Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ada 1,040 atau sesuatu macam itu, lebih kurang, sekurang-kurangnya lebih 1,000. Itu kumpulan terakhir. Ada begitu banyak, sentiasanya. Kebanyakan masanya, itu ambil masa yang begitu panjang, begitu banyak gambar. Saya tak rasa saya merungut tentang kerja. Saya boleh pergi mengambil gambar sepanjang hari. Saya takkan rasa bosan jika saya dapat temui sesuatu yang baharu dan cantik. Itu banyak jam apabila saya dapat keluar dan mengambil gambar, sangat banyak jam, dan balik dengan banyak ratus atau lebih daripada banyak ribu, tetapi saya tak sentiasa ada masa untuk buat begitu. Jadi sekali-sekala jika saya dapat keluar dan lakukannya, ia akan tahan untuk setiap hari, untuk masa yang sangat panjang sehingga saya ada kumpulan seterusnya untuk diberikan kepada mereka. Biasanya mereka campurkan yang lama dan yang baharu. Jadi anda takkan tahu di mana saya ambil gambar itu. Meskipun anda bersama saya, mungkin anda terlepasnya juga, di atas tanah atau di atas pokok. Saya ada mata yang sangat tajam kerana saya suka akannya. Saya suka akan pokok, bunga, bunga rumput pun, begitu kecil. Mungkin hanya jenis bunga rumput sebesar satu milimeter saja tetapi apabila saya ambilnya ke dalam kamera, pulang dan menyuntingnya, oh, ia menjadi cantik dan sangat, sangat menawan. Ia menjadi lebih dapat dilihat, dah tentu. Kecantikannya sudah wujud, cuma lebih dapat dilihat di skrin. Masa menyunting bagi saya mengambil sangat banyak jam juga bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan bolehlah 100, lebih kurang, atau 200 foto. Itu ambil masa yang panjang. Setiap hari saya buat sedikit. Saya bukanlah seorang profesional yang hanya risau tentang fotografi. Kemudian saya juga beritahu anda bahawa saya sangat kecewa kerana kamera begitu terang semasa memaparkan foto tetapi apabila ia datang ke PC dan datang ke satu lagi PC, ia kelihatan berbeza sepenuhnya. Banyak kali saya tak dapat camnya. Warnanya berbeza sepenuhnya. Itu hanya 30% daripada warna sebenar dalam foto saya. Jadi lihatlah, kadangkala saya rasa saya bazirkan begitu banyak masa tetapi saya tak dapat tidak lakukannya. Saya nak menunjukkan kepada orang bahawa alam semula jadi begitu cantik dan wajar dipelihara. Itu idea saya, selain saya suka akan alam semula jadi dan kecantikan dalam alam semula jadi, dgn alam semula, oleh alam semula jadi, alam semula jadi. Syukur kepada TUHAN saya ada penyunting berbakat yang membantu memulihkan sebahagian daripada kecantikan yang jika tidak akan hilang melalui program komputer yang kurang lengkap. Kami cuba pelbagai PC yang berlainan. Mungkin suatu hari nanti kita akan ada satunya yang dapat kekalkan sepenuhnya foto yang telah saya ambil dengan rajin. Berterima kasih kepada pokok dan bunga lalu pulang, rajin menyuntingnya untuk berikan keadilan yang mereka wajar dapat, dan bersuara dengan kuat untuk mereka melalui lensa saya bahawa alam semula jadi benar-benar menakjubkan. Mereka dapat menunjukkan diri, warna sebenar apabila kita sukai mereka dengan kamera kita. Saya sentiasa memuji mereka, “Oh, cantiknya awak! Syukur kpd TUHAN yg memelihara awak, buat awak menjadi begitu cantik. Terima kasih kerana benarkan aku membuat awak menjadi abadi di skrin TV aku.” Mereka sangat gembira. Anda dapat lihat, jika anda beri perhatikan, anda dapat lihat kebanyakan daripada foto saya ada roh. Nampaknya mereka saling bersandar, saling berbual, saling berpegang tangan, saling menenangkan atau ingin memeluk, menjangkau dengan sesuatu cara. Saya sentiasa nampaknya. Saya harap anda benar-benar beri perhatian dan baca bahasa mereka di sebalik lensa, membuat anda rasa lebih gembira melihat mereka, lebih menghargai apa yang TUHAN cipta untuk kita. Tolong jangan musnahkan lagi hidupan liar, hutan liar, alam semula jadi liar di mana-mana pun tetapi memelihara, melindungi menyuburkan mereka supaya mereka dapat bawa lebih banyak kegembiraan, kesihatan dan keajaiban ke dalam hidup anda. Sebab itulah saya suka mengambil foto alam semula jadi. Saya suka akan segalanya yang lain juga tetapi saya tak dapat buat terlalu banyak kerja dan segala-galanya. Kita hanya ada masa yang terhad dalam hidup kita, dalam setiap hari dan saya ada begitu banyak kerja untuk dibuat. Walaupun saya ada anggota pasukan, banyak daripada mereka kadangkala perlukan bantuan juga, perlukan penenangan keluarga atau perlukan bantuan pada waktu susah. Jadi saya agak sibuk juga seperti orang biasa di dunia, menjaga keluarga, rakan dan orang-anjing, -burung – malah dari jauh. Kita buat talian kasih sayang kekal hidup. Saya sentiasa rasa macam saya ada mereka bersama saya. Saya terasa dekat dengan mereka, macam saya tidak sunyi sama sekali walaupun saya tak jumpa dengan mereka. Saya banyak bercakap dengan mereka sepanjang masa biasanya, di dalam dan di luar supaya mereka tahu bahawa mereka tidak diabaikan atau tak disayangi atau ditinggalkan, apa-apa seperti itu. Saya memastikan mereka ada apa-apa saja yang diperlukan – makanan, ubat pada bila-bila saja perlu dan segala keselesaan di rumah mereka sendiri. Mereka ada bilik sendiri. Mereka juga ada sangkar apabila mereka nak masuk ke dalamnya untuk rasa selesa dan selamat. Mereka ada selimut panas pada musim sejuk. Mereka ada selimut sejuk pada musim panas. Mereka juga ada kedinginan yang cukup, bergantung kepada di mana mereka diami dengan teknologi moden seperti penyaman udara, kipas. Jadi mereka boleh rasa berangin seperti dalam alam semula jadi. Mereka boleh berjalan bersama pembantu. Mereka boleh berehat di atas rumput atau berjalan di sekitar pokok, di antara pokok, di dalam rumput tinggi. Mereka sangat suka akannya. Jika anda boleh bawa orang-anjing keluar dari pangsapuri kadangkala ke taman atau hutan, buatlah begitu tetapi pastikan anda selamat bersama. Mungkin ada tongkat kecil kalau-kalau orang-haiwan liar yang besar datang dan anda dapat mencegah mereka daripada datang dengan tongkat itu. Jangan memukul mereka. Cuma anda ada tongkat dan mengayunkannya, mereka akan tahu. Barangkali mereka akan takut atau sekurang-kurangnya berundur dan tidak ganggu anda dan orang-anjing anda. Jika boleh, lebih baik pergi bersama satu lagi atau beberapa lagi ahli keluarga atau kawan. Pergi ke tempat anda tahu selamat. Ingatlah bahawa orang-haiwan anda, kebanyakannya dari alam semula jadi, dari hutan. Jadi jangan cuba memprovokasi mereka sehingga mereka tak tahan lagi. Bersikap lemah lembut, tegas, penyayang, baik hati dan mempertimbangkan perasaan serta sifat mental atau badan mereka. Mereka bukanlah manusia sepenuhnya seperti yang anda rasa seharusnya tetapi mereka kasihi anda hingga hari kiamat dunia. Tiada sesiapa yang akan kasihi anda lebih daripada orang-anjing, -kucing, -burung, -itik, -ayam belanda, -angsa, -swan liar yang anda kenali. Mereka akan berlari mendapatkan anda apabila anda pulang ke rumah, mana-mana pun daripada mereka. Orang-lembu pun. Ada seorang lelaki yang berkata bahawa selama lapan tahun dia tidak berjumpa dengan orang-lembu yang dulu dia datang melawat di pusat itu. Lepas lapan tahun, dia tak rasa dia akan ingat akannya. Tidak, apabila dia datang, orang-lembu itu datang berlari dan rapatkan kepalanya ke pelawat itu. Selama lapan tahun mereka tidak saling berjumpa. Dia datang berlari dan rapatkan kepalanya ke dadanya kerana dia dapat camnya dan begitu gembira melihatnya. Banyak orang-haiwan adalah macam itu. Jika anda rapat dengan mereka dan sayangi mereka, mereka takkan lupa akan anda. Meskipun anak anda suka akan orang-anjing, namun kadangkala orang-anjing boleh sangat tak dapat diduga. Jika mereka ternampak sesuatu atau terdengar sesuatu yang berbahaya kepada anak atau anda, mereka akan melepaskan diri dari tali cawak, dari tangan anda dan berlari ke kawasan itu. Jadi ia boleh terlalu tiba-tiba sehingga mungkin anda tak cukup masa untuk bertindak balas. Mungkin anda terjatuh dan mencederakan diri. Sama juga, anda mesti sentiasa memastikan bahawa anak anda bersama anda dan hanya biar mereka memegang tali cawak orang-anjing untuk masa yang singkat bersama anda. Jangan tinggalkan anak anda sendirian bersama orang-anjing meskipun orang-anjing itu kelihatan sangat lembut, jinak dan boleh dipercayai. Tetapi anda takkan tahu apa yang perlu dibuat oleh orang-anjing. Anda takkan tahu apa yang datang kepada anda. Orang-anjing nampaknya, mengetahuinya, dengarnya sebelum anda menyedarinya pun. Mungkin dia lompat dengan terlalu cepat untuk perlindungan anda. Makhluk halus pun seperti hantu dan sebagainya, orang-anjing dapat lihat. Anda tak dapat. Jika hantu ini ingin dekati anda dan cederakan anda dengan sesuatu cara, orang-anjing akan menyalak kegila-gilaan dan membawa diri, melarikan diri dari tali cawak, dari tangan anda. Mungkin anda tak nampak apa-apa pun tetapi dia nampak segala-galanya. Orang-anjing nampak segala-galanya, jadi janganlah menghukum dia, jangan marahi dia. Mengapa dia lari dari anda dan menyalak dengan kuat sekali pada tiada apa-apa pun? Jika anda ada masa dan sayangi orang-anjing, anda harus belajar lebih banyak sikit tentang cara melatih orang-anjing, cara beri makan kepada orang-anjing. Ada banyak makanan yang beracun bagi mereka, contohnya. Biarkan anak anda tahu. Biarkan anak anda tahu supaya mereka tidak meracun mereka secara tak sengaja. Kembali ke Raja Sy… Raja Sy membuat komen bahawa orang, manusia mesti amalkan Meditasi Quan Yin (pada Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman) untuk mengecap keamanan yang berkekalan. Maksud-Nya, dah tentu, sekurang-kurangnya di luar sini. Tetapi selepas saya dengar itu, selepas saya dengar penjelasan kedua-Nya, saya tidak rasa gembira. Pada mulanya, saya ingat kita boleh lakukan meditasi Quan Yin dan dedikasikan masa beberapa jam kepada dunia tetapi Raja Sy berkata itu tak cukup untuk semua orang. Itu dapat bantu mendamaikan dunia tetapi bukan untuk setiap individu yang tidak melakukannya. Itu dapat bantu saudara-mara, kawan mereka, orang berhubungan rapat dengan pengamal Quan Yin tetapi bukan untuk seluruh dunia kerana berapa banyak orang mengamalkan meditasi Quan Yin (pada Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman)? Itu apa yang buat saya rasa sedih. Saya memikirkan itu, kemudian beritahu Dia bahawa saya hanya nasihati mereka supaya amalkan diet vegan agar tiada karma bunuh, agar mereka takkan dibunuh dengan begitu menyakitkan dengan sebarang cara, itu saja pun, mereka tak dapat lakukan. Jika seluruh dunia menjadi vegan, maka kita dah mengecap keamanan, sekurang-kurangnya semasa hidup ini di dunia ini. Jika mereka semua mengikut dan lakukan Kaedah Quan Yin, ya Tuhan, maka kita akan ada Syurga dengan serta-merta, kerana semua kononnya anak murid TUHAN saya mengetahui ini dan amat berterima kasih kepada saya kerana mengubah hidup mereka menjadi cara hidup Syurga. Tetapi macam mana saya nak meyakinkan seluruh dunia yang sudah sakit teruk dari segi mental, fizikal, emosi, psikologi, rohani, begitu banyak diracuni, begitu dalam sejak lama dahulu lagi, sejak zaman dahulukala lagi? Jadi saya begitu sedih. Saya berfikir, “Oh! Baiklah, barangkali kita tak dapat mengecap keamanan yang kekal lama. Mungkin keamanan pada sesuatu hari di sini, kemudian tiada keamanan pada hari lain di sana.” Kita telah saksikannya sejak itu. Sekurang-kurangnya semasa hidup ini atau kita boleh baca sejarah atau boleh lihatnya dalam filem dokumentari bahawa manusia tak pernah benar-benar belajar untuk saling berdamai. Sentiasa ada peperangan atas sebarang sebab atau langsung tiada sebab. Jadi saya berfikir bahawa anak murid saya yang kesian begitu banyak bermeditasi, semua masa mereka dihabiskan padanya. Walaupun banyak orang-haiwan datang kepada saya secara berulang kali, jauh lebih byk pd hari-hari belakangan ini daripada biasa, saya tidak tanya mereka tetapi hari ini saya tanya. Saya kata, “Siapa beritahu awak semua ini?” Siapa beritahu awak tentang keamanan dan beritahu aku supaya jangan risau?” Dia kata seorang saudara beritahu dia. Saya kata, “Saudara yang mana? Aku ada begitu banyak dlm kumpulanku, banyak saudara lelaki, saudara perempuan. Yang mana satu?” Dia kata, “Bukan, seorang saudara dari Syurga.” Barangkali itu saudara burung yang meninggal dari dunia ini tetapi sekarang di Syurga dan mereka masih saling berhubung. Photo Caption: “Berpuas dengan Apa yang Hidup Berkati”











