Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai jelaskan bahawa apabila kita mendapat makrifat segera, kita nampak Cahaya Syurga dalaman dan berhubung semula dengan TUHAN. Guru mengubah karma tetap kita supaya kita tidak perlu kembali ke hidup ini lagi dan hanya Guru hidup dapat sampaikan Rahmat daripada TUHAN ini.Roh di dalam adalah serba tahu. Apabila dia mahu menjadi sedar, dia memahami segala-galanya. Dia akan buat segala-galanya untuk kembali kepada TUHAN. Tetapi hanya apabila roh memilih untuk sedia.(“Saya rasa Makhluk ini diutus oleh TUHAN. Segalanya datang daripada hati-Nya tanpa Beliau perlu bacanya kerana semuanya tertulis dalam hati-Nya. Semoga TUHAN berkati dan lindungi Beliau. Saya kasihi Guru.”) (“Saya rasa Makhluk ini diutus oleh TUHAN.”) Makhluk? Yang mana? (Guru. (Oh!) Bahawa Guru diutus oleh TUHAN.) (“Bahawa segalanya yang Guru katakan datang daripada hati. Itu tanpa pembacaan kerana segalanya tertulis dalam hati-Mu. Semoga TUHAN berkati dan lindungi Guru. Saya kasihi Guru.”) Terima kasih. TUHAN lebih banyak berkati kamu. TUHAN lebih kasihi kamu.(“Saya cuba membayang tetapi tak dapat lakukannya. Ada apa-apa teknik untuk dipelajari tak?”) (“Saya cuba membayang tetapi tak dapat lakukannya. Adakah terdapat sebarang teknik yang boleh saya pelajari?”) Ya. Cubalah teknik kami. Tak perlu membayang. TUHAN datang secara automatik. TUHAN bukanlah imaginasi kita, jadi kita tak perlu visualisasikan DIA atau bayangkan DIA. DIA ada di sana, cuma kita perlu tahu ke mana nak lihat.“Secara praktikal, apakah maksud Makrifat Segera dan bagaimana ia diperoleh?”) (“Secara praktikal, apakah maksud Makrifat Segera dan bagaimana kita boleh mendapatnya?”) Ya. Makrifat Segera bermaksud kamu boleh jadi bermakrifat dengan serta-merta. Pada saat kamu duduk di sana dan berkata, “Okey, saya mahukannya,” saya akan tunjukkan caranya dan kamu akan nampak TUHAN dgn serta-merta. Itu apa yang dimaksudkan dengan makrifat – ini bermakna kamu nampak Cahaya (Syurga dalaman). Cahaya (Syurga) dalaman, Kerajaan Cahaya TUHAN adalah terang. Ia tidak seperti cahaya ini. Kamu tidak perlukan mata untuk lihatnya.Makrifat bermakna menjadi bermakrifat – nampak Cahaya (Syurga dalaman). Cahaya (Syurga dalaman) hanya datang daripada TUHAN. Cahaya (Syurga dalaman) tak boleh datang daripada kegelapan yang merupakan kuasa gelap, jadi Cahaya (Syurga dalaman) bermakna TUHAN. Apabila kamu nampak Cahaya (Syurga dalaman) dengan serta-merta, pada saat itu, kamu bermakrifat, berhubung dengan TUHAN. Oleh sebab TUHAN ada di dlm diri kita dan inti pati TUHAN ialah Cahaya, Muzik, Kemegahan, jadi adalah sangat senang untuk lihat ini kerana TUHAN ada di dalam diri kita. Sebab itulah kita dapat lihatnya dengan serta-merta. Selepas khutbah, saya akan tunjukkan caranya.(“Mahaguru Ching Hai yang dikasihi, adakah terdapat takdir? Adakah setiap orang sudah ada suatu jalan yang diberikan oleh TUHAN dan telah ditentukan? Atau seseorang mesti cari takdirnya sendiri? Saya kasihi Guru. Terima kasih.”) (“Mahaguru Ching Hai yang dikasihi, adakah takdir wujud? Adakah setiap manusia sudah ada jalan yang diberikan oleh TUHAN atau dia perlu cari jalannya sendiri? Saya kasihi Guru. Terima kasih.”) Saya kasihi kamu juga. Terima kasih.Ada dua jenis takdir. Satunya dipanggil takdir tetap yang perlu kita tempuhi dalam hayat ini. Satu lagi dipanggil takdir masa depan yang merupakan hasil perbuatan yang kita buat dlm hayat ini – “Apa yg kamu semaikan, itulah yang akan kamu dapat.” Dan juga, kadangkala baki perbuatan masa lampau yang belum kita selesaikan.Takdir tetap, setiap orang perlu alami – bermakrifat atau tidak bermakrifat. Tetapi orang bermakrifat dapat melicinkan takdirnya, dapat buatnya lebih boleh tahan, menyenangkan atau mengurangkan saiz penderitaan jika dia perlu alami penderitaan. Kadangkala orang bermakrifat malah boleh alami takdirnya, penderitaannya dalam mimpi. Dia tak perlu alaminya dalam hidup fizikal. Takdir masa depan pula, hanya orang tak bermakrifat perlu alami. Bagi orang bermakrifat, Kuasa Guru atau Rahmat TUHAN uruskan dan hapuskan itu dari jalannya, seperti membersihkan jalan.Pada waktu berhubung semula dengan TUHAN, Kuasa Guru mengubah karma tetap – takdir tetap – dan bakar takdir masa depan, jadi saudara seamalan tidak perlu kembali ke hidup ini atau tidak perlu alami penderitaan yang menanti mereka.(“Apakah perbezaan antara teknik ini dan teknik Guru-guru berkesedaran yang lain seperti Yogananda, Sri Chinmoy dan Kirpal Singh?”) (“Apakah perbezaan antara teknik ini dan teknik Guru-guru lain – Guru-guru berkesedaran, bermakrifat – seperti Yogananda, Sri Chinmoy dan Kirpal Singh?”)Hanya Guru-guru yang berbeza, agaknya. Kamu pilih apa yang sesuai dengan kamu. Tak harus ada sebarang perbandingan. Tiada teknik untuk mencari TUHAN. Hanya ada Rahmat TUHAN yang mengalir melalui Guru – orang yang masih hidup. Jika ada suatu teknik – kononnya teknik – ia pasti sudah tertulis dalam semua kitab semua agama. Demi komunikasi dalam bahasa manusia, kita perlu panggilnya sebagai teknik, kaedah atau jalan. Sebenarnya tiada benda sebegini. TUHAN sentiasa memilih untuk mengajar DIRI sendiri melalui Diri hidup. Sebab itulah perlu ada seorang Sahabat hidup, Pembimbing hidup yang dikurniai tugas ini.Setiap satu daripada kita boleh jalankan tugas ini apabila kita mengenali TUHAN sepenuhnya. Untuk itu, ego mesti mati. Diri perseorangan – apa-apa saja yg kita panggil ‘saya, aku’, – perlu hilang dulu. Tetapi ia tidak hilang dengan berkata begitu atau dengan kita mahunya hilang. Ia hilang melalui latihan TUHAN, melalui Rahmat TUHAN, melalui penyucian roh – proses yang berlaku di dalam roh perseorangan itu. Tetapi setiap drpd kita dapat buat begitu. Jadi meskipun ada teknik, dah tentu, cara transmisi dan berkatnya adalah berbeza antara individu. Kamu perlu memilih jalan pengajaran mana atau Guru mana yang kamu rasa ada afiniti.Setahu saya, semuanya yang tersebut di atas ialah Guru agung. Saya hanya sangat, sangat gembira jika kamu pilih mana-mana drpd Mereka, tidak memilih saya pun, hanya pilih mana-mana daripada Mereka, itu akan baik untuk kamu. Tetapi pilihlah yang hidup. Guru Chinmoy masih hidup tetapi dua yang lain, saya rasa, sudah ucapkan selamat tinggal. Mereka membuat sesuatu yang lain di tempat lain. Hanya Guru hidup dapat menyampaikan Rahmat daripada TUHAN ini kepada kamu. Itu Hukum-NYA.(Ini dalam bahasa Inggeris dulu.) Ya, tapi kamu terjemahkan kpd bhs Itali, kemudian bahasa Inggeris. (Baiklah.)(“Bagaimanakah Guru mengajar orang cara mendapat makrifat sebenar? Akankah Guru sendiri mengajar mereka atau melalui orang lain? Adakah terdapat kumpulan di sini yang ajarkan Kaedah Quan Yin? Apabila Guru menemui kaedah ini, adakah Guru mempelajarinya bersama ahli keluarga? Adakah ibu bapa Guru orang yang beriman?”) (Sebenarnya, ini sekumpulan soalan.) Oh! Saya tahu. (“Bagaimana Guru akan mengajar orang cara untuk capai Cahaya (Syurga dalaman) sebenar? Akankah Guru sendiri mengajar orang atau melalui orang lain? Adakah terdapat satu kumpulan yang ajarkan Kaedah Quan Yin di Rom? Bilakah Guru menemui kaedah ini? Adakah Guru mempelajarinya bersama ahli keluarga? Adakah ibu bapa Guru beriman?”) Bacalah, ada buku sampel kecil. Semua data ‘tak penting’ saya ada di dalamnya. Kami ada beberapa orang hubungan di Rom. Dan saya akan meninggalkan beberapa orang saudara seamalan yang lebih berpengalaman dalam kaedah ini di sini untuk seketika bagi menjawab semua soalanmu dan mengajar kamu lebih banyak perkara asas. Dah tentu, saya sendiri mengajar kamu. Tetapi kamu hanya perlu belajar sekali dan dapat lakukannya sendirian setiap hari Jika kamu ada apa-apa soalan, kamu boleh tanya kami lagi.Photo Caption: “Hutan Muda Mini yang Bertenaga Hidup Biak di dalam Hutan Purba”











