Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Membuka Pintu Kebijaksanaan, Bahagian 10 daripada 12: Soal Jawab

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika kalian ada apa-apa soalan, saya sangat sanggup jawab. (Bagi mereka yang ada soalan, sila tulisnya pada helaian kertas yang diberikan kepada kalian lalu berikannya kpd pengawal Dharma yang memakai rompi kuning. Kami akan kumpulkan semua soalan untuk tanya Guru. Kemudian Guru akan jawab sekarang juga.)

(Soalan pertama adalah apa itu jhana? Apa yang kita gunakan untuk ukurnya?) (Apa itu Chan? Chan bermakna peringkat...) Ah, Chan – Zen! (Chan, ya. Apa yang kita gunakan untuk ukurnya?) (Apa yang kita gunakan untuk ukurnya? Ukur...) Oh! (...peringkat...) Peringkat Zen? (Betul. Ya.)

Okey. Setelah kita capai peringkat yang lebih tinggi sikit, kita tak mengukur lagi. Tetapi jika kita belum capai peringkat tiada keterikatan, maka kita boleh mengukurnya. Ada langkah demi langkah, maklumlah. Semasa inisiasi, kami akan beritahu kamu segalanya yang perlu kamu tahu tentang jalan ke Syurga, stesen-stesen yang berlainan. Itu ambil sedikit masa.

Jika kalian ingin menerima inisiasi, kalian boleh keluar sekarang dan tulis nama kalian dengan orang di meja dan tak perlu tunggu hingga selepas sesi soal jawab kerana itu mungkin ambil sedikit masa.

Yang seterusnya. (Bilakah kami akan begitu bertuah untuk menjadi anak murid Guru? Bagaimana kita memperoleh Dharma? Apa yang harus kita buat supaya tidak lahir semula, menua, sakit, mati dan elakkan penderitaan? Guru, ajarlah kami cara bermeditasi.)

(Ada empat soalan. Bilakah kami akan begitu bertuah untuk menjadi anak murid Guru? Ini soalan pertama.) Sekarang juga. (Guru kata kamu boleh lakukannya mulai sekarang.)

(Soalan kedua adalah bagaimana kita dapat memperoleh Dharma?) (Bagaimana kita memperoleh Dharma?) Inisiasi dan meditasi.

(Bagaimana seseorang dapat mengelak supaya tidak lahir semula, menua, sakit, mati dan elakkan penderitaan?) Apa yang kita nak buat supaya tidak lahir semula dalam kitaran lahir dan mati lagi?) Tidakkah saya beritahu kamu tadi? Kamu tertidur, saya rasa. Keluarlah ke sana, tulis namamu dan saya akan beritahu kamu dgn lebih lanjut lepas ini.

(Soalan keempat: Beritahulah kami cara bermeditasi.) Saya akan beritahu kamu lepas ini. Jadi daftarkanlah diri di meja di luar dengan pembantu kami, kemudian lepas ini saya akan datang beritahu kamu secara terperinci. Kerana bagi mengajar kamu amalan spiritual seperti meditasi, itu ambil sedikit masa. Kami perlu beritahu kamu segalanya dari A hingga Z supaya kamu tidak buat kesilapan di rumah. Jika tidak, makrifat ambil masa beberapa saat saja. (Ajaran Guru dan meditasi, kedua-duanya perlukan banyak masa. Oleh itu, selepas kita mengisi borang, kita memohon.)

Kami juga ada ‘kelas ekonomi’. Ini bermakna menjimatkan – kelas ekonomi. Ini bermakna menjimatkan: Kamu tak perlukan diet vegan, tak perlukan amalan meditasi, kamu tiada pembebasan dan tiada apa-apa pun. Jadi itu sangat menjimatkan! Orang Bangkok tiada rasa humor. Sebab itulah apabila saya datang ke sini, saya tak dapat ketawa hingga sekarang. Biasanya saya ketawa di sepanjang jalan. Jadi biar kita bergembira. Walau apa sekalipun, ini Tanah Senyuman, Tanah Buddha.

Thailand bermaksud Tanah Aman Damai, Tanah Senyuman. Bangkok ialah Kota Malaikat, betul? (Ya.) Saya harap belum ada orang yang mati. Kita belum lagi malaikat! Tetapi saya bersimpati kerana kehidupan di Bangkok barangkali ada sangat banyak tekanan dengan begitu banyak penduduk berasak di dalam ruang yang sempit dan masalah lalu lintas, dah tentu. Kita tak dapat lupakan itu. Saya hargai sesetengah daripada kalian yang pasti telah bersusah-susah menempuh hutan tebal lebuh raya di jalan raya Bangkok selama berjam-jam untuk sampai ke tempat ini hari ini untuk khutbah kita. Buddha berkati kalian. Sebab itu adalah baik saya tidak kerap adakan khutbah. Mungkin sekali setiap dua, tiga tahun. Betul? Sebelumnya adalah tiga tahun yang lalu? (Tidak.) Tidak? (Tahun lalu.) Tahun lalu? (Ya, tahun lalu.) Oh, sangat cepat kali ini!

Saya beritahu kalian rahsianya – kerana saya suka akan orang Thailand. Jika tidak, saya ada senarai undangan yang panjang di rumah – negara-negara yang berlainan, tempat-tempat yang berlainan. Tetapi saya tidak kata ya kepada sesiapa pun. Sekurang-kurangnya kira-kira 30 negara buat permintaan secara berulang kali. Saya tak tahu mengapa saya tergila-gila dengan Thailand – adakan empat khutbah dalam masa dua minggu, malah perlu memakai gaun Thai untuk khutbah. Saya malah perlu memakai gaun Thai untuk khutbah. (Guru memakai sut Thai?) Buat saya menderita.

Saya perlu menderita untuk kecantikan Thailand. Jika saya boleh buat kalian bermakrifat, penderitaan ini adalah berbaloi. Apabila saya memakai gaun ini, saya bersimpati dengan semua jelitawan dan anggota polis Thai semasa mereka memakai begitu banyak – tahulah, ikat pinggang dan topi. Bagaimana mrk menahannya setiap hari? Saya tak tahu. Saya bersimpati dengan kalian – ikat pinggang, rompi, jaket dan segala-galanya. Bagaimana kalian lakukannya? Saya pakainya sekali saja sekali-sekala tetapi dah begitu banyak menderita! Biasanya di rumah,saya jalan ke sana sini dengan seluar berjalur elastik dan pakaian berwarna jubah biksu. Itu apa yang saya rasa selesa utk dipakai.

Baiklah. Yang seterusnya. (Pasangan saya beramal tetapi dia akan meninggalkan perkahwinan, kehidupan berumah tangga. Apa yang harus kami buat jika kami tiada dia?) Mengamalkan apa? Apa yang dibuatnya? (Saya rasa mereka maksudkan mereka meninggalkan keluarga untuk…)

Bukan saudara seamalan, betul? (Betul.) Pasti. Kerana saudara seamalan kami tak dibenarkan untuk tinggalkan rumah tanpa persetujuan ahli keluarga. Jadi okey. Jika kamu tida dia, maka cari seseorang yang lain. Ada begitu banyak orang di dalam bilik ini, sekurang-kurangnya. Ya. Apa yang tak kena? Kamu tak dapat hidup berseorangan? Saya berseorangan setiap hari. Saya belum mati lagi. Mari tunggu saya. Saya akan bawa kamu keluar utk minum kopi. Janganlah begitu serius.

Kamu harus bergembira untuk pasanganmu jika dia nak mengikut ajaran Buddha atau menjadi biksuni atau biksu. Itu sangat baik juga. Jika dia pergi berjudi, membunuh orang atau mencuri, maka kamu harus risau. Tetapi jika mereka nak menjadi biksu atau biksuni, itu sangat mulia. Apa salahnya? Kamu harus ikut, mungkin menjadi biksu juga. Jika orang tersayang kita nak buat sesuatu yang mulia dan betul, kita harus bergembira, menyokong. Kamu harus berasa risau dengan dirimu tiada makrifat, bukan tiada isteri atau suami. Kita dilahirkan berseorangan dan kita akan pergi berseorangan. Jadi biasakanlah diri dengannya.

(Bolehkah seseorang diinisiasi dalam hayat lampau dan kembali?) Masa lalu dah tiada. Jika kamu mahukan inisiasi sekarang, maka keluarlah ke sana. (Jika kamu nak terima inisiasi sekarang, keluarlah ke sana dan daftarkan namamu.)

Photo Caption: Rendah, Kecil, Jarang Dilihat. Cari dlm Kasih Sayang Tuhan, Mungkin!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (10/12)
1
2024-09-16
2122 Tontonan
2
2024-09-17
1358 Tontonan
3
2024-09-18
1363 Tontonan
4
2024-09-19
1318 Tontonan
5
2024-09-20
1410 Tontonan
6
2024-09-21
2077 Tontonan
7
2024-09-23
1399 Tontonan
8
2024-09-24
1351 Tontonan
9
2024-09-25
1194 Tontonan
10
2024-09-26
1211 Tontonan
11
2024-09-27
1222 Tontonan
12
2024-09-28
1257 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android