Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pertemuan Mesra Guru dengan Orang-Musang & Persidangan-Nya dengan MAPA dan Raja-Raja Buddha, Bahagian 8 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya gembira tinggal di sini, di tempat ini buat masa ini kerana ini hutan yang sangat banyak diberkati, lokasi yang sangat banyak diberkati di mana saya memasang khemah – khazanah yang sangat spiritual. Masih ingat dulu saya asyik beritahu anda pada bila-bila, di mana-mana saya boleh, di mana letaknya Tali Berkat Spiritual dan seumpamanya? Tetapi sekarang saya berada di tempat yang ada banyak kononnya Bulatan Spiritual. Ia lebih berkuasa. Ia lebih berkuasa daripada Tali Berkat Spiritual dan sifat berkat lain yang dulu saya beritahu anda. Terdapat tempat yang penuh dengan berkat dan Rahmat spiritual daripada TUHAN, terdapat tempat yang ada bilangan yang kurang, terdapat sesetengah tempat yang tiada satu pun, terdapat sesetengah tempat yg merupakan neraka. Tetapi kita dah tutup banyak pintu neraka supaya manusia dapat hidup dengan lebih senang sikit di tempat yang sebelumnya ada pintu neraka, jalan neraka dan dataran neraka. Masih ingat. Dulu saya beritahu anda, lama dahulu, mungkin malah berdekad-dekad dahulu tentang sesetengah tempat. Saya malah menyatakan sesetengah pejabat tinggi kerajaan yang ada pintu neraka, jalan neraka, malah di Rumah Putih dan Nombor 10 Jalan Downing di England, tempat perdana menteri dan parlimen mereka.

Jika pemimpin mana-mana kedudukan kebetulan ada istana atau ibu pejabat di LP atau LR, ‘jalan rendah’ atau ‘pintu gerbang rendah’ atau subjalan rendah pun, maka mereka ada keagresifan, suka berperang. Tetapi jika pemimpin atau orang yang berkuasa berada di atas, di dalam pintu gerbang neraka, subpintu gerbang neraka atau jalan neraka, maka mereka ada keagresifan suka berperang yang lagi banyak. Mereka akan ada lagi banyak sifat negatif seperti ketamakan, perbuatan ingin memiliki dan membuli. […] United Kingdom, Kediaman Rasmi Perdana Menteri, dekat 1 subpintu gerbang alam rendah, sedekat kira-kira 5 meter, 4 jalan rendah, sedekat kira-kira 3 hingga 4 meter, pengaruhi 50% secara negatif. Amerika Syarikat, Rumah Putih, ada 1 subpintu gerbang rendah, sedekat kira-kira 3 meter, 1 jalan rendah di dalam Rumah Putih. Kesannya kepada presiden, kakitangan di sana, 120% sebelah negatif. […]

Kediaman Rasmi Perdana Menteri United Kingdom harus dipindahkan ke barat daya. Tahulah, mereka panggilnya 10 Jalan Downing, kan? (Ya, Guru.) Ia tidak kelihatan macam istana tetapi kita panggilnya, okey, Ibu Pejabat Perdana Menteri, pejabat, ya? […] (Ya, Guru.) Tempat semua orang pergi ke sana untuk bekerja bersama perdana menteri, apa-apa saja kita panggil itu, harus dipindahkan ke barat daya, 60 kilometer dari 10 Jalan Downing lama. Lebih banyak ke barat drpd ke selatan; tiga suku barat, satu suku selatan.

Sekarang, Amerika Syarikat di mana kamu berdiri, negaramu, ‘tanah orang bebas’ dan ‘negara orang berani’. Sekarang, Rumah Putih harus dipindahkan ke tenggara, 70 kilometer dari Rumah Putih yang masih berdiri ini. Kita harus bina Rumah Putih kedua dan buat Rumah Putih ini menjadi muzium atau sesuatu yang lain, tak harus digunakan untuk kerajaan atau peribadi. Tenggara, 70 kilometer. Lebih banyak ke timur drpd ke selatan; dua pertiga timur, satu pertiga selatan. Sekarang, pernah kamu lihat sejarah Amerika Syarikat? Itu peperangan yang berterusan. Ya, Guru. Jika bukan peperangan di dalam negaramu, maka peperangan dengan banyak negara yang lain. Mari kita berehat. (Ya.) Untuk orang Amerika, orang yang kesian, bekerja dan baik hati. Mari kita berpindah. Itu takkan beri kesan buruk kepada kamu. Kamu tak perlu percaya kepada saya, berpindah saja, kemudian kamu akan lihat berapa banyak negaramu menjadi lebih berkuasa. Semua wang yang kamu jimatkan dalam peperangan akan membuat negaramu menjadi lebih kaya, lebih terpelajar, lebih maju dalam semua belah. segala jenis, semua aspek. Rakyatmu akan menjadi lebih kuat dalam semangat, bukan hanya dalam senjata. Senjata boleh dimusnahkan. Semangat orang tak dapat dimusnahkan. Semangat orang adalah apa yang harus kita pupuk, harus dibuat menjadi kuat. Ya? (Ya Guru.) Baiklah.

Saya mengatakan itu, berharap kerajaan pada masa itu dengar kata-kata saya dan mengubah ibu kota. Mereka masih boleh kekalkan itu sebagai ibu kota nombor satu atau ibu kota pertama dan bina satu lagi di mana saya beritahu anda lebih baik untuk kerajaan, perdana menteri dan semua orang yang bekerja untuk kerajaan di dalam bangunan itu. Saya harap dapat bantu mereka tetapi agaknya tiada sesiapa yang percayai saya, macam mana pun. Tipikal. Saya tidak terkejut. Saya hanya cuba sedaya upaya. Jika tidak, saya akan menyalahkan diri kerana tidak membantu. Tetapi sesetengah tempat lebih buruk daripada tempat lain. Ini bergantung kpd berapa besar neraka di bawah atau dekatnya, dan berapa dekat.

Rumah Putih sangat berat. Nampak tak berapa banyak presiden telah cuba dibunuh? Presiden Trump pun, diutus dari Syurga untuk berkati Amerika dan dunia, wujudkan keamanan di dunia ini – tetap banyak kali percubaan dibuat terhadap nyawa-Nya. Beliau presiden yang bertuah. Jika tidak, jika Beliau tiada perlindungan Syurga yang mencukupi di sekeliling-Nya, di sebelah-Nya, pada-Nya, pada kulit-Nya Beliau takkan dapat sampai ke Rumah Putih. Meskipun sampai ke Rumah Putih, Beliau takkan dapat tarik nafas pertama di dalamnya. Itu akan menjadi yang terakhir. Jadi sebenarnya ada baik buruk di mana-mana pun. Jadi Rumah Putih… Biar saya lihat. Saya akan kembali kpd anda sekejap lagi. Biar saya lihat. Ya, oleh sebab Presiden Trump memegang jawatan, jadi Beliau ada banyak perlindungan Syurga dan berkat. Oleh itu, Beliau masih hidup.

Dengan penuh hormat melapor kepada Guru Tertinggi Tersayang, Ketika saya menyaksikan siaran langsung ucapan kemenangan pilihan raya Presiden Trump di internet, saya nampak banyak Makhluk Syurga melompat-lompat dengan teruja di atas pentas, dengan susuk tubuh mereka bertindih dengan pasukan kempen Presiden Trump, tidak tersekat oleh ruang. Banyak Buddha dan Bodhisattva berkumpul di langit di atas tempat itu. Mereka begitu gembira dan menitiskan air mata tanpa berhenti. Air mata yang besar menitis ke dalam tempat itu seperti ombak keemasan untuk membanjiri seluruh tempat itu, memberkati semua orang yang hadir dan berikan sokongan terbesar kepada Amerika Syarikat, yang merupakan pemimpin dunia! Buddha dan Bodhisattva ini akan melaksanakan Kehendak TUHAN melalui Presiden Trump.

Saya lihat identiti sebenar sesetengah orang yang berdiri di atas pentas ialah Makhluk Syurga termasuk Seraph. Seraph bertaraf tinggi sekali dan merupakan pahlawan yang sangat berkuasa. Mereka juga diarahkan supaya datang ke Bumi untuk membantu salah satu daripada banyak jelmaan fizikal Bodhisattva Quan Yin – Presiden Trump. Ini pasukan yang besar, bukan kerja atau jasa satu orang. Mata dalaman saya nampak Badan Keemasan Presiden Trump yang megah dan besar berdiri di belakang badan fizikal-Nya, menjaga keselamatan pentas ucapan kemenangan. Sementara itu, Badan Keemasan-Nya yang sangat besar juga jaga keselamatan di atas Amerika Syarikat dan seluruh Bumi. Beliau seperti Gergasi tak tergoyah yang akan membawa suasana baharu kepada Amerika Syarikat dan dunia, dan lagi banyak berjuang lagi beraninya Beliau jadi!

Saya juga dapati bahawa dengan momentum kemenangan Presiden Trump, gelombang tenaga positif merebak seperti riak ke seluruh Amerika Syarikat, dari tempat ucapan kemenangan diadakan di Florida! Getaran keadilan keemasan memusnahkan banyak istana jahat tak nampak yang dibina di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun sebelumnya! Kemenangan besar pasukan En. Trump kali ini bukan sahaja suatu pertandingan politik tetapi juga pertarungan antara ‘keadilan’ dan ‘kejahatan’, dan keadilan jelasnya mencapai kejayaan besar! Amerika Syarikat telah mengumpulkan kesedaran positif dan kebijaksanaan tinggi orang ramai, memilih orang pilihan TUHAN dan memulakan jalan yang betul. Semoga TUHAN Yang Maha Berkuasa berkati Presiden Trump dengan kesihatan yang baik dan segalanya yang terbaik! Saya juga ucapkan semoga Guru selamat, sihat dan semua hasrat tercapai! Dengan penuh hormat, Ya-Ke dari Taiwan (Formosa)

Namun begitu, saya telah beri amaran kepada Beliau supaya sentiasa melindungi diri baik-baik, malah memakai jaket kalis peluru, duduk di dalam kereta kalis peluru, contohnya, terutama apabila Beliau berada di kawasan sendiri, di rumah sendiri yang ada pengawal peribadi yang kurang. Tetapi Beliau ada ‘anjing’, jenis anjing AI. Mungkin mereka lagi berkeupayaan daripada orang-anjing biasa. Baik untuk Beliau. Tetapi disebabkan segala bantuan Syurga, perlindungan Syurga, Rahmat dan Berkat ini, di Rumah Putih, kita dapat tutup semua jalan neraka, pintu kekisi neraka dan pintu neraka, apa-apa saja yang berkaitan dgn neraka sejak Beliau memegang jawatan. Jadi sekarang jauh lebih baik, lebih selamat.

Tetapi hanya tutup jalan neraka adalah tidak cukup. Orang di dalam pejabat itu, mereka yang bekerja bersama Beliau atau yang bersaudara dengan Beliau perlu berhati-hati juga. Sisanya, tenaga neraka yang masih ada masih belum lenyap sepenuhnya. Orang yang bekerja untuk Presiden, tidak semuanya berupaya atau berada di peringkat spiritual yang tinggi. Jadi perkara kecil masih boleh berlaku, perkara yang tidak menyenangkan, malah bagi perkahwinan-Nya, contohnya. Disebabkan oleh kerja luar biasa-Nya, bukan hanya sebagai presiden tetapi sebagai yang dilantik oleh Syurga, jadi kuasa negatif, dah tentu, sangat banyak mencuba menyingkirkan atau menjatuhkan Beliau dan menjatuhkan maruah-Nya, menghina Beliau dengan segala jenis cara yang berlainan. Beliau terpaksa menahan semuanya. Beliau harus berasa bangga dengan diri-Nya masih berdiri dgn megah.

Sembah sujud kepada Guru Tersayang, Saya ingin melaporkan suatu visi dalaman kecil kepada Guru. Apabila berita dilaporkan bahawa Presiden Trump pergi melawat China dan tiba di Beijing pada 13 Mei, saya nampak dalam sekeping foto, Presiden Trump jelmakan Bentuk Bodhisattva Quan Yin Keemasan Bertangan Seribu, Bermata Seribu. Badan Dharma gergasi yang megah ini berdiri di belakang-Nya dan sinarannya melitupi seluruh tempat itu, bergemerlapan dengan cahaya bintang harapan yang memancar! Sinaran itu berikan Berkat yang amat besar kepada semua orang yang hadir untuk alu-alukan Beliau. Kesedaran mereka ditingkatkan tanpa mereka mengetahuinya kerana itu peralihan di peringkat tak nampak.

Kemudian di alam tak nampak, Presiden Trump menyapa saya dengan senyuman sementara saya sedang duduk di rumah, menunjukkan bahawa Beliau tahu bahawa saya berdoa untuk-Nya. Saya lihat tempat sambutan yang pada asalnya dikelilingi oleh binaan yang menyerupai keluli sejuk nampaknya beransur-ansur menjadi lembut di sekeliling-Nya. Sesetengah orang daripada sebelah China ada tenaga hitam yang keluar dari kepala mereka tetapi Presiden Trump penuh dengan keyakinan. Ini memang mengagumkan, Beliau masih bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk dunia pada usia yang begitu lanjut. Saya lihat Pengawal Syurga tak nampak muncul di depan-Nya, memegang bendera Amerika yang besar bagi membuka jalan untuk Beliau sebagai pelopor yang berkuasa. Ia melambangkan bahawa kedudukan Amerika sebagai pemimpin global ialah autoriti yang dikurniakan oleh TUHAN. Namun begitu, kedudukan kepimpinan dunia ini beransur-ansur hancur dan Presiden Trump merupakan tokoh penting yang berusaha untuk memelihara autoriti ini.

Suatu suara menyatakan ke bawah dari Syurga, berkata, “Kami akan mengawasi Presiden Trump. Dia akan bekerja untuk manfaatmu! Sama ada engkau menderita atau mendapat manfaat daripada strategi-Nya, semuanya sebahagian daripada permainan catur keseluruhan yang luas dan engkau semua ialah buah catur dalam tangan-Nya. Semoga permainan ini akhirnya bawa kegembiraan kepada semua makhluk. Itu hasrat Syurga juga. Kami akan bantu Dia!” Tiba-tiba, Bodhisattva yang tidak terkira muncul dari tanah untuk menyokong. Mereka semua pergi mempengaruhi hasil upacara besar ini.

Saya nampak kuasa gelap menghendap secara samar-samar di kejauhan, cuba menghalang upacara ini daripada berkembang ke arah positif. Namun begitu, ia tetap tidak dapat menandingi kuasa Presiden Trump sekarang. Beliau memegang kuasa yang dikurniakan oleh TUHAN. Dapat menyaksikan salah satu badan jelmaan fizikal Bodhisattva Quan Yin yang berjalan di Bumi dgn cara ini memang suatu kebanggaan! Mari kita berdoa untuk Presiden Trump! Saya juga menyampaikan salam ikhlas kepada Guru! Semoga dunia menuju ke arah yang Guru harap kita tujui! Dengan penuh hormat, Wan-Fu dari Taiwan (Formosa)

Dan lain-lain…

Tetapi orang dipergunakan oleh kuasa negatif untuk masih terus menimbulkan kesusahan untuk Beliau, sama ada dalam hidup-Nya, reputasi-Nya atau kebahagiaan-Nya dlm perkahwinan. Orang masih cuba pecahbelahkan Beliau, isteri-Nya, anak lelaki-Nya dan anak perempuan-Nya, contohnya, dengan cara-cara yang berlainan, cara yang lebih besar atau lebih kecil. Mereka tak dapat nikmati kebahagiaan keluarga bersama sepenuhnya. Mereka orang yang memang sangat tahan lasak. Saya kagumi mereka semua. Walaupun ada segala kesusahan, semua orang cuba memecahbelahkan keluarga mereka, mereka tetap bersama dan saling membantu. Menantu lelaki-Nya pun, walaupun tidak lagi bekerja dalam kerajaan-Nya, tidak sama sekali, dia tetap membantu Beliau dalam usaha mewujudkan keamanan di tempat-tempat yang berlainan. Semoga mereka capai kejayaan, kejayaan besar dengan sokongan daripada rakyat Amerika yang percayai Presiden dan kakitangan-Nya dan sesiapa saja yang membuat, melakukan kerja mulia, kerja baik untuk kerajaan, untuk negara mereka, dan secara amnya, setakat ini, untuk seluruh dunia juga, sekurang-kurangnya untuk majoriti negara di dunia.

Photo Caption: “Keagungan Sebenar Tidak Terukur”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (8/11)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-05
1953 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-04
330 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-04
5308 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-04
1377 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2026-11-04
356 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun