Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Membuka Pintu Kebijaksanaan, Bahagian 7 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Untuk terus memelihara planet kita, meningkatkan suasana spiritual dan kebijaksanaan orang di planet ini, kita mesti amalkan cara Guru, cara Buddha. Iaitu menjadi insan baik dan mulia di dunia ini. Kita juga mesti belajar untuk buka kebijaksanaan kita, buka pintu ilusi yang memisahkan kita antara hidup fizikal ini dan alam spiritual.

Di negara-negara yang berlainan ada banyak pusat spiritual, ada banyak Guru dihormati yang menawarkan banyak cara kepada orang ramai untuk mencapai makrifat, banyak cara untuk buka pintu kebijaksanaan ini. Setiap negara ada agama khusus sendiri. Ini bermakna majoriti orang di setiap negara sering mengikut satu agama atau agama lain. Selain membaca ajaran tinggalan Guru masa lalu dan mengamalkan ritual agama di gereja, tokong atau masjid, terdapat juga banyak Guru spiritual bermakrifat yang mengajar manusia cara sendiri menjadi bermakrifat dan cara mengenali Syurga, Kerajaan Tuhan atau Nirvana sementara masih hidup. Disebabkan oleh budi Guru-guru bermakrifat ini, berjuta-juta orang menjadi lebih sedar diri, menjalani kehidupan Santo bermakrifat serta banyak menyumbang kepada keluarga dan masyarakat selepas kebijaksanaan mereka terbuka.

Tetapi bukan semua guru atau bukan semua kaedah yang diamalkan oleh orang dapat bawa kita ke arah kebijaksanaan tertinggi Oleh itu, meskipun kita sudah mengamalkan sesuatu jenis kaedah meditasi, masih ada soalan yang wujud dalam hati kita sama ada kita telah memilih kaedah pembebasan yang betul. Jawapannya, jika kaedah yang telah atau sedang kita pelajari itu memberi kita, tawarkan kpd kita, lepas masa yg singkat, ketenangan fikiran, pengetahuan di luar dunia ini dan hati yang sangat, sangat penyayang, berbelas kasihan, iaitu jika ajaran itu mengubah kita menjadi orang yang lebih baik, mengubah kita daripada manusia biasa yang resah menjadi Santo, maka kaedah itu betul. Jika tidak, tidak kira berapa lama kita beramal atau berapa ikhlasnya kita, paling banyak kita hanya dapat capai sesuatu tahap kuasa ajaib, kuasa penyembuhan, kuasa menilik nasib atau kuasa melihat menembusi dinding – jenis apa yang kita panggil mata Syurga dan/atau mungkin dapat ketahui masa depan atau masa lalu – itu saja.

Dengan segala kuasa ini pun melalui sesuatu jenis meditasi yang rajin, kita tetap rasa tidak tenang, tetap terikat oleh karma masa lalu. Kita jarang rasai kegembiraan sebenar kesedaran dalaman jika kita tidak menemui kaedah sempurna, cara sempurna untuk capai Nirvana. Oleh itu, walaupun ada kuasa ajaib, kita tetap rasa hidup tak bererti, kosong dan kadangkala agak menyedihkan, dan sukar bagi kita mengatasi tabiat buruk yang kita tak nak ada seperti sesetengah orang suka berjudi, sesetengah orang suka ambil dadah, sesetengah orang suka, contohnya, minum arak dengan banyak sekali sehingga tak dapat berhenti pun. Jadi kuasa ajaib ini tak dapat menyelamatkan kita daripada kesengsaraan karma kita.

Ketika Buddha Shakyamuni masih hidup, Baginda melarang orang menggunakan kuasa ajaib. Baginda melarang anak murid-Nya menunjuk-nunjuk keupayaan ajaib mrk. Tetapi salah seorang anak murid-Nya yang sangat rapat sentiasa suka menunjuk-nunjuk kuasa ajaib. Jadi walaupun dia beramal dengan baik, dia tidak menundukkan egonya. Oleh itu, dia sering menyalahgunakan kuasa ajaib dan akhirnya mati akibat ini.

Tetapi sekarang ini, saya dapati melalui perjalanan saya sebelumnya ke seluruh dunia bahawa di kononnya pusat-pusat spiritual yang berlainan, banyak orang sangat cenderung untuk mempelajari kuasa ajaib atau sangat banyak memuja jenis keupayaan ini. ( 7 Keupayaan Pendeta dan Pengamal yang Mengagumkan, Orang Biasa Tidak Dapat Percaya ) Jadi mereka habiskan banyak masa, wang dan tenaga untuk memperoleh sesetengahnya termasuk terbang di atas lantai, kira-kira 20 sentimeter selama beberapa saat dan mereka rasa ini hebat. Tetapi hanya untuk terbang kira-kira 20 sentimeter di atas bumi selama lebih kurang 11 saat pun, mereka perlu beramal selama sangat banyak tahun dan membayar banyak dolar. Ini hanya baik untuk demonstrasi supaya ahli sains di dunia ini tidak berdebat lagi bahawa kuasa spiritual atau kuasa manusia tak dapat mengatasi halangan fizikal atau hukum fizikal dunia ini seperti graviti.

Pada masa saya merantau ke pergunungan Himalaya, saya telah lihat banyak demonstrasi kuasa psikik yang jauh lebih hebat dan menonjol daripada yang tersebut di atas. Tetapi sesetengah keupayaan ini, saya rasa terlalu malu-malu, tak dapat beritahu kalian pun di sini. Mungkin saya boleh beritahu kalian secara peribadi. Jika kalian nak tahu, mungkin pergi ke bilik saya di ruang istirahat dan saya akan beritahu kalian selepas ini.

Menurut pemerhatian dan pendapat saya yang sangat kecil, kuasa fizikal atau psikik ini tidak membantu dalam kebijaksanaan – dalam pengetahuan tentang hidup di luar dunia ini, dan dalam membantu kita mendapat pembebasan dalam hayat ini. Ia memakan banyak masa sedangkan kita boleh gunakannya untuk amalkan kaedah yang lebih baik dan konsep amalan spiritual yang lebih mulia untuk capai kebijaksanaan tertinggi kita, untuk mengenali diri sendiri dan menjadi berguna untuk orang tersayang dan Makhluk Syurga.

Mengapa saya juga kata kita boleh menjadi berguna utk Makhluk Syurga? Kerana selepas makrifat, lagi tinggi kita capai dalam kesedaran kita lagi banyak kita dapat membantu Alam Semesta – bukan sahaja negara kita tetapi juga Alam Semesta. Di banyak planet yang berlainan, ada orang yang tidak terevolusi, berperingkat rendah dalam pemahaman spiritual. Orang yang bercapaian spiritual boleh menjadi Guru yang dapat bantu mereka berkembang juga dengan menjalin afiniti dengan mereka. Sebab itulah ketika Buddha Shakyamuni masih hidup, orang memuji Baginda sebagai Guru Bumi dan Syurga. Kerana dengan Diri sebenar kita dapat menaik ke Syurga dan neraka, mana-mana saja, mana-mana pelosok alam semesta ini untuk membantu makhluk di sana, sama ada mereka kenali kita atau tidak, kita dapat lakukannya.

Dengan segala ajaran yang ditinggalkan daripada Buddha dan Nabi Isa ini, kita seharusnya dapat berfikir besar, berfikir luas, mengetahui bahawa kita bukan satu-satunya manusia di Alam Semesta, dan sekurang-kurangnya menyedari bahawa ada banyak planet lain dalam hierarki yang besar ini. Kemudian kita juga dapat capainya jika kita amalkan cara Buddha.

Photo Caption: Senyum untuk Menyambut Semuanya di Sekeliling dengan Gembira!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (7/12)
1
2024-09-16
2059 Tontonan
2
2024-09-17
1311 Tontonan
3
2024-09-18
1296 Tontonan
4
2024-09-19
1253 Tontonan
5
2024-09-20
1348 Tontonan
6
2024-09-21
2016 Tontonan
7
2024-09-23
1326 Tontonan
8
2024-09-24
1278 Tontonan
9
2024-09-25
1137 Tontonan
10
2024-09-26
1138 Tontonan
11
2024-09-27
1142 Tontonan
12
2024-09-28
1173 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android