Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mendapat Semula Kegembiraan Tertinggi, Bahagian 3 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kamu tidak menyedari betapa berharganya Lima Nama Suci ini. Kamu mesti ingat akan semuanya! Jika tidak, adalah lebih senang bagi saya mengajarkan satu saja. Kamu langsung tak tahu. Ada orang yang lahir semula tiga kali untuk dapatkan kesemua Lima Nama Suci, kerana ada Guru yang ajarkan dua Nama saja, atau satu. […]

Ini berlaku sebelumnya di India, hanya kira-kira 30 tahun yang lalu saja: Orang ini datang kepada Guru yang dipanggil Baba Sawan Singh. Terdapat seorang Guru yang juga ajarkan Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman). Beliau dah meninggal dunia lama dahulu Beliau bernama Baba Sawan Singh. Dia datang kepada Baba Sawan Singh dan ingin mendapatkan inisiasi. Saya terbaca itu dalam buku, oleh Beas. Kemudian Guru beritahu pelajar itu bahawa dia masih mesti menunggu kerana tiada inisiasi pada hari itu. Anak murid itu bersujud, menangis dan berkata, “Saya sudah datang sebanyak tiga kali tapi masih belum mendapat Nama kelima kerana Guru mengajarkan satu atau dua Nama saja setiap kali, kemudian Guru itu meninggal, atau saya meninggal Jadi saya perlu kembali buat kali kedua dan kali ketiga. Sekarang saya takkan pergi dari sini dan saya mahukan inisiasi dengan serta-merta.” Itulah apa yang berlaku. Jadi hargailah ini, kerana bukan semua Guru segera memberikan apa yang mereka tahu dan dapat. Betul-betul hargailah ini, jika kamu tak nak kembali ke sini lagi. Jika saya berikan saja apa yang saya ada, kadangkala orang tidak hargainya tetapi apa yang harus saya buat? Haruskah saya memukul atau menguji mereka selama empat tahun, seperti Milarepa – atau lelaki tua di India itu – supaya mereka akan hargainya?

Inisiasi, senang atau susah, bergantung pada Guru. Ada Guru yang susah, itu sifatnya, personalitinya dan tak berkaitan dengan makrifat. Setiap Guru ada personaliti dan sistem kerjanya, kaedahnya. Dia mahunya macam ini dan bukan macam itu dan kita tak dapat ubahnya tetapi itu tak berkaitan dengan makrifatnya. Contohnya, dua orang Guru ada tahap makrifat yang sama tetapi mereka mengajar anak murid dengan dua cara yang berbeza. Sebab itulah sesetengah pelajar meningkat maju dengan lebih cepat atau lebih lambat atau tidak sama sekali atau lambat sangat – dua, tiga hayat. Sebab itulah pada zaman Buddha, atau pada zaman Guru lain juga – tak begitu lama dahulu, mungkin 100 tahun dahulu – mengambil masa empat hayat untuk mendapat seluruh pembebasan dari Bumi ini. Empat hayat.

Tidak seperti kita – satu saja, kerana saya berikan semua kekuatan yang saya ada dan yang dapat saya berikan. Saya tidak menyimpan apa-apa. Jika saya meninggal esok, kamu boleh teruskan. Kamu faham? Atau jika kamu meninggal esok, fikiran separa sedar kamu, roh kamu, sudah ada kesedaran ini, kemudian saya boleh terus membimbing kamu di Syurga. Kamu tak perlu kembali ke sini untuk memperoleh pengetahuan ini. Jadi Guru-guru adalah sangat berbeza.

Sebab itu Milarepa perlu berkhidmat kepada Guru-Nya selama empat tahun atau tujuh tahun – saya dah lupa. Setiap hari, Beliau dihina dan perlu bekerja keras sehingga akhirnya mendapat inisiasi, tetapi betapa susahnya! di Yunani, dalam sistem lama, inisiasi ambil masa tujuh tahun – tujuh tahun – baru mereka mendapat segalanya. Ada kejadian sebegini. Buddha juga tidak berikan semuanya sekali gus. Sebab itulah sesetengah orang mendapat pembebasan atau makrifat sepenuh hanya selepas empat hayat. Okey. Ya, ya.

Ya? (Biar saya kembali kpd penyembuhkan. Saya faham maksud Guru dgn betul tak – – kita tak harus menyembuhkan orang untuk menumpukan kuasa supaya tidak memencarkannya?) Ya, kerana itu sangat membazirkan. (Membazirkan.) (Pembaziran.) Pembaziran. Adakah kamu faham mengapa saya kata begitu? Contohnya, kamu nak menjadi doktor dan ada jururawat juga. Jururawat ada kerja jururawat dan doktor ada kerja doktor. Doktor lebih penting daripada jururawat walaupun jururawat sangat penting juga. Tetapi ilmu doktor lebih luas dan buat lebih banyak untuk pesakit. Jika doktor lebih banyak menguruskan kerja jururawat, contohnya membersih, menukar cadar, dia takkan ada masa dan takkan gunakan pengetahuannya untuk pesakit. Walaupun kedua-dua kerja ini penting dan semuanya berkhidmat kpd pesakit, doktor mesti menjadi doktor. Itu bukan berdiskriminasi, perlu mengikut aturannya. (Tetapi dia merupakan penyembuh?) Ya, tetapi dia sembuhkan orang lain. Dia bukan hanya perlu melakukan suntikan tetapi segala-galanya: rawatan dalaman dan luaran, pembedahan dan lain-lain. Dia tak boleh membuang masa menukar cadar atau risau tentang segala perkara kecil yang lain. Sesiapa pun boleh melakukan itu tetapi doktor hanyalah doktor. Jururawat tak boleh menjadi doktor tetapi doktor boleh jadi jururawat juga. Tetapi dia tak sentiasa perlu campur tangan dalam kerja jururawat kerana maka dia menjadi sama seperti...

Apa yang kamu rasa akan berlaku jika doktor sentiasa menguruskan kerja jururawat? (Ya, saya memahami perbandingan ini tetapi saya tak faham mengapa kita tak dibenarkan untuk sembuhkan orang supaya kita boleh menghantar cahaya kepada seseorang yang sakit atau sesuatu macam itu.) Jika benar-benar perlu – tetapi kita ada begitu banyak hospital, begitu banyak ubat dan sains perubatan yang maju. Kita tak sentiasa perlu berjalan ke sana sini dengan ego dan berfikir: Saya menyembuh di sana, di sini. (Okey.) Itu bukan kerja kita! Kita dah ada kerja yg mencukupi utk dibuat.

(Saya tiba-tiba alami kehilangan pendengaran selepas konsert rock. Sejak itu, dalam tempoh dua tahun lalu, saya ada deringan di kedua-dua telinga. Bagaimana saya dapat mengatasi ini semasa bermeditasi pada Bunyi Syurga dalaman?) Mengapa tidak? (Saya ada bunyi bising dari kiri dan kanan). Kamu tak perlu beri perhatian kepada sebelah kiri. Itu saja. Teruskan dengan meditasi, dan sebelah kiri – tak pedulikannya.

Sini. Dia tak pernah berpeluang. Ya, kamu dah tanya, tunggu sebentar. (Guru telah memberi kami kata-kata (Lima Nama Suci) lima alam yang lebih rendah. Akankah Guru membimbing kami ke peringkat yang lebih tinggi juga, melepasi Peringkat Kelima?) Di atas lima peringkat? (Ya.) Ya, tetapi kamu tak perlukan saya lagi. Ya, kadangkala kita boleh pergi berjalan-jalan bersama tetapi kamu tak perlukan saya menemani kamu lagi. Kamu telah tamat pelajaran sekolah menengah. Walaupun kamu belum ada banyak pengalaman dalam profesionmu, namun kamu telah menjadi berdikari. Bekas guru dan profesor kamu tak perlu sentiasa bersama kamu, kan? (Okey.)

Sini, sini, sini. Kamu belum tanya lagi, maka biarkannya. Ya, silakan. (Saya nak tanya sama ada ketepatan pelafazan (Nama Suci) Lima Alam ini adalah penting. Hakikatnya, sesuatu dibuat dengan betul dan jumlah yang tidak berhujung dibuat dengan salah. Jadi mesti betul satu kali.) Saya dah mengulang lebih empat kali untuk mereka semua semalam. Betul sekali lagi. Jadi mintalah lepas ini. Kita akan mengulang lepas ini. (Ya, terima kasih.) Okey. Mungkin lepas ini kamu ajar mereka Lima Nama Suci sekali lagi untuk saya, tolonglah. Saya perlu memelihara suara saya untuk stesen, negara seterusnya. Saya ada lebih banyak kerja utk dibuat. Jadi seorang anak murid akan buat begitu Salah seorang pelajar akan mengulang-Nya kepada kamu. Saya sentiasa perlu rehatkan suara saya supaya saya masih dapat terus bekerja.

Ya, silakan. (Saya ada satu lagi soalan: Apakah perbezaan antara Guru dan Sant Thakar Singh yang ajarkan kaedah yang sama, cuma ia dipanggil Yoga Surat Shabd. Itu betul-betul inisiasi yang sama. Saya terkejut mendengar kata-kata yang sama sekali lagi.) Ya. Jika itu betul-betul keadaannya, maka betul-betul sama. Apabila dua orang-monyet saling melihat, sama saja. Sesuatu macam itu mengejutkan kamu? Kamu sudah tahu. (Ya.) Kamu sudah tahu sebelum kamu masuk. (Tidak, saya tidak menyedari bahawa itu betul-betul sama.) Kamu tak berada di tingkat atas bersama saya? Tidak? (Semalam?) Bilik 435? Tidak? (Tidak.) Ah! Okey. Seseorang juga tanya dan saya kata, “Macam itulah.”

(Kerana saya sudah pun diinisiasi pada 1991 oleh Sant Thakar Singh tetapi saya...) Maka kamu boleh berada di sana. (Tidak, saya berhenti selepas tiga bulan kerana saya tiada hasil ini di sana.) Dia perlu keluar? Ya, pergilah. Kamu keluarlah. Bawa dia ke tempat yang diperlukannya. (Saya berhenti sekali lagi selepas tiga bulan…) Itu tak penting. Kamu berada di sini atau pergi ke sana – tak mengapa. Kita tak sentiasa perlu bincangkan guru spiritual lain. Kita ada perkara yang lebih penting untuk dibuat. Kita ada perkara yang lebih penting untuk dibuat. Kita ada banyak guru spiritual, jadi apa? Apa halnya? Apa yang penting sangat? Kamu ada afiniti dengan satu guru spiritual dan bukan guru spiritual lain. Jadi kamu datang ke sini atau kamu pergi ke sana. Tiada apa-apa yang nak dikatakan. Jika kamu suka saya 90% berbanding dengan guru spiritual lain 50%, maka kamu sudah tahu bahawa kamu bersama saya, tergolong dalam kumpulan ini, mazhab ini. Itu saja. Tiada begitu banyak yang nak dikatakan.

(Semalam saya ingat saya akan nampak Cahaya (Syurga dalaman), dengar Bunyi (Syurga dalaman) tetapi bukan macam itu.) Apa yang kamu nampak yang begitu mengecewakan? (Tiada apa-apa pun.) Putih, atau apa? Hitam? (Tidak, langsung tiada apa-apa pun.) Tidak hitam? (Kadangkala saya terdengar sedikit bunyi dan saya rasa itu macam bunyi enjin, seperti lokomotif.) Ah! Ya, itu tahap pertama. Mungkin kamu belum lagi begitu tinggi. Cubalah lagi. (Terima kasih.) Jika kamu lihat di sini – tak semestinya sentiasa ada Cahaya kerana setiap orang adalah berbeza. Apabila seseorang berada di tahap kedua, mereka nampak warna kuning atau Cahaya kuning. Tetapi jika dia di peringkat pertama, mungkin dia hanya nampak kegelapan, pergerakan awan gelap atau pergerakan kegelapan saja. Kadangkala kekosongan, langsung tiada apa-apa pun – skrin kosong, tembok. Jadi bersabarlah dan memanjat ke puncak kemudiannya. (Terima kasih.)

Ya, silakan. (Saya tidak memahami sesuatu dengan betul semalam. Seorang wanita minta bantuan Guru untuk anak perempuannya dan Guru beritahu dia supaya...) Saya bukan untuk itu. (Tidak, saya tahu, tetapi dengan penyembuh, itu kembali kepada soalan lain.) Kamu sentiasa bertanya tentang peringkat fizikal! Naiklah ke atas dan bertanya tentang hal spiritual. Itu lebih baik untuk kamu! (Ya, tetapi... Ya, saya ingin tahu: Siapa dibenarkan untuk sembuhkan orang? Guru rekomenkan seorang penyembuh.) Saya tidak rekomenkan apa-apa. (Guru berkata kepada wanita itu, “Kamu dah cuba seorang penyembuh?”) Ya, kerana... (Atau saya salah faham?) Kerana ada banyak penyembuh. Kita bukan penyembuh. Kamu faham? Bukan untuk kita tetapi utk orang lain – mereka buat apa yang mereka mahu.

(Jadi itu... Saya rasa itu serius. Saya cuma tak faham). Kamu langsung tak perlu memahami perkara yang berkaitan dengan orang lain ini. (Tidak, saya ada masalah yang sama dan itu sebabnya). Saya hanya buat sebaik yang boleh untuk menenangkan si ibu itu. Saya hanya katakan sebaik yang boleh dalam situasi ini supaya si ibu itu ditenangkan. Ia tak berkaitan dengan dia, tak berkaitan dengan kamu. Kamu terlalu banyak mempedulikan benda fizikal yang mungkin hilang esok ini. Kamu langsung tak perlu risau tentang itu. Sudahkah kamu dengar? Anak lelakinya – begitu muda menawan dan kacak – sudah meninggal dunia! Kamu langsung tak perlu pedulikannya! Badan ini tak begitu penting. Saya juga ada penyakit, juga ada selesema. Peduli apa?

Photo Caption: Terima Kasih kerana Berkeras Hendak Kekal Hijau!!!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/10)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-11-16
2863 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-11-17
2645 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-11-18
2346 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-11-19
2310 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-11-20
2002 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-11-21
1942 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-11-22
1822 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-11-23
1778 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-11-24
1672 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-11-25
1658 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-12-05
131 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-12-04
653 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-12-04
857 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-03
385 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-12-03
669 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2025-12-03
389 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android