Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Guru Perkenankan Raja Perang Menghadap Beliau, Bahagian 3 drpd 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Baiklah, aku akan biar engkau beri kata-kata akhir. Apa yang engkau nak katakan? Ada apa-apa lagi? Tidak? Bagus. Sekurang-kurangnya engkau masih ada sedikit kebijaksanaan. Engkau beritahulah aku secara jujur: Adakah engkau rasa engkau baik? Adakah engkau rasa dengan perbuatanmu menentang aku dengan sebarang cara, melalui orang bawahanmu atau dirimu sendiri, adakah engkau rasa engkau cukup baik? Engkau rasa engkau baik? Tidak? Maka apa yang engkau katakan tentang dirimu? Aku akan biar engkau berfikir bbrp saat. ‘Tidak baik’, engkau kata? Engkau kata engkau tidak baik. Baiklah. Betul kata-katamu. Cubalah buat sesuatu untuk buat dirimu menjadi baik, maka aku akan pertimbangkan hukuman atau tempoh penjaramu. Aku janji. Aku akan buatnya lebih baik utk engkau jika kau benar-benar bertaubat dgn ikhlas dan bantu buat dunia ini jadi lebih baik, tiada peperangan lagi, hanya keamanan, kegembiraan. Dan orang yang jahat secara individu sama ada akan menerima hukumanmu atau menjadi sedar dan bermakrifat, berbuat baik, berdoa kepada TUHAN dan boleh mendapat pembebasan dalam hayat ini selagi aku masih ada di sini.

Selamat tinggal sekarang. Jadilah tenang, damai, baik, bertaubat dan berdoa kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa untuk pengampunan dan penebusan. Selamat tinggal. Syukur kpd TUHAN kerana izinkan aku bercakap dengan engkau pun. Aku memang hantar Berkat dan Kasih Sayang kepada engkau, harap-harap itu akan benar-benar bantu engkau menjadi lebih sedar dan lebih peka terhdp penderitaan orang lain disebabkan sistem kawalan beracun kuasa negatif yang mengambil alih, mencuri dunia ini lama dahulu. Syukur kepada TUHAN. Amin. Biar mereka semua bertaubat dan sedar.

Engkau juga harus sangat berterima kasih kepada Raja Keamanan. Baginda ‘King of Peace’ tetapi lebih suka aku panggil-Nya ‘Peace King’ hanya untuk jimatkan nafasku. Aku letih juga. Engkau berterima kasihlah kpd Baginda kerana malah hubungi aku untuk biar aku cakap dgn engkau demi Baginda kerana Baginda orang yang baik dan buat banyak kerja baik untuk aku, jadi aku berikan peluang kepada Baginda untuk bantu engkau berhubung dgn aku tetapi takkan macam itu sepanjang masa kecuali itu sesuatu yang cemas, sesuatu yang benar-benar baik yang telah engkau buat, perlukan pengakuanku dan mengurangkan hukumanmu. Lebih baik ia benar-benar besar dan benar-benar bermanfaat kepada semua manusia dan semua makhluk yang lain di planet ini. Selamat tinggal buat masa ini. Oh! Maksudku Raja Keamanan. Terima kasih dan selamat tinggal buat masa ini. TUHAN Berkati Engkau.

Oh! Seperkara lagi, ada sesuatu yang penting yang ingin aku beritahu engkau. Dengar baik-baik dan lakukan dengan sewajarnya. Ada dua buah negara, sebenarnya dua buah pulau yang merupakan negara. Satunya Taiwan (Formosa), satu lagi United Kingdom. Ia banyak diugut secara buli kerana sebilangan orang bawahanmu pengaruhi pemimpin negara lain supaya datang atau mengancam keamanan dan keharmonian dua buah negara ini. Ia berada di bawah perlindungan peribadiku dengan Perintah TUHAN. Mana-mana orang bawahanmu yang ada sebarang kaitan dengan sikap suka berperang atau cuba memudaratkan dua buah negara yang telah berada di bawah ugutan berat selama bertahun-tahun sekarang ini – mana-mana orang bawahanmu atau sesiapa yang dengar kata-kata orang bawahanmu juga dan bawa mudarat kepada dua buah negara ini – meskipun pada luaran mungkin mereka menang, namun sesiapa yang akan ambil bahagian dalam jenis peperangan menentang dua buah pulau ini adalah secara peribadi menentang aku dan Perintah TUHAN. Jadi 100 generasi mereka, setiap daripada mereka, setiap pengikut sama ada arahmu atau hanya kerana ketamakan dan keganasan, lebih 100 generasi akan berada di neraka selama-lamanya atau akan dipunahkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya dalam sistem fizikal. Kemasyhuran mereka, nama mereka, kekayaan mereka, kebahagiaan mereka, hubungan mereka akan terganggu secara berterusan, tergendala atau hancur. Jadi engkau berilah amaran kepada orang bawahanmu. Mereka harus hentikannya. Jika tidak, mereka akan hadapi hukuman selama-lamanya di Bumi dan selepas mati, di neraka selama-lamanya. Engkau tahu aku bercakap benar. Engkau tahu akan aku. Jadi itu amaran terakhir.

UK, terutama England, mereka menerima aku ketika aku seorang pelarian perang. Pada masa itu, belum ada pelarian, tetapi selepas peperangan tamat, aku menjadi pelarian. Mereka menerima aku, beri segala perlindungan kepada aku daripada negara mereka – seolah-olah aku dilahirkan di England, dibesarkan di England dan tiada tempat lain untuk pergi kecuali England. Mereka beri perlindungan kepada aku. Itu England. Jadi aku mengakui itu sebagai negaraku. Negara lahirku yang lain itu, aku masih tak dapat pasti sama ada aku boleh pulang ke sana.

Masih ada banyak ancaman dan kata-kata negatif di internet serta ketakadilan, keganasan daripada kumpulan dan individu yang bertindak dan jalani kehidupan penjenayah sebenar, menyalahi undang-undang, butakan orang yg mudah terpengaruh dll, dan mangsa gengster ini yang berada di bawah nama kepercayaan tiruan tidak berani berkata apa-apa pun, takut kehilangan nyawa mereka dan orang tersayang kerana mereka lemah dan tak tahu bagaimana gunakan bukti!!! Sekarang masih waktu di sesetengah bahagian dunia – jika kita org Kristian dan bukan Muslim, kita akan dihukum mati. Jika kita ialah wanita, kita tak boleh mendapat pendidikan dll.

Aku tak nampak sebarang peluang yg baik atau keselamatan untuk pergi ke sana (Âu Lạc (Vietnam)) walaupun aku percaya bahawa kerajaan sekarang sudah buat dengan baik sekali dan benar-benar menjaga rakyat dengan sedaya upaya. Syukur kepada Engkau, TUHAN. Tetapi aku perlu menjaga dunia. Aku tidak pergi ke mana-mana saja, merisikokan nyawaku atau kebebasanku bekerja untuk TUHAN. Di dunia yang tidak seimbang ini, nampaknya orang jahat hidup bebas dengan baik; orang baik mungkin kurang bernasib baik! Terutama mereka yang benar-benar bekerja untuk TUHAN dan manfaat manusia! Kita masih belum begitu bebas, seperti di sesetengah negara yang lain, terdapat jenis sekatan yang lagi teruk. Aku tak nak sebutnya. Engkau tahu akannya.

Yang kedua ialah Taiwan (Formosa). Taiwan (Formosa) ialah negara pertama yang aku pergi dengan misiku. Mereka membuka tangan untuk menerima aku dan bantu aku menyebarkan Ajaran TUHAN, Kebenaran di merata tempat. Jadi aku lindungi mereka. Dah tentu, orang jahat yang menentang TUHAN, di dalam atau di luar melalui perbuatan mereka, atau terlalu banyak diracuni, tak dapat mengikut ajaranku – mereka akan perlu melangsaikan karma peribadi sendiri dan sebarang karma buruk lain yang mereka wujudkan, berkaitan dengan keluarga, suku, jiran mereka atau sesiapa saja yang mereka ada hubungan. Mereka perlu melangsaikannya, karma buruk yang mereka wujudkan. Aku masih cuba bantu mereka tetapi mereka tetap perlu jalani hukuman mereka.

Tetapi orang Taiwan (Formos) yang lain adalah baik. Mungkin mereka tidak mengikut aku tetapi mereka semua mengenal aku dan hormati aku. Pada bila-bila aku pulang ke Taiwan (Formosa), aku terima sambutan penuh kasih sayang mrk. Aku tidak tahu akan seluruh Taiwan (Formosa) tetapi sekurang-kurangnya wilayah itu, kawasan kejiranan di mana-mana saja aku pulang. Jika aku nampak mrk secara kebetulan, mereka semua mengenal aku dan beri sangat banyak kasih sayang dan hormat kepada aku. Dah tentu, aku sayangi dan hormati mereka juga dalam hatiku secara terbuka.

Jadi dua buah negara ini, engkau jangan sentuh. Engkau beritahulah orang bawahanmu, “Jangan pengaruhi pemimpin buruk lain yang sudah berfikiran kabur dgn dadah atau pengaruh syaitan.” Beritahu mereka supaya jangan sentuh dua buah negara ini. Kerana mereka akan hadapi hukuman yang amat besar selama-lamanya, bukan sahaja diri sendiri tetapi juga apa-apa saja yang berkaitan dgn mereka. Aku maksudkannya. Biasanya aku tak nak katakan ini secara terbuka tetapi kerana engkau berperang menentang aku dan kerjaku serta memudaratkan anak muridku terutama mereka yang bekerja untuk Supreme Master Television yang menyiarkan segala perkara baik dan mengingatkan orang untuk menjadi baik supaya mereka boleh menjadi bebas dan mendapat pembebasan – kerana engkau biarkan orang bawahanmu berbuat demikian atau engkau sendiri juga, bersama-sama. Sebab itulah aku perlu beritahu engkau sekarang – berjaga-jaga. Bukanlah oleh sebab engkau masih ada sebilangan orang bawahan yang keras kepala dan berkuasa di luar nerakamu, engkau boleh buat apa-apa saja yg engkau mahu. Kebaikan sentiasa akan menang. Orang jahat sentiasa akan alami nasib malang, dihukum atau dipenjarakan di neraka selama-lamanya.

Contohnya, ketika Buddha Shakyamuni masih hidup, mereka cuba memudaratkan Orang Sanjungan Dunia banyak kali dgn cara-cara yang berlainan. Mereka malah mahu bunuh Baginda tetapi dapat potong jari kaki-Nya saja dll. Nabi Isa, Anak TUHAN, dibunuh dengan kejam, tak berperikemanusiaan, jahat macam itu. Lihatlah apa yang berlaku kpd Mereka? Abad demi abad demi abad demi abad telah berlalu tetapi Mereka menjadi semakin banyak dipuja, semakin banyak dikasihi dan terkenal, selama-lamanya. Nampak tak itu? Kebaikan sentiasa akan menang. Bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dalam jiwa, dalam hati orang, manusia. Walaupun mereka begitu banyak dibius, mereka tetap tahu apa itu kebaikan dan siapa ialah Orang yang harus mereka puja dan kasihi.

Aku katakan dua contoh saja, tapi lihatlah, banyak Guru telah dimudaratkan dari segi fizikal, mental atau kebebasan. Apa-apa pun yang cuba syaitan lakukan terhadap Mereka sentiasanya gagal. Mereka menjadi selama-lamanya dikenangi, dihargai dan dikasihi dalam hati umat manusia. Jadi orang yang berperang seperti engkau mungkin menangi beberapa pertempuran selama beberapa tahun tetapi tiada sesiapa yg pedulikan engkau dan pemimpin yang engkau pengaruhi akan mati sengsara. Tiada sesiapa yang kasihi mereka. Sejarah akan menulis selama-lamanya perbuatan paling jahat yang dilakukan oleh mereka disebabkan engkau dan syaitan yang bekerja bersama engkau.

Engkau sebutlah nama semua Guru di dunia yang disalib, yang dibunuh, yang mati diracun di dalam penjara atau di luar di khalayak ramai. Apa yang berlaku kepada Mereka? Orang hanya dpt mudaratkan badan Mrk tapi tak dapat mudaratkan Kesucian Mrk. Orang memuja Mereka selama-lamanya. Engkau sebutlah nama Mereka semua. Semua Guru Sikh, contohnya, semua anak murid Nabi Isa... Semua Guru selepas Nirvana Buddha, semua orang masih tahu nama Mereka dan belajar daripada Mereka. Dan Bodhidharma, ketika masih hidup, tak banyak orang mengikut Beliau juga, tetapi ajaran-Nya, walaupun pendek, terukir dalam ingatan dan sejarah Alam Semesta dan dalam hati orang yang tahu apa betul, apa salah. Semua Guru Jain dan banyak yang lain yang tak dapat kita tulis Mereka semua dalam banyak buku pun. Mereka tidak diperlakukan dengan berbelas kasihan oleh manusia tetapi Mereka hidup selama-lamanya dalam hati Alam Semesta dan dalam hati setiap roh manusia.

Jadi engkau semua, makhluk jahat yang bekerja untuk kuasa negatif yang mencuri planet ini kira-kira sepuluh ribu tahun dahulu, berpatah baliklah. Berpatah balik, mengikut jalan Kasih Sayang, maka mungkin engkau diampuni. Mungkin engkau elakkan neraka, pengadilan akhir. Mungkin engkau berjalan dengan bebas tanpa rasa bersalah. Sekurangnya engkau boleh maafkan diri dan bergembira, diberkati dengan Nama TUHAN, dengan Rahmat TUHAN. Jika tidak, tiada hidup bagi engkau, tiada pilihan bagi engkau. Hati nuranimu akan ganggu fikiranmu. Karmamu akan berlonggok di neraka, ambil masa selama-lamanya untuk habis dibakar. Sebab itulah engkau perlu berada di neraka selama-lamanya sehingga semua dosamu habis dibakar, dibersihkan dan dihapuskan, dan engkau disucikan sepenuhnya. Ini ambil masa selama-lamanya atau mungkin tidak. Ini takkan berlaku jika engkau tidak sedar, tidak bertaubat, tidak minta pengampunan dan menebus dosamu dengan berbuat baik, membantu makhluk lain dan tidak mudaratkan sesiapa pun.

Itu saja buat masa ini. Jika tiada apa-apa yang benar-benar penting dan cemas, jangan bercakap dengan aku. Jika keamanan kembali, jika keamanan kembali ke planet ini, mungkin aku akan pertimbangkan hukuman dosamu dan bercakap dengan engkau. Sekarang aku perlu adakan persidangan dengan Triniti PALING Berkuasa. Aku perlu pergi dari sini. Tidak kira apa pun yang kau nak katakan, tak usahlah. Beritahu aku hanya apabila perbuatanmu buktikan bahawa engkau telah cuba menebus dosamu.

Photo Caption: “TUHAN Membuat Apa-apa Saja Menjadi Istimewa di dalam Hutan”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/6)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-06
4345 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-07
3930 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-08
3821 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-09
3733 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-10
3690 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-11
3724 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-05
1953 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-04
330 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-04
5308 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-04
1377 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2026-11-04
356 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun