Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Guru membincangkan erti kegiatan amal dan tujuan amalan spiritual dalam Kaedah Quan Yin.(Guru, di Hawaii, mereka tanya Guru tentang kerja sosial yang Guru lakukan untuk bantu pelarian dan orang dari Âu Lạc (Vietnam). Guru berkata bahawa walaupun Guru buat kerja ini, tak perlu biar semua orang tahu akannya.) Ya, betul tu. (Guru kekalkan kerendahan diri dalam hal ini.) Ya.(Tetapi, Guru, ada satu kes apabila Guru kembali dan bantu kem selepas kebakaran baru-baru ini.) ($AS200,000.) Perkara itu ditulis oleh orang Amerika. (Jadi banyak orang mula kemukakan soalan tentangnya.) Oh! Benar ke? (Mereka kata, “Mengapa Guru tak pernah bantu orang Âu Lạc (Vietnam)?”) (Maka beriklan…) (Guru ada pergi bantu mereka.) (Guru bantu orang Âu Lạc (Vietnam) juga tetapi cuma orang tak tahu akannya.) Jadi sekarang haruskah saya iklankannya dalam akhbar atau sesuatu? (Itu masalahnya, Guru.) Jika kita buat sesuatu yang baik, haruskah kita menyiarkannya dalam akhbar? Contohnya, fikirlah tentang kamu sendiri. Apabila kamu buat sesuatu pada masa lalu, adakah kamu sentiasa mengiklankannya? “Nama saya […] Hari ini saya dermakan AS$400,000 di sana.” “Pujilah saya.” Saya telah banyak membantu orang Âu Lạc (Vietnam). (Ya, kami tahu akan itu.) Ya, tapi mengapa kemukakannya sekarang? (Ya.) Tapi kadangkala saya buat begitu. (Guru memang ada sebutnya.)Tapi ya, kadangkala ini berlaku. Contohnya dalam majalah kami – yang ditulis oleh anak murid saya – jika ada berita tentang saya, mereka akan menyiarkannya, contohnya berapa banyak yg saya berikan. (Ah! Itu hanyalah terbitan dalaman.) Ya, kerana kamu tidak menelitinya, jadi apa yang boleh saya buat? (Di mana kami boleh mendapat itu sekarang, Guru?) Baiklah, saya akan berikan beberapa majalah itu kepada kamu. Mungkin masih ada sebilangannya. Saya tak tahu sama ada terdapat yang tertinggal. Barangkali mereka menulis beberapa perkara umum. Kadangkala apabila saya bantu, saya perlu lakukannya secara rahsia. Macam itulah.(Tetapi Mahaguru juga bantu pelarian agama lain?) Dah tentu. Saya agak kerap buat begitu, cuma kamu tidak mengikutinya. (Macam tu.) Baiklah. Mengapa ia tidak disiarkan dalam akhbarmu? Ini kerana kamu tidak datang jumpa dgn saya pun. Haruskah saya pergi ke pejabat editor kamu dan berkata, “Kamu tak tahu ke? Hari ini saya telah bantu banyak pelarian. Pergilah siarkannya”? Saya tidak buat begitu. Apa-apa yang saya buat, saya buat dengan bersahaja, kan? (Ya.) Sesiapa yang tahu akannya boleh sendiri menyiarkannya. Jika tidak, apa yang patut saya buat? Apa yang boleh saya buat? Saya tidak pergi ke sana sini sepanjang hari, minta akhbar menyiarkan perkara. Hari ini, kamu sendiri secara sukarela datang melawat saya. (Ya.) Memandangkan kamu temu ramah saya, saya rasa gembira menyambut kamu. (Ya.) Jika kamu tidak datang, tak mengapa juga. (Ya.) Betul? Saya tidak pergi mencarinya. Anak murid saya adalah begitu juga. Contohnya apabila saya keluar untuk menyebarkan ajaran, sesiapa yang datang boleh dengar, dan sesiapa yang mahukan inisiasi boleh menerimanya. Itu saja. (Ya.)Tidak pergi dari rumah ke rumah, atau menulis surat dan sebagainya untuk beri tekanan kepada orang, menyusahkan mereka atau buat mereka berasa jengkel. (Ya.) Itu hanya suatu contoh. Memandangkan kamu tanya, saya jelaskan (Ya.) Bagi kebakaran di sini, saya terdengar tentangnya tanpa diduga. Kemudian apabila saya datang ke sini dan lihat orang dalam kesusahan, dah tentu saya perlu bantu. (Ya.) Terutama memandangkan orang di sini juga telah banyak membantu orang Âu Lạc (Vietnam). Kita harus saling membantu dan mengambil berat. Tak perlu membeza-bezakan antara orang Amerika, orang dari Âu Lạc (Vietnam) atau orang Cina. Saya bantu orang di seluruh dunia – di mana-mana saja bantuan diperlukan. Di mana-mana saja saya tahu akannya, atau pada bila-bila ada keadaan yang sesuai, saya segera bantu. Saya tidak lihat sama ada seseorang berhidung pipih, berhidung mancung atau pasport apa yang mereka ada. Faham? (Ya.)Contohnya sekarang kamu hanya bercakap tentang Âu Lạc (Vietnam). Saya bukan bercakap tentang kamu. Maksud saya, orang yang tanyakan itu. Okey? (Ya.) Contohnya, orang dari Âu Lạc (Vietnam) – ada begitu banyak yang datang ke sini dan menjadi orang Amerika, kan? Jadi apabila saya bantu di sini, itu juga seperti bantu Âu Lạc (Vietnam), kan? (Ya.) Jika saya bantu orang Amerika, orang boleh berkata bahawa bahawa orang dari Âu Lạc (Vietnam) telah bantu orang Amerika. Ini juga bawa penghormatan kepada orang Âu Lạc (Vietnam), kan? Adakah wang satu-satunya benda yang berharga? Kehormatan seseorang adalah lagi berharga, kan? Segalanya yang saya buat bawa penghormatan kepada Âu Lạc (Vietnam), kan? (Ya.) Itu suatu bentuk bantuan juga, kan? Okey, itu satu perkara. Tetapi saya juga berikan bantuan praktikal kpd Âu Lạc (Vietnam) tetapi saya rasa malu-malu sikit bercakap tentangnya kerana itu sudah pun pada masa lalu. Bagi bantuan semasa kebakaran, ini kerana Mike Gordon tahu akannya, jadi menelefon sini dan menemu ramah saya. Kemudian dia menyiarkannya manakala akhbar Âu Lạc (Vietnam) kita tidak menyiarkannya. Faham? Saya tidak pergi cari kamu untuk berkata, “Oh! Saya lakukan ini.”(Akhbar Register menyiarkannya.) Ya, betul tu. (Vietnam Post menyiarkannya juga, Guru.) Ya, kemudiannya mereka menyusul berdasarkan akhbar itu. (Siapakah orang ini, Mike Gordon, Guru?) Dia daripada akhbar Register. (Ya, seorang pemberita.) Dia seorang pemberita. (Seorang pemberita.) Seorang pemberita seperti kamu. Dia menelefon saya, jadi saya beritahu dia tentangnya. Barangkali seseorang beritahu dia. Itu bagaimana ia berfungsi di Amerika. Biasanya akhbar menyiasat dan mereka ada… Apa yang kita panggilnya? (Cawangan.) Cawangan, kan? Mereka tanya orang mereka. Jika ada apa-apa berita istimewa, mereka saling memberitahu, kemudian dia menelefon dan tanya saya. Hanya apabila dia tanya baru saya beritahu dia. Kemudian lepas itu mereka jemput saya ke Pantai Laguna. (Ya.) Untuk membuat sesuatu juga – ia dipanggil apa? Untuk berkati tempat itu, apa yang kita panggil ‘berkat’. Menghadiri upacara itu untuk berkati tanah yang terbakar. (Berdoa untuk kejadian kebakaran itu.)Berdoa untuk kejadian kebakaran itu, betul tu. (Berdoa untuk kejadian kebakaran itu.) Ya, saya pergi bersama dengan wakil 12 agama dan cabang agama lain. Jadi saya pergi. Dah tentu, wartawan datang. Jadi akhbar tahu akan perkara seperti itu, kan? Itu hanya suatu contoh, atau kadangkala saya hantar anak murid untuk bawa hadiah kepada orang. Apabila orang nampak mereka di sana, secara natural mrk dapat tahu tentangnya.Jika mereka tahu, mereka tanya. Jika mereka tanya, kita beritahu mereka. Bukannlah saya sembunyikan apa-apa drpd kamu semua tetapi cuma kami tak tahu kamu di mana. Saya tidak berfikir tentang itu juga. “Apabila kamu memberi dgn tangan kiri, jangan biarkan tangan kanan tahu akannya.” Jadi buat apa bercakap tentangnya? (Ya.) Bukanlah saya tidak memberi kepada Âu Lạc (Vietnam). (Ya.) Saya memang memberi! (Ya.) Tetapi kadangkala sukar juga. (Tetapi orang tak tahu, jadi kita tak boleh menyalahkan mereka juga.) Itu sukar! (Ya.) Kadangkala memberi malah boleh membahayakan nyawa dan reputasi seseorang. Kamu tak tahu akan itu. Macam mana pun, biar kita bercakap tentang perkara baik dan mengetepikan perkara buruk.(Banyak orang juga tertanya-tanya tentang membantu pelarian, membantu orang Âu Lạc (Vietnam) di sini.) Dah tentu. Kerana di sini, tiada sesiapa yang kekurangan apa-apa yang memerlukan bantuan kita. Pelarian di sini sudah ada segalanya yang mereka perlukan. Saya ada bantu mereka. (Ada bantu Vietnam Post.) (Itu sesuatu.) (Ya Tuhan!)Biar saya beritahu kamu sekarang. Pelarian di sini, contohnya, sudah menerima bantuan daripada kerajaan. Mereka ada keluarga dan rakan untuk menyokong mereka. Setelah mereka berada di sini, mereka kurang takut juga. (Ya.) Contohnya, saya sering bantu pelarian di kem. Kadangkala mereka tiada mi segera pun untuk dimakan. (Ya.) Jika kita berikan epal kepada mereka, mereka sangat gembira. Jadi biasanya saya bantu pelarian di kem pelarian.(Tapi adakah Guru masih bantu sekrg?) Ini bantuan yang masih berterusan. Saya terus bantu mereka, dah tentu. Ya, bantu secara berterusan, bantu secara berulangan. Ya, sentiasa bantu. Kadangkala saya perlu berikan wang dan bekalan kepada mereka supaya mereka ada sesuatu untuk dimakan dan diminum. Pada Tahun Baharu, saya berikan wang bertuah kpd mereka. (Ya.) Sepuluh dolar bagi setiap orang. Sepuluh dolar bagi setiap orang juga. (Ya, hari ini akhbar di Wilayah Orange banyak bercakap tentang Guru.) Di mana? (Dalam akhbar, dalam akhbar.) Akhbar Âu Lạc (Vietnam)? (Ya. Setiap akhbar cetaknya dengan tajuk berita besar.) Oh! Benar ke? Akhbar Âu Lạc (Vietnam)? Wau! Ini kali pertama dalam hidup saya. (Kali pertama dalam hidup Guru.) Jadi sekarang saya terkenal, kan? (Ya.) (Kami khuatir mungkin Guru pergi ke Pusat Meditasi, jadi kami sibuk membuat pengaturan dengan Guru.) Okey. (Kami jemput dua akhbar supaya mereka boleh dapat tahu lebih banyak.) Okey. (Terima kasih kepada Syurga …akan buat satu lagi lawatan. Jika Guru kembali ke sini, kita akan adakan satu lagi sesi.) Ya, ya. (Kita akan kongsinya dgn beransur-ansur. Kita akan lakukan langkah demi langkah.) Maka kita akan lagi banyak lakukannya. Okey, bagus, bagus.(Mahaguru yang dikasihi, banyak orang tertanya-tanya tentang dana yang Guru gunakan utk bantuan kemanusiaan. Di manakah ia…?) Ia datang dari mana, kan? (Adakah ia datang daripada sumbangan anak murid atau pertubuhan antarabangsa yang lain?) Tidak. Langsung tiada sesiapa yg menyumbang. Ini kerana saya tidak mengambil wang daripada anak murid, jadi tiada begitu banyak. (Ya.) Jika semua orang menyumbang, akan ada jauh lebih banyak. (Ya, maka boleh saya tanya, ia datang dari mana?) Kerana saya bekerja. (Ah! Ya.) Saya seorang pelukis. (Ah!) Seorang penyanyi, seorang pemuzik. (Ah! Ya.) Dan seorang artis. (Ah!) Saya buat banyak kerja. Saya melukis. (Ya.) Saya cipta karya seni. (Ya.) Karya seni. (Ya.) (Vietnam Post ada memaparkan itu.) Benar ke? (Esok.) Oh! Benar ke? Ah! Okey. Belilah itu untuk saya. (Vietnam Post.) Okey. Belilah itu untuk saya. (Hari itu… ketika kami pergi ke Hawaii, [mereka] mengambil gambar.) Ah! Betul tu. Ya, betul tu. (Mereka ambil gambar pada hari itu ketika kami baru sampai di sana.) Oh! Benar ke?(Terdapat juga lampu yang Guru buat.) Saya mereka bentuk lampu dan cipta reka bentuk itu, kemudian anak murid saya yg merupakan biksu, berada dekat dengan saya, membuatnya. (Ya.) (Saya rasa ada foto itu juga.) Ya, benda itu juga boleh dijual untuk membuat duit. Ada permintaan terhadapnya juga di seluruh dunia.(Boleh saya tanya benda apa, Mahaguru?) Lampu. (Ah, lampu!) Lampu, contohnya… Ia dibuat dengan tangan, buatan tangan. (Lukisan.) Anak murid saya bekerja juga. Contohnya, saya ajar mereka cara membuat pelbagai benda. (Adakah itu di Taiwan (Formosa), Guru?) Ya. Kami kumpulkan wang tetapi kebanyakannya wang saya. Tetapi saya juga anggap wang saya milik semua orang. Saya tidak anggapnya sebagai saya punya. (Ya.) (Jadi anak murid tidak menyumbang?) Tidak, mereka tidak menyumbang. Walaupun kadangkala mungkin mereka masukkan sedikit di sana sini, namun tidak cukup sama sekali. Tahulah, apabila kita minta derma, kita tak boleh mendapat sebanyak yang kita mahukan. (Ya.) Ambil contoh letusan Gunung Pinatubo, kan? (Ya.) Jika saya panggil anak murid menyumbang, mereka akan buat begitu tapi saya tidak minta mereka buat begitu. Saya juga tidak minta wang daripada orang ramai. (Ya.) Jadi apa-apa yang saya ada, begitu banyaklah yang saya berikan. Itu saja. Bukanlah saya sengaja berbuat amal atau menubuhkan pertubuhan amal. Sebenarnya, pada asalnya saya langsung tidak berniat untuk menubuhkan pertubuhan. (Ya.) Saya hanya buat apa yang boleh pada bila-bila keadaan yang sesuai timbul. Itu saja. (Ya.)Pertubuhan meditasi wujud hanya kerana pihak berkuasa hendakinya. Contohnya, jika kita berhimpun dalam bilangan yang besar atau bertemu secara berkala untuk tempoh yg panjang, kita perlu jelaskan kepada pihak berkuasa mengapa kita berhimpun. Sebab itulah kita perlu ada pertubuhan. Jika tidak, jika kita hanya jalankan amalan spiritual, buat apa kita perlukan pertubuhan? (Ya.) Betul tak itu, encik? (Ya.) Amalan spiritual bukanlah sesuatu yang memerlukan pertubuhan yang rumit dengan orang ini dan orang itu terlibat. (Ya.) (Hingga kini, Guru akan kata kira-kira berapa banyak orang mengikut Guru?) Wau! Ada begitu banyak, saya tak dapat kiranya. (Ada kira-kira berapa banyak orang Âu Lạc (Vietnam) di Daly (California)?) Pasti ada agak banyak. (Dengan ‘banyak’, adakah Guru maksudkan sekitar sepuluh ribu atau dua puluh ribu?) Barangkali sekitar angka itu, mungkin lebih banyak. (Lebih dua puluh ribu?)(Jadi sekarang berapa banyak Pusat Meditasi yang sebenarnya Guru ada di sini?) Kadangkala orang mengikut saya tanpa mendaftarkan nama mereka atau apa-apa, (Ya.) jadi saya tidak tahu akan mereka pun. Mungkin kamu masuki rumah seseorang dan nampak gambar saya diletak di sana. Itu bagaimana kamu mendapat tahu. (Ya.) Ya? Apa yang kamu katakan? (Jadi ada berapa banyak Pusat Meditasi di sini?) Ada satunya di Tinley, yang ini di sini, satunya di Pomona, satunya di Riverside…) Saya perlu kiranya sekali lagi. Jika tidak… (Jadi ada satu di setiap negeri atau…?) Ya, tetapi sesetengah Pusat Meditasi tidak dianggap sebagai pusat rasmi. (Ah! Ya.) Kadangkala saudara seamalan ada rumah yang besar. (Ya.) Atau mungkin mereka miliki dua atau tiga buah rumah. (Ah!) Mereka menawarkannya untuk digunakan atau mengumpulkan sumber mereka. (Ya.) Tetapi saya beli rumah ini untuk anak murid (Ya.) kerana mereka tak cukup wang. (Rumah ini di sini?) Bukan yang ini. Pomona, kan? (Pusat Meditasi.) Tempat itu dipanggil Pomona, kan? (Pomona.) Saya tak ingat pun tempat itu dipanggil apa. (Ya.) Saya hanya tahu saya bayar untuknya. (Riverside.) Di Riverside? (Riverside.) Oh! Betul. Nampak tak? Saya merancang untuk beli tempat itu untuk mereka. (Namun begitu, ada gambar Pusat Meditasi itu…) Mereka tak cukup wang untuk sendiri belinya.(Guru, beberapa bulan yang lalu, terdapat akhbar mingguan Âu Lạc (Vietnam)…) Ya. (Ia sebut tentang Guru dan mengkritik Guru. Apa pendapat Guru tentang itu? Sudahkah Guru bacanya?) Saya belum bacanya. Saya ada dengar tentangnya tetapi perkara macam itu agak biasa. Kita tak boleh memaksa orang memuji kita. (Ya.) Biarlah mereka jawab kepada hati nurani sendiri.(Mahaguru, bagi mereka yang mengikut Guru, apakah sebab utama mereka ikut Guru? Adakah itu untuk…) Kerana mereka telah menemui Sifat sebenar, Diri sebenar. Saya tunjukkan kepada mereka cara menemui potensi terpendam dan kebijaksanaan tertinggi mereka. Jadi mereka menjadi gembira dan kehidupan berubah. (Ya.) Mereka alami Syurga di Bumi. Sebab itulah mereka ikut saya. Kita tidak dapat menipu orang dengan begitu lama, kan, encik? (Tidak.) Mungkin kita menipu seseorang selama satu atau dua hari, mungkin malah satu atau dua tahun. Mungkin kita menipu kanak-kanak atau orang tua tetapi kita tak dapat menipu jurutera dan doktor muda. (Ya.) Mereka takkan bersetuju kecuali mereka nampak manfaatnya. Jika kamu tidak mendapat apa-apa pun – kamu pergi ke Pusat Meditasi setiap hari dan duduk selama dua jam setengah dengan belakang sakit dan leher menjadi kaku – boleh kamu tahan itu?(Jadi adakah ini bermakna pengikut-Mu perlu pergi ke Pusat Meditasi dan bermeditasi selama dua jam setiap hari?) Tidak, bukan setiap hari. Mereka bermeditasi di rumah. (Bermeditasi selama dua jam setengah.) Ya. (Ya.) Ah! Ini bermakna kita cuba sedaya upaya. Kita bermeditasi sebanyak yang boleh supaya kita dapat lebih banyak menemui kebijaksanaan sendiri. (Ya.) Apabila kita menjadi tenang, kita menyedari keagungan sendiri, kan, encik? Contohnya, jika kamu ada masalah, bukankah kamu duduk di sesuatu tempat yg senyap untuk seketika dan memikirkannya sehingga kamu jumpai penyelesaiannya? Umumnya, meditasi adalah sangat logik. (Ya.) Ini bukan sesuatu yang penuh misteri dan juga bukan sesuatu yang orang akan berkata bahawa tiada sesiapa yang dapat lakukan. (Ya.) Kanak-kanak pun dapat bermeditasi dan orang tua dapat juga. Orang cerdik pandai dapat lakukannya dan mereka yang tidak berpendidikan formal dapat juga. Faham? (Ya.)Apabila kita bermeditasi, kita kembali kepada ketenangan dalam jiwa kita. Dalam ketenangan itu, kita memperoleh kebijaksanaan. Pada masa itu baru kita mengenali diri sebenar kita. Itu bukan orang ini atau orang itu, bukan badan fizikal ini tetapi sesuatu di dalam diri kita yang memiliki Kebijaksanaan besar. Maka kita boleh gunakan Kebijaksanaan besar itu untuk menyelesaikan semua masalah dalam kehidupan harian kita dan bantu mereka yang belum temui kejelasan itu. Faham? (Ya.) Itu saja, sangat mudah. Hasilnya, mereka percaya itu bagaimana keadaannya kerana itu sesuatu yang benar, sesuatu yang mereka benar-benar alami. Saya bukan hanya katakan perkara ini tanpa apa-apa yang menyokongnya.(Saya melawat, adakan perbualan biasa dengan Guru dan boleh mendapat tahu lebih banyak tentangnya.) Sekarang dua orang lelaki ini ingin tanya Guru beberapa soalan supaya mereka dapat berkongsi maklumat ini dengan orang awam di luar. Ya. Saya tahu. (Dia sendiri juga sudah…) Sudah memahaminya dengan mendalam. Ya, saya tahu. Ya, ya. Tak mengapa. Saya tak begitu suka terlalu banyak menjelaskan atau mempertahankan diri tetapi saya akan cuba. Ah! Saya akan cuba (Ya.) Sebenarnya saya tak suka menjelaskan atau mempertahankan diri. (Pada masa dahulu, Buddha pun ada orang yang menentang Baginda.) Kita tak boleh memaksa orang untuk percayai atau hormati kita. Ini bergantung kepada… (Nabi Isa juga ada orang yang menentang Baginda. Mereka malah menyalib Baginda.) Betul tu.Maksud saya, tidak kira siapa yang menentang saya atau apa yang mereka buat, saya tak pernah cuba pertahankan diri atau membalas dendam. Buat apa? Faham? Sementara kamu menulis, jika kamu boleh tulis beberapa halaman yang nyatakan perkara baik tentang saya, saya akan hargainya. Jika tidak, saya takkan bazirkan wang dan masa untuk membalas dendam atau pertahankan diri. Buat apa?(Tidak lama sebelumnya, kira-kira dua minggu yang lalu, ada kejadian kebakaran di Malibu.) Ya. (Guru dermakan AS$200,000.) Kebakaran di Malibu? (Di Malibu.) Ya. Biar saya beritahu kamu, saya beli semua Pusat Meditasi itu dengan wang saya sendiri. Jika kamu tak percaya, pergilah tanya anak murid berapa banyak yang mereka sumbangkan, sama ada mereka pernah berikan satu sen pun kepada saya. Pernah saya belanjakan wang mereka? Tidak pernah. Saya tak pernah buka mulut untuk minta satu sen pun, apalagi apa-apa yang lain…(Akhbar ini nyatakan bahawa baru-baru ini Guru menjadi warganegara Amerika.) Oh! Benar ke? (Adakah Guru telah dapat pasportnya?) Tak perlu dapatkan pasportnya. Itu hanya suatu penghormatan. Kerana wanita itu berkata bahawa saya harus pergi terimanya, jadi saya kata, “Maka baiklah.”(Mengapa Guru tidak bantu orang miskin tetapi sebaliknya bantu orang kaya?) Kaya? Apa maksud kamu, kaya? Rumah mereka hangus terbakar – kekayaan apa yang tertinggal? (Kerana bagi mereka, rumah yang bernilai empat atau lima ratus ribu… Itu tidak banyak bagi mereka, tetapi menurut wartawan, apabila rumah mereka hangus terbakar, kemiskinan mereka pun terus terbakar juga.) Sesiapa dalam kesusahan, kita bantu. Jika kita berdiri di sana, masih terlalu banyak berdiskriminasi, maka tiada belas kasihan yang tertinggal. (Ya.) Itu menjadi pengiraan, menjadi perniagaan, kan? Saya membantu tanpa syarat. En. Mike Gordonlah yang mendapat tahu tentangnya. Saya tidak perlukan sesiapa mengetahuinya, jadi mengapa saya katakan apa-apa? Kita bantu kerana kita mahu bantu orang, bukan untuk kemasyhuran atau untung peribadi, kan? (Ya.)Ya. Hanya satu akhbar melaporkannya. En. Mike Gordon menyiarkannya dalam akhbar. Itu bagaimana kamu mendapat tahu tentangnya selepas itu. (Ya.) Pada asasnya macam itulah. Bagi siapa yang saya bantu – itu wang saya. Saya bantu sesiapa saja yang saya mahu. Itu terpulang kepada saya.Photo Caption: “Benda Cantik Tanpa Kenal”











