepada saya, jadi mana dapat saya tulis skripnya? Saya tidak perlukan sebarang skrip. Sejak saya mengambil alih kerja ini, dengan Rahmat TUHAN, dengan Kehendak TUHAN, saya tidak menulis sebarang skrip untuk bercakap. Biasanya saya hanya duduk di sana. Saya tiada apa-apa pun di depan saya dan tidak melihat apa-apa pun. Saya bercakap saja kerana ia datang secara langsung drpd TUHAN. Jika ada apa-apa kesilapan dalam percakapan atau apa-apa, itu kesilapan standard manusia saya. TUHAN tak pernah buat kesilapan. Manusia kadangkala buat kesilapan semasa bercakap. Semasa kita baca atau dengar sesuatu pun, kita salah dengar dan salah mengulangnya. Sebab itulah banyak kejadian yang menyusahkan berlaku di dunia ini.

Tetapi saya tidak buat kesilapan yang begitu teruk, cuma mungkin, dah tentu, saya tidak dilahirkan sebagai orang Inggeris, jadi sesetengah perkataan tak pernah saya gunakan, ia keluar begitu saja dan mungkin saya salah menyebutnya tetapi itu hanya kesilapan kecil. Sesetengah orang, daripada sebut ‘Sun’, Matahari di atas langit, mereka sebut ‘son’. Kadangkala mereka bergurau, hanya nak mengusik seseorang. Mereka kata, “Kamu ‘sun’ saya.” Ini bermaksud anak (‘son’) saya, kerana perkataan itu hampir sama. Sesetengah perkataan tak pernah saya gunakan sebelumnya, jadi mungkin saya terlupa. Itu saja – bukan hal atau kesilapan besar.

Sekarang, disebabkan oleh perbualan, pertemuan, persidangan dengan TUHAN dan beberapa Raja Buddha sebelumnya itu… Saya terlupa untuk sambung sebelumnya, jadi saya bersambung sekarang. Ada sebutan tentang keselamatan saya di dalam hutan, jadi sejak itu saya menjadi lebih berhati-hati sikit. Sebenarnya, biasanya saya tidak keluar ke mana-mana sejauh lebih 10 meter meskipun hanya untuk berjalan-jalan, bersiar-siar atau apa-apa pun. Jadi saya selamat, sebenarnya, biasanya. Ada orang-haiwan yang besar seperti orang-rusa yang besar dan makhluk yang lebih besar tetapi orang-haiwan sangat lemah lembut dengan saya. Mungkin mereka memandang saya atau tundukkan kepala beberapa kali, kemudian pergi dari situ. Tiada masalah. Tetapi sejak persidangan itu, saya rasa lebih sedar sikit tentang persekitaran saya sendiri, jadi saya lebih banyak beri perhatian.

Photo Caption: “Alam Semula Jadi Sukar Ditiru”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/11)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-05
1953 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-04
330 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-04
5308 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-04
1377 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2026-11-04
356 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun