Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini 19 Jun 2026, awal pagi. Ada suatu Bunyi Muzik dari Syurga untuk menjagakan saya, kira-kira pada pukul 4 pagi. Sekarang saya masih belum pulih sepenuhnya tetapi saya gembira dengan Raja Buddha Keamanan datang menjagakan saya. Apa yang Engkau ingin aku buat untuk Engkau, Tuanku Raja Buddha Keamanan? Tuanku Raja Buddha Keamanan, To, T-O, Tuanku Raja Buddha To, Engkau ingin aku bercakap dengan seseorang Raja Buddha yang jauh. Aku gembira. Aku gembira kerana kita takkan tahu apa akan berlaku esok. Walaupun aku masih sangat lemah akibat pertempuran keamanan – menangi pertempuran keamanan – aku cukup sihat untuk bercakap. Jadi jemputlah Baginda Raja Buddha dari jauh. Terima kasih. Beritahulah aku siapa nama-Nya. Fu. F-U. Ya, saya dapati bahawa semua nama alam yang jauh dari sini yang berlainan ada nama yang sangat pendek. Anda perlu tahu bahawa apabila kita panggil Dia sebagai Raja, ini kerana Dia juga merupakan Raja alam ciptaan-Nya sendiri tetapi Dia juga boleh dipanggil sebagai Buddha, sama seperti apabila Buddha Shakyamuni memperkenalkan Buddha Perubatan. Baginda bersabda, “Oh! Sangat jauh dari sini, jarak kira-kira bilangan pasir 10 Sungai Ganges dari planet ini, terdapat seorang Buddha yang bernama Buddha Perubatan.” Tetapi Baginda juga memanggil-Nya sebagai Raja – Yaoshi Liuli Guang Wang Fo, jadi Baginda ialah Raja Cahaya Kristal Perubatan dan juga seorang Buddha. Orang pada zaman Buddha Shakyamuni juga memanggil-Nya sebagai Maharaj yang bermaksud ‘Raja’. Ketika Nabi Isa masih hidup, orang juga memanggil Baginda sebagai Raja orang Yahudi. Jadi sekarang kita jelas. Semua Raja yang saya sebut yang merupakan pemerintah Kerajaan Mereka sendiri, alam Mereka sendiri, juga dipanggil sebagai Raja tetapi kita boleh panggil Mereka semua sebagai Buddha. Mungkin kita harus bubuh kurungan dlm setiap gelaran Raja sebagai Buddha supaya lebih jelas kepada orang bahawa Mereka bukanlah raja seperti raja di dunia ini. Mereka mencipta Kerajaan sendiri. Mereka ada anak murid ketika berada di sesuatu tempat di dunia fizikal, di planet fizikal yang lain, tak semestinya hanya planet kita saja. Kita ada terlalu banyak, terlalu banyak, terlalu tidak terkira untuk disenaraikan. Jadi selepas Raja atau Buddha menginisiasi orang, Mereka sentiasa mencipta alam sendiri dengan kuasa kuat sendiri supaya pengikut Mereka, anak murid Mereka boleh pergi ke sana untuk tinggal bersama dengan Guru mereka yang mereka panggil sebagai Raja juga, dah tentu, kerana Dia memerintah ciptaan-Nya sendiri. Dia mencipta planet, alam yang indah, damai, bahagia dan begitu ceria, dan orang tidak perlukan apa-apa pun di sana. Ini serupa dengan Alam Buddha Amitābha. Sebagaimana yang anda tahu, ia ada tasik yang cantik, kolam yang cantik, pokok yang cantik, pemandangan yang indah dan rumah agam yang cantik – setiap drpd mereka boleh mendiaminya. Alam-Nya juga ada banyak kawasan yang mereka diami untuk gred-gred pahala yang berlainan dan gred-gred makrifat yang berlainan. “Kemudian Buddha berkata kepada Orang Tua-tua Śāriputra, ‘Jika kamu pergi ke barat dari sini, melepasi seratus ribu koṭi Alam Buddha, kamu akan datang ke Alam yang dipanggil Kegembiraan Terbesar di mana terdapat Buddha yang bernama Amitābha. Dia tinggal di sana sekarang, mengajarkan Dharma. ‘Śāriputra, mengapakah Alam itu dipanggil Kegembiraan Terbesar? Orang di alam itu tidak alami derita tetapi hanya nikmati pelbagai jenis keseronokan. Atas sebab ini, Alam itu dipanggil Kegembiraan Terbesar. Sekali lagi, Śāriputra, di Alam Kegembiraan Terbesar, terdapat tujuh baris pelepar, tujuh baris jaring hiasan dan tujuh baris pokok. Semuanya dibuat daripada empat jenis permata dan menganjur ke seluruh Alam itu, melingkungi segala-galanya. Atas sebab ini, Alam itu dipanggil Kegembiraan Terbesar. Sekali lagi, Śāriputra, di Alam Kegembiraan Terbesar terdapat kolam tujuh permata yang penuh dengan air yang mempunyai lapan ciri baik. Dasar kolam hanya dilitupi dengan pasir emas, dan dari empat belah setiap dasar, naiknya tangga emas, perak, beril dan kristal. Di atas ini berdirinya astaka yang dihiasi dengan emas, perak, beril, kristal, nilam, mutiara merah jambu dan cornelian. Di dalam kolam terdapat teratai sebesar roda kereta kuda – yang biru memancarkan cahaya biru, yang kuning cahaya kuning, yang merah cahaya merah dan yang putih cahaya putih. Ia menakjubkan, cantik, harum dan murni. Śāriputra, Alam Kegembiraan Terbesar penuh dgn perhiasan yang begitu cantik. ‘Sekali lagi, Śāriputra, di Alam Buddha itu, Muzik Syurga dimainkan secara berterusan Tanahnya dibuat daripada emas. Enam kali pada siang dan malam hari, bunga māndārava turun dari angkasa. […] ‘Śāriputra, jika lelaki atau perempuan baik yang ada dengar tentang Amitābha melafazkan Nama-Nya selama satu hari, dua hari, tiga, empat, lima, enam atau tujuh hari dengan fikiran tertumpu dan tidak dialihkan, maka pada waktu meninggal, Amitābha akan muncul bersama banyak Orang Suci. Hasilnya, apabila hidup mereka berakhir, minda orang beraspirasi tidak akan jatuh ke dalam kekeliruan, jadi mereka akan dilahirkan dengan serta-merta di Alam Kegembiraan Terbesar Amitābha. Śāriputra, melihat manfaat ini, saya berkata: Semua makhluk hidup yang dengar ajaran ini harus beraspirasi untuk dilahirkan di Alam itu.’” daripada Kitab Mengenai Buddha Amitābha disampaikan oleh Buddha Shakyamuni (vegan) Di Alam Buddha Amitābha, mereka ada sembilan peringkat untuk jenis-jenis makhluk bermakrifat dan berpahala yang berlainan yang merupakan anak murid pengikut atau penganut-Nya. Seperkara lagi, nama Baginda Raja Buddha Keamanan ialah To, T-O. Tidak seperti Raja Buddha lain yang dijemput-Nya untuk jumpa dengan saya atau bantu mengatur untuk temu dgn saya, Baginda Raja Buddha To masih tinggal di planet kita di Taiwan (Formosa). Saya dah beritahu kamu, kita ada banyak Raja Buddha yang lain. Barangkali Mereka akan datang memperkenalkan Diri seperti Raja Buddha Kemudaan yang saya terlepas peluang untuk bercakap dengan-Nya. Dia tinggal di Australia, sekarang masih merupakan anak murid TUHAN saya. Tapi dah tentu, roh-Nya tinggal di alam spiritual yang lebih tinggi. Tetapi kemudiannya Dia akan berada di Kerajaan-Nya. Raja Buddha KEMUDAAN akan pergi dari sini dulu. Mereka berdua sekarang berada di Peringkat Keempat. Tetapi selepas Mereka bantu saya mengatur begitu banyak Raja Buddha untuk datang berjumpa dengan saya, peringkat Mrk akan meningkat, dah tentu. Jika berpeluang, kita akan bercakap tentang itu kemudiannya. Nama Raja Buddha hari ini ialah Sy, S-Y. Baginda datang dari sejauh berbilion-bilion tahun cahaya dari kita, dari planet ini – sejauh 7 bilion lebih tahun cahaya dari planet Bumi ialah tempat Raja Buddha Sy diami, juga dalam ciptaan-Nya sendiri, di Alam Buddha-Nya sendiri. Tujuan Baginda datang melawat saya adalah untuk mengucapkan tahniah atas keamanan kita dan juga berikan Hadiah kepada saya, Hadiah peribadi. Kita akan lihat Hadiah apa yang dibawa-Nya. Alam di mana Raja Buddha Sy memerintah dipanggil P-R-O. Itu bermaksud ‘kemudaan’. Raja Buddha ini telah bawa kepada saya Hadiah utk kemudaan yang dipanggil Hadiah Kemudaan. Saya amat berterima kasih kpd Baginda. Mungkin itu bantu saya menjadi lebih kuat untuk menangani masalah besar di dunia ini dan juga bantu anak murid, pengikut dan penganut saya. Dengan Nama TUHAN dan dengan nama orang yang baik di planet ini, semua makhluk di planet ini, aku ucapkan terima kasih kepada Tuanku Raja Buddha Sy kerana begitu pemurah dan baik hati. Kami juga berharap Engkau dan rakyat-Mu mendapat yang terbaik daripada Berkat TUHAN. Amin. Aku berterima kasih kpd Engkau kerana datang kpd kami pada waktu susah kami. Berkat dan semangat pemurah-Mu akan bawa sangat banyak kelegaan kepada semua makhluk di dunia ini. Semoga TUHAN semakin banyak berkati Engkau. Terima kasih atas lawatan-Mu. Adakah terdapat apa-apa yang ingin Engkau beritahu secara peribadi, Tuan? Ya? Beritahulah aku, beritahulah kami. “Formula Keamanan yang dirumuskan beberapa dekad yang lalu telah kehilangan potensinya. Jadi keamanan adalah pantas tetapi tidak berkekalan. Formula Keamanan yg baru dirumuskan adalah pantas dan berkekalan.” Syukur kepada TUHAN atas itu. Tuanku Raja Buddha Keamanan, adakah benar apa yang dikatakan-Nya? “Ya, Guru.” Terima kasih. Engkau ada apa-apa maklumat lagi, Tuanku Raja Buddha Sy? “Ya, kami ada. Potensi keamanan yang hilang, meditasi Quan Yin dapat tambah semula.” Wau! Wau! Terima kasih atas maklumat yang berharga itu. Kami pasti akan melipatgandakan usaha kami untuk meditasi Quan Yin (pada Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman) bagi memastikan keamanan tidak terjejas dan berkekalan selama mungkin. Terima kasih, Raja Buddha Sy. Baginda Raja Buddha Sy akan berada di planet ini selama lapan hari, dan seperti Raja Buddha lain yang berada di sini untuk seketika, akan melawat tempat-tempat yg berlainan, maksud saya hanya utk beri lebih banyak berkat kepada penghuni dunia ini. Kita amat berterima kasih kpd Baginda dan bersyukur kepada TUHAN atas keistimewaan ini untuk bertemu dengan Baginda dan menerima berkat daripada Baginda sendiri. Dengan Nama TUHAN, di bawah Rahmat Tiga PALING Berkuasa Yang Bersatu Semula, semoga Engkau semakin banyak diberkati, Raja Buddha Sy dan rakyat-Mu. Amin. Photo Caption: “Nikmatilah Rumah Bumi Anda. Ingat akan Rumah Syurga Anda” (Semuanya yang ditunjukkan di sini tiada kesakitan)











