Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, perbualan berterusan dengan Mahaguru Ching Hai melibatkan diri dalam perbualan yang menggembirakan dengan anak murid Bambi Baaba dan ahli-ahli persatuan kami. Sesiapa saja yang suka boleh makannya. Kamu mahu tak? Dalam tangan saya sini. Dalam tangan saya sini. Terlalu banyak Cahaya. Semalam seseorang nampak Cahaya saya. Bagaimana kamu katakan itu dalam bahasa Perancis? (Cahaya besar?) Sekelompok besar. Ya. (Sekelompok besar Cahaya.) Dia kata, “Adakah terdapat sekelompok besar Cahaya di sekeliling kamu?” (Sepaket Cahaya.) Di sekeliling kamu. (Aura.) (Ya, ya. Dia tidak katakannya dengan sepuitis itu. Ia keluar dengan cara…) Itu suatu cara bercakap... (Bercakap dengan lancar.) (Sangat natural!) Huh? (Sangat natural!) Saya tanya dia. Dia kata dia nampak Cahaya di sekeliling saya. (Ya.) Saya tanya dia… Saya tanya dia, bagaimana kamu nampak Cahaya itu? Dia kata sejumlah besar Cahaya yang tebal. (Ya, ya. Sepaket Cahaya.) Sepaket Cahaya. (Sebungkus Cahaya.) (Kamu faham tak itu?) (Sebungkus Cahaya.) (Kerana itu di…) (Itu di Vienna.) Di Vienna. (Itu di Vienna dalam...) Khutbah. (Dia kata, “Saya nampak sebungkus besar Cahaya.”) Sebungkus. Sebungkus Cahaya. Paket, bungkusan. Dia terlalu teruja. Dia tak tahu bagaimana berbahasa Jerman lagi. Dia kata, “Sejumlah besar.” Saya bergurau. Saya mengusik dia. Saya kata, “Jadi berapa banyak? Tiga kilogram? Lima kilogram?” Semua orang ketawa – seluruh jemaah. Ya. Mereka ketawa dari awal hingga akhir. […] Ini pisang dari Afrika. Daripada seorang Guru – namanya Bambi Baaba. Bukan? Benar. Namanya Guru Bambi Baaba. Beliau mengutus dua orang anak murid utama-Nya ke sini untuk berikan pisang ini kepada saya. Ini pisang pertama ladang mereka. Guru itu juga jemput saya pergi ke sana pada 7 Julai – selama satu minggu, dari 7 Julai, ke Afrika supaya kita boleh adakan perhimpunan di sana selama tujuh hari. Jika mana-mana drpd kamu nak datang, kamu boleh datang. (Ya.) Ini surat paling indah yang pernah saya baca. Saya sudah kagum, sudah kagum. (Uganda.) Uganda. Guru di sana itu sangat baik, sangat rendah diri. Beliau hanya tinggal di dalam semak. Saya ada khemah – lebih bertamadun. Saya sangat maju. Khemah saya telah banyak berevolusi, di atas paras tanah kerana kami sentiasa dirikan khemah di atas paras tanah. Ya, untuk buat kita lebih panas dan lebih selesa. Kita masuk ke dalam, duduk saja. Itu saja – kita berada di atas katil. Kita buka zip, kemudian itu saja. Jadi, rasanya saya lebih maju. Tidak, saya singgung perasaan Gurumu. (Tak mengapa.) Tapi Beliau tahu akan humor saya. Saya terkenal di dunia dengan itu. Gurumu sangat rendah diri, sangat suci, jadi mungkin kamu ingin berjumpa dengan Beliau. Saya ada begitu banyak surat yang belum saya baca dan balas. Saya ada dua pucuk surat lagi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang perlu saya balas juga. Sebab itulah saya tak pernah sediakan khutbah saya – disebabkan oleh ‘bencana’ penulisan. Saya sentiasa bercakap dgn serta-merta apa yang datang. […] Photo Caption: Persahabatan Penuh Kasih Sayang Wujud di Semua Alam!











