Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang, disebabkan oleh perbualan, pertemuan, persidangan dengan TUHAN dan beberapa Raja Buddha sebelumnya itu… Ada sebutan tentang keselamatan saya di dalam hutan, jadi sejak itu saya menjadi lebih berhati-hati sikit. Sebenarnya, biasanya saya tidak keluar ke mana-mana sejauh lebih 10 meter meskipun hanya untuk berjalan-jalan, bersiar-siar atau apa-apa pun. Jadi saya selamat, sebenarnya, biasanya. Ada orang-haiwan yang besar seperti orang-rusa yang besar dan makhluk yang lebih besar tetapi orang-haiwan sangat lemah lembut dengan saya. Mungkin mereka memandang saya atau tundukkan kepala beberapa kali, kemudian pergi dari situ. Tiada masalah. Tetapi sejak persidangan itu, saya rasa lebih sedar sikit tentang persekitaran saya sendiri, jadi saya lebih banyak beri perhatian. Malam semalam, sejurus selepas persidangan dengan TUHAN bermula, saya terdengar bunyi bising di luar dan jantung saya berdebar-debar sikit. Kemudian saya pergi dari situ. Saya mohon izin untuk keluar dari tempat meditasi saya dan buka zip khemah untuk lihat sama ada terdapat apa-apa di luar yang harus berhati-hati atau dielakkan. Saya buka lampu suluh tetapi tiada apa-apa pun selepas itu. Ada bunyi bising beberapa kali selepas itu juga. Sebelum itu, saya tidak berapa beri perhatian. Saya bercakap dengan TUHAN. Selepas meninjau dengan lampu suluh, ada lebih banyak bunyi bising lagi, macam mungkin sesuatu menyentuh khemah saya, macam bunyi plastik tetapi tak begitu kuat, tak begitu kuat. Beberapa hari yang lalu, dengan hujan lebat dan sesuatu, mungkin dahan kecil atau sesuatu jatuh ke atas khemah, juga keluarkan bunyi bising dan sebagainya tetapi saya tahu itu hanya hujan dan angin, jadi saya tidak cari apa-apa pun dan tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi malam semalam, itu sesuatu yang berbeza. Jadi saya tersentak, jantung berdebar-debar. Jantung saya berdebar-debar sikit. Saya meninjau dan tiada apa-apa pun, jadi tidak meninjau lagi. Kemudian lepas satu jam, datangnya orang-musang yg dikasihi itu. Musang. Dia ambil masa begitu lamalah untuk datang kepada saya. Agaknya dia tinggal di sebelah hutan yang lain dan ambil masa yang panjang untuk datang terutama pada waktu malam. Jalan hutan tidak diturap dengan asfalt atau apa-apa pun dan saya berfikir, “Oh! Orang-musang yang kesian.” Saya rasa sangat empatetik terhadap dia kerana bukan senang untuk berjalan di dlm hutan pd waktu malam macam itu tetapi agaknya itu kehidupan mereka. Biasanya mrk berjalan pada waktu malam dan jauh dari rumah orang kerana mereka takut pada orang. Saya harap dia sejahtera kerana beri bantuan sebegini kepada saya, datang sejauh itu dalam kegelapan untuk beritahu saya bahawa saya selamat di sini, “Jangan risau.” Tidak, dia kata, “Jangan takut” – “Jangan takut. Engkau selamat di sini.” Itu saja yang dikatakannya. Apa-apa yang lain yg saya beritahu anda adalah daripada perbualan saya dengan dia. Saya rasa ingin tahu juga. Saya nak bercakap dengan dia untuk menjalin hubungan yg mesra juga. Tetapi dia tinggalkan sini selepas setengah jam, mengelilingi khemah saya, bukan di tepi khemah saya, di sekeliling khemah saya, tetapi jauh, banyak meter, menangis di sekeliling selama setengah jam, kemudian tinggalkan sini. Hati saya terasa sedih. Saya rasa begitu bersimpati. Itu langsung bukan salahnya. Jika tiada entiti negatif yang mengawal planet ini serta kelakuan dan kecerdasan orang, maka dia takkan terjerumus dalam hidup orang-musang. Tetapi saya akan bantu dia sebanyak yang boleh untuk mempercepat pembebasannya. Orang-musang yang kesian. Saya rasa begitu bersimpati. Dia begitu banyak menangis dan hati saya terasa begitu sedih. Saya tidak menyalahkan dia. Saya takkan sesekali menyalahkan dia, tidak kira apa yang dia jadi, sama ada dia berjaya atau tidak dalam usaha spiritualnya. Saya hanya rasai kasih sayang dan simpati kepada dia, tiada apa-apa lagi. Agaknya disebabkan oleh perasaan risau saya yang disebabkan oleh bunyi bising di luar khemah saya, dia rasainya dan itu sebabnya dia datang menenangkan saya. Itu saja dah cukup bagi saya. Saya tak peduli apa yg dibuatnya dahulu. Saya tak peduli apa kesalahan yang dibuatnya terhadap saya lebih 200 tahun dahulu. Saya hanya rasai begitu banyak kasih sayang kepada dia, begitu banyak rasa terima kasih kpd dia dan terlalu banyak rasa simpati dan sedih dengan dia atas nasibnya, atas kejatuhan martabatnya yang malang. Tetapi dia menjadi semakin baik dalam amalan spiritual. Dia baik. Dia ada banyak kuasa ajaib supaya dapat terus hidup dgn lebih baik dalam keadaannya dan di dalam hutan. Jadi saya kurang risau tentang dia. Saya cuma rasa sangat bersimpati. Sesiapa pun akan rasa bersimpati dgn dia – kejatuhan yang begitu besar macam itu dari ketinggian sebagai manusia ke menahan kesusahan sebagai orang-musang yang lemah di dalam hutan. Macam itulah. Pada mulanya, saya tidak fikirkan apa pun tetapi selepas berehat untuk seketika, saya berfikir baik saya ceritakan kisah ini kepada anda. Mungkin ia dapat bantu anda. Anda boleh memeriksa dalam hati anda, dalam diri anda, sama ada anda melakukan segalanya dengan betul atau tidak untuk menyelamatkan diri daripada situasi yang serupa. Bukanlah semua orang-musang boleh bertuah untuk ingat akan apa yang dipelajari dalam inisiasi dan menaikkan diri kepada evolusi yang lebih tinggi. Dah tentu, dia berdoa setiap hari juga, dan biasanya dia vegan kecuali ulat mati, kering. kecuali ulat mati, kering. Wau! Dia beritahu saya tadi. Kejutan. Sangat bagus. Lihatlah, itu bagaimnana dia dapat terus beramal. Jika itu orang lain, mungkin jatuh lebih rendah lagi seperti kembali makan daging orang-haiwan, contohnya, atau kembali membuat perkara yang tidak baik atau perkara jahat seperti yang tabiat mendorong mereka. Maka barangkali ini tak cukup bertuah untuk menjadi orang-musang hidup pun tetapi mungkin diseksa di neraka. Meskipun saya boleh menyelamatkan anda dari neraka, mungkin itu ambil masa menderita yang sangat, sangat panjang, dah sangat banyak. Jadi jagalah diri, hargai tuah anda diinisiasi ke dalam cara beramal meditasi Quan Yin yang suci yang mungkin anda tidak peroleh selama bertrilion-trilion dan bergazilion-gazilion tahun atau bereon-eon. Semua orang tahu akan itu. Semua orang di Syurga tahu akan itu tetapi bukan semua manusia tahu akan itu. Itu situasi yang sangat kesian bagi manusia. Saya tak dapat berhenti menangis, sekali-sekala, untuk mereka. Saya tak dapat berhenti menangis dengan sekuat tenaga, sedaya upaya untuk ingatkan mereka siapa diri mereka dan bagaimana pulang ke Rumah sendiri yang sebenar, megah, cantik, damai, bebas di Syurga. Saya hanya dapat buat sebaik yang boleh dan berharap mereka selamat berjaya. Orang-haiwan pun ada lebih banyak kecerdasan drpd manusia mengenai nilai spiritual dan nyawa manusia yang berharga. Adanya badan manusia adalah salah satu benda terbaik yang boleh anda ada di Alam Semesta di samping menjadi bermakrifat dengan Guru hidup yang berperingkat spiritual tinggi. Dengan itu anda terjamin boleh mendapat Pembebasan dan hidup yang suci – jika anda beramal, dah tentu. Atau sekurang-kurangnya anda tidak memfitnah Guru itu, atau bergosip, berbohong, segala-galanya, malah seperti sesetengah biksu di Âu Lạc (Vietnam), bukan di Âu Lạc (Vietnam), dari Âu Lạc (Vietnam), atau mungkin sesetengahnya masih di Âu Lạc (Vietnam). Biar saya ingatkan anda, para biksu, bahawa anda tak harus bergosip. Itu salah satu rukun anda. Anda tidak beritahu perkara yang tidak benar hanya untuk jatuhkan orang lain, seperti yang anda buat terhadap saya. Meskipun anda ingin bergosip, anda perlu membuat kajian sama ada semua gosip ini benar atau tidak. Berbohong secara sengaja adalah lagi teruk. Mereka akan potong lidah anda di neraka. Anda tahu akan itu. Buddha mengajar anda banyak perkara tentang bagaimana orang dihukum di neraka jika tidak mematuhi rukun dengan berakhlak mulia – hanya menjadi manusia yang baik, belum kata lagi menjadi santo. Hanya Lima Rukun saja pun bagi pengamal di rumah, anda melanggar hampir semuanya. Dengan perbuatan, pertuturan anda – begitu jelas. Saya tak pasti sama ada anda ada salah laku seksual kerana itu terlalu sulit, tak boleh diketahui sesiapa pun. Anda takkan mengakuinya pun. Tapi banyak perkara yang anda katakan – saya tak tahu apa yang anda katakan tentang orang lain – tapi perkara yg anda katakan tentang saya, semuanya tak betul sepenuhnya, 360% tak betul. Anda tak harus sebut pun apa-apa seperti itu. Meskipun itu benar, anda tak harus bergosip macam itu untuk seluruh dunia mengetahui kelemahan orang lain kecuali anda bercakap dengan orang itu, mendapat tahu bahawa semuanya benar, orang itu mengaku kepada anda dan mengatakan itu, itu adalah itu, itu. Tapi tahulah, di Gereja Katolik, mungkin mereka membuat banyak kesilapan yang lain tetapi mereka tidak melakukan ini. Penganut datang kepada mereka untuk mengaku kepada mereka dosa pribadi. Mereka tidak dibenarkan untuk memberitahunya di luar. Mereka tak pernah buat begitu. Hingga kini, saya tak nampak mana-mana paderi memberitahu masalah peribadi atau perbuatan peribadi yang berdosa daripada mana-mana pengikut mereka yang mengaku. Mereka ada satu bilik, hanya paderi dan penganut yang ingin mengaku berada di sana, hanya mereka berdua, itu saja. Paderi takkan buka mulut untuk mengatakan apa-apa pun tentang pengakuan daripada penganut itu. Jadi mana boleh penganut Buddha mengatakan perkara sebegini yang merosakkan reputasi mereka? Dan semasa anda tidak meninjau pun berapa benar atau berapa palsunya itu. Nampak tak itu? Jadi saya harap mulai hari ini, dengan peringatan saya, anda takkan melakukannya lagi kerana itu sangat buruk untuk anda, sangat, sangat buruk untuk anda. Anda menanggung karma orang itu. Anda tahu saya ada karma yang begitu besar pada saya disebabkan karma seluruh dunia, jadi janganlah begitu bodoh, menanggung karma saya. Ia sentiasa sedia. Jika anda sentuh saya, ia akan segera ditransmisikan kepada anda. Macam itu. Saya tidak maksudkan sentuh badan fizikal saya pun, sentuh apa-apa saja yang berkaitan dengan saya, hidup saya, apa-apa pun, baik atau buruk, benar atau palsu, semuanya akan datang kepada anda. Jadi berhati-hatilah. Jangan bergosip tentang saya. Saya tak peduli lagi tentang reputasi saya, sejujurnya, kerana saya tak dapat lawan anda semua, biksu dan pengamal di rumah, terlalu banyak, tapi itu juga bawa nasib malang kepada negara anda, Âu Lạc (Vietnam). Faham itu? Apa-apa yg buruk akan buruk bagi anda, dan buruk bagi saudara-mara anda, rakan anda, keluarga anda, negara anda. Sebab itulah hampir dua kali, seingat saya, mereka hampir berkonflik dengan China, hanya mengugut. Satu lagi kesusahan adalah dengan Kemboja. Ia telah diselesaikan, sebanyak yang Syurga izinkan saya tetapi Mereka tak sentiasa benarkan itu. Saya sangat cintai Âu Lạc (Vietnam). Saya cintai bahasanya. Saya sayangi orangnya tetapi anda, kumpulan ini, rosakkannya, mencemarkan reputasi Âu Lạc (Vietnam). Anda tak seharusnya berbuat demikian. Photo Caption: “Berjalan-jalan, Nikmati KASIH SAYANG TUHAN Melalui Ciptaan-NYA!”











