Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Siri Multibahagian Kisah Sebenar, Bahagian 2 – Tersesat di Laut dan Dijumpai Selamat dalam Perlindungan Tuhan

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Bukan sahaja dalam Roh Mahaguru Ching Hai Paling Berkuasa melindungi anak murid-Nya yang merupakan pelarian pada masa itu tetapi Beliau juga bekerja secara fizikal untuk bantu mereka sejak permulaan krisis ‘orang bot’ pada masa muda-Nya.

Pd minggu lalu, kita telah mendapat tahu kisah mengagumkan tentang Puan Nguyện dibimbing ke tempat yang selamat oleh Orang Suci semasa perjalanan lautnya yang susah sebagai pelarian. Akhirnya dia jumpai kebebasan dan rumah baharu di Amerika Syarikat. Lepas bertahun-tahun, dia mengecam bahawa Orang Suci ini tidak lain daripada Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita.

Puan Nguyện bukanlah satu-satunya orang yang diselamatkan oleh Berkat Guru. Sandra, seorang lagi pelarian Âu Lạc (Vietnam) yang berada di atas bot tanpa makanan dan air selama berhari-hari ketika hamil, doanya terkabul juga.

“[…] Saya mendongak ke langit dan berkata kepada Ibu Bodhisattva Quan Yin, “Rasanya dah tiba masanya untuk aku pergi sekrg, Ibu Bodhisattva Quan Yin. Aku tak boleh bertahan lagi. Aku tiada apa-apa yang tertinggal.” Namun begitu, apabila bot tersentak secara tiba-tiba, orang ramai berkuak dengan ajaibnya seperti Laut Merah, mendedahkan laluan kecil dari bahagian depan bot terus ke tempat saya duduk. […]

Saya terdengar bunyi suatu objek logam yang bergolek dari bahagian depan bot terus ke riba saya. Mengikut naluri, saya mengangkat objek logam itu untuk memeriksanya dan mendapati bahawa itu termos! Saya buka penutup termos itu, melihat ke dalam dengan teliti dan ternampak bekas itu penuh dengan teh ginseng! Saya begitu dahaga sehingga minum seluruh termos dalam satu teguk. Dengan serta-merta saya berasa lega. Selepas empat hari, kami tiba di kem pelarian di sebuah pulau terpencil di Indonesia. Saya dan bayi belum lahir saya selamat. […]”

Bukan sahaja dalam Roh Mahaguru Ching Hai Paling Berkuasa melindungi anak murid-Nya yang merupakan pelarian pada masa itu tetapi Beliau juga bekerja secara fizikal untuk bantu mereka sejak permulaan krisis ‘orang bot’ pada masa muda-Nya. Beliau berbuat demikian dengan mengorbankan masa, wang, tenaga dan malah kebahagiaan peribadi-Nya. Hingga baru-baru ini, selepas empat dekad baru Guru dedahkan pengorbanan peribadi yang besar yang dibuat-Nya untuk tujuan ini.

Master: Saya ada seorang tunang sebelum bekas suami saya. Dia seorang doktor juga. Dia bertemu dgn saya di sebuah restoran, kemudian lepas beberapa kali, dia jemput saya pergi ke rumahnya, kliniknya. Kemudian dia nak berkahwin dgn saya.

Kami bahagia sehingga isu pelarian Âu Lạc (Vietnam) tiba dalam hidup saya dan saya tak boleh tinggalkan mereka di sana. Ada kejadian pada waktu malam, pesakit tiada penterjemah, ada wanita yang sarat mengandung sendirian, tiada suami di sana, tiada saudara-mara dan lain-lain... Malam dia bersalin adalah menggembirakan dalam hati saya. Saya masih ingat mencium dahinya banyak kali, memeluk dia erat-erat selepas melalui pelahiran bersama dia… Tiada orang di sana pada waktu malam – jarang, satu atau dua orang sukarelawan datang tetapi mereka datang selama beberapa jam saja atau mungkin satu hari, kemudian mereka ada pekerjaan sendiri dan keluarga yang jauh dari kem. Jadi hanya saya di sana siang dan malam, apabila tiada kakitangan yang lain di sana lagi pun. Dah tentu, lelaki tetap ialah lelaki. Seorang jururawat menemui dia. [...] Dah tentu saya hancur hati tetapi saya sibuk. Dia meneruskan kehidupannya, saya meneruskan kehidupan saya.

Beberapa tahun kemudian, selepas Mahaguru Ching Hai mendapat Makrifat penuh dan mula mengajarkan Kaedah Meditasi Quan Yin kepada orang di seluruh dunia, Beliau tidak lupa akan orang di negara-Nya yang dalam kesusahan.

Rancangan Tindakan Komprehensif 1989 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mewujudkan program ‘penyaringan kelayakan’ untuk ‘orang bot’ di negara-negara Asia Tenggara tertentu. Mereka yang ditapis keluar akan kehilangan status pelarian dan dihantar pulang ke negara asal mereka, menghadapi akibat yang tidak dapat difikirkan. Program ini mencetuskan krisis yang berpanjangan dalam kalangan golongan lemah yang sudah kehilangan segala-galanya ini. Sesetengah daripada pelarian di kem Filipina telah mengambil langkah drastik dengan membunuh diri. Apabila mendapat tahu tentang situasi ini, di tengah-tengah lawatan khutbah, Mahaguru Ching Hai segera mengubah jadual-Nya untuk melawat pelarian yang terdesak, berikan penenangan dan galakan.

Master: Saya benar-benar risau. Saya datang ke sini kerana kamu rakan senegara saya. […]

Guru juga pergi ke stesen radio dan televisyen untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keadaan pahit getir pelarian Âu Lạc (Vietnam).

Master: Saya ingin merayu kepada presiden, kerajaan dan rakyat Filipina yang baik. Memandangkan anda begitu berbelas kasihan dan penyayang, membuka tangan kepada orang yang kesian ini hingga kini, saya minta anda mempertimbangkan untuk membuka tangan lagi untuk tempoh masa yang lebih lama.

Guru bertemu dengan pegawai kerajaan Filipina untuk bincangkan penyelesaian praktikal yang disokong oleh sumbangan kewangan dan cadangan boleh dilaksana-Nya.

Pada awal 1990-an, banyak pegawai kerajaan Filipina termasuk bekas presiden Fidel Ramos, Corazon Aquino dan Puan Marcos serta media berada di sebelah Mahaguru Ching Hai untuk membantu Beliau dalam bantuan kemanusiaan ini.

Senator Alvarez: Kemudian Guru Ching Hai datang. Beliau tiba sementara Beliau diperkenalkan kepada saya. Beliau begitu efektif. Saya nak berjumpa dengan Presiden, bermakna Presiden Ramos. Saya beritahunya tentang kerja Guru dan bagaimana Beliau bekerja untuk pelarian ini dan Presiden perlu buat sesuatu.

Presidents Fidel Ramos: Filipina dianggap sebagai tempat perlindungan pertama dan terakhir bagi pelarian Âu Lạc (Vietnam). Jadi mereka yang tak dapat cari kediaman baharu di luar dibenarkan menetap di Filipina dan ini salah satu dasar paling menyenangkan yang kami isytiharkan sewaktu saya ialah presiden.

Senator Alvarez: Sewaktu Mahaguru Ching Hai pergi ke sana sini dalam masyarakat Manila yang dibimbing oleh Don Manuel Morato, ada orang penyayang, ada manusia berbelas kasihan yang ingin memberikan dan membekalkan perlindungan politik kepada saudara pelarian Vietnam (Âu Lạc). Undang-undang diluluskan dan Presiden Ramos membantu sepanjang masa. Atas itu, kita dapat berikan tempat perlindungan bebas yang banyak daripada suadara kami mahukan di Manila.

Master: Kami berterima kasih kepada kalian, orang-orang budiman di sini ini, atas kemurahan tanpa syarat dalam membantu manusia yang memerlukan bantuan.

Pada 1994, apabila terdengar tentang situasi terdesak di mana pelarian dihantar balik secara paksa di Hong Kong, Mahaguru Ching Hai kembali ke Pusat Pelarian Whitehead dan mengadakan perhimpunan antarabangsa bersama lebih 5,000 orang ahli persatuan kami dari seluruh dunia yang datang mendoakan kedamaian untuk pelarian.

Master: Kita yang mengembangkan diri secara natural lebih suka akan kedamaian, mengembangkan kebijaksanaan dan membantu orang lain. Oleh itu, hal kemanusiaan juga terangkum dalam skop amalan spiritual. Hari ini, kita berada di sini dari seluruh dunia kerana kita ingin menyelamatkan nyawa pelarian dan berikan apa yang diperlukan kepada mereka. Mereka tidak mahukan bantuan material. Mereka tidak mahukan status politik. Mereka hanya mahukan kebebasan. Mereka hanya mahukan maruah yang sama dengan kita.

Melalui usaha Guru, sekurang-kurangnya 5,000 pelarian diberi permastautinan tetap oleh kerajaan Filipina.

Dari 1990 hingga 1997 sahaja, Mahaguru Ching Hai telah menyumbangkan lebih AS$690,000 kepada kem pelarian Âu Lạc (Vietnam) di negara-negara yang berlainan termasuk Filipina, Taiwan (Formosa), Hong Kong, Thailand, Jepun, Indonesia, Singapura, Perancis, Kanada dan Amerika Syarikat.

Anggaran sumbangan daripada Mahaguru Ching Hai (vegan) kepada pelarian Âu Lạc (Vietnam) dari 1990 hingga 1997: AS$690,315.77 Guru juga berikan lebih banyak lagi dan perbelanjaan berkaitan yang lain yang tidak diketahui dan/atau disenaraikan secara rasmi. DAN LAIN-LAIN…

Usaha kemanusiaan Mahaguru Ching Hai telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa kepada krisis pelarian dan mengilhami orang untuk bertindak secara berbeza. Pada 25 Mei 1994, Persidangan Hak Asasi Manusia Antarabangsa telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Taipei. Lebih 5,000 orang kenamaan, wakil media dan penyokong hak asasi manusia dari lebih 20 negara telah berkumpul untuk menyokong perjuangan-Nya dan mengakui usaha-Nya.

Dr. Schneider: Tuhan dengan Belas Kasihan-Nya dari masa ke masa mengutus Orang bermakrifat ke Bumi untuk menjelmakan belas kasihan. Malam ini, kita beri hormat kepada Orang sebegini. Dua juta orang pendengar Radio for Peace International dan Universiti Pendidikan Global berbangga dan berbesar hati untuk mengakui kebesaran usaha kemanusiaan, penjelmaan fikiran, perasaan dan semangat dalam tindakan kerja sebenar tanpa mementingkan diri di seluruh dunia.

Atas usaha yang amat besar serta penunjukan belas kasihan dan keprihatinan yang amat besar kepada umat manusia tanpa mengira situasi atau keadaan mereka ini, kami dengan bangganya menyampaikan anugerah tertinggi kami, Anugerah Kemanusiaan Warga Dunia kepada Mahaguru Ching Hai.

MC: Pengerusi Liga Kebebasan Belia Asia Pasifik di Filipina, Dr. Rene Santos dan isterinya Puan Amy Santos sekarang akan menyampaikan Pingat Contoh Unggul Kemanusiaan kepada Mahaguru Ching Hai.

Dalam upacara itu, Guru menzahirkan harapan ikhlas-Nya terhadap umat manusia.

Master: Saya rasa ditenangkan hari ini melihat masih ada begitu banyak orang baik di Taiwan (Formosa) dan masih ada banyak orang yang berbelas kasihan di dunia. Sebelumnya saya rasa begitu murung tetapi hari ini melihat begitu banyak drpd kalian termasuk orang kenamaan dari Taiwan (Formosa) dan kalian yang datang dari bahagian-bahagian dunia yang berlainan untuk beri sokongan kepada pelarian yang lemah dan tidak berumah, saya menemui harapan semula.

Saya harap... Saya harap dunia kita akan berubah menjadi lebih baik pada abad ke-21 yang akan datang. Orang akan saling menyayangi dan melindungi. Tidak kira berapa banyak pelarian yang kita ada, masalah ini akan diselesaikan jika setiap keluarga membuka pintunya kepada seorang pelarian saja. Selepas suatu tempoh masa, pelarian akan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, dapat menjadi berdikari dan sendiri mencari rezeki. Mereka takkan jadi beban seumur hidup.

Lagipun, kadangkala Tuhan menguji kita dengan menghantar orang yang menderita ke depan pintu kita untuk lihat sama ada kita mengikut ajaran-Nya, sama ada kita benar-benar menyayangi orang lain.

Kerja Mahaguru Ching Hai untuk pelarian Âu Lạc (Vietnam) mengingatkan kita tentang Permaisuri Ester dalam kitab suci Bible yang merisikokan nyawa untuk menyelamatkan orang Yahudi-Nya daripada dihukum mati. Seperti Esther, Beliau juga ambil risiko untuk membantu pelarian Âu Lạc (Vietnam) dan beribu-ribu orang diberi Kebebasan dan kewarganegaraan baharu di negara penyayang baharu!

Kim Clement: Tuhan kata, “Dengarlah kata-kata-Ku, pada permulaan pemulihan, apabila ia bermula, akan ada seorang Wanita yang bangkit. Seorang Wanita yang akan kuat dalam kepercyaan, berakhlak mulia. Cantik dalam mata. Mata-Nya akan begitu cantik. Mata-Nya akan bulat dan besar. Aku telah memahkotai Dia...” firman Tuhan, “...sebagaimana Aku memahkotai Esther.” Orang akan menyambut Dia kerana Dia akan mempunyai minyak kegembiraan untuk kesakitan dan ratapan yang berlaku.”

Kerja nampak dan tak nampak yang kami paparkan dlm rancangan kami hanyalah sebahagian daripada Misi Mahaguru Ching Hai selama ini yang kebetulan disaksikan oleh ahli-ahli persatuan kami. Walaupun kita tidak dapat faham bagaimana Beliau dapat menyempurnakannya melalui badan fizikal yang begitu kecil, kita rasai Belas Kasihan Besar-Nya terhadap semua makhluk, keazaman-Nya yang kuat untuk menyelamatkan roh yang tersesat dan Kuasa Syurga-Nya yg diamanahkan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/2)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-20
406 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-19
100 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-19
231 Tontonan
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-03-19
510 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-18
553 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun