Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya gembira dapat bercakap dgn anda dengan suara yang begitu jelas hari ini kerana saya berada di Bumi. Diri tinggi saya, dah tentu, berada di tempat tinggi tetapi saya bukanlah berada di tengah-tengah samadhi, atau samadhi yang sangat dalam. Saya perlu jaga di dunia ini pada masa yang sama dan itu perlukan sedikit usaha. Bukan usaha untuk kekal berada di tempat tinggi tetapi usaha untuk kekalkan keseimbangan antara tempat tinggi di Syurga tinggi dan tempat rendah di Bumi sini, Bumi yang berat – sangat susah. Saya sebut itu, berkata, “Baiklah, sekarang aku perlu pergi dari sini kerana ada pertemuan selepas ini.” Ada pertemuan dengan TUHAN dan beberapa orang Raja Buddha, kemudian kami bincangkan… Sebenarnya TUHAN dan Raja-raja Buddha bincangkan perkara. Saya keberatan untuk berikannya bersama dengan Berita Selitan pada hari itu atau selepas itu kerana ada beberapa perkara… sesetengahnya ialah subjek sensitif. Tapi mungkin saya tetap akan biar anda tahu kerana jika saya tidak biar anda tahu siapa akan biar anda tahu? Siapa akan tahu? Jadi mungkin selepas bercakap dengan orang-musang itu, barangkali saya akan masih sangat, sangat keberatan untuk berikan maklumat tentang pertemuan dengan TUHAN dan beberapa orang Raja Buddha itu. Tetapi saya masih pertimbangkannya, mungkin saya akan buat begitu. Mungkin saya akan tinggalkan beberapa isu yang terlalu sensitif dan beritahu anda sesetengahnya. Salah satu isu semasa pertemuan itu adalah beberapa orang Raja Buddha cuba bantu saya menyingkirkan hantu ghairah. Tiada banyak yang tertinggal lagi tetapi begitu pun, hanya tinggal tiga atau lima saja pun, mereka tetap boleh banyak ganggu saya melalui kononnya anak murid saya yang lebih lemah. Macam itulah. Jadi mereka cuba. Itu satu subjek. Satu lagi adalah Mereka risau tentang keselamatan saya dan beritahu saya apa yang nak dibuat untuk menjadi selamat, memastikan diri hidup, itulah. Ya Tuhan. Jika bukan kerana bantu manusia di dunia, saya takkan nak hidup di sini sama sekali. Tidak sama sekali. Apa jenis dunia ini? Anda pun tak suka tinggal di sini. Banyak daripada anda beritahu saya itu. Bukan kerana anda murung atau apa-apa tetapi kerana anda telah alaminya dan sudah faham sangat tentang dunia ini – bahawa ia benar-benar suatu ilusi yang sangat, sangat besar, dan kerana kita perlu bergaul dengan ilusi ini untuk bantu makhluk lain terutama manusia dan orang-haiwan kesian yang didera, diseksa dan dibunuh hanya untuk rasa manusia selama beberapa minit saja. TUHAN Yang Dikasihi. Ya, TUHAN juga tidak mahu mengekalkan dunia sebegini. Jadi sekarang, Syurga, mengikut Perintah TUHAN, perlu terus bersihkan mereka yang tidak mahu hidup dalam masa depan yang cerah, bermakrifat, aman damai. Mereka akan perlu singkirkan mereka dengan sesuatu cara supaya masa depan akan hanya tinggal orang suci yang ada tahap pencapaian spiritual yang tinggi dengan apa-apa saja cara yang boleh. Sekurang-kurangnya orang yang dengan ikhlas, rendah diri, jujur percaya kepada TUHAN, doakan pengampunan dan bantuan serta mengubah diri menjadi bersemangat Syurga, seperti tidak makan daging orang-haiwan lagi, makhluk hidup yang kecil pun, serangga atau… Sesiapa yang bersetuju dengan manusia boleh makan serangga... Mana-mana benda yang bergerak, itu makhluk. Hanya berfikir tentang bunuh mereka untuk dimakan, oh, itu begitu kejam, begitu tak berperikemanusiaan! Anda tak boleh pergi ke Syurga dgn ini. Orang Syurga tidak berkelakuan macam ini. Mereka tidak bunuh apa pun utk dimakan Mereka tidak berlawan. Mereka tidak berperang. Mereka makhluk yang penyayang, baik hati, berbelas kasihan, pemurah, makhluk suci, syurga rendah sudah pun macam itu. Syurga tinggi ialah kategori yang berbeza sepenuhnya. Adalah sukar untuk gambarkannya. Ia penuh dengan Cahaya. Lagi tingginya mereka lagi sukar bagi anda mengenal mereka, lihat mereka, lihat bentuk mereka kerana mereka menjadi seperti Cahaya, terang, penyayang, tenaga penuh kemurahan, megah dan cantik, dah tentu. Itu pun jika anda dapat lihat muka mereka Sekarang disebabkan oleh persidangan yang tersebut di atas, beberapa orang Raja Buddha risau ttg keselamatan saya dan beritahu saya apa yang nak dibuat. Contohnya, seorang Raja Buddha beritahu saya bahawa saya perlu ada oranng-anjing supaya setiap malam, setiap hari mereka akan melindungi saya. Raja Buddha yang lain berkata tidak, saya perlukan peranti elektronik supaya ada keselamatan kerana Dia kata, “Keselamatan diutamakan.” Dia kata saya perlu ada peranti elektronik di sekeliling tempat saya atau di dalam tempat saya. Saya belum lagi tanyakan butirannya. Saya hanya catatkan itu, 10 perkara utama. Tetapi saya tidak tanya Raja Buddha tentang apa jenis alat elektronik, contohnya, kerana saya tak tahu apa-apa pun tentang alat elektronik. Saya tahu sangat sedikit. Saya hanya ada komputer dan dua buah telefon yang tak dapat saya hantar mesej pun. Saya ada cuba. Saya ada belajar tetapi telah lupa sekali lagi kerana saya jarang hantar mesej kepada sesiapa pun. Dan juga, di dalam hutan, meskipun anda berada 100 meter saja dari saya, telefon saya takkan dapat hubungi anda. Telefon saya takkan dapat hantar sebarang mesej kepada anda, atau mungkin ia akan beri mesej kepada anda lepas dua hari atau banyak jam, atau tidak sama sekali. Jadi sangat mengecewakan, dan kadangkala telefon tidak berfungsi. Ia tidak hantar isyarat atau orang yang ingin kita hubungi tidak menerima sebarang isyarat. Kadangkala saya habiskan jumlah masa yang agak banyak, berjam-jam, untuk membuat panggilan kepada seseorang di sesuatu tempat yang lain. Mungkin orang itu juga berada di dalam hutan atau sesuatu. Ia tidak dapat hubungi mereka. Mereka juga berada di bandar. Tetapi sebenarnya saya tak pernah menelefon sesiapa di bandar. Saya tak rasa begitu. Mereka memang hidup dlm masyarakat, bermakna di subbandar, di pinggir bandar yang tenang atau di luar bandar, sesuatu macam itu, dan kadangkala mereka tidak menerima mesej atau panggilan saya. Saya perlu lakukannya secara berulang kali. Saya belum hantar mesej kpd sesiapa pun kerana saya cuba banyak kali dengan telefon saya... Saya ada dua buah telefon, kalau-kalau satunya tidak berfungsi atau kehabisan tenaga elektrik. Saya cuba kedua-duanya, kemudian lupa akan cara melakukannya sekali lagi kerana saya tidak kerap melakukannya. Saya langsung tidak melakukannya. Itu sebabnya. Biasanya saya hanya bekerja dengan komputer. Saat. Saya akan lihat apa lagi yang boleh saya ingat. Ya, sekarang dah pukul 5 pagi. Saya langsung tidak tidur sepanjang malam, cuba menyiapkan kerja untuk Supreme Master TV, biasanya tidak sebelum tengah malam. Ia akan berterusan hingga waktu pagi atau berterusan sehingga kumpulan dokumen seterusnya yg akan mereka hantar kepada saya untuk diedit untuk Supreme Master Television. Saya salah satu daripada banyak anggota pasukan, bukan satu pasukan saja kerana saya perlu menyemak semuanya. Mana-mana pasukan yang ada rancangan di TV kami – saya perlu bekerjasama bersamanya. Tetapi nasib baik kerja mengedit tidak terlalu membebankan kerana kami ada sistem yang lebih baik sekarang Kami ada lebih banyak orang yg berbakat Ia menjadi lebih tetap, tidak seperti tahun-tahun permulaan, saya perlu mengikuti setiap perkataan, setiap koma dan setiap tanda sengkang, setiap huruf. Tetapi saya tetap ada banyak kerja. Walaupun mengetahui bahawa mereka tidak buat sebarang kesilapan atau menulisnya dengan baik, saya tidak perlu tambahkan atau betulkan apa-apa, namun saya perlu bacanya dulu. Itu kerja yang banyak – bukan sahaja membaca tetapi saya juga perlu saksikan video yang mereka hantar. Jadi itu kerja yang agak banyak. Saya tak cukup masa untuk apa-apa pun kecuali kerja dan banyak kerja tambahan yang lain, sebagaimana yang anda tahu. Segala-galanya mengambil masa. Sekarang, hari ini, TUHAN mahu saya bercakap dgn DIA. DIA malah membuat janji temu dengan saya awal hari ini. Saya kata, “Mengapa bukan sekrg, TUHAN?” DIA berfirman, “Tidak, sekitar pukul 10.” Oh! Jadi saya banyak bergegas hingga pukul 10, malah terlewat beberapa minit. TUHAN berfirman, “Jangan risau, Aku akan berikan 19 minit lagi.” Wau! Tepat-tepat pada pukul 10.19, saya siapkan apa-apa saja yang perlu disiapkan. Maksud saya, apa-apa saja yang cemas untuk dihantar kerana setiap hari kami ada rancangan. Saya tak boleh kata, “Oh! Saya akan buatnya pada minggu depan,” atau “Esok.” Sesetengah rancangan tak boleh disiapkan esok – perlu buatnya sekarang juga. Jadi TUHAN tahu saya sibuk. Saya berkata, “Kita boleh bercakap sekarang, TUAN Yang Dikasihi.” DIA berfirman, “Tidak, kemudiannya, pukul 10 malam.” Adalah bertuah kerana banyak rancangan yang perlu disiapkan sebelum esok – kerana ia akan disiarkan esok – semuanya disiapkan sebelum itu. Saya rasa masih ada, rasanya, beberapa rancangan yg belum disiapkan tetapi ini bukan yang cemas. Sebab itu pada sekitar pukul 10 malam, sebenarnya pukul 10.20 malam, saya siapkan tepat pada masanya. Oleh sebab dlm persidangan sebelumnya, beberapa hari yang lalu atau mungkin seminggu lalu Mereka sebut tentang keselamatan saya di dalam hutan, jadi saya menjadi lebih berwaspada. Jadi malam semalam, sebelum orang-musang itu datang beritahu saya, TUHAN juga sudah beritahu saya bahawa tak apa-apa, sekurangnya hari ini, 24 jam selepas ini. Setiap hari, saya tanyakan perkara untuk 24 jam yang seterusnya saja kerana itu saja yang dapat saya uruskan dengan kerja televisyen dan segalanya yang lain – perniagaan dan menjaga anggota pasukan yang dapat saya hubungi, biasanya anggota pasukan dalaman kerana mereka juga ada badan manusia saja – daging, lembut dan kadangkala alami kesusahan. Mungkin tiba-tiba menjadi kurang selesa, mungkin tiba-tiba tersandung atau sesuatu yang mungkin cederakan jari kaki atau kaki mereka. Maka saya juga perlu cakap dgn mereka dan beritahu mereka apa yang nak dibuat kerana kadangkala mereka terlalu sibuk. Saya tak rasa mereka harus tetapi adalah tidak selamat terus melanjutkan kesakitan atau ketakselesaan. Kita perlu segera kendalikannya. Bagaimana mengendalikannya, bergantung kepada keadaan juga. Mereka suka bercakap dengan saya dan minta nasihat saya, jadi saya perlu habiskan masa bersama mereka kadangkala berjam-jam untuk bercakap, menenangkan mereka dan sebagainya. Satu perkara bawa kepada perkara lain. Kadangkala kami berbual-bual macam itu hanya untuk buat mereka rasa lebih selesa juga. Ini juga suatu peluang untuk adakan jenis perbualan yang lebih rapat, lebih terbuka, lebih relaks. Jadi ini juga baik untuk tenaga kerja dan hubungan mereka sebagai rakan sepasukan. Photo Caption: “Mesej Bijak Matahari, Ada Sesiapa yang Dengar?”











