Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Engkau kata engkau mahukan perbicaraan, pergi ke mahkamah dan berhujah dengan aku? Mahkamah yang mana engkau nak pergi? Aku ialah mahkamah. Aku ialah Raja Pemutar Roda Dharma. Aku mengadili engkau dengan adil. Sekarang engkau tiada apa-apa pun untuk diadukan. Engkau tiada tempat untuk pergi mengadu. Aku bekerja untuk TUHAN Yang MAHA Berkuasa, Ketua semua Alam Semesta. Aku bekerja untuk Triniti PALING Berkuasa Yang Bersatu Semula. Ke mana engkau nak pergi untuk membuat aduan? Apa pahala yang engkau ada untuk diberi itu? Siapa akan menyebelahi engkau? Raja yang menumpahkan darah, gunakan karma dunia untuk membunuh, membantu hantu, syaitan ghairah memudaratkan aku dan kerjaku. Siapa akan menyebelahi engkau? Semua makhluk di Alam Semesta sukai keamanan, kebaikan hati, keharmonian antara negara, sesama orang. Engkau dan orang bawahanmu mematahkan banyak jambatan yang menyelesaikan konflik negara dan menjalin persahabatan antara negara. Kadangkala aku malah perlu sendiri berkorban untuk membaiki jambatan ini semula. Apa yang telah engkau buat untuk mendapat apa-apa? Apa yang telah engkau buat untuk bercakap dengan aku pun? Engkau buat sesetengah pemimpin yang pada asalnya mungkin bodoh tetapi bukan penghasut perang yang suka tumpahkan darah. Engkau buat mereka menjadi macam itu dengan gunakan karma buruk daripada dunia, gunakan sebarang hubungan dengan aktiviti berdosa, gunakan orang bawahan mereka, gunakan orang yang tamak akan kemasyhuran dan keuntungan untuk mendorong presiden berperang. Mungkin aku tak dapat buat banyak dengan itu kerana mereka ialah orang di dunia, termasuk pemimpin ini, tapi aku perlu bantu banyak drpd mereka keluar dari neraka. Mereka hanyalah jahil. Mereka tak begitu berdosa seperti engkau atau syaitan di neraka. Aku perlu menempuh banyak kesusahan untuk menyelamatkan roh mereka, cuba menyedarkan mereka supaya buat perkara yang betul tetapi engkaulah orang yang menggoda mereka untuk mencetuskan peperangan, pertama-tamanya. Tetapi sekarang engkau mengadu bahawa engkau bukan penjenayah? Adulah. Tanya seluruh dunia – siapa akan percayai engkau? Kecuali syaitan. Engkau kata orang mati dlm peperangan, alami kesusahan perang atau masalah berkaitan peperangan kerana mereka melakukan jenayah bunuh, pembunuhan tak langsung, membunuh diri, membunuh makhluk lain atau makan daging orang-haiwan yang dibunuh. Aku memahami ini tetapi anak muridku telah berubah. Mereka berbuat baik, terutama bekerja bersama aku dalam Tugasan TUHAN, Tugasan terbaik daripada TUHAN secara langsung. Jadi engkau berani ganggunya, ganggu pekerja Tugasan TUHAN. Engkau layak untuk mengadu dan bercakap dengan aku pun? Buat apa? Meskipun engkau bertaubat, dosamu tak dapat ditebus. Jadi bergembiralah saja di penjara. Aku dah sangat baik, tidak mengarahkan kepunahanmu. Jika tidak, engkau dah tiada. Aku biar engkau hidup supaya engkau akan merenungkan segala jenayahmu, segala kesalahanmu dan segala pencerobohanmu melampaui batas kerjamu, jadi bergembiralah dgn engkau masih hidup. Engkau ada segalanya yang diperlukan di neraka. Jika engkau tak sukanya, aku boleh buatnya lebih teruk utk engkau. Jika engkau begitu biasa dengan tenaga perang, aku akan buatnya lebih teruk utk engkau. Bagaimana dengan itu? “Tidak, tidak, tidak.” Baiklah. Bagus, bagus. Baiklah. Aku pertimbangkan itu bukan semuanya salahmu saja. Itu karma dunia. Jadi kerjamu berkoordinasi dengan syaitan juga. Jadi aku biar engkau jalankan hukuman yang ringan – hanya berada di dalam penjara. Jika tidak, boleh lebih teruk. Engkau mesti benar-benar bertaubat. Minta pengampunan TUHAN secara berulang kali. Berlutut setiap hari untuk mendoakan penebusan, pengampunan supaya rohmu akan lebih tenang. Itu saja yang perlu engkau buat sekarang. Tiada banyak kerja. Bukankah itu lebih baik daripada pergi berperang, lihat darah mengalir, orang menangis dan kanak-kanak, wanita, orang tua mati sengsara? Maka lakukannya. Berlutut dan bertaubat setiap hari. Engkau tiada banyak untuk dikatakan, tetapi begitu pun, aku berikan masa berhargaku kpd engkau. Sekarang aku katakan satu perkara kepada engkau: Jika engkau dapat pengaruhi orang bawahanmu di luar di dunia ini dan hentikan mereka daripada berlawan, membunuh makhluk yang tidak berdosa, orang lemah yang mungkin tergoda oleh syaitan untuk berbuat jahat atau malah tertipu untuk makan daging, tulang dan darah orang-haiwan yang dibunuh, kemudian engkau dan orang bawahanmu gunakan tenaga itu, alasan itu, wujudkan peperangan huru-hara di alam ini – jika kau boleh bantu hentikan semua itu, mungkin aku pertimbangkan untuk melepaskan engkau, kemudian berikan kerja lain kpd engkau, atau mungkin, aku tak tahu sama ada aku akan beri balik gelaranmu tetapi sekurangnya engkau akan bebas. Dah bukan senang bagi aku bekerja di dunia perang dingin ini. Jika mereka tidak saling berlawan, mereka juga ada perang dingin dengan kerjaku. Mereka mengugut anak muridku. Mereka menyerbu pusat meditasiku. Mereka ambil simpanan wangku supaya aku tak dapat buat lebih byk kerja atau tak dapat beli lebih banyak pusat meditasi untuk orangku. Memberi inisiasi kadangkala adalah bersembunyi di dalam hutan. Bukankah itu dah cukup buruk bagi engkau? Engkau merampas orangku, gunakan pengaruhmu dan tarik mereka keluar daripada kumpulan kerjaku? Dosamu terlalu berat. Aku tak rasa engkau boleh menjadi raja lagi, hanya sebagai raja pemerhati pun. Engkau tidak mengejar orang jahat. Kau cuba mudaratkan penghuni yg baik. Sekarang dah abad ke-21. Banyak Santo telah datang dan pergi. Nabi Isa telah mengorbankan diri dengan gunakan darah-Nya untuk membersihkan dunia tetapi engkau masih menentangnya. Engkau patut dijatuhi hukuman yang lebih dahsyat tetapi aku biarkannya hukuman yang lebih ringan buat masa ini. Jika engkau bantu aku bina semula keamanan di dunia ini, bantu aku menggagalkan rancangan yang lebih jahat daripada kuasa negatif yang meracun warga dunia ini, biar mereka dibius dan mabuk sehingga tak dapat berfikir dengan waras pun… Semudah menjadi vegan pun sukar bagi mereka! Kanak-kanak pun memahami logiknya, seperti kita tidak menyebabkan penderitaan kepada makhluk lain yang tidak berdosa. Orang-haiwan tidak berbuat mudarat. Di dunia, ada undang-undang bahawa jika kita bunuh seseorang, jika kita bunuh makhluk yg tidak berdosa, kita akan dipenjarakan atau dihukum mati. Tetapi mereka tak dapat memahami itu pun. Mereka bunuh bayi mereka disebabkan engkau dan syaitan, iblis yang tiada roh. Engkau mahu menjadi tiada roh juga, huh? Itu boleh dilakukan. Jika engkau masih menentang aku, gunakan orang bawahanmu di luar neraka, rohmu akan dimusnahkan sepenuhnya. Itu muktamad. Tetapi jika engkau bantu aku tenangkan dunia, bina semula keamanan dan tidak memusnahkan orang dan harta benda mereka, aku akan pertimbangkan hukuman yang lebih ringan untuk engkau. Itu kata-kata akhirku. Aku takkan ubah itu, apa-apa pun yang berlaku. Jadi jangan cuba gunakan mana-mana hantu ghairah yg tertinggal, hantu ghairah gerila revolusioner yang menentang raja mereka, menentang tawaran alam syurgaku untuk mereka, dan terus memudaratkan orang dan orang-haiwan. Jangan gunakan mereka. Jangan gunakan mana-mana roh jahat bawahanmu untuk memudaratkan sesiapa pun lagi. Jangan cuba membuat orang-haiwanku sakit untuk ganggu kerjaku pun. Hukumanmu akan menjadi semakin berat jika engkau teruskan segala perbuatan jahat, tindakan yang menjengkelkan ini. Maka engkau tak boleh bercakap dengan aku lagi. Engkau akan berada di neraka dan dibakar secara berterusan selama-lamanya atau dimusnahkan sepenuhnya, tiada kewujudan lagi. Rohmu akan berselerakan di seluruh gunung, sungai dan laut, tiada satu cebisan, cebisan kecil pun yang dapat dilihat. Aku bukan mengugut engkau. Aku takkan tarik balik kata-kataku. Itu nasibmu jika engkau terus menentang TUHAN, menentang Prinsip kedamaian, kebaikan hati yang merupakan sifat Kerajaan TUHAN untuk semua penghuni di mana-mana pun di Alam Semesta. Mungkin tiada sesiapa yg ajar engkau ini, jadi aku rasa berlembut terhadap engkau tetapi jangan mempergunakannya. Jangan salahgunakan belas kasihanku untuk meneruskan perbuatan jahatmu terhadap orang, orang-haiwan yang tidak berdosa, atau mana-mana makhluk di dunia ini. Kerana engkau tak dapat buat lebih banyak lagi di luar dunia ini, jadi aku hanya beritahu engkau di sekitar dunia ini saja. Jadi fikirkanlah itu. Bertaubat. Jangan cuba bertikai dalam hati dgn aku. Itu akan wujudkan karma yg lebih buruk untuk engkau. Apa-apa yg engkau nak katakan kpd aku, aku dah tahu dan ia tak berguna. Ia takkan bantu engkau dgn sebarang cara kecuali jika engkau bertaubat dan menebus dosa sendiri dengan mengambil tindakan yang sebaliknya. Photo Caption: “Perhiasan Berwarna-warni untuk Halamanmu”











