Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dengan afiniti yang dalam dengan Amerika Syarikat, Mahaguru Ching Hai (vegan) telah melawat negara ini banyak kali, memberi kebijaksanaan spiritual, harapan dan bantuan kemanusiaan yang penting pada waktu susah. Pada November 1993, berikutan sokongan penuh belas kasihan-Nya kepada mangsa kebakaran hutan California Selatan yang membinasakan, Guru diundang ke beberapa temu ramah media di seluruh negara di mana Beliau berkongsi pandangan-Nya tentang sifat baik dan kesedaran spiritual. Kami berbesar hati untuk jemput anda ke siri berpandangan mendalam ini, bertajuk ‘Temu Ramah Media dengan Mahaguru Ching Hai (vegan)’. Dalam temu ramah pertama, Guru mengadakan perbualan terus terang dengan En. Duy Linh, seorang pemberita, wartawan dan Ketua Editor Akhbar Công Luận yang dihormati, di Los Angeles, California, Amerika pada 18 November 1993. Di sepanjang perbualan yang beri gambaran jelas ini, Guru menjelaskan tanggungjawab suci media, sifat sebenar amal jariah tanpa syarat dan cara menjalani kehidupan yang berasaskan kebaikan hati dan sifat baik.Dalam episod pembukaan ini, Guru menjelaskan bahawa hidup dengan baik hati dan mulia tidak memerlukan keahlian dalam mana-mana agama dan bahawa agama-agama yang berlainan boleh hidup bersama secara harmoni.(Saya menyimpan hampir dua ratus foto Guru.) Begitu banyak? Di mana kamu dapatnya? (Kami ambil hampir sepuluh gulung filem pada hari itu.) Oh! Benar ke? Jadi kamu hanya pilih yang paling cantik untuk dibawa ke sini bagi menunjuk-nunjuk? Oh! Benar ke? Cantiknya! Foto ini diambil dengan baik sekali. Cantiknya. Pakaian kuning itu tidak cantik, kan? Hanya pakaian merah itu cantik. Yang kuning itu tidak elok, kan? Oh! Benar ke? Ah! Yang merah itu lebih cantik, kan? Pakaian merah lebih menonjol, kan?(Akan hantar ini kepada dia.) Timbalan menteri – oh, datuk bandar, kan? (Ya.) Dia seorang lelaki yang memang baik. (Ya, orang itu kelakar & sangat baik hati.) Dia seorang lelaki yang baik, huh? Dia jujur. Setahu saya, hingga kini. Dia kelihatan jujur dan lurus – dia tidak minta apa-apa pun. Dia beri begitu banyak hormat kpd saya tanpa meminta apa-apa sebagai balasan. Tak perlu belanjakan satu sen pun. Tetapi kebetulan saya ada afiniti spiritual untuk bantu tempat yang alami kesusahan, contohnya kawasan yang hadapi penyakit. Kecuali itu, saya tidak berikan… Ganjil. Ada sesetengah tempat yang saya banyak bantu, beri dengan banyak dan buat banyak kerja tetapi tiada sesiapa yang kata apa-apa. Mereka langsung tidak ganggu saya atau campur tangan dalam hal saya. Ganjil, kan? Oh! Benar ke? Saya kelihatan gembira? Mengapa kamu semua tidak pergi bersama sebelumnya.Pergilah makan dulu. Makan kuih (vegan). Saya akan menemani kamu. Saya akan minum air. Minum sedikit air. Cawan yang begitu besar, ya Tuhan! Adakah ini dimaksudkan utk orang-gajah minum atau apa? Ada cawan yang lebih kecil tak? Yang ini begitu berat untuk dipegang dan saya berbadan kecil. Sesuatu yang lebih sesuai dgn saiz saya… (Ini memang agak berat.) Ia begitu berat dan segelas penuh! Siapa dapat minum begitu banyak, ya Tuhan! Mana dapat sesiapa minum begitu banyak air sejuk? Hei! Berilah yang lebih kecil kepada saya. Cawan tembikar atau sesuatu, kelihatan lebih mulia. Menjadi lebih anggun sikit. Itu terlalu kasar!Okey! Pergilah makan kuih (vegan). (Ya.) Makanlah. (Kami dah makan.) Marilah, saya belum nampak sesiapa makan. (Saya sangat kenyang.) (Kami dah hampir selesai makan.) Benar ke? (Ya.) (Tadi saya bergurau dengan pasukan dapur, suruh mereka bungkus makanan untuk dibawa pergi.) Berikan apa? (‘Untuk dibawa pergi’.) Apa maksud ‘dibawa pergi’? (‘Makanan untuk dibawa pergi’ bermakna bawa makanan pulang ke rumah.) (Bermakna bawanya pulang.) Ah, ya! (Bergurau saja.) Okey, ya. Masih ada banyak yg tertinggal. (Oh! Tidak, saya bergurau saja.) Tak mengapa! Lepas ini bawanya pulang untuk anak makan juga. Okey? (Tidak, saya tak beranak.) (Tapi ia lebih sedap daripada apa yang kita makan di Hawaii!) (Ya, rasanya sedap dan lebih tulen daripada apa yang kita makan di Hawaii.) Ini kerana kita dah kenyang pada hari itu, jadi tak dapat makan dengan banyak. Tak dapat makan, bukan? Hari itu, saya tak dapat makan apa-apa juga. (Nampaknya masakan di sana…) Ia serupa. Ia tidak kelihatan lebih baik daripada yang ini. Lebih pendek sikit tetapi lagi berat. Kamu tahu badan saya sangat kecil. benda macam ini menakutkan saya. Saya perlu berbahasa Inggeris. Jika saya berbahasa Cina, kamu takkan faham sama sekali. Mungkin kamu ingat kami bercakap tentang sesuatu di belakang kamu. Cawan plastik akan lebih baik. Baiklah, itu dah cukup. Tidak merungut lagi. Merungut secara berulangan takkan mengubah apa-apa pun.Mereka bawa sesuatu yang benar-benar besar. Itu apa yang sentiasa mereka berikan kepada saya. Hari ini saya terasa nak merungut juga. Menakutkan. Setiap satu begitu besar dan tebal! (Ini adalah yang paling kecil yang kita ada di sini.) Yang paling kecil? (Ya, jenis cawan ini.) Macam tu. (Semuanya macam itu. Ketiga-tiga yang lain begitu besar.) Oh! Oh! Mereka kata ini sudah pun yang paling kecil di sini. Di rumah ini, ini adalah yang paling kecil yang dapat mereka jumpai. Rumah ini pasti penuh dgn orang besar yang tinggal di sini, kan? Mungkin orang Âu Lạc (Vietnam) yang berotot kekar tinggal di sini? Ini untuk siapa namanya... Saya dah lupa sepenuhnya. Tak mengapa bagi dia tinggal di sini! Bagi lelaki besar macam itu, kan? Ia dipanggil mengangkat berat.Kita panggilnya angkat berat. Saya boleh pegang kedua-dua belahnya dan elakkan angkat berat, kan? Memegang ini memang meletihkan, tahulah. (Ia akan menjadi lagi berat dengan lebih banyak air.) Wau, segelas penuh, bukan sedikit saja! (Ya.) Mereka tahu saya tidak makan atau minum dengan begitu banyak, jadi mengapa buat jumlah yang begitu besar macam ini? Kamu tak tahu bahawa saya tidak makan dengan banyak. Setiap kali ada makanan (vegan) atau minuman, mereka keluarkannya macam itu untuk seluruh tentera. Ini macam untuk tentera atau sesuatu. Setiap kali saya mahukan sesuatu, kamu letak terlalu banyak.(Tetapi saya rasa hari ini, duduk di sini, Guru boleh ada ketenangan & kesenyapan Jika Guru keluar untuk makan di restoran, Guru takkan ada ketenangan.) Ya, betul tu. Tetapi saya takut mungkin kamu tidak suka akannya. Saya takut kamu akan kata, “Mengapa… mengapa Guru tidak jemput kami ke rumah-Mu? Berlagak macam…” (Siapa berani berkata begitu?) Oh! Benar ke? Tetapi saya takut orang lain mungkin datang, nampaknya, kemudian bergegas ke sini juga. Kemudian mereka akan kata, “Mengapa Guru menerima orang ini tetapi bukan saya?” Nampak tak? Sentiasa macam itu! Jadi saya sangat takut pada orang ramai. Saya keluar hanya apabila memang perlu. Saya keluar sekali dan itu saja. Sesiapa yang nak jumpa dengan saya, biar mereka datang jumpa dengan saya semuanya sekali gus. Biar semua orang jumpa dengan saya dan itu saja. Jika orang masuk secara berasingan, seorang demi seorang, sangat meletihkan.(Sejak hari kami balik ke sini, kami saling berbual dan berkata, “Disebabkan perjalanan itu, sekarang kita berfikir secara berbeza.”) Begitu ke? (Ya.) Fikiran apa? Adakah ia baik? Beritahulah saya, biar saya dengar.(Guru telah lihat rencana yang ditulis dalam akhbar itu.) Wau, rencana itu begitu baik! Rencana itu memang baik, ditulis dengan baik sekali. (Hanya yang pendek, yang kecil.) Ditulis dengan penuh humor, huh? Saya beri kpd kamu utk dibaca, huh?(Ya.) Saya dah tunjukkan kepada kamu, kan? Kemudian saya kata, “Wau! Orang ini, pada masa depan, kita akan perlu panggil dia sebagai apa? Apa yang saya katakan? Berikan anugerah kepada dia, kan?” (Ya, anugerah.) Menganugerahi dia gelaran ‘Wartawan Kelakar’. Wartawan paling kelakar. Ada anugerah untuk wartawan yang baik, wartawan yang menulis dgn tajam. (Ya.) Bukan dgn tajam tapi menulis dgn betul… ‘Fasih’, dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam), apakah perkataan yang betul? Itu bukan hanya ‘betul’. (Fasih.) Fasih. (Jujur.) Ah! Jujur. Betul tu, betul tu! Ia cerminkan perkara dengan jujur. Ah! Wanita itu orang Cina. Dia menulis dengan baik. Ah! Dia agak menawan. (Jadi Guru gembira dengan rencana itu?) Ya, ya! Rencana itu baik dan penuh humor juga. Wanita ini begitu banyak ketawa ketika membacanya. Ada juga seorang lelaki Cina di Taiwan (Formosa) yang menerima anugerah ‘Wartawan Paling Berani’. Anugerah untuk ‘Yang Paling Jujur’. Mungkin lain kali kita harus beri lelaki ini ‘Anugerah Wartawan Paling Kelakar’, huh?Dia menulis dengan baik sekali. Penulisannya baik dan lucu juga. Saya suka sesiapa saja yang lucu. Harus ada ilham. (Ya.) (Sudah lebih sepuluh tahun sejak kali terakhir saya menulis.) Semua orang berkata bahawa rencana itu benar-benar baik! (Dah lebih sepuluh tahun saya tidak menulis. Saya hanya menulis sikit kali ini. Sebab itulah ia sangat pendek.) Benar ke? Ia tidak pendek, ngam-ngam. Apa yang (…) katakan di dalam sana? Dia kata, “Ia pendek tetapi cukup.” Segalanya sudah ada di dalamnya. Kita tak perlu pergi ke sana untuk mengetahuinya pun. (Kerana saya telah hentikan profesion saya lama dahulu.) Oh! Benar ke? Maka jangan bazirkannya. Pergilah menulis untuk tiga, empat atau lima akhbar. (Sekarang, Mahaguru, jagalah akhbar. Dia perlu mencari rezeki sebelum dia dapat menulis!) Kamu boleh menulis untuk terbitan lain juga. Adalah memalukan membiarkan orang lain menulis tetapi mereka tidak buat kerja dengan begitu baik. Kadangkala mereka tulis dgn buruk sekali sehingga membazirkan akhbar, membazirkan semua halaman itu. Kamu boleh menulis untuk akhbar lain juga – tak semestinya untuk akhbar itu saja. (Orang tidak bayar untuknya.) Artis boleh hidup dengan air saja. (Orang tidak bayar untuknya.) Buat apa kita perlukan wang?Wau! Mencetak akhbar macam ini pasti sangat mahal, kan? Pasti belanjakan banyak wang. (Ya, sangat mahal, Guru. Kita perlu tergesa-gesa mengumpulkan wang yang mencukupi untuk setiap isu, jadi agak susah, kerana seperti yang Guru dapat lihat, banyak akhbar di sini diberikan secara percuma.) Akhbar percuma? (Ia tidak dapat dijual.) Mengapa ia tidak dapat dijual? (Apabila kita cuba jualnya, orang tidak beli.) (Orang tidak belinya.) (Mereka telah biasa dengan cara akhbar beroperasi di Amerika yang bergantung kpd hasil pengiklanan.) Benar ke? (Seperti yang Guru lihat, perniagaan benar-benar susah sekarang ini.) (Sangat susah.) Apa yang mereka buat? (Mereka mengusahakannya.) (Mereka buatnya jadi berwarna-warni.) (Mereka perlu belanjakan wang.) Oh! (Sebelum Guru turun ke sini, kami bercakap tentang malam mereka membuat muka depan dengan gambar-Mu padanya. Saya perlu berjaga sepanjang malam di sana bersama mereka.) Mengapa begitu? (Jika tidak, mereka akan hancurkannya.) (Takut mereka mengucar-ngacirkannya.) Oh! Benar ke? Kesiannya. Betapa mengharukan. Tak hairanlah muka depannya begitu cantik. Adakah sesiapa perasan? (Ia lebih cantik daripada yang asal.) Ya, ia lebih cantik daripada yang asal. Saya memang berkata begitu. Seseorang pasti telah beritahu kamu, kan? (Seseorang beritahu kamu.) Seseorang pasti telah beritahu kamu. (Tiada sesiapa yang katakan apa-apa pun.) Begitu ke? (Ya.) Oh! Benar ke? Saya jarang lihatnya dan ia lagi cantik daripada versi asal kami. Anak murid juga rasa seseorang berkata begitu.(Kali ini apabila Guru kembali ke California, adakah Guru dapati bahawa akhbar Âu Lạc (Vietnam) telah mengikut arah yang berbeza?) Benar ke? Adakah ia berbeza? (Berbeza. Ada begitu banyak akhbar.) Begitu banyak daripadanya atau apa maksud kamu? (Ya.) Adakah kamu maksudkan ada banyak daripadanya atau ia menulis secara berbeza? (Ia menulis secara berbeza.) (Ada lebih empat puluh akhbar.) Jadi sekarang ia menulis secara berbeza? (Tidak, tetapi ia menulis tentang...) Adakah semuanya tentang saya? (Tentan Mahaguru Ching Hai.) Berbeza? (Kira-kira enam akhbar.) Oh! Baiklah. Oh! Benar ke? Oh! Baiklah, biar saya lihat. (Ini majalah ‘Vui’.) Oh! ‘Vui’. (‘Majalah Tình Thương’.) ‘Tình Thương’. (Akhbar ‘Vietnam Press’.) ‘Vietnam Press’. (Dan akhbar ‘Vietnam Post’.) ‘Vietnam Post’. (Empat akhbar.) Lima akhbar – ah, empat akhbar.(...menyatakan isu ini dengan jelas.) Bermakna menjelaskan isu ini, kan? (Di sebelah siapa?) Benar ke? Saya tidak lihatnya. (Itu isu lama.) Ah! Macam tu. (Kira-kira empat atau lima bulan yang lalu. Sebenarnya…) Oh, itu sangat bagus! (Isunya adalah memberi pendapat. Contohnya jika seseorang menyokong Guru, bagaimana dia harus menyokong Guru? Jika seseorang menentang Guru, mereka menentang apa?) Ah! Mereka perlu berkata mereka menentang apa. (Katakannya dgn jelas.)Jika kamu menentang seseorang, kamu harus berkata dengan betul. Mereka asyik mengkritik tanpa menyatakan apa salah saya. Saya bersalah atas apa? (Tetapi menurut... Guru rasa mengapa begitu banyak orang menentang Guru?) Mana tahu? (Ya.) Kami tak tahu pun mereka menentang apa. Jika kami tahu, sekurang-kurangnya kami boleh jelaskan.(Kerana sesetengah orang yang mengikut agama Buddha tertanya-tanya Mahaguru adalah daripada mazhab agama Buddha yang mana? Atau jika...) Mengapa saya mesti drpd agama Buddha? (Tidak. Maksud saya, adakah ia sesuatu yang berbeza?) Ya. (Ya.) Ya. Tetapi contohnya jika kita penganut agama Buddha dan berkata buruk tentang agama lain, maka kita wujudkan perpecahan dan kebencian. Itu akan buruk.(Jadi ini bermakna ajaran-Mu tiada…) Ya. Jika kita mengikut agama Buddha tetapi wujudkan perpecahan, maka itu bukan lagi agama Buddha, apalagi apa-apa yang lain, contohnya jika suatu agama menyokong perbuatan membunuh dan merompak orang, atau membuat segala jenis perbuatan yang salah. Faham? Ambil contoh agama Kristian. Biasanya saya bercakap tentang bagaimana dua agama ini berkongsi prinsip yang sama kerana terdapat begitu banyak agama dan kita tak dapat bercakap tentang semuanya. Mari kita lihat agama Kristian dan Buddha. Dalam agama Kristian, tidakkah kamu lihat Sepuluh Rukun? Sepuluh larangan? Jangan membunuh, jangan mencuri, jangan cakap utk memecahbelahkan orang jangan berzina, jangan berbohong. Nampak tak? “Sayangi jiranmu.” Nampak tak? Atau sayangi rakan manusiamu, kan? Tiada agama yang ajarkan apa-apa yang salah, jadi mengapa harus saya berkata buruk tentang mana-mana daripadanya?(Mahaguru, ini kerana orang mahu Guru memanggil ajaran-Mu sebagai suatu bentuk agama Buddha.) Saya tak tahu, saya takkan... Ia tak harus dilabel sebagai apa-apa pun. (Oh! Jadi ia mazhab yang berbeza?) Tiada mazhab sama sekali. Mengajar orang supaya hidup dengan baik hati dan mulia tidak perlukan sebarang mazhab. (Ya.)Mengapa segalanya sentiasa perlu ada nama dan label? Kita sudah jalankan amalan spiritual, bermakna telah masuki alam ketiadaan bentuk, kan? (Ya.) Sudah dikatakan bahawa “Keempat-empat Elemen adalah kosong,” jadi mengapa membuat segalanya begitu rumit? Kemudian mrk sentiasa beri nama-nama yang berlainan kepada benda, agama ini dan agama itu, menyebabkan segala perkelahian ini, saling menghancurkan. Itu bukan amalan spiritual sama sekali. Ini bukanlah politik. Saya tak suka membuat perkara macam itu. (Ya.) Mengapakah mereka yang mengikut saya, tidak kira apa latar belakang agama mereka, dapat bergaul dengan begitu harmoni sesama mereka? Mereka memahami Kebenaran sepenuhnya, iaitu semuanya satu entiti, jadi mengapa peduli apa agamanya, agama ini atau agama itu? Saya sudah jelaskan ini banyak kali. Ia telah disebut dalam majalah dan buku. Selepas Buddha wafat, kita panggilnya agama Buddha. Selepas Nabi Isa wafat, kita panggilnya agama Kristian. Selepas Nabi Muhammad SAW wafat, kita panggilnya Islam. Nampak tak?Sebelum itu, adakah Guru-guru itu menganut mana-mana agama untuk mendapat makrifat? Sebelum Buddha Shakyamuni mendapat makrifat, adakah Baginda ikut agama Buddha? (Betul.) Kamu beritahulah saya, encik. Tiada agama Buddha pada masa itu, kan? Jadi apa yang diikut-Nya untuk mendapat itu? Sebelum Nabi Isa dilahirkan, adakah terdapat agama Kristian? Maka apa yang diikut-Nya untuk menjadi Christ? Saya tak suka menjelaskan segala jenis perkara seperti itu. Sesiapa yang nak ikut boleh ikut. Jika mereka datang, mereka boleh belajar dan faham. Jika mereka tak nak, itu tak mengapa. Tiada sesiapa yang memaksa sesiapa pun.(Kami ingin tanya untuk menjadi jelas…) Saya tahu kamu hanya tanya. Saya bercakap tentang orang-orang itu, bukan bertikai dengan kamu.Photo Caption: “Bersyukur atas Kelanjutan Umur”











