Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam temu ramah kedua siri ini, kami mamaparkan perbualan telefon di mana Mahaguru Ching Hai sertai pengacara Bonnie Coleen dan Jared Wilkensen dalam rancangan radio Amerika yang popular ‘Melihat Melangkaui Batas’ yg berpusat di San Francisco, California, Amerika pada 19 November 1993. Bercakap secara langsung dengan audiens Barat arus perdana, Guru menjelaskan peranan Guru Spiritual, mendefinisikan semula meditasi sebagai realiti harian yg menggembirakan dan menerangkan bagaimana kesedaran dalaman sebenar dapat segera menaikkan roh manusia ke potensi Syurga tertingginya.Sekarang kami jemput anda bersama kami untuk ‘Temu Ramah Media dengan Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 7 daripada 12’ di mana Guru mulakan dengan berkat pagi untuk pendengar, menjelaskan apa ertinya menjadi seorang Guru dan perincikan bagaimana penderitaan di dunia ini mengilhami Beliau untuk mencari bimbingan spiritual.Sophie: Saya perlu jelaskan kepada Guru beberapa perkara saja. Ada dua orang yang akan menemu ramah Guru. (Okey.) Bonnie Coleen ialah orang pertama yang dah cakap dengan Guru sebelumnya. Bonnie Coleen. (Oh! Ya.) Okey. Panggillah dia Bonnie saja. (Okey, okey.) Ada seorang lelaki. Namanya Jared. (Bonnie, Jared dan...?) Jadi mereka berdua akan menemu ramah dan tanya Guru soalan. (Okey.) Jadi saya hanya nak biar Guru tahu. (Baiklah.) Bonnie nak bercakap dengan Guru selama seminit hanya untuk memastikan dia dapat dengar suara Guru dengan jelas. (Okey.) Okey.Bonnie: Halo, Guru. (Halo, Bonnie.) Suara Guru kedengaran sangat jelas. (Boleh Guru berkata sikit lagi?)Master: Oh, hai! Apa khabar di sana?Bonnie: Khabar baik sekali. Suara Guru kedengaran jelas. Apa yang kami fikirkan ialah Jared dan saya akan tanya Guru satu atau dua soalan, soalan mudah. (Ya, ya.) Kemudian kami akan tanya Guru, sama ada Guru sudi beri kurniaan kepada kami dan pendengar kami dengan meditasi berkat selama kira-kira lima minit untuk memulakan hari ini. (Oh! Macam tu.) Adakah itu kedengaran baik bagi Guru? (Ya, kedengaran baik.) Itu idea Jared. Kami akan minta Guru supaya bercakap terus ke dalam corong cakap telefon. (Ya.) Kami mahu tenaga Guru datang bukan sahaja melalui telefon tetapi juga gelombang udara. (Ya.) Okey. Saya perlu pergi sekarang. Kami akan biar Guru tunggu sekejap, dan lain kali kami bercakap dengan Guru, kita akan mulakan penyiaran. Okey? (Baiklah, sayang.) Baiklah. (Terima kasih, Bonnie.)Bonnie: Halo. Kami di sini. Ini rancangan Melihat Melangkaui Batas. Saya mohon maaf, kami alami beberapa kesusahan teknikal tetapi selamat hari Jumaat dan selamat subuh kepada anda semua. Kita ada tetamu yang sangat istimewa hari ini, kan, Jared?Jared: Memang. Saya sangat menanti-nantikannya. Kita akan bercakap melalui telefon dengan Mahaguru Ching Hai. Ini akan menjadi, saya tahu, temu ramah yang sangat istimewa hari ini.Bonnie: Ya, dan saya ingin sebut bahawa Mahaguru Ching Hai yang menelefon pagi ini dari kawasan Los Angeles ialah penerima Pujian Keamanan Antarabangsa, baru-baru ini. Ini Anugerah Keamanan Dunia. Kita pasti akan bercakap dengan Guru tentang itu. Kita ingin alu-alukan Beliau.Selamat pagi, Guru. (Selamat pagi, Bonnie.) Kami amat berbesar hati adanya Guru di sini bersama kami hari ini. Mahaguru Ching Hai, saya rasa salah satu soalan pertama yang ingin saya tanya Guru adalah tentang gelaran ‘Guru’ dan apa makna itu? Maksud saya, apa bezanya, mungkin, antara dipanggil sebagai Guru atau Guru Spiritual?Master: Oh! Tiada sebarang perbezaan rasmi, cuma sesetengah orang lebih suka panggil saya Guru, atau sesetengah orang panggil saya Guru Spiritual. Tak mengapa jika kamu panggil saya Kakak.Bonnie: Oh! Itu kedengaran sangat selesa. Terima kasih atas itu. (Ya.) Ya. (Kerana kita benar-benar hanya adik-beradik.) Ya, terima kasih. (Sama-sama.)Jared: Guru Ching Hai, ini Jared. Saya berbesar hati menemu ramah Guru pagi ini. Mungkin kita boleh bercakap tentang peranan seorang Guru dalam kehidupan seorang pencari. Saya tahu ini difahami dan barangkali banyak disalahfahami di seluruh dunia terutama daripada kami di Barat, mengenai Guru, Guru Spiritual dan Mahaguru,. (Betul.) Jadi beritahulah kami sikit tentang bagaimana semua ini berfungsi. (Maksud kamu kehidupan harian?) Apakah peranan seorang Mahaguru, Guru atau Guru Spiritual dalam kehidupan pelajar atau pencari?Master: Okey. Lihatlah, seorang Guru sepatutnya merupakan orang yang sudah menyedari Diri-Nya dan tahu apa itu Diri Sebenar-Nya. Oleh itu, Dia dapat berkomunikasi dengan TUHAN, Roh, Kecerdasan Terbesar kerana itu ada di dalam diri kita sendiri. Sebab itulah Dia dapat menyampaikan pengetahuan ini, Kuasa Kesedaran ini kepada sesiapa saja yang ingin berkongsi kegembiraan ini.Jared: Saya sedar bahawa banyak kali, sekurang-kurangnya banyak orang di Barat rasa bahawa ada bahaya yang terlibat dengan pelajar atau pencari mula, apa yang kita kata, jatuh dan memuja Guru atau Guru Spiritual. (Betul.) Adakah Guru rasa itu suatu masalah?Master: Tidak jika Guru Spiritual itu adalah yang sebenar kerana maka kamu hanya memuja diri sendiri, memuja Roh Maha Agung yang sudah bersatu dengan Guru. (Jadi Guru maksudkan jika Guru itu benar-benar ialah Guru sebenar, Guru itu mengangkat cermin untuk orang yang berada di sana untuk bantu mereka lihat diri sendiri dengan dalam?) Betul, betul, betul. Betul, begitulah.(Mahaguru Ching Hai, pagi ini kami minta Guru supaya beri kurniaan kepada Jared dan saya, dan saya mahu Guru tahu, barangkali seperti yang Guru dah tahu bahawa Sophie berada di studio ini bersama kami, seorang pengikut Guru, dan seseorang yang bantu membawa Guru melalui talian telefon dan radio kepada pendengar kami pagi ini, jadi dia berada di studio sini bersama kami. Kami minta Guru supaya beri kurniaan kepada kami dan pendengar kami dengan berkat pagi. Mungkin Guru mahu panggilnya sebagai berkat atau mungkin Guru mahu panggilnya sebagai meditasi tetapi saya rasa ini akan menjadi cara yang baik untuk memulakan Jumaat ini, 19 November.) Ya. Maksud kamu melalui meditasi? (Ya. Kita ada lebih kurang empat minit.) Ya, baiklah.Jadi apa yang kamu nak saya lakukan, bercakap atau hanya bersenyap saja? (Saya mahu Guru bercakap dalam meditasi ini dan mungkin berucap untuk hari ini. Kita boleh mulakan dengan cara yang damai pada hari Jumaat ini.)Ya. Kedamaian sudah ada di dalam diri kita selama ini, cuma apabila kita terlalu sibuk mencari di luar atau mungkin lupa akan kedamaian sebenar di dalam diri kita ini, kita hadapi ketaksenangan dan kesusahan dalam hidup. Jika kita sentiasa mencari masa atau keikhlasan, dengannya kita duduk atau hanya bersenyap, kemudian cari di dalam diri sendiri, maka kita akan jumpai kedamaian, kegembiraan ini semula. Ini erti sebenar meditasi. Kita tak benar-benar perlu duduk di sudut rumah yang senyap saja tapi kita boleh duduk di mana-mana saja atau malah dengan berdiri di stesen bas, duduk di dalam bas, dalam perjalanan ke tempat kerja atau duduk di tempat kita bekerja, hanya cari dengan senyap jauh di dalam diri kita.Roh Sebenar sentiasa wujud kerana kita bukan badan dan minda ini. Kita bukan apa yang kita buat dan bukan apa yang kita pelajari. Kita bukan apa yang kita dibasuh otak untuk percayai. Ini sukar nak dijelaskan tetapi saya sendiri memahaminya dengan jelas dan banyak daripada saudara seamalan kami juga faham. Jika kita benar-benar, secara intelektual pun, menyedari atau menganalisis orang yang kita panggil sebagai ‘saya’, atau Puan Smith, atau Dr. George, atau sesiapa pun kita panggil diri sendiri, kita akan benar-benar tahu, akan tahu dengan jelas sekali bahawa kita bukan. Kita tiada kewujudan jika itu cara kita memahami diri sendiri. Jika kita memahami diri sendiri sebagai orang yang ada banyak, mungkin, pengetahuan sekolah, yang marah apabila hadapi kekecewaan atau masalah dalam hidup, dan yang penyayang apabila dia rasa puas dengan banyak perkara yang berjaya dalam hidup dan lain-lain – ini bukanlah ‘kita’ sebenar kerana sebelum kita dilahirkan, kita tiada pengetahuan ijazah sekolah atau kebijaksanaan yang dipelajari daripada buku ini, contohnya. Kita tiada sifat marah ini, kita tiada barangkali sikap penyayang ini, atau cara kita berasa dengan perkara yang menyenangkan, atau cara kita menolak kejadian yang tidak menyenangkan dll. Jadi ini hanyalah tabiat atau pengetahuan yang kita kumpulkan semasa membesar.(Mahaguru Ching Hai, terima kasih atas berkat ini. Kita akan berhenti sebentar. Kami akan menerima panggilan audiens yang luas di kawasan San Francisco dan San Jose. Kami berbesar hati adanya Guru bersama kami di sini hari ini. Saya mengesyorkan agar mungkin jika anda ada rakan di luar yang boleh mendapat manfaat daripada dengar kata-kata Mahaguru Ching Hai, menelefon mereka. Kami akan kembali dalam masa beberapa minit saja.) Terima kasih.Jared: Mahaguru Ching Hai, kami sedang bercakap dengan Beliau pagi ini tentang hidup-Nya dan apa yang dibuat-Nya di planet ini, sekurang-kurangnya dalam hayat ini. Jadi kami cadangkan agar mungkin menelefon rakan anda yang mungkin berminat untuk dengar apa yang dibuat oleh Wanita yang mengagumkan ini di seluruh planet kita untuk menyembuhkan diri kita dan planet ini. Jadi selamat kembali, Mahaguru Ching Hai. (Terima kasih.) Kami berbesar hati adanya Guru bersama kami pagi ini. (Terima kasih.)Mungkin Guru boleh bercakap sikit tentang latar belakang peribadi Guru sendiri. Saya dapati ini hampir bercanggah dengan apa yang Guru katakan tadi, bercakap tentang ilusi keegoan dan keakuan kita, tetapi orang sentiasa berminat, agaknya, untuk mengetahui dari mana datangnya orang dan macam mana rupa hidup mereka. Guru dilahirkan di Vietnam. Boleh Guru bercakap sikit tentang bagaimana Guru sampai ke tahap apa yang Guru buat sekarang?Master: Agaknya tiada apa-apa adalah kebetulan. Mungkin kita semua telah dirancang oleh Syurga untuk membuat perkara ini atau itu. (Saya rasa begitu.) Ya. Jadi saya tak dapat beritahu kamu apa buat saya melakukan ini tetapi barangkali situasi yang menyeksakan di dunia kita. Itu sebab paling jelas yang boleh saya fikirkan. Saya rasainya apabila saya ingin tahu apa cara untuk membantu. Pada waktu itulah saya mula mencari bimbingan spiritual.Bonnie: Guru, saya masih ingat sebelumnya dalam rancangan ini, Melihat Melangkaui Batas, Guru ceritakan kisah yang sangat mengharukan. Itu bagaimana Guru berkahwin dan tiba-tiba – mungkin tidak secara tiba-tiba – tetapi hidup mula berubah bagi Guru apabila Guru menjadi semakin banyak berada di jalan spiritual. Saya tahu banyak pendengar kami ada kehidupan yang mungkin terasa macam itu juga. Bolehkah Guru berkongsi waktu itu dalam hidup Guru dgn kami sekali lagi?Master: Ya. Saya takkan mengesyorkan orang lain melakukan ini, (Betul.) macam mana pun, kerana hidup berumah tangga ialah hidup yang suci. Kita harus mengekalkannya dulu. Saya belum bermakrifat pada masa itu, jadi maafkanlah saya. Mungkin hidup saya perlu macam ini tetapi bukan untuk setiap daripada kita.Photo Caption: “Hidup Sebenar Tersembunyi dalam Hidup Fana”











