Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya tak dapat faham mengapa lelaki memilih kaki dan bukan kecerdasan atau kebaikan. Tetapi itu bagaimana dunia sangat kucar-kacir, kerana sejak zaman dahulu, semua raja memilih kaki, muka, hidung, telinga dan entah apa lagi. Kadangkala malah tahi lalat jelitawan. Tahi lalat jelitawan? Hanya tahi lalat jelitawan pun memutuskan sama ada kita menjadi permaisuri atau tidak. […]Jika kita teruskan seperti sekarang, memilih kecantikan dan rupa luaran tetapi bukan kebaikan dan kemegahan dalaman, maka kita sentiasa menuju ke arah malapetaka. Tak dapat mengelak daripadanya. […]Kadangkala cinta buat mereka membuta. Mereka terlupa cari sifat pasangan sebenar yang mereka mahukan. Sebab itulah kadangkala kita lihat sesetengah orang sentiasa mencari teman wanita dan teman lelaki, kemudian kita rasa mereka buruk tetapi sebenarnya bukan macam itu. Dalam sesetengah kes, tidak. Kadangkala mereka tak dapat cari orang yang mereka sukai. Mungkin sepanjang hidup, mereka takkan temuinya. Kemudian semua orang yang barangkali disukainya sudah berkahwin, kemudian barangkali dia berada di sana, masih tertanya-tanya. Sangat sukar, sangat sukar nak cari orang yang sukai benda yang sama seperti kamu. Orang berkata bahawa yg bertentangan saling menarik tetapi sebenarnya yg sama lebih boleh tahan dgn yg sama. Contohnya, kamu sentiasa suka membeli-belah tetapi pasanganmu tak suka, dan kamu lebih suka amalan spiritual daripada hubungan fizikal antara lelaki dan wanita tetapi isterimu sukainya, seumpamanya, kemudian kamu akan alami masalah. […]Sementara kita dalam perkahwinan dan ketakserasian pasangan, saya ada satu lagi nota di sini utk kamu. Contohnya, jika isterimu mahukan orang-anjing tetapi kamu tak nak, ah, itu akan menyusahkan! Ya. Saya alami kesusahan satu kali ketika saya masih berkahwin dengan satu-satunya bekas suami saya. Kerana dia bawa pulang orang-kucing. Sudahkah saya beritahu kamu? (Tidak.) Tapi itu sangat baik. Itu disebabkan niat baik. […] Saya sangat sensitif. Disebabkan oleh orang-kucing kesian yang saya nampak itu, saya nak bawa dia untuk dijaga sehingga dia meninggal. Itu saja. Jadi dia ingat saya suka akan orang-kucing. Okey. Dia tak kata apa-apa pun. Apabila dia pulang ke rumah, dia… Saya tak tahu apa yang berlaku – tiba-tiba dia bawa pulang satu orang-kucing. Anak kucing! Betul-betul sama seperti yang di Itali itu! Hitam seluruhnya dengan empat sarung tangan putih, bintang putih pada dahinya, anak baju putih di sini dan mata hijau. Dia betul-betul perhatikan rupa orang-kucing itu. Dia jumpai yang sama dengan itu dan bawanya pulang ke rumah utk saya, tersenyum macam orang bodoh. […]Photo Caption: Salji, Seperti Benda Sementara yg Lain, Semuanya Hanya Benda Bermusim dalam Hidup. Hanya Percayai Rahmat Abadi Tuhan.