Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bagi Mengenali TUHAN, Kita Mesti Jadi TUHAN, Bahagian 4/11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai dedahkan punca keganasan dan jelaskan mengapa orang yang wujudkan konflik selalunya paling perlukan kasih sayang. Dengan bangkitkan Kasih Sayang Suci dalam diri kita melalui kesedaran tentang TUHAN, kita dapat bebaskan diri dan orang lain daripada penderitaan di dunia ini.

Bagi banyak orang, mereka berpuas dengan hanya mengetahui bahawa TUHAN wujud atau hanya baca Bible atau hanya berdoa sikit di sana sini, tetapi bagi banyak orang, orang lain, ini tak cukup. Mereka nak benar-benar kenali TUHAN. Mereka ingin dapat berbual dengan TUHAN, mendengar nasihat TUHAN tentang masalah harian dan dapat menjadi lebih dekat – benar-benar lebih dekat – dgn TUHAN. Bagi orang-orang ini, kami di sini untuk beri sedikit bantuan.

Kerana semua peperangan, kesusahan, salah faham, kemarahan dan kebencian ialah akibat kekecewaan tidak mengenali TUHAN ini. Segala kejahatan yang kita rasa manusia dapat lakukan berpunca daripada kedahagaan terhadap pengetahuan tentang TUHAN ini. Ini ironik, paradoksikal tetapi benar. Ini panggilan terdesak utk minta bantuan. Kerana mereka tak tahu apa lagi yang nak dibuat. Jadi mereka terpaksa gunakan keganasan seperti kita menjerit dengan kuat. Mengapa begitu? Kerana walaupun kita kelihatan macam manusia dan memakai badan manusia ini, kita ialah anak TUHAN. Kita ialah Roh Kudus. Dulu kita tinggal di Syurga di mana kita ada segala-galanya pada bila-bila saja kita mahu.

“Tidak tahukah kamu bahawa kamu ialah rumah ibadat TUHAN, dan Roh Kudus tinggal di dalam dirimu.” Ini bermakna kita bukan apa-apa kecuali TUHAN di dalam. Oleh sebab kita ialah TUHAN itu, kita tidak biasa dengan perlu bekerja untuk benda yang kita perlukan, tidak biasa dengan perlu minta benda yang kita mahukan dan tiadanya pun. Jadi kadangkala kita rasa kecewa, rasa marah, rasa putus harapan dan tidak berdaya. Jadi kadangkala kekecewaan ini melahirkan keganasan, melahirkan kebencian dan akhirnya melahirkan peperangan.

Jadi orang yang berperang ialah orang yang benar-benar paling memerlukan kasih sayang dan bantuan. Tetapi oleh sebab mereka begitu tetap dalam keterdesakan, tidak begitu senang juga untuk bawa kasih sayang, kebijaksanaan dan pemahaman ke dalam diri mereka. Sama seperti seseorang sudah sakit tenat, dia tidak mengenal doktor pun, apalagi berterima kasih kepada mereka. Jadi sebelum kita jatuh ke dalam keadaan terdesak ini, lebih baik kita menjaga diri dan memastikan kita dapat jumpai Kasih Sayang TUHAN dengan begitu dekat, dgn lebih praktikal supaya kita tak perlu alami jenis situasi keterdesakan paling dalam yang tidak berdaya ini.

Tidak diragui bahawa TUHAN kasihi kita semua, tidak kira apa yang kita buat. Nabi Isa ampuni kita semua, tidak kira apa yang kita buat, terhadap Baginda sendiri pun. Baginda ampuni musuh-Nya dan berdoa untuk mereka, “BAPA, ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka.”

Setiap kali saya baca sesuatu tentang Nabi Isa sekali lagi, saya sentiasa nak menangis. Kasih Sayang yang begitu besar hanya boleh datang daripada TUHAN. Kita semua ialah anak TUHAN. Mengapa kita tiada Kasih Sayang ini? Kita memang ada. Cuma kita belum mengaktifkan-Nya. Kita telah lupa bagaimana. Kita memang ada kasih sayang tetapi tidak sampai tahap Nabi Isa. Untuk mendapatkannya semula, kita masih boleh cuba. TUHAN ampunkan semua dosa kita. Nabi Isa ampuni kita. Baginda mati untuk kita.

Kita akan sentiasa sama rata di Mata TUHAN. Maka mengapa kita mesti mengenali TUHAN? Mengapa kita mesti aktifkan Kasih Sayang ini? Mengapa kita harus curahkan apa-apa usaha? Ada sesiapa yang tahu? Baiklah, memandangkan kalian berpura-pura tak tahu, saya akan berpura-pura saya tahu. Saya sangat pemalu juga tetapi jika kita semua pemalu, maka kita hanya duduk di sini, dan saya lihat kalian, kalian lihat saya, kemudian dua jam berlalu, kemudian kita pulang ke rumah. Kerana jika kita tidak aktifkan Kasih Sayang ini, maka kita sendiri akan menderita. Dan dah tentu, kadangkala kita bawa penderitaan kepada orang tersayang kita, sesiapa saja yang ada hubungan dengan kita, dan kepada persekitaran kita, kadangkala kepada negara kita jika kita buat keputusan yang salah, keputusan yang sangat tidak penyayang seperti berperang, contohnya. Kita mesti aktifkan Kasih Sayang ini untuk bukan hanya mengenali TUHAN tetapi mengetahui bahawa kita sebahagian daripada TUHAN, kita bersatu dengan TUHAN, seperti yang disabdakan oleh Nabi Isa, “SAYA dan BAPA bersatu.”

Kita tak dapat bersatu dengan TUHAN dengan bercakap saja, dengan berfikir saja atau dengan berhasrat saja. Kita perlu benar-benar bersatu dengan TUHAN, jadi TUHAN di Bumi. Kita perlu menyertai Lautan semula, menjadi bersatu dengan Lautan Kasih Sayang, maka kita boleh mewakili TUHAN di planet ini. Semua sifat baik-NYA, semua kemurahan-NYA, kita boleh wakili dan bawa kasih sayang, kegembiraan, kemurahan dan kebahagiaan kepada semua orang di sekeliling kita.

Selepas mengenali TUHAN – selepas benar-benar mengetahui, maksud saya, hampir mengetahui secara fizikal, betul-betul mengetahui bahawa Roh Kudus tinggal di dalam diri kita – kita ada dua pilihan.

Pilihan pertama adalah kita terus hidup seperti sebelumnya tetapi berkeyakinan bahawa, “Okey, sekarang saya kenali TUHAN. DIA ada di sana. Tiada masalah,” terus membuat apa yang kita buat. Kita juga boleh terus makin hari makin mengenali TUHAN – semakin yakin dengan kehadiran TUHAN, TUHAN di dalam kita – atau kita malah boleh berhenti tetapi setelah kita alaminya, kita takkan lupa.

Satu lagi pilihan adalah lebih mulia, iaitu kita dedikasikan hidup kita, pengetahuan kita untuk memperbaik kehidupan dan kegembiraan saudara-saudara kita. Sebabnya kita hormati pendeta, biarawati dan rahib adalah kerana kita rasa mereka berkelakuan seperti TUHAN. Mereka hampir seperti TUHAN di Bumi. Mereka begitu baik hati. Mereka begitu penyayang. Mereka begitu tidak bersyarat. Mereka dedikasikan hidup mereka demi orang lain. Kita juga boleh menjadi seperti mereka tetapi di dunia ini, dalam keluarga kita, dalam pekerjaan kita, dalam situasi kita sekarang dan terus menjadi jenis Santo yang tidak diketahui nama.

Dengan mengenali TUHAN, kita akan menjadi orang Kristian, menjadi Santo secara senyap dalam perjalanan hidup kita. Kita akan berkati orang secara senyap juga. Tiada sesiapa yang akan ketahuinya pun.

Photo Caption: “Dari Syurga ke Bumi untuk Manusia di Antaranya”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/11)
1
Kata-kata Hikmah
2026-08-17
1348 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-08-18
1066 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-08-19
907 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-08-20
662 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-08-21
393 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-21
1420 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-21
5462 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-21
393 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-21
500 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-20
1036 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-20
159 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-20
802 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-20
662 Tontonan
Elit Vegan
2026-08-20
146 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun