Butiran
Baca Lebih Lanjut
Gua ini seperti mata kebijaksanaan kita yang melihat Cahaya di luar dunia ini. Bagi menghayati lukisan ini sepenuhnya, anda perlu melihatnya dengan cara yang unik untuk seketika Anda akan mendapati warna cahayanya berubah-ubah. Jika kita melihat gambar ini dengan tumpuan yang mencukupi, kita akan dapati lebih senang untuk menumpukan perhatian ketika bermeditasi
Sebagai seorang guru spiritual dan artis yang terkenal di dunia, Mahaguru Ching Hai (vegan) meneguhkan keimanan kita bukan sahaja melalui bimbingan spiritual tetapi juga melalui karya seni yang luar biasa. Hari ini, kita akan berjalan melalui Galeri Seni syurga yang dicipta oleh Mahaguru Ching Hai (vegan). Karya seni Guru mewakili kecantikan Syurga.Master: Sebarang jenis seni seperti lukisan dan karya seni yang lain sepatutnya mengingatkan orang supaya cuba beralih ke dlm diri mereka, mencari Sifat Buddha atau Kerajaan Tuhan sendiri.Segala-galanya diatur oleh Pencipta. Tiada apa-apa adalah baharu. Kita tak pernah membawa apa-apa yang baharu ke sini. Tak perlu. Tak perlu bermegah dengan apa-apa pun. Apa-apa pun profesion kamu, ciptaan seni kamu atau apa-apa pun yang kamu lakukan, kamu rasa itu segar dan baharu, atau kamu mencipta mesin, itu tak benar-benar begitu. Hanya kerana angin dan minda kita lebih jelas pada masa itu, atau kita lebih banyak beramal supaya kita ada lebih banyak ilham, peringkat kita dinaikkan ke tempat yang lebih tinggi supaya kita dapat mencapai dan mendapat sesuatu, kemudian kita menzahirkannya kepada dunia ini.Lukisan ini, ‘Gua Batu’, memaparkan ‘Terowong Cahaya’ yang diperhatikan di dalam oleh pengamal spiritual.Pada asalnya Guru ingin menamai lukisan ini ‘Terowong’, bukan sebarang terowong di dunia ini tetapi ‘Terowong Cahaya’ yang diperhatikan di dalam oleh pengamal spiritual. Kemudian Guru rasa tajuk ini terlalu serius, jadi Beliau tukarnya kepada ‘Gua Batu’. Gua ini seperti mata kebijaksanaan kita yang melihat Cahaya di luar dunia ini. Guru berkata bahawa adalah mustahil untuk menghasilkan semula Cahaya dalaman yang cantik dengan sempurna dengan bahan yang kasar di dunia ini tetapi Beliau telah buat sebaik yang boleh. Bagi menghayati lukisan ini sepenuhnya, anda perlu melihatnya dengan cara yang unik untuk seketika Anda akan mendapati warna cahayanya berubah-ubah. Jika kita melihat gambar ini dengan tumpuan yang mencukupi, kita akan dapati lebih senang untuk menumpukan perhatian ketika bermeditasiSementara anda melihat lukisan ini, kami ingin berkongsi dengan anda suatu cara istimewa untuk mengalaminya. Pemerhati dinasihati supaya menumpukan perhatian pada bahagian tengah gua batu ini. Mentafakurkannya, dan bergantung kepada tahap tumpuan anda, anda akan nampak pergerakan alur cahaya yang melingkar.Kata-kata Guru menggalakkan kita supaya mencari Cahaya dalaman itu. Sekarang mari kita beralih kepada kisah peribadi.Pada Jun 2002, isteri saya beli dua buah lukisan oleh Guru – ‘Gua Batu’ dan ‘Harapan’. Dalam masa seminggu selepas dia belinya, pada malam-malam yang berturut-turut, tanpa disangka saya bermimpikan Guru membawa saya ke alam yang indah. Kenangan yg paling tidak dapat dilupakan ialah Guru membawa saya ke sebuah dewan yang megah yang hanya ada tiang tetapi tidak berbumbung. Cahaya keemasan yang terang memancar ke mana-mana saja. Adalah sukar untuk gambarkan betapa indahnya itu. Guru bercakap dengan saya seperti seorang kawan lama, berkata bahawa saya harus berfikiran terbuka dan melepaskan segalanya. Beliau kata segalanya dalam hidup ialah pilihan kita sendiri dan kita harus hidup sebagaimana yang kita mahu. Apabila mendengar ini, saya menjadi sangat gembira, berfikir bahawa Guru memahami saya dan beri kebebasan kepada saya. Lepas beberapa hari, saya bermimpikan Guru membawa saya melalui lubang hitam di alam semesta di mana bintang bersinar yg tidak terkira terbang melalui kami. Saya terasa kami bergerak banyak kali lebih pantas daripada bintang. Apabila melalui bahagian tengah lubang hitam itu, saya ternampak Cahaya seperti dalam lukisan ‘Gua Batu’, diikuti oleh Cahaya putih yang menyilaukan.Perasaan saya pada masa itu tidak dapat dizahirkan dengan bahasa manusia. Selepas itu, saya mula mengkaji ajaran Guru dengan teliti dan faham secara mendalam bahawa segalanya yg Guru katakan adalah benar! Kemudian saya mula beramal dan alami pengalaman dalaman yang baik ketika bermeditasi. Guru sering membawa saya ke pelbagai alam yang indah dan sekarang saya faham apa itu kegembiraan sebenar. Kebencian saya terhadap isteri saya telah berubah menjadi kasih sayang dan kami dapat cari perkara untuk dibincangkan tentang ajaran Guru setiap hari. Saya benar-benar berterima kasih kepada Guru kerana berikan keluarga yg lebih bahagia kepada saya. Guru menyampaikan kuasa dan kebijaksanaan melalui lukisan-Nya, mengubah kepercayaan saya sepenuhnya supaya saya menyedari kemahawujudan kuasa Guru! Sekarang saya ingin sekali menerima inisiasi Guru secepat mungkin.Sekarang mari kita dengar pengalaman seorang lagi pemerhati.Apabila saya lihat lukisan Guru, saya berasa kagum. Saya dapati bahawa saya melihat dunia melalui mata fizikal tetapi Guru melihatnya melalui mata kebijaksanaan. Kita dapat melangkaui hidup duniawi hanya dengan melihat dunia melalui mata minda dan kebijaksanaan.Terutama ‘Gua Batu’ yang saya lihat tadi. Saya dapati bahawa Guru lihat melalui mata kebijaksanaan-Nya dan terdapat ‘lubang ulir kebijaksanaan’ tak nampak yang buat saya berkembang dgn tidak terhingga ke dalam alam di luar. Itu seperti Rumah yang kita cari. Saya memang berterima kasih kpd Guru.Lukisan ‘Rindu’ ialah hadiah istimewa kepada dunia, bertujuan untuk menarik dan bangkitkan dalam diri orang perasaan nostalgia terhadap Rumah asal mereka.Bunga di tebing bertentangan ingin sekali bersatu tetapi malangnya dipisahkan oleh sungai, suatu situasi yang mencerminkan jurang antara makrifat dan kejahilan. Garis serong berkuasa yang merentangi lukisan ini dan penggunaan warna yang beri rasa tertekan mewujudkan rasa ketegangan dan konflik. Namun begitu, kuasa hidup sungai dengan ajaibnya melepaskan tekanan dan membolehkan pemerhati menaik melangkaui realiti yang penuh kepayahan.Tebing hijau tua, bunga jingga dan air sungai biru segar, setiap warna mewakili peranannya secara tersendiri dan sempurna. Semua roh penuh dengan perasaan nostalgia terhadap Rumah asal mereka. Mereka hanya perlukan suatu pencetus untuk memulakan perjalanan pulang ke kediaman Syurga mereka. Karya seni yang begitu mengagumkan! Kita berterima kasih kepada Mahaguru Ching Hai (vegan) selama-lamanya atas segala ciptaan seni-Nya yang dihargai yang menjagakan roh.Sekarang mari kita menemui kod rahsia di sebalik lukisan ‘Mengabukan Rantai’.Rantai di sepanjang pinggir membara. Tiga batang obor hati bernyala dengan terang. Api yang meliang-liuk bangkitkan imaginasi yang sentiasa berkembang…Jika kita lihat dengan lebih teliti pada nyala api yang terang itu, kita nampak tiga batang obor yang berapi di seluruh badannya bernyala menjadi warna merah pekat yang dipaparkan dengan baik dengan cat minyak. Sesetengah bahagian obor sudah terbakar menjadi hitam. Namun begitu, api yang menjulang mewujudkan ketegangan dengan abu meluas yang menentukan sempadan rantai yang berangkai-rangkai. Keadaan rantai yang terbakar diwakili dengan baik oleh warna abu kelabu tua dan warna merah menyala di sesetengah bahagian rantai. Lukisan ini ingatkan kita supaya gunakan pertumbuhan spiritual dalaman dan keharmonian untuk mengatasi dan merempuh rantai dunia material. Ini sangat penting kepada pengamal spiritual dalam amalan harian mereka.Sebagai seorang pengamal spiritual, adalah penting menjadi berdikari. Mahaguru Ching Hai (vegan) beri peringatan penting ini kepada kita melalui karya seni juga.Mari kita lihat lukisan seterusnya, ‘Berdikari’.Perhatikan bahawa dalam lukisan ini, hanya separuh drpd pokok yg lebih kecil dilukis ke dalam gambar. Mahaguru Ching Hai jelaskan, “Hanya dengan cara ini baru boleh orang terus bayangkan bagaimana pokok ini bertumbuh menjadi lebih tinggi. Akan menjadi tidak bererti jika seluruh pokok dapat dilihat!” Walaupun dua batang pokok ini ditempatkan di aras yang berbeza, ia berada di cerun yang sama. Ini menunjukkan bahawa peringkat spiritual dalaman kita mungkin berbeza di jalan amalan spiritual tetapi kita semua menuju ke matlamat yang sama dan terus bertumbuh tinggi. Lukisan ini memperlihatkan sejenis kecantikan keseorangan yang unik, menunjukkan keadaan minda bersendiri tetapi mulia seorang pengamal spiritual yang ikhlas.Warna pastel dan teksturnya mewakili dengan baik sekali dahan dan daun yang menari-nari ditiup angin kencang, memberinya rasa tenaga, digerakkan oleh kuasa angin dan menjadikan lukisan ini hidup dan amat jelas.Lukisan ini dihasilkan pada 1991, di permulaan jalan spiritual kebanyakan pengamal Quan Yin. Lukisan ini sudah pasti menampakkan hasrat, peringatan dan sokongan yang diberikan oleh Mahaguru Ching Hai kepada anak murid Quan Yin.










