Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Hantu Ghairah Secara Bohong Umumkan Dia ialah Buddha Maitreya, Bahagian 8 daripada 9

Butiran
Baca Lebih Lanjut
Huệ Bửu berkata bahawa sesiapa yang merupakan Maitreya sebenar perlu menjelaskan rahsia Kitab Buddha Maitreya. Tiada rahsia dalam Kitab Buddha Maitreya. Anda cetaknya dan bacalah. Tiada apa-apa pun, tiada rahsia. Kanak-kanak berusia lima tahun dapat bacanya, dapat memahaminya. Tiada rahsia di dalamnya. Kecuali anda tiada IQ, maka anda takkan memahaminya. Tak perlu menjelaskan kitab itu. Semua orang boleh baca dan memahaminya, sama seperti Kitab Buddha Amitābha, sama seperti Kitab Buddha Ubat. Kitab Buddha Amitābha, Kitab Buddha Ubat adalah sangat mudah. Sekarang anda tahu orang ini Huệ Bửu tidak wajar dipercayai. Dan semua Santo Cao Đài telah beritahu saya itu.

Baginda Raja Cao Đài-isme, Orang Suci di sekeliling-Nya dan rakyat-Nya, Mereka semua Suci. Mereka berada di Peringkat Santo, betul-betul suci dan bermoral. Tetapi sentiasa ada syaitan atau hantu ghairah yang masuk, sama seperti mereka masuk ke dalam kumpulan saya. Kita akan uruskan mereka semua. Kita akan bawa mereka keluar dengan jejak keji dan jenayah mereka.

Saya beritahu Raja Mara bahawa dia tak harus buat begitu. Itu kelas rendah – peringkat rendah, bagi orang Mara pun. Dia malah galakkan Huệ Bửu supaya melakukan perbuatan buruk, ganas, bertentangan dgn moral dan kejujuran! Mana boleh anda menilai & menghukum manusia sedangkan anda sendiri melakukan segalanya yang anda tuduhkan itu! Semuanya bertentangan dengan propaganda anda. Itu tak betul. Jadi saya kata, “Engkau akan mohon maaf atau tidak?” Saya tanya Raja Mara. Dia berdiam diri. Dia tak kata apa-apa pun. Jadi saya kata, “Kenapa engkau tak kata apa-apa pun? Jika engkau salah, mohonlah maaf. Jika aku salah, aku mohon maaf juga.”

Kadangkala saya mohon maaf kepada pasukan saya kerana ada banyak kerja dan saya hargai mereka tetapi kadangkala mereka ketinggalan. Mereka bekerja dengan terlalu lambat – mungkin terlalu banyak kerja dan berasa letih kadangkala. Saya memang faham tetapi dunia berterusan. Kita perlu terus kerja. Kita tak boleh biar orang mati lemas dalam kejahilan secara berterusan, kemudian pergi ke neraka dan menjadi hamba untuk semua syaitan raksasa dan hantu yang hodoh, ganas ini.

Jadi saya tanya Raja Mara, “Engkau buat begitu. Itu salah. Kenapa engkau tak memohon maaf sekurang-kurangnya?” Jadi Raja Mara tak kata apa-apa pun. Saya kata, “Katalah sesuatu.” Dia tak memohon maaf. Dia hanya kata… biar saya baca betul-betul apa yang dikatakannya: “Engkau tiada ketenangan, tiada keselamatan di sini tetapi janganlah bersedih. Baginda Raja Karma akan menghapuskan Huệ Bửu, 15 Oktober tahun ini, 2024.” Sebelum itu, saya masih ingat, tetapi tidak mencatat – bahawa Santo Cao Đài-isme juga beritahu saya, “Jangan risau. Baginda Raja Karma akan bunuh dia…” Itu kata-kata Mrk, bukan kata-kata saya. “…akan bunuh dia pada 15 Oktober tahun ini.” Jadi saya tanya Baginda Raja Karma. Dia juga kata, “Ya, akan macam itu.” Jadi tiga pihak berkuasa mengesahkan dengan saya: Santo Cao Đài, Raja Mara, malah Baginda Raja Karma. Mereka semua ada di sana , hadir.

Jadi selepas dengar semua itu, saya kata, “Tidak, aku tak mahu dia mati kerana jika dia mati dengan begitu cepat, dia akan pergi ke neraka! Dia tak dapat keluar. Ada tak sebarang cara aku boleh bantu? Siapa dapat bantu dia sekarang?! Dia tak begitu jahat seperti Trần Tâm. Dia hanya didesak oleh engkau, ahli sihir, jadi Baginda Raja Ahli Sihir juga perlu menanggung tanggungjawab. Raja Mara mendesak dia – beri kuasa kpd dia untuk berbuat jahat, galakkan dia supaya berbuat jahat – kerana engkau semua nak bunuh aku. Dan Raja Hantu Ghairah, Engkau juga terlibat dalamnya. Kenapa Engkau masih buat begitu?” Dia kata, “Itu dulu.” Itu sebelum Dia menerima jemputan saya untuk pergi ke Syurga yang saya cipta untuk Dia – untuk mereka saja, untuk jenis makhluk yang serupa. Jadi saya kata, “Okey, maka Engkau semua, beritahulah aku. Engkau perlu bantu dia juga supaya berpatah balik, menjadi orang baik, manusia baik.”

Jadi saya tanya Baginda Raja Cao Đài, Đại Thánh Đế Quân, “Ada tak cara dalam Cao Đài-isme yang dapat engkau selamatkan orang sebegini yang terjerumus? Jika dia bertaubat dengan ikhlas, akankah itu bantu dia hidup lebih lama supaya dia boleh berpeluang untuk menebus kesalahannya dan ada lebih banyak peluang utk bertaubat, bertumpu, bermeditasi?” Tak perlu bermeditasi dengan kaedah saya pun, tak perlu hormati saya, apa-apa pun, pergi cari saja sesuatu atau kembali kepada Cao Đài-isme, bermeditasi dan amalkan kaedah mereka supaya dia ada lebih banyak masa untuk menebus diri. Dah tentu, saya akan bantu jika boleh kerana jatuh ke dalam neraka yang tak henti-henti seksaan, hukuman dan kesakitannya, dahsyatnya itu. Saya harap langsung tiada orang yang pergi ke sana. Meskipun dia musuh ketat saya, saya harap tiada sesiapa yg pergi ke sana. Ya Tuhan, mereka semua jahil. Hantu hanyalah hantu. Dia tidak mengetahui segalanya dan telah diheret ke dalam sesuatu kumpulan seperti kumpulan maya. Itu telah buat dia menjadi semakin buruk.

Jadi Baginda Raja berkata, “Ya, kami boleh buat begitu. Dalam Cao Đài-isme, kami juga boleh bertaubat, atau dia boleh bertaubat dengan cara beramal-Mu, kemudian dia akan menjadi bebas. Dia takkan mati dengan begitu cepat. Dia akan mati kemudiannya dlm hidup.” Saya kata, “Berapa lama dia perlu bertaubat untuk memastikan dirinya tidak mati dengan begitu cepat tanpa berpeluang untuk menebus diri atau sesiapa saja yang bantu dia?” Baginda Raja berkata, “Lima bulan, bertaubat setiap hari, setiap minit yang dia boleh.”

Santo daripada Cao Đài-isme juga beritahu saya bahawa “Huệ Bửu harus bertaubat kepada semua Santo dan Orang Suci dalam Cao Đài-isme, kepada semua anak murid Cao Đài-isme dan juga kepada Engkau dan anak murid juga.” Saya harap dia dapat lakukan semua itu. Apabila dia menjadi lebih baik dalam kerendahan diri dan kenormalan, mungkin saya boleh menyumbang juga untuk bantu dia. Sekarang, saya tak rasa dia dapat menerima apa-apa daripada saya meskipun saya hujankan bertan-tan berkat, perlindungan atau apa-apa pun pada dia. Dia begitu mendambakan hidup mewah, menjadi terkenal, ada orang yang datang menyembah dia dan berikan tawaran kepada dia, wang dan segala jenis benda. Saya harap dia segera sedar kerana dia tiada banyak masa sekarang. Jadi saya kata, “Oh! Tolong beritahu dia, suruh Huệ Bửu supaya bertaubat.” Atau mungkin oleh sebab kami siarkan ini di Supreme Master Television, dia akan memikirkannya. Jika tidak, saya langsung tiada cara lain untuk bantu dia.

Saya tanya Raja Mara, “Oleh sebab dia bekerja untuk engkau sekarang, ialah orang bawahanmu sekarang, akankah engkau bersetuju utk bantu dia hidup lebih lama, bertaubat dan melepaskan dia supaya dia boleh hidup, kemudian mendapat pembebasan selepas itu, atau sekurangnya tidak pergi ke neraka?” Raja Mara berkata, “Apa?” Dia kata, “Tidak.” Dia tak bersetuju dengan itu. Dia tak mahu dia hidup lebih lama atau lakukan taubat. Saya kata, “Tapi mengapa?” Dia kata, “Kerana maka akan kehilangan dia” – Raja Mara akan kehilangan satu roh, satu pekerja, satu buruh, satu orang bawahan. Saya kata, “Ya Tuhan, itu... Ya ampun, tak hairanlah.” Maya tetap ialah maya. Raja Mara tiada perasaan, tiada rasa simpati, apa-apa pun.

Saya kata, “Aku ingat engkau telah buat sesuatu yang baik. Mungkin engkau lakukannya untuk kebaikan diri sendiri. Aku tiada masa untuk bertikai dengan engkau tetapi dahsyatnya ini. Dahsyatnya ini. Apabila aku menyiarkan ini di Supreme Master Television, engkau akan kehilangan lebih banyak daripada hanya Huệ Bửu. Percayalah, lebih baik engkau ubah cara hidupmu. Engkau beradalah di sebelah aku. Kita akan bekerja bersama, memelihara planet ini untuk membuat tenaga, suasananya bermoral, berbelas kasihan, penyayang, pemurah, menuju segala jenis. Jika tidak, planet ini akan hilang. Banyak daripada saudara-mara dan kawanmu yang dlm bentuk manusia, bersembunyi dalam bentuk manusia atau merasuk bentuk manusia akan tiada tempat untuk pergi. Mereka akan ada anak cucu juga. Ke mana mereka nak pergi? Terapung-apung ke sana sini di atmosfera, dan mungkin disedut ke dalam lubang hitam dan hilang selama-lamanya? Engkau suka itu? Fikirkannya. Ini satu peluang terakhir, maklumlah.

Bersama aku. Bekerja bersama aku. Aku tak kata bekerja untuk aku. Bekerja untuk maruahmu sendiri. Bekerja untuk mengubah dirimu. Buat dirimu menjadi berhati perut. Kemudian engkau akan rasa jauh lebih senang hati, peringkatmu mungkin akan meningkat dan Tuhan malah mungkin kurniakan kedudukan yang lebih baik kpd engkau dan bukan hanya pergi menyeksa orang dan menggoda mereka untuk membuat perbuatan dahsyat, perbuatan jahat. Itu bukan jenis kedudukan yang mulia. Aku hormati engkau. Aku malah memanggil engkau Tuanku Raja Mara. Kekalkanlah itu dan terus lebih banyak berkembang lagi. Kita semua perlu ada maruah, rasa tanggungjawab, kebaikan dan keadilan asas, sekurang-kurangnya. Aku tidak

buat apa-apa yang salah terhadap engkau. Aku hanya mengajar umatku. Sesiapa yang datang kpd aku, aku ajar. Aku tak memaksa mrk dgn sebarang cara. Aku tidak pergi mengetuk pintu mereka. Mereka semua datang secara rela kerana suka akan ajaranku. Itu dibenarkan. Itu tak dilarang dalam kontrak kita pun. Engkau sentiasa cuba menggoda mereka, malah merampas mereka dari tanganku dan sebagainya. Aku tak pernah buat apa-apa yang salah. Jadi adalah tak adil engkau terus mahu aku mati, bekerja bersama semua hantu penyihir serta hantu atau syaitan yang tersesat, sentiasa cuba membunuh dan mencederakan aku.

Engkau juga mudaratkan anak muridku yang tak berdosa. Engkau mudaratkan orang tak berdosa yang bukan anak muridku – ada orang baik tetapi mudah terpengaruh yang dicederakan dan ditipu oleh engkau dan orangmu. Itu tak adil. Sebagai seorang Raja, tidak kira apa jenis Raja, engkau perlu ada sesuatu jenis keadilan. Engkau faham tak itu? Ini amaran terakhir yang aku berikan kepada engkau! Aku takkan biar kau teruskan macam ini. Ada dengar tak?” Itu apa yang saya beritahu dia. Tetapi dia tak jawab apa-apa pun. Jadi akhirnya dia memohon maaf, saya masih ingat. Tapi tak apa. Biar kita lihat apa yang dibuatnya untuk betulkannya, beri erti kepada kata-Nya, “Minta maaf.”

Photo Caption: Menerangi Hidup dalam Alam Sekitar
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android