Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang dan Perlindungan Abadi daripada Guru Sebenar

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tahniah. Kamu orang yang sangat bertuah, orang yang sangat bertuah. Mulai hari ini, kamu dah bebas. Rohmu bebas. Ya. Rohmu bebas. Kamu takkan... Selepas inisiasi, rohmu dah bebas. Kamu takkan perlu lahir semula lagi dalam situasi menderita dan mati seperti di dunia ini. Kamu tak perlu lahir semula lagi. Kamu tak perlu menua lagi, tak perlu menderita lagi, tak perlu jatuh sakit atau alami sebarang jenis penderitaan lagi dan tak perlu mati lagi. Maksud saya, tak perlu lagi mengalami proses kematian yang menggerunkan, menyakitkan, menyusahkan dan menyedihkan bagi dirimu dan ahli keluarga.

Kamu orang yang bertuah. Cubalah bermeditasi, okey? Ya. Kamu akan menjadi biasa dengannya. Kemudian lagi banyak kamu bermeditasi lagi banyak kamu suka akannya. Lagi banyak kamu... Kamu tak nak rasa... Kamu tak nak menjadi terikat kepada dunia ini atau perkara duniawi lagi, beransur-ansur. Kamu masih buat kerjamu masih sayangi keluargamu tapi kamu takkan rasa begitu banyak terikat seperti dulu. Kamu akan rasa sangat bebas. Amalan harian, kamu akan ada semakin banyak visi dalaman Tuhan, syurga. Kamu juga akan ada lebih banyak pengalaman keajaiban dalam kehidupan harian di dunia luar. Kemudian kamu akan rasa kamu hidup di dunia ini tapi kamu tidak di dunia ini lagi seperti teratai yang masih di dalam lumpur tapi tak dicemari oleh air berlumpur. Kamu akan rasa sangat bebas, sangat suci, sangat bersih walaupun masih di dunia ini dan buat kerja duniawi seperti perlu bekerja untuk diri sendiri dan keluarga, mencari wang, mencari rezeki untuk kehidupan fizikal tapi kamu takkan rasa begitu terikat kepada semua nafsu duniawi ini. Apa yang kamu ada, kamu ada. Apa yang kamu tiada, kamu tak kisah. Apa yang kamu tiada, kamu tak gunakan.

Kamu akan menjadi sangat gembira mulai hari ini kerana kamu akan lihat kehidupanmu berubah menjadi lebih baik, sentiasanya, sentiasanya. Bukan hanya satu, dua hari tetapi setiap hari. Setiap hari adalah baru bagi kamu. Setiap hari ialah ketakjuban, ialah keajaiban. Setiap hari ialah keajaiban. Setiap hari adalah ajaib. Ada banyak keajaiban yang akan berlaku. Tapi kita bukan nak cari keajaiban. Ia hanyalah hasil sampingan daripada kuasa Tuhan yang disedarkan semula dalam dirimu dan akan menjaga kamu dengan setiap cara yang boleh supaya kehidupanmu takkan kekurangan apa-apa. Kadangkala mungkin berkali-kali kamu alami, mungkin kadangkala, gangguan duniawi seperti semua orang yang lain tetapi kamu akan lihat kehidupanmu menjadi lancar. Semua kesusahan akan diselesaikan dengan cepat atau lancar. Atau ada kesusahan pun, kamu takkan rasa terganggu atau apa-apa lagi seperti dulu. Kamu akan rasa lebih ringan. Kamu akan rasa boleh menerimanya. Kamu rasa tiada apa-apa yang benar-benar penting lagi kecuali kuasa dalaman yang menjaga segalanya. Ia akan buat kamu rasa gembira dan kamu akan mempengaruhi dengan cara yang lebih baik, cara yang lebih gembira, semua orang di sekeliling kamu. Persekitaran keluargamu, dirimu juga akan berubah menjadi lebih baik untuk kamu, sentiasanya, hari demi hari. Itu kuasa Tuhan. Itu kuasa Guru yang kamu alami sedikit hari ini, hanya untuk merasanya, hanya untuk mengetahui bahawa kuasa Guru wujud. Adakah kamu alami sesuatu? Ya? (Ya.) Okey.

Jika kamu nampak cahaya Tuhan, itu Tuhan menjelma dalam cahaya. Kerana Tuhan tak berbentuk, Tuhan ialah cahaya, Tuhan ialah kasih dan Tuhan ialah melodi ajaib yang kamu dengar hari ini, di dalam. Bukan dengan telinga tetapi dengan roh di dalam. Jika kamu nampak cahaya, kamu terdengar melodi, itu ajaran Tuhan, ajaran tanpa bahasa. Cahaya ialah penjelmaan Tuhan yang akan mengelilingi kamu, berada di dalam dirimu, di luar kamu kerana kamu ialah cahaya, kamu sebahagian daripada Tuhan dan alami sebahagian daripadanya hari ini.

Jika sesiapa drpd kamu terlepasnya atau tertidur, kamu minta utusan Quan Yin tunjukkannya sekali lagi. okey? Saya suruh mereka berada di sana untuk seketika bagi menjawab soalanmu, memastikan kamu lakukannya dgn betul sebelum balik ke rumah. Setelah balik ke rumah, kamu tak perlukan sesiapa ajar kamu apa-apa lagi kerana kuasa Guru di dalam akan menjaga kamu, mengajar kamu apa-apa saja yang perlu kamu tahu.

Jika kamu ada apa-apa soalan, apa yang perlu kamu buat hanyalah tanya atau tulisnya dan kamu akan mendapat jawapan dari dalam. Kamu akan mengetahuinya. Kamu akan tahu jawapannya tanpa bahasa lisan atau kadangkala Guru malah bercakap dengan kamu dalam bahasamu juga jika perlu. Kamu dapat lihat Guru di rumahmu juga apabila perlu atau kamu tak nampak, Guru sentiasa bersama kamu 24 jam, melindungi kamu, membimbing kamu, bantu kamu dengan setiap cara kamu perlu, pada bila-bila kamu perlu. Jadi kamu ada kawan karib dalam hidupmu. Lebih baik drpd mana-mana kawan karib yang kamu kenali, yang akan bersama kamu hidup dan mati. Apabila kamu tinggalkan dunia ini, kali terakhir, maksud saya tinggalkan badan fizikal buat kali terakhir, Guru akan bersama kamu, menyambut kamu, membawa kamu balik ke syurga yang selamat, tempat asal kamu.

Hanya memastikan kamu mematuhi arahan ini. Jangan ubah sebarang arahan waktu inisiasi. Pastikan kamu juga mematuhi Lima Rukun. Itu untuk melindungi kamu daripada tersimpang dan terpedaya oleh Maya. Maya ialah Raja Ilusi. Dia masih akan sentiasa berada di sekitar, cuba kacau kamu. Tapi jika kamu mematuhi Lima Rukun, melafazkan lima Nama Suci yang beri perlindungan sepanjang masa, maka kehidupanmu akan menjadi seperti di syurga. Kamu takkan ada sebarang kesusahan sama sekali ke mana-mana pun kamu pergi. Kuasa Guru sentiasa di sisimu. Guru sentiasa bersama kamu. Sebab itulah saya tiada di sana hari ini. Saya tak perlu. Saya bersama kamu. Faham?

Saya bersama kamu. Walaupun secara fizikal tidak. Tapi mungkin sesetengah daripada kamu nampak saya di dalam. Ada sesiapa daripada kamu nampak Guru di sana? (Ya.) Okey. Bagus. Jika sesetengah drpd kamu nampaknya, baguslah. Jika tidak, kamu akan nampak, atau tak apa, Guru sentiasa bersama kamu. Ia bergantung kepada tumpuanmu dan bergantung kepada keinginan ikhlas dalam hatimu, sama ada kamu akan nampak Guru atau tidak. Atau perlu atau tidak. Tapi tak apa sama ada nampak atau tak nampak, Guru sentiasa ada di sisimu, bersama kamu 24 jam setiap hari. Melangkaui hidup dan mati, sentiasa bersama kamu. Okey? Guru takkan tinggalkan kamu kerana Guru kasihi kamu. Kamu akan alami kasih sayang. Mungkin kamu sudah alaminya, sesetengah daripada kamu. Tuhan ialah kasih sayang, ialah cahaya. Oleh itu, jika kamu alami cahaya dan kasih sayang hari ini dan setiap hari, dlm kehidupan harianmu, itu pengalamanmu dengan Tuhan. Kadangkala kamu akan nampak penjelmaan Tuhan, mungkin sebagai Nabi Isa, Buddha, Guru di dalam. Ya? Hanya untuk menenangkan kamu atau bercakap dengan kamu atau jawab soalanmu.

Rajinlah, ikhlas dan mematuhi Lima Rukun supaya Maya, Raja... Raja Syaitan takkan ada alasan untuk menyusahkan kamu. Okey? Atau buat kamu menyimpang dengan sebarang cara. Patuhi rukun. Lafazkan Nama Suci. Bermeditasi selama dua jam setengah sehari atau sebanyak yang boleh, malah lebih banyak. Guru sentiasa ada di sisimu. Kamu tak berseorangan mulai hari ini. Guru sentiasa ada di sisimu untuk menjaga kamu. Sentiasa ingat akan Guru. Sentiasa ingat akan Lima Dewa Suci. Ingatlah itu? Okey? Kamu akan baik-baik saja.

Kamu kelihatan sangat terang hari ini. Kamu pasti telah bertumpu dengan baik. Baik untuk kamu. Kekalkanlah kepercayaan dan kuasa tumpuan, keupayaan tumpuan sebegini pada kamu sepanjang masa. Sentiasanya. Lepas kamu tinggalkan tempat ini, kamu terus kekalkan tumpuan sebegini dalam hatimu. Kekalkan tumpuanmu pada mata ketiga, maka kamu takkan ada sebarang masalah. Saya janjikan itu. Bukan kamu saja tetapi lima, enam, tujuh, lapan, sembilan generasi juga akan dibantu, mendapat pembebasan. Boleh berapa lebih baik lagi? Huh? Boleh berapa lebih baik lagi? Apa lagi yang boleh kita mahukan? Betul? (Ya.)

Jumpa lagi jika diizinkan Tuhan. Okey? Saya perlu lebih banyak bermeditasi, lebih banyak berkhalwat dan saya ada sangat banyak kerja juga, di samping khalwat dan meditasi. Tapi saya suka jumpa dengan kamu. Saya suka jumpa dengan kamu. Saya suka cakap dengan kamu sekarang. Mungkin pada masa depan, jika boleh, kita akan berjumpa lagi.

Jagalah diri baik-baik. Ingatlah Guru. Ingatlah Tuhan. Okey? Baiklah. Saya kasihi kamu. Saya kasihi kamu. Saya kasihi keluargamu juga. Saya kasihi semuanya yang kamu kasihi tapi bukan secara duniawi. Saya sentiasa kasihi kamu. Kamu akan sentiasa ada saya di sisimu. Okey? Kamu sentiasa boleh mengharapkan Guru 24 jam sehari. Bukan yang fizikal, bukan badan ini tetapi Guru di dalam dirimu. Okey? Guru yang bersatu dengan Tuhan. Guru yang maha wujud, sangat berkuasa. Guru ialah kasih sayang. Itu Guru. Sama ada kamu lihat badan fizikal ini atau tidak, Guru itu sentiasa bersama kamu. Okey? Sampai sini saja.
Saksikan Lebih Banyak
Video Popular  (10/14)
1
2024-07-09
51837 Tontonan
2
1:38

Top 5 Bad Businesses

31044 Tontonan
2020-02-14
31044 Tontonan
4
2021-08-11
159099 Tontonan
7
2020-07-03
348034 Tontonan
8
2019-03-22
8488 Tontonan
9
2017-11-27
9536 Tontonan
10
2018-10-15
8092 Tontonan
12
2021-08-26
4275 Tontonan
14
2019-03-30
16245 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android