Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kagum akan Alam Semula Jadi dan Rakan Haiwan, Bahagian 4 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Walaupun banyak orang-haiwan datang kepada saya secara berulang kali, jauh lebih byk pd hari-hari belakangan ini daripada biasa, saya tidak tanya mereka tetapi hari ini saya tanya. Saya kata, “Siapa beritahu engkau ini?” Siapa beritahu engkau tentang keamanan dan beritahu aku supaya jangan risau?” Dia kata seorang saudara beritahu dia. Saya kata, “Saudara yang mana? Aku ada begitu banyak dlm kumpulanku, banyak saudara lelaki, saudara perempuan. Yang mana satu?” Dia kata, “Bukan, seorang saudara dari Syurga.” Barangkali itu saudara burung yang meninggal dari dunia ini tetapi sekarang di Syurga dan mereka masih saling berhubung.

Sama seperti apabila orang-anjing saya baru-baru ini, tahun lalu, meninggal dunia. Saya tak berpeluang untuk lihat dia sebelum dia meninggal dunia tetapi dia gembira. Dia berada di Alam Baharu. Dia masih dapat berhubung dengan satu orang-anjing saya yang sebelumnya bersama dia di dalam bilik yang sama, tidur di bilik yang sama. Jika satunya tiada di sana, satu lagi panik dan tidak kelihatan nak makan atau minum atau sangat sedih. Dulu biasanya semasa saya di sana, saya datang bawa dia ke bilik saya dan beritahu dia, “Saudaramu akan baik-baik saja. Dia hanya perlu berehat sikit. Doktor nasihati dia supaya berehat disebabkan penyakit genetik. Tapi tak apa-apa, terkawal sekarang. Tetapi dia perlu berada jauh untuk seketika di hospital untuk dirawat. Okey?” Jadi satu lagi itu bertenang. Dua ini sangat karib, kawan. Jadi selepas yang lebih besar meninggal, mereka masih boleh berhubung. Begitulah hubungan orang-haiwan.

Orang-haiwan dapat buat banyak perkara yang banyak manusia tak dapat. Saya begitu gembira mengetahui begitu banyak tentang alam orang-haiwan. Mereka begitu berharga. Mereka begitu menawan. Mereka begitu suci, begitu tanpa syarat, begitu taat. Ya Tuhan, saya tak dapat habis bercakap tentang orang-haiwan. Jadi saya tak dapat faham dan menerima hakikat bahawa sesetengah orang benar-benar bunuh mereka dan masukkan daging mati ke dalam mulut mereka untuk dimakan. Saya tak dapat memahami itu. Dah tentu, kanak-kanak masih kecil dan dipaksa ke dalam situasi ini untuk makan daging orang-haiwan ketika masih kecil lagi, tetapi orang dewasa lebih faham. Mengapa mrk tak dapat persoalkannya? Mengapa mereka sayangi orang-anjing tetapi makan orang-haiwan lain? Atau gunakan daging orang-haiwan beli siap yang lain dan beri makan kepada orang-anjing mereka? Orang-anjing tak berdaya. Mereka hanya makan apa-apa saja yang anda berikan kepada mereka. Tetapi jika anda melatih mereka sejak kecil lagi, mereka tahu mereka lebih suka sayuran. Mereka akan memilih makanan vegan.

Saya telah beritahu anda dulu saya beri makan kepada orang-burung camar di pantai di Itali dan tempat lain. Mrk lebih suka makanan sederhana saya roti dan sesuatu macam itu, tidak berada di laut dan makan orang-ikan. Mereka tak sukanya. Mereka kata, “Orang-ikan berbau hanyir sangat.” Tetapi mereka terpaksa makannya jika tiada makanan lain untuk dimakan. Pd bila-bila saya beri makan kpd mereka, mereka menjadi biasa dengannya. Mereka tak nak pergi ke laut untuk makan. Mereka kembali ke halaman kosong itu, jadi saya beri makan kepada mereka. Mereka amat berterima kasih sangat gembira. Suatu kali saya di tempat yang berlainan, bukan tempat yang sama. Saya tak boleh beri makan kepada mereka kerana ia dilarang, tetapi saya pergi ke rumah lain dan ada halaman kecil, halaman persendirian dan orang sendiri di sekeliling. Mereka tak banyak berkata. Pada suatu kali, saya… Maaf.

Okey, saya telah kembali. Jadi saya pergi ke rumah lain. Saya ada sesuatu yang baik yang mereka suka, banyak jenis biji ini, jenis roti yang ada sangat banyak kekeras dan biji yang mereka sangat sukai. Dah tentu, saya tidak beri makan kepada mereka sampai kenyang supaya mereka masih boleh keluar dan makan sesuatu dari laut, mungkin rumpai laut atau sesuatu, atau apa-apa saja yang mereka makan. Saya berfikir, “Oh! Mereka tak tahu saya tinggal di mana sekarang. Saya tak dapat berikan kepada mereka.” Tetapi saya panggil nama raja orang-burung camar kumpulan itu pada masa itu apabila saya secara diam-diam beri makan kpd mereka di atas bumbung rumah saya yang lain. Saya berkata, “Oh! Raja sekian sekian, engkau dapat dengar kata-kataku tak? Engkau tahu tak aku di mana? Aku ada makanan untuk engkau.” Oh, dengan serta-merta! Berapa lama itu? Dua minit. Saya jauh dari pantai laut di mana mereka berada. Dengan serta-merta, mereka terbang dgn pantas sekali, datang ke rumah saya. Saya tidak jangkakan itu. Jadi saya tiada makanan dalam tangan pun. Saya kata, “Okey, tunggu sekejap. Aku akan bawanya.” Mereka tunggu dengan senyap. Tidak berteriak, tiada bunyi, apa-apa pun – senyap. Mrk tahu mungkin saya mendapat susah. Oh! Kemudian saya beri makan kpd mrk,

tetapi saya tak berani buat begitu sepanjang masa kerana jika kita tinggal dekat bandar atau dalam komuniti, orang tak dibenarkan beri makan kepada orang-burung liar. Mereka malah nasihati kita supaya jangan. Jika tidak, saya beri makan kepada terlalu banyak. Saya beri makan orang-tupai, -musang, -tikus, -kucing, -kucing liar dan -skunk, segala jenis orang-haiwan yang datang. Dulu macam itu. Jenis yang ada ini – apa nama itu? Yang ada banyak duri pada badan mereka. Saya dah lupa mereka dipanggil apa. Saya dah lupa. Saya beri makan kepada mereka juga. Mereka datang juga. Lawak, mereka sangat kecil tetapi apabila datang ke rumah kita, beranda, jika beranda kita ialah jenis batu atau bidur, mereka keluarkan bunyi yang kuat semasa berjalan. ‘Pom, pom, pom, pom’, macam itu. Orang-landak kecil, saya rasa. Orang-landak kecil, serupa, kelihatan serupa. Sesetengahnya lebih besar, sesetengahnya lebih kecil tetapi yang datang kepada saya kebanyakannya berada di kawasan sekitar, di dalam semak berdekatan saja. Mereka kecil. Mereka seperti buku lima kita. Atau mungkin mereka masih bayi.

Saya tidak banyak membuat kajian tentang orang-haiwan atau apa-apa. Saya hanya sayangi mereka. Jadi jika saya lihat sesiapa dan boleh beri makan, saya beri makan kepada mereka. Saya begitu rindui mereka. Saya rindui orang-haiwan liar. Saya sangat rindui orang-anjing, -burung saya. Mereka rindui saya juga tapi sekurangnya kami boleh berkomunikasi di dalam. Baiklah, kita tak banyak bercakap tentang semua itu kerana saya akan terlalu rindui mereka. Jadi setiap kali saya lihat mana-mana orang-haiwan dicederakan, dianiayai, diabaikan atau diganggu dengan kejam, saya rasa seolah-olah itu orang-haiwan saya. Saya rasa begitu tidak sedap hati. Saya rasa begitu tak berdaya.

Kekejaman terhadap haiwan nampaknya semakin meningkat di Amerika Syarikat. Dianggarkan kira-kira 10 juta haiwan mati akibat penderaan atau kekejaman setiap tahun. Itu menurut laporan daripada ASPCA (Persatuan untuk Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan Amerika). Tetapi ada satu lagi mangsa dalam kes ini: kanak-kanak yang saksikan penderaan ini. Suatu kajian yang dijalankan oleh FBI (Biro Penyiasatan Persekutuan) mendapati bahawa kanak-kanak di depan penderaan haiwan mengalami trauma yang besar, menjadi tidak peka dengan keganasan dan ada kemungkinan yang lebih besar untuk sendiri menunjukkan keganasan.

PETA (Orang untuk Perlakuan Beretika terhadap Haiwan) baru-baru ini telah hantar penyiasat rahsia ke dalam kemudahan ini di mana mereka merakamkan rakaman yang mengganggu jiwa ini dengan kamera tersembunyi yang mereka kata menunjukkan hampir 10,000 burung bayan diasakkan ke dalam sangkar yang kotor.

Bercakap tentang penternakan cara kilang, pengurungan yang melampau ialah sesuatu yang paling utama, seperti ayam dipaksa hidup begitu padat sehingga tak dapat kembangkan sayap pun dan babi dikurung di dalam sangkar yang begitu kecil sehingga tak dapat berpusing pun. Penyiasat Kesamaan Haiwan baru-baru ini dokumenkan sebuah kemudahan biak baka babi di mana ibu babi terpaksa jalani sebahagian besar daripada kehidupan di dalam sangkar yg hanya lebih besar sikit drpd badan mrk.

Kami datang ke belakang stadium di mana gajah buat persembahan. Kami temui anak gajah ini. Dia ada luka merah ternganga di pelipisnya. Kakinya patah juga. Satu lagi dirantai. Dia kelihatan kurus kering sepenuhnya. Kulit dan tulang. Ini keadaan gajah paling teruk yang pernah saya lihat di Thailand. Segalanya atas nama hiburan.

Dan lain-lain…

Orang-haiwan adalah seperti kanak-kanak. Jadi bayangkan jika anak kita atau mana-mana kanak-kanak berada dalam jenis situasi mereka, kanak-kanak itu akan rasa sangat takut, sangat gentar. Hati mereka akan rasa sangat, sangat sakit, sangat gentar, terutama jika mereka tiada sesiapa pun di sekitar untuk melindungi mereka, bantu mereka. Saya rasa begitu tak berdaya. Saya rasa macam saya tidak… tidak buat apa-apa dengan secukupnya untuk dunia ini, untuk penderitaan yang tidak wajar yang dikenakan terhadap yang tak berdaya seperti kanak-kanak, bayi, orang-haiwan, mangsa perang, mangsa gengster, mangsa pemerdagangan manusia dan sebagainya. Saya rasa saya tidak buat dgn secukupnya. Saya tak dapat buat dengan secukupnya. Saya tak suka tinggal di dunia ini tetapi berkata kepada diri sendiri, “Sekurangnya aku boleh buat sesuatu jika tinggal di sini, bantu sebanyak boleh.” Jadi saya masih di sini dan syukur kpd TUHAN kerana izinkan saya buat apa-apa saja yang boleh dengan Rahmat-NYA, dan atas saya masih berada di sini untuk bantu semua itu.

Baiklah, ini satu bahagian diari saya yang mungkin saya hantar kepada anda. Sekurangnya mungkin ia hiburkan anda atau ingatkan anda supaya lebih pemurah terhadap orang-haiwan yang tidak berdaya atau bayi dalam kandungan, atau di dalam rahim anda sendiri, berfikir tentang melindungi malaikat kecil di dalam badan anda itu dan menyuburkannya apabila dia keluar. Berdoa kpd TUHAN agar lindungi mereka dan buat mereka menjadi warga paling baik yang anda ingin ada untuk dunia.

Saya rasa itu saja untuk hari ini. Ia datang secara spontan, walaupun saya merancang untuk sampaikan perbualan saya dengan Raja kepada anda, namun kadangkala saya rasa malu-malu sikit juga kerana apabila Mereka datang, Mereka terlalu banyak memuji saya, begitu kasihi saya serta menunjukkan begitu banyak rasa hormat dan kasih sayang kepada saya. Saya rasa malu-malu juga. Tapi tak apa, saya kata kebenaran harus diberitahu, tidak kira apa pun, tetapi saya tak sentiasa ada masa. Saya tak tahu mengapa hari ini nampak orang-burung dan bercakap dengan orang-burung membuat saya bercakap macam ini. Biasanya saya tidak minta mereka datang atau apa-apa. Mereka sentiasa datang. Kadangkala sudah lewat malam pun – mereka sepatutnya dah pergi jauh untuk tidur, atau pada awal pagi – mereka tak sepatutnya bangun begitu awal sebelum matahari terbit tetapi mereka tetap bangun dan datang beritahu saya berita baik. Hampir setiap hari, saya dengar berita baik, bukan hanya sehari sekali saja, lebih daripada sekali, tapi sekurangnya saya rasa syukur kepada TUHAN kerana menenangkan hati saya dengan sesuatu cara.

Syukur kepada Engkau, TUANKU. Berbanyak syukur kepada Engkau, MAPA aku. Syukur kepada Engkau, TUHAN, TUHAN Yang Paling Berkuasa, TUHAN Yang MAHA Berkuasa, TUHAN Yang MAHA Berbelas Kasihan, TUHAN Yang MAHA Pemurah, TUHAN Yang MAHA Pengasih, TUHAN Yang MAHA Berbelas Kasihan, TUHAN Yang MAHA Berbelas Kasihan. Terima kasih kerana berkati kami semua di planet yang kesian ini. Sekurangnya di sesuatu tempat di Bumi, orang masih boleh hidup gembira. Mereka tak tahu apa akan datang esok. Aku beritahu mereka cara hidup lebih gembira, malah selama-lamanya tetapi tak banyak yang dengar, TUAN. Aku memohon ampun. Namun begitu, kami tetap bersyukur kepada Engkau atas Kasih Sayang tanpa syarat-Mu. Semoga Engkau bebas daripada segala perasaan derita melihat anak tersayang-Mu pergi ke tempat paling buruk yang tiada sesiapa dapat bayangkan dan terlalu banyak menderita. Aku cuba bersungguh-sungguh, TUAN. Berbelas Kasihanlah terhadap kami semua Syukur kepada Engkau, TUAN. Amin.

Photo Caption: “Kecantikan Ada di Mana-mana Saja di Sini, di Sana, di dalam Air, di Udara.”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/8)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-23
2723 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-24
1963 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-25
1509 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-26
1526 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-27
948 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-28
612 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-28
612 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-27
837 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-27
184 Tontonan
Orang Baik, Perbuatan Baik
2026-07-27
186 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-27
948 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-26
4935 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-26
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun