Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kagum akan Alam Semula Jadi dan Rakan Haiwan, Bahagian 5 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Lawak. Selepas saya dah ucapkan selamat tinggal dalam video sebelumnya, saya keluar, cuba keluar dari khemah, ingin berehat dan mengunci pagar di sekeliling khemah, kemudian saya nampak ulat kalimantang. Ia begitu cantik. Oleh sebab kawasan saya tiada lampu, jadi kita dapat lihat dengan jelas sekali. Oleh sebab dalam kegelapan, jadi kita dapat lihat dengan jelas sekali. Jadi saya segera mengambil gambar utk biar anda lihat macam mana rupanya. Dia adalah yang betina. Menurut kajian, selepas berusia dua tahun, apabila sudah dewasa, ulat ini tidak makan lagi. Oh! Mereka dapat terus hidup, malah akan melahirkan bayi dan sebagainya. Wau, mereka tidak bermulut! Boleh percaya tak makhluk yang tidak bermulut dan tidak makan? Ini ciptaan yang sukar dipercayai bagi ulat yang begitu kecil macam itu. Kamera saya tidak begitu baik dalam kegelapan tetapi saya menangkap gambar saiz dan bentuk menarik ulat ini, jadi rasanya saya akan tunjukkannya kepada anda.

Oh! Seperkara lagi, saya terkejut mendengar dia beritahu saya, “Keamanan telah tiba. Jangan takut.” Dua kali. Saya kata, “Terima kasih dan TUHAN berkati engkau. Cantiknya engkau.” Saya tanya dia sama ada saya boleh mengambil gambar dan dia benarkan. Dalam gambar ini, anda langsung tak nampak bentuk ulat. Anda hanya nampak cahaya. Ia sangat cantik pada waktu malam. Dia… Tempat lain, dia tidak pergi. Dia hanya pergi ke depan kawasan khemah saya, depan pintu khemah saya, sebenarnya di tepi semak di depan kawasan berpagar saya – hanya yang kecil, kira-kira empat meter persegi di depan khemah supaya saya ada lebih banyak ruang untuk berjalan-jalan dan juga bekerja di luar apabila terlalu panas di dalam, duduk bermeditasi di kawasan terbuka kadangkala, tak sentiasa berada di dalam khemah kecuali ada tanda mungkin tidak selamat atau sesuatu.

Saya bersyukur kepada TUHAN atas pengalaman sebegini kerana saya tak pernah jangkakan ulat kecil seperti itu bersinar di depan khemah saya dan beritahu saya berita baik, malah biar saya mengambil gambarnya. Saya hanya menyunting gambarnya. Saya tak pasti sama ada videonya lebih baik atau tidak, video yang sangat pendek, kerana apabila saya buka lampu besar untuk video, dia berasa takut, jadi saya segera tutupnya. Saya mohon maaf kepada dia. Saya kata, “Minta maaf. Aku hanya nak buatmu ‘hidup selama-lamanya’ dgn paparkan engkau dan kecantikanmu di skrin saluran televisyenku.” Dia bersetuju dengan itu, cuma agaknya dia jarang alami cahaya yang begitu besar di atasnya. Seseorang berdiri di sana, membuat Tuhan saja yang tahu apa. Saya hanya cuba menangkap gambar pertemuan yang cantik ini. Saya harap anda semua akan sukainya. Saya amat berterima kasih kepada dia.

Makhluk yang begitu cantik boleh ada begitu banyak tenaga untuk bersinar dengan cantik macam itu, kadangkala berkelip seperti lampu suluh dan tidak makan apa-apa pun sejak berusia dua tahun. Dia malah ada nama. Namanya dieja D-I. Jadi saya berkata, “Ini bermakna engkau memanggil diri macam ‘dye’?” Dia kata, “Tidak, Di. D-I tetapi disebut ‘D’.” Saya kata, “Okey, Cik Di, sangat seronok bertemu dengan engkau. Aku mohon maaf kerana bertanya apa yang engkau nak makan, sama ada terdapat apa-apa yg boleh aku tawarkan. Engkau tak kata apa-apa pun, jadi aku ingat engkau tidak lapar pada waktu malam. Tetapi lepas itu aku buat kajian di internet dan ia nyatakan bahawa engkau tidak makan apa-apa pun. Engkau makan benda lain hingga berusia dua tahun, kemudian tidak makan lagi sejak itu.” Saya tanya dia boleh hidup berapa lama, umumnya bagi spesiesnya, bagi jenisnya. Dia kata, “Kira-kira enam tahun.” Wau, itu masa yang panjang, kelanjutan umur bagi makhluk yang begitu kecil! Ya Tuhan, begitu banyak ciptaan di dunia ini dan kita tidak mengetahui semuanya.

Ini kali pertama saya nampak ulat kalimantang di depan khemah saya. Dia berdiri atau duduk di atas tanah dan terus bersinar, kadangkala cahaya malap, kadangkala cahaya terang. Untuk seketika, cahaya terang, kemudian untuk seketika, cahaya malap. Wau, menariknya! Saya akan hantar foto ini kepada pasukan saya untuk dipaparkan kepada anda. Terima kasih kerana mengikuti ulat kalimantang yg cantik bersama saya. Saya rasa memang beruntung dan sangat menarik. Makhluk yang begitu kecil macam itu pun datang ke pintu rumah saya dan menenangkan saya, berkata, “Keamanan telah tiba. Jangan takut.” Ya Tuhan, mengapa mereka begitu ambil berat dan memahami perasaan saya? Saya bukan takut untuk diri sendiri tetapi untuk seluruh planet ini. Ya Tuhan, makhluk yang begitu kecil macam itu, tidak mahu makan, tidak bermulut dan hidup hingga enam tahun. Sukar dipercayai.

TUHAN yang dikasihi, syukur kepada Engkau, Tuan, kerana membuka mataku kepada begitu banyak benda di dunia yang aku tak tahu. Makhluk sebegini begitu berkuasa, begitu menarik dan begitu manis, datang dari mana, saya tak tahu… Saya tak pernah lihat dia selama ini sejak saya berpindah ke sini, agaknya mungkin, April, bukan April, Mei, Jun, Julai. Lebih kurang tiga bulan setengah atau tiga bulan sejak saya berada di sini. Saya tak pernah lihat mana-mana jenisnya di mana-mana pun. Semoga engkau selamat sejahtera, Di yang cantik. Semoga Tuhan berkati engkau dalam hayat ini dan pada bila-bila saja di peringkat evolusimu yang seterusnya. Semoga engkau penuh semangat, puas, gembira, bermakrifat dan pasanganmu akan nampak cahayamu pada malam ini atau bila-bila saja untuk datang menemani engkau, menenangkan engkau, beri kasih sayang dan kegembiraan kepada engkau. Syukur kepada Engkau, TUHAN. Amin.

Okey, saya telah hantar foto cahayanya pada waktu malam yang menakjubkan kepada pasukan saya, dengan hanya lampu suluh telefon dan kamera yang ringkas. Saya juga telah hantar video pendeknya supaya anda dapat lihat rupanya dengan lampu suluh. Biasanya kita hanya dapat lihat satu titik di dalam segi empat gelap tetapi saya arahkan lampu suluh pada dia supaya anda dapat lihat macam mana rupanya. Jadi kalau-kalau anda nampaknya semasa berjalan di hutan atau taman jika anda nampaknya, lindungilah dia.

Dia makhluk yang menakjubkan. TUHAN memang telah mencipta begitu banyak keajaiban seingga kita tak berpeluang untuk mengetahui semuanya. Lindungilah mereka. Walaupun dia kelihatan macam ulat biasa, namun pada waktu malam dia begitu cantik macam itu. Tanpa makan apa-apa pun, tanpa mulut, kita dapat mengeluarkan cahaya begitu menakjubkan, cantik yang bersinar dalam kegelapan. Jadi hormatilah dia kerana dia akan lahirkan lebih banyak ulat kalimantang seperti itu untuk menerangi halaman anda, menerangi hutan anda. Kadangkala dia malah masuk ke dalam rumah kita.

Di Âu Lạc (Vietnam), saya masih ingat ibu saya beritahu saya tentang petanda bertuah – yang pertama, yang terbaik ialah ulat kalimantang masuk ke dalam rumah kita. Yang kedua adalah apabila orang-tikus menggeletuk gigi di rumah anda. Yang ketiga adalah jika lampu minyak di rumah anda, sumbu lampu di rumah anda, lampu minyak, yang lama, masa dahulu, bukan yang moden… Di sesetengah kawasan luar bandar di Âu Lạc (Vietnam) atau tempat lain, mereka masih ada lampu minyak. Jika sumbu lampu minyak di rumah anda menjadi berbentuk seperti bunga, itu ialah tanda tuah juga. Jadi tanda pertama, yang terbaik adalah jika ulat kalimantang masuk ke dalam rumah anda dan bersinar di rumah anda. Kedua adalah apabila orang-tikus mendecit di rumah anda. Yang ketiga ialah lampu minyak yang hasilkan ‘bunga’ daripada sumbu. Jadi ingatlah, lindungi mereka kerana mungkin mereka masuk ke dalam rumah anda dan bawa tuah kepada anda.

Terima kasih terlebih dahulu. Kita bersyukur kepada TUHAN atas segala ciptaan-Nya yg menakjubkan di dunia. Kita akan cuba melindungi semuanya pada bila-bila kita lihat mereka. Ulat yang begitu kecil macam itu pun ada cerita sebegini. Cerita sebegini, ya Tuhan! Dan cahaya yang begitu terang dalam kegelapan! Begitu cantik, begitu cantik. Jika anda nampaknya, hargailah itu kerana kita tak tahu berapa lama planet kita boleh bertahan, dgn begitu banyak keajaiban macam itu. Jadilah vegan. Berdamailah. Dan TUHAN akan buat yang selebihnya. Amin. Saya kasihi anda semua. Semoga TUHAN berkati kita semua. Amin.

Photo Caption: “Manifesto Alam Indah”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/8)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-23
2609 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-24
1890 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-25
1424 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-26
1415 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-27
845 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-28
456 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-28
456 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-27
792 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-27
16 Tontonan
Orang Baik, Perbuatan Baik
2026-07-27
15 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-27
845 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-26
4741 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-26
305 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun