Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dah tentu, badan masih berhubungan dengan roh. Jika tidak, kita akan mati. Ada tali yang sambungkan kita dengan roh tak kira peringkat apa kita pergi. Apabila kita mati, maka ia terputus. Tapi sebelum kita mati, kita bersambung dengannya. Okey? Jadi semasa kamu di sini, misalnya, dengan kehadiran Guru, badanmu juga menyerapnya melalui kedekatan badan, kemudian salurkannya kepada roh. Okey? Dah tentu, misalnya, bagi orang biasa, semasa kamu tidur, roh juga tinggalkannya untuk berehat. Kerana badan lakukan pelbagai jenis perkara. Kadangkala sangat meletihkan bagi roh mengendalikannya. Jadi jika kita lakukan perkara yang tak betul, mencederakan orang lain, misalnya, maka oleh sebab kita satu entiti, jika orang itu rasa tercedera, orang ini terpengaruh juga, dan dengan hukum pemampasan, kamu mesti berikan sesuatu kepada orang yang terpengaruh itu. Jika kamu terlanggar seseorang, maka kamu perlu bayar untuk dia sembuh. Secara fizikal macam itu dan secara spiritual sama juga. Sebab itulah apa-apa pun yang kita guna di dunia ini, meskipun penggunaan fizikal seperti kita makan sesuatu atau ambil sesuatu, kita sentiasa perlu berkongsi pahala kita. Sebab itu jika kita kumpulkan banyak atau makan dengan banyak, tiada orang yang kata apa-apa tapi perlu bayar untuknya secara spiritual. Jadi tak bermakna lagi banyak kita makan, lagi baik untuk kita. Bukan macam itu, hanya kerana ia percuma atau kamu kaya. Kamu tetap perlu bayar meskipun itu wang kamu. Kamu bayar secara spiritual. Sejumlah mata pahala perlu disalurkan kepadanya untuk dia berevolusi. Itu bagaimana semua makhluk berevolusi. Lebih baik kita banyak bermeditasi, kemudian ada banyak pahala. Jadi meskipun habiskan pada makanan atau perkara lain atau cederakan makhluk lain dgn tak sengaja, kita tetap ada secukupnya untuk melindungi diri. Misalnya, semasa kita alami kemalangan, roh tinggalkan badan. Jadi jika kita rasa sakit atau apa-apa, itu hanya minda dan reaksi fizikal saraf. Roh dah tinggalkannya. Jadi hampir semua orang tak rasa sakit. Biasanya semasa orang tak banyak berdosa, maka apabila mati, mereka tak rasa sakit. Atau semasa mereka alami kemalangan, mereka tak rasa sakit sangat kerana roh dah tinggalkannya dan cuba kurangkan kesakitan badan. Semasa kita buat sesuatu yang sangat membebankan, maka roh tinggalkannya juga. Atau semasa terlalu sakit, kita pengsan. Kerana roh tinggalkannya. Roh tak nak berada dalam keadaan susah dan badan yang sakit, alat yang sakit. Jadi roh adalah bebas tapi kita tetap perlu ada hubungan yg baik. Dalam badan fizikal, kita perlu ada lebih banyak hubungan dengan Tuhan agar roh rasa gembira dan naik ke atas. Semasa roh berada di atas sana, roh dapat menerima kuasa spiritual di sana juga. Bukan hanya melalui hubungan badan tapi melalui hubungan roh di atas sana dengan sambungan syurga. Badan hanyalah untuk pemberian dan penerimaan karma serta pemberian dan penerimaan berkat spiritual. Jadi meskipun kita tak rasa kita ditingkatkan, namun jika badan kita dekat dengan sumber berkat, maka badan rasa selesa juga. Minda rasa selesa juga, relaks dan penyembuhan juga berlaku dalam situasi ini.