Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Teruslah berdoa macam itu, bersyukur kepada Tuhan kerana ia sudah disiapkan, cuma mengambil sedikit masa untuk melalui halangan di banyak peringkat yang lebih rendah dan melalui dunia ini. Kita tetap perlu bersyukur kpd Tuhan, seolah-olah Vegan Sedunia, Keamanan Dunia sudah wujud kerana ia seharusnya dah wujud, cuma terhalang oleh ruang dan masa sehingga ia terjelma di dunia ini. [...] Domain fizikal adalah berbeza. Sama seperti roh adalah suci, tidak rumit dan sangat kuat, berkuasa, tetapi roh tak dapat jelmakannya di dunia luar kerana kita ada minda, otak, badan fizikal dan idea pratanggap yang diajarkan dan telah begitu banyak mempengaruhi dan mencemari diri kita. Sebab itulah kadangkala orang memikirkan perkara baik dan berbuat baik. Pada keesokan harinya, mereka buat sebaliknya hanya kerana kadangkala mereka dapat menembusi halangan, kadangkala tak dapat. Macam itulah.Jadi Syurga sentiasa dengar doa kita, cuma kita tak dengar jawapan Syurga kerana kadangkala orang mahukan apa yang mereka mahu. Mereka tak tahu bahawa apa yang mereka mahukan tidak baik utk mereka tetapi mereka tak dengar nasihat Syurga. Saya pun, kadangkala saya perlu dengar nasihat Syurga, malah tentang di mana saya nak duduk, hanya di mana saya nak duduk, dan apa yg harus saya makan pada hari itu, atau bagaimana saya harus kendalikan situasi ini dan itu, macam itu.Perkara adalah rumit di dunia ini kerana orang telah tercemar oleh pengaruh suasana fizikal, dan maya buatnya menjadi semakin teruk. Ketika kita baru datang ke sini, ketika roh baru datang ke sini, dari Syurga Brahma, mereka suci. Mereka tak makan apa-apa pun. Nenek moyang kita tak perlu makan apa-apa pun, tak perlu buat apa-apa pun. Mereka boleh terbang ke sana sini, hidup tenang dan bahagia.Dgn perlahan-lahan,sifat suka ambil tahu menguasai diri mereka. Mereka lihat ini dan itu, benda dari laut, benda yang bertumbuh di permukaan air dan di atas tanah, mereka mula merasanya, mula merasa satu demi satu. Kemudian mereka jadi biasa dengannya. Kemudian jika tidak merasanya, mereka rasa tak sedap hati. Kemudian mereka mula merasa semakin banyak apabila tabiat ini terbentuk. Kemudian mereka makan semakin banyak, kemudian menjadi semakin berat dan tak dapat terbang lagi. Mereka tak begitu dapat berkomunikasi secara telepati lagi.Kemudian mereka mula saling berlawan untuk lebih banyak keselesaan, makanan dan sebagainya. Itu bagaimana kita menjadi semakin teruk. Kemudian kita ada tempoh masa Zaman Keemasan tetapi gunakan pengetahuan untuk membuat sesuatu yang buruk, seperti orang tahu akan atom, kemudian membuat bom atom dan begitu banyak memusnah. Pengaruhnya, kesan buruknya masih mengakibatkan mudarat besar kepada banyak mangsa di tanah itu. Contohnya di Jepun, Hiroshima, sesetengah orang masih mengalami kesan bom atom yang digugurkan ke atas mereka begitu lama dahulu. Sekrg mereka tak mendapat pengajaran daripada itu. Mereka masih mengugut. Negara kuat masih mengugut negara lemah dengan bom atom.Maklumlah. Kita ada lebih banyak paderi, lebih banyak paus, lebih banyak biksu, lebih banyak biksuni yang sepatutnya menghidupkan Ajaran Tuhan, ingatkan orang supaya berbuat baik, menjadi berakhlak mulia tetapi mereka sendiri jahat. Anda tahu akan itu. Segala laporan ada di mana-mana saja di banyak negara hari ini tetapi tetap tiada apa-apa yang dibuat.Kemudian sesetengah kerajaan, daripada menjaga rakyat, menggunakan wang cukai untuk berperang, lebih banyak membunuh dan musnahkan lebih banyak tempat yang indah, orang yang menawan, membuat makanan lebih sukar diperoleh, lebih mahal untuk dibeli. Rakyat hidup miskin, lapar, dahaga tetapi pemimpin kerajaan itu tiada apa-apa yang nak dirisaukan. Mereka sentiasa berduit. Jika kecemasan besar datang, mereka hanya masuk ke dalam pesawat dan lari ke tempat lain yang selamat.Hanya rakyat yang menderita.Juga disebabkan oleh banyak paderi, paus, biksu dan biksuni agama-agama berlainan yang tidak banyak berbuat baik juga. Sebaliknya, mereka menyesatkan orang atau hilangkan kepercayaan mereka, membuat mereka tidak percaya kepada Tuhan, Syurga lagi atau kurang, membuat mereka menjadi lebih bersifat duniawi atau lebih jahat dalam hati, lebih tak beriman, lebih menyusahkan kepada negara dan seluruh dunia. Kesan riak pengaruh buruk ini, kita tak boleh tak pedulikan.Photo Caption: Segala Perubahan adalah Seperti Musim. Sesuaikan Diri dengannya!