Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Temu Ramah Media dengan Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 8 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Guru menjelaskan bahawa kita dapat mengenali TUHAN sementara jalani kehidupan sebagai pengamal di rumah, apa itu makrifat dan bahawa Kaedah Meditasi Quan Yin ialah tafakur pada ajaran dalaman TUHAN.

Bonnie: Guru, saya masih ingat sebelumnya dalam rancangan ini, Melihat Melangkaui Batas, Guru ceritakan kisah yang sangat mengharukan. Itu bagaimana Guru berkahwin dan tiba-tiba – mungkin tidak secara tiba-tiba – tetapi hidup mula berubah bagi Guru apabila Guru menjadi semakin banyak berada di jalan spiritual. Saya tahu banyak pendengar kami ada kehidupan yang mungkin terasa macam itu juga. Bolehkah Guru berkongsi waktu itu dalam hidup Guru dgn kami sekali lagi?

Master: Ya. Saya takkan mengesyorkan orang lain melakukan ini, (Betul.) macam mana pun, kerana hidup berumah tangga ialah hidup yang suci. Kita harus mengekalkannya dulu. Saya belum bermakrifat pada masa itu, jadi maafkanlah saya. Mungkin hidup saya perlu macam ini tetapi bukan untuk setiap daripada kita.

Dan itu juga suatu kesusahan yang besar antara ahli keluarga, kehidupan cinta dan panggilan lain di sesuatu tempat dalam hati kita. (Betul.) Ya. Tetapi makrifat tidak melibatkan meninggalkan rumah atau melepaskan kebahagiaan keluarga. Kita boleh lakukan kedua-duanya juga. Begitu banyak saudara seamalan kami gembira dengan kehidupan biasa yang mereka jalani sementara mengenali TUHAN pada masa yang sama. Jadi itu akan lebih baik untuk kita semua. Jika dulu saya tahu akan itu, saya takkan tinggalkan suami saya. Dia seorang lelaki yang sangat baik. Ya.

(Jadi apa yang saya dengar Guru katakan, rasanya, adalah tidak kira apa yang kita buat atau di mana kita, kita boleh menjadi bermakrifat.) Sangat pasti. Ya.

Bonnie: Mahaguru Ching Hai, tahulah, perkataan ‘makrifat’ ini sering digunakan. (Ya.) Apakah maksud sebenarnya?

Master: Ya. Adalah sukar untuk nyatakan dengan tepat dgn beberapa perkataan saja tetapi itu proses mengetahui apa yang lebih agung daripada hidup, apa yang lebih agung daripada benda yang dapat kita lihat dengan mata fizikal atau dapat kita sentuh dengan peralatan fizikal. Itu waktu kita mula mengetahui sesuatu yang lebih agung daripada itu, Pentadbir sebenar seluruh Alam Semesta yang juga berada di dalam diri kita.

(Nampaknya bagi saya, Guru, kita… Saya masih ingat diri sendiri ketika masih kecil ada sejenis perasaan macam itu tetapi lupa akannya untuk seketika.) Betul. Biasanya ketika dilahirkan, kita lebih bermakrifat daripada apabila kita dah besar (Betul.) kerana kita lebih dekat dengan Syurga pada masa itu. Apabila dah besar, kita mengidentifikasikan diri secara perlahan-lahan, beransur-ansur dengan pengetahuan yang kita kumpulkan setiap hari dan pengetahuan yang orang turunkan kepada kita, berkata, “Kamu ialah ini dan itu. Kamu ialah Puan Sekian-sekian,” kemudian kita secara perlahan-lahan semakin banyak mengidentifikasikan diri. Lagi tuanya kita lagi banyak identifikasi yang kita ada daripada pengetahuan yang kita peroleh dan tabiat yang kita kumpulkan disebabkan oleh latar belakang atau perhubungan kita dengan orang lain dalam masyarakat.

(Jadi salah seorang penulis agung kita, penulis Inggeris, Shakespeare, berkata, “Segalanya di dunia ini ialah pentas.” Ini kedengaran macam apa yang Guru katakan bahawa kita terperangkap dalam peranan sebagai pelakon lelaki, pelakon wanita, dan lupa siapa kita sebenarnya.) Ya, Bonnie, kamu dah faham.

Jared: Mahaguru Ching Hai, saya ingin kembali sekejap ke tempat lahir Guru, Vietnam.) (Ya.) Saya dan Bonnie baru-baru ini saja habiskan sedikit masa bersama beribu-ribu orang yang lain, bersama Guru Thích Nhất Hạnh, Guru agama Buddha. Saya tertanya-tanya apa jenis pengaruh masa Guru di Vietnam kepada kehidupan Guru?

Master: Mungkin secara separa sedar ia mempengaruhi saya kerana sejak kecil lagi saya nampak kematian dan kebencian. Saya nampak kemusnahan perang dan kesengsaraan orang di sesetengah tempat ketika saya masih kecil. (Ya. Guru berada di sana semasa Perang Perancis dan Perang Amerika, semasa peperangan ini berlangsung?) Hanya di bawah Amerika. Bapa saya di bawah Perancis.

Jared: Macam tu, (Ya.) macam tu.) Jadi Guru nampak apa yang berlaku dengan peperangan? (Ya, sangat banyak nampaknya.) Adakah Guru ada perasaan yang masih wujud berkenaan itu dgn orang Amerika dari segi peperangan itu menentang negara Guru?

Master: Saya tak pernah rasa orang Amerika berperang menentang negara saya. Sebenarnya saya berterima kasih atas apa yang mereka lakukan kerana mungkin orang rasa mereka telah buat kesilapan, pergi ke Perang Vietnam tetapi orang buat kesilapan kadangkala. Niatlah yang penting, bukan hasilnya. Saya pasti semua orang Amerika muda yang pergi ke Âu Lạc (Vietnam) pada masa itu ada impian wira yang sangat tinggi dan mulia untuk melindungi apa yang betul dan kebebasan. Begitu pun, malangnya, kita gagal, mungkin itu rancangan TUHAN, mungkin itu karma orang saya atau mungkin semuanya tetapi saya tak pernah anggap orang Amerika bertanggungjawab atas ini. Sesiapa pun yang saya temui di Au Lạc (Vietnam), askar Amerika yang saya temui atau sesetengah drpd mereka ialah doktor… Dulu saya juga lakukan interpretasi untuk mereka ketika saya muda, untuk doktor. Mereka sangat lemah lembut dan baik hati. Sama seperti kamu, seperti kebanyakan orang Amerika yang saya temui di sini, tiada keraguan tentang itu. Itu apa yang saya rasa tentang… ingatan saya tentang orang Amerika. (Pasti.)

Bonnie: Guru. (Ya.) Akankah kita sentiasa ada peperangan di planet ini atau kita bergerak ke arah tempat... Saya tahu bahawa Guru ialah penerima Anugerah Keamanan, Anugerah Keamanan Dunia. Adakah kita bergerak ke tempat di planet ini di mana peperangan akan dihentikan, di mana ia takkan menjadi realiti fizikal lagi?

Master: Biar kita berdoa agar begitu. Tetapi sebagaimana yang kamu tahu, apa yang kita semaikan, itulah yang akan kita dapat. Jadi jika semua benih perbuatan masa lalu sudah dihapuskan, maka kita tiada peperangan lagi. Jika kita tidak menyemaikan benih perang baharu, maka dah tentu kita akan mengecap keamanan. Tetapi ini ambil lebih banyak masa lagi, saya rasa, dan bergantung kepada berapa sanggup semua orang kita di planet ini.

(Saya tahu bahawa Guru hadapi banyak masalah besar. Maksud saya, masalah ialah kenyataan terkurang, saya rasa. Maksud saya, bencana alam banjir, kebakaran dan sebagainya, baru-baru ini kebakaran di California Selatan. Pada masa yang sama, kita terus lihat kejadian seperti perjuangan yang berterusan di Bosnia dan Herzegovina dan bekas Republik Yugoslavia. Adakah Guru rasa bahawa mungkin Guru dipanggil untuk pergi ke sana dengan sesuatu cara, bawa keamanan ke tengah-tengah kawasan yang hancur akibat perang itu?)

Buat masa ini, saya tiada sebarang perasaan itu tetapi apa-apa yang kita buat, di mana kita diami pun akan mempengaruhi seluruh dunia. Jadi kita boleh hantar muhibah dan pahala kita, dan apa-apa yang kita buat secara mulia akan mempengaruhi seluruh populasi dunia, sama ada kita hadir atau tidak. Tapi dah tentu, kehadiran kita, jika kita ialah wadah TUHAN di sesuatu tempat, akan bawa sejenis suasana yang lebih baik, saya akan kata, kepada orang. Pada bila-bila TUHAN hendaki saya pergi ke sana, dah tentu saya akan didesak ke sana, sama ada saya sukanya atau tidak.

(Betul. Guru asyik gunakan perkataan ‘Syurga’ di sini, sejenis Rancangan Syurga. Bagi saya ini kedengaran macam Guru ialah pengikut Rancangan Syurga itu, pergi ke mana saja yang gerakkan Guru.) Benar, ya. (Benar. Bolehkah Guru gambarkan sikit tentang aktiviti pertubuhan Guru dan apa yang telah pertubuhan Guru lakukan untuk begitu banyak membantu orang di dunia dengan cara fizikal sebenar?)

Ya. Kami tidak bermula dengan itu dan tidak mula menubuhkan pertubuhan sebenarnya, cuma selepas saya menjadi terkenal sikit di seluruh dunia, orang mula menubuhkan pertubuhan demi kerajaan supaya kami jelas, kerajaan dan orang di sekeliling kami tahu mengapa kami berkumpul dalam bilangan yang begitu besar setiap minggu atau seumpamanya untuk bermeditasi. Jadi kami ada kononnya pertubuhan tetapi kami tiada hierarki (Betul.) seperti siapa lebih tinggi, siapa lebih rendah dan lain-lain. Kami tiada itu. Hanya birokrasi tulen, hanya untuk membantu kerja selagi kami berada di dunia ini.

Bantuan bencana dan segalanya yang kamu panggil sebagai perbuatan baik yang kami lakukan adalah hanya secara sampingan saja kerana apabila kami lihat seseorang dalam bencana, kami boleh bayangkan mungkin itu kami. Ini sangat senang, jadi kami rasai perasaan orang. Jadi apa-apa sumber kewangan atau kuasa yang kami ada, kami berikan saja tanpa berfikir nak membuat perbuatan sengaja, pertubuhan atau apa-apa pun. Kami tidak berfikir. Saya tak tahu bagaimana nak jelaskan kepada kamu. Kami bantu saja dari segi kewangan, dengan tenaga manusia dan apa-apa saja cara penuh simpati yang mereka minta kami lakukan.

Bonnie: Bagi saya, kedengaran macam Guru dan pertubuhan Guru, pengikut Guru, rasai keperluan, pergi ke tempat yang ada keperluan itu dan buat apa yang perlu dibuat. (Betul, itu saja.) Ini cara yang sangat feminin, kan?

Master: Ya. Sangat mudah. (Sangat mudah.) Kehidupan kami sangat mudah. ​​Ya.

(Bercakap tentang cara feminin itu, mungkin ini masa yang baik untuk bercakap tentang apa yang Guru gambarkan sebagai Kaedah Quan Yin dalam kerja Guru dan ajaran Guru.)

(Sebelum kita berbuat demikian, kita akan perlu berhenti sebentar (Baiklah.) tetapi kita akan kembali. Itu penarik yang baik, Jared. Kita akan kembali dan bercakap dengan lebih lanjut tentang tenaga Quan Yin. Pasti, kita alami lebih banyak tenaga penyembuhan feminin yang datang ke dunia ini. Syukur kepada TUHAN atasnya. Hari ini kita bercakap dengan Mahaguru Ching Hai. Beliau menelefon kita dari kawasan Los Angeles. Kami gembira dengan anda bersama kami pada pagi Jumaat ini dan kami akan segera kembali.)

Jared: Selamat kembali. Ini Radio 2000, Melihat Melangkaui Batas, pengacara anda, Bonnie dan Jared. Kami berbesar hati adanya bersama kita hari ini melalui telefon dari California Selatan, Mahaguru Ching Hai.

Bonnie: Halo, Guru, kami kembali bersama Guru. (Halo.) Halo. Dapat kamu dengar suara saya dgn jelas? Kerana kadangkala suara telefon menjadi lebih rendah sikit. Kedengaran lebih jelas sekarang. (Kedengaran lebih jelas.) Kedengaran lebih jelas. Guru, sementara Guru bercakap dalam bahasa ibunda di sana, saya tahu betapa sibuknya Guru dan kita akan bercakap tentang itu juga. Saya tahu, kami bercakap dengan Sophie di studio sini tentang hakikatnya Guru tidak masuk tidur pun atau hanya tidur hingga pukul 3 pagi, membuat kerja yang Guru buat. (Selalunya, ya.) Selalunya. Jadi saya ingin mengakui itu dan ucapkan berbanyak terima kasih kerana bangun awal untuk berada di sini dalam rancangan ini bersama kami. Sekarang kita akan bercakap tentang tenaga feminin yang semakin bertambah, datang ini.

(Mari kita bercakap tentang konsep, idea… Banyak orang di Barat mungkin tidak tahu sedikit pun siapa atau apa itu Quan Yin.) Ya. Barangkali orang pernah dengar nama Quan Yin sebagai nama Dewi Belas Kasihan tetapi ini tak berkaitan dengan kononnya kaedah kami. Kerana sebenarnya Quan Yin, cara kita katakannya, hanyalah mentafakurkan Firman (Syurga) dalaman, Ajaran TUHAN dalaman yang bergetar pada setiap saat dalam hidup kita. Setelah kita berhubung dengan Nadi Hidup atau Ajaran TUHAN ini, maka itu waktu kita masuki kononnya Kaedah Quan Yin, tetapi sebenarnya langsung tiada sebarang kaedah, secara fizikal, tetapi hanya kerana kita perlu mengatakan sesuatu. Jika tidak, orang kata, “Apa yang kamu bawa kepada kami? Apa yang kamu ajar kami?” Tiada apa-apa yang konkrit.

Jadi Kaedah Quan Yin bermakna kita mentafakurkan Ajaran TUHAN dalaman, Diri TUHAN, apa yang Bible nyatakan, “Pada permulaannya ialah Firman dan Firman bersama TUHAN dan Firman ialah TUHAN.” Ini macam ajaran bermelodi dan lagi banyak kita dengarnya lagi banyak kita menjadi bijak, tenang dan ceria.

(Apabila Guru bercakap dengan pelajar yang berada di jalan pembelajaran sini, bagaimana Guru bantu mereka tahu apa yang mereka dengar di dalam ialah Firman TUHAN, boleh dikatakan begitu?) Oh! Macam tu. Ini sangat senang kerana lagi banyak kamu dengarnya lagi bijaknya kamu dan lagi penyayangnya kamu. Kamu akan mengetahuinya kerana Diri akan mengenali Diri. Kamu mengenalinya. Tiada keraguan tentangnya, akan tiada sedikit keraguan pun. Bagi sesetengah orang, mungkin ambil sedikit masa untuk menjadi yakin dengan apa itu Diri sebenar dan apa itu TUHAN sebenar, bergantung kepada peringkat kesedaran kita, bergantung kepada peringkat kita mengenali Diri kita pada waktu kononnya inisiasi. Kita akan lebih cepat atau lebih lambat mengenal bahawa ini TUHAN sebenar, Ajaran sebenar daripada TUHAN.

Photo Caption: “Bersedialah Apabila TUHAN Kurniakan NEKTAR Sebenar”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (8/12)
1
Kata-kata Hikmah
2026-10-19
2160 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-10-20
1865 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-10-21
1836 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-10-22
1808 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-10-23
1659 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-10-24
1502 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-10-26
925 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-10-27
781 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-10-28
616 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-28
955 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-10-28
616 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-28
2385 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-27
1108 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-27
389 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-10-27
781 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2026-10-27
388 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-27
1101 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun