Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Okey. Ada seorang lelaki yang pergi bersama dengan sekumpulan pelancong atau kumpulan kajian ke Afrika atau sesuatu. Dah tentu, di sana, tiada pengangkutan dan komunikasi sangat susah. Jadi mereka perlu gunakan helikopter kadangkala. Sekarang, ada seorang lelaki yang sepatutnya bantu mereka dengan penterjemahan, atau pemandu tempatan pergi bersama dengan ahli sains, kumpulan kajian ini. Kemudian sebaik saja dia masuk ke dalam helikopter, dia merungut, “Helikopter ini terlalu bising. Orang terlalu banyak bercakap. Mereka terlalu banyak merokok dan tempat duduk terlalu sempit, ruang terlalu sempit...” Dia asyik meraung, merungut, mengeluh dan menjerit sepanjang masa. Jadi anak kapal bawa dia keluar, gantungkan dia pada sayap atau sesuatu, gantungkan dia pada tali dan terayun-ayun, “Ini dia, awak ada banyak ruang.” Kemudian pada masa itu, dia jerit dengan lagi kuat, “Tolong biarkan aku masuk ke dalam!”Jadi ini masalahnya dengan kita juga. Kadangkala kita tidak hargai situasi yang baik, kawan yang baik atau teman yang baik sehingga kita kehilangan dia, sehingga kehilangan situasi itu atau sehingga situasi menjadi lebih buruk, lebih tak tahan, kemudian kita akan berpuas dengan hanya ada apa yang kita ada.Sama juga, dalam hidup, jika kita terlalu banyak merungut dengan tidak munasabah, maka Tuhan akan buat kita alami banyak kesusahan sehingga kita hentikan mulut kita, kemudian barangkali kita berdoa pada masa itu, “Oh, tolonglah!” Itu bagaimana orang berdoa setiap hari hanya kerana sebelumnya mereka merungut, kemudian alami kesusahan. Kemudian mereka berfikir semula apa yang mereka ada, kemudian lebih hargainya. Kamu faham sekarang? (Ya.)Photo Caption: Cahaya Sebenar Tak Dapat Ditutup Walaupun Ejen di Dunia Ingin Sekali Menutupnya!