Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Guru Tertinggi: Anak Tunggal Tuhan, Bahagian 3 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Untuk menemui Guru Tertinggi yang terjelma di Bumi, saya tak tahu berapa banyak pahala yang perlu anda peroleh. Saya tak dapat kira, terlalu banyak. Tetapi tak menjadi hal – keikhlasan anda akan menyentuh Syurga dan Bumi dan akan buatnya berlaku. Jadi berdoalah saja, ikhlas. Memuja Tuhan. Tuhan Yang Maha Berkuasa ialah satu-satunya entiti yang harus anda puja. Puja Yang Maha Tinggi, iaitu Tuhan Yang Maha Berkuasa, dan memuji juga. Bersyukur kepada Dia juga kerana menghantar Anak tunggal-Nya ke dunia penuh penderitaan ini untuk menyelamatkan anda jika anda pernah menemui Baginda.

Macam ni, Tuhan Yang Maha Berkuasa adalah yg tertinggi, dan ada Anak Tuhan. Sistemnya adalah macam itu. Anak-Nya, juga dipanggil Guru Tertinggi, ialah satu-satunya Anak Tuhan. Apabila Guru Tertinggi menjelmakan diri di Bumi, di planet ini, di dunia ini, maka Dia ada badan fizikal. Mungkin Dia tidak dilahirkan dengan perjaninan antara lelaki dan wanita. Dia akan menjelmakan diri dengan begitu saja seperti Nabi Isa, yang benar-benar ialah Anak Tuhan, dan setiap Guru yang lain hanyalah Santo atau Orang Suci yang juga muncul daripada Guru Tertinggi melalui saluran fizikal Anak Tuhan yang terjelma di Bumi.

Jadi Nabi Isa ialah Anak Tuhan. Guru-guru lain bukan kecuali Nabi Isa. Apabila Baginda kembali, dah tentu, kita juga memanggil-Nya Anak Tuhan. Sesetengah orang ingat Baginda hanya seorang lagi Guru bermakrifat biasa tetapi Baginda bukan. Ada perbezaan antara Guru yang merupakan Anak Tuhan dan Guru-guru lain yang merupakan Santo dan Orang Suci – seperti peringkat ketiga atau peringkat empat jika kita kira Guru Tertinggi yang masih belum terputus hubungan dengan Tuhan, belum berada di dalam badan Anak Tuhan di Bumi sepenuhnya. Tuhan Yang Maha Berkuasa beri kuasa kepada Guru Tertinggi. Guru Tertinggi adalah seperti tangan kanan-Nya tetapi di mana-mana saja, merata tempat.

Apabila Anak Tuhan yang merupakan Kuasa Guru Tertinggi yang terjelma menjadi kononnya manusia di Bumi, contohnya, atau mana-mana planet yang lain, maka Baginda boleh gunakan seperti 90% daripada Kuasa Guru Tertinggi tetapi itu hampir sama dengan Guru Tertinggi di Syurga. 10% itu ialah hubungan antara Mereka. Jadi Anak Tuhan seperti Nabi Isa tidak bawa semua Kuasa ke bawah Bumi sini, sentiasa hanya ada 90% Kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda supaya Baginda boleh gunakan sebanyak yang diingini-Nya di planet ini. Tetapi malangnya kita tak pernah memperlakukan mana-mana Guru dengan baik di Bumi, termasuk satu-satunya Anak Tuhan.

Jika anda menemui Guru seperti Nabi Isa, contohnya, ya Tuhan, maka anda adalah yang paling baik, paling bertuah di seluruh alam semesta. Sebab itu ketika Nabi Isa masih hidup, Baginda berkata, “Tiada orang yg dapat pergi kepada Bapa tanpa saya,” atau Baginda berkata, “Kamu dapat pergi kepada Bapa hanya melalui saya.” Sesuatu macam itu. Kemudian Baginda tidak galakkan kita memuja-Nya atau buat apa-apa pun atas nama-Nya. Baginda bersabda, “Saya ialah Cahaya dunia selagi saya masih di dunia ini.” Nampak tak? Kerana Nabi Isa tahu bahawa akan ada orang lain yang turun ke sini atau Baginda sendiri akan turun ke sini sekali lagi. Jika tidak, jika anda tiada Guru, sangat sukar bagi anda mendapat Pembebasan. Jika anda tiada Guru seperti Nabi Isa – satu-satunya Anak Tuhan yang dihantar oleh Tuhan ke Bumi – jika kita begitu buta, pekak dan bisu, tak dapat lihatnya, tak tahu bahawa Baginda ialah orangnya, satu-satunya Anak Tuhan, maka kita tak dapat keluar.

Tetapi mujurlah, daripada Kuasa yang dibawa turun ke Bumi oleh satu-satunya Anak Tuhan, muncul Guru-guru lain tapi Mereka di peringkat yg lebih rendah. Mereka tidak akan kembali kepada Bapa seperti Anak Tuhan. Anak Tuhan seperti Nabi Isa akan kembali kepada Bapa. Setelah Baginda keluar, setelah Baginda menjadi Anak, Baginda tak dapat kembali kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Baginda boleh berhubung, dah tentu, mendapat hubungan ini selama-lamanya. Tetapi Baginda akan kembali kepada Anak Tuhan yang asal di… “alam-alam di atas” Itu apa yang saya diberitahu. Maklumatnya adalah macam itu. Seperti kadangkala jika Guru Tertinggi ingin hantar mesej sebenar kepada saya dan tahu bahawa itu daripada Dia, maka Dia akan berikan tanda tertentu kepada saya. Ia sangat istimewa. Kita tak dapat carinya di mana-mana di Bumi atau mana-mana dalam Bible.

Tapi saya tak pasti sama ada saya dibenarkan untuk beritahu anda. Saya rasa lebih baik tidak. Biar saya tanya. Tidak, saya tak dibenarkan. Jadi maaf atas itu. Maaf atas itu. Okey. Saya ada tanya sebelumnya dan diberitahu tidak dibenarkan, lebih baik tidak. Tetapi saya tanya sekali lagi sekarang dan jawapannya masih tidak. Jadi maaf. Begitu banyak perkara saya tak boleh beritahu anda. Orang akan dapatkan untung daripadanya, akan mempergunakannya untuk menipu manusia lain. Jadi itu sebabnya. Itu bukan benda sebenar apabila orang meniru dan bercakap tentangnya – mereka tak tahu apa-apa pun tentangnya dan tak pernah lihat apa-apa seperti itu. Mereka hanya bercakap, hanya meniru, mungkin. Ada beberapa orang yang meniru saya dan lakukan ini, lakukan itu, menyesatkan orang, buat mereka keliru dan sakit otak. Dahsyatnya ini.

Dan ini hanyalah ajaran yang saya bawa saja, belum lagi tanda istimewa dari Syurga yang mengesahkan kepada saya bahawa ini benar-benar mesej dari alam di atas, bukan delusi daripada syaitan ghairah dan entah apa lagi, kerana mereka buat begitu. Mereka buat begitu. Sentiasa ada dua kuasa di sekeliling: satunya beritahu saya kebenaran dan satu lagi beritahu saya berita palsu dan perkara bersifat delusi. Nasib baik bagi manusia dan semua makhluk, daripada Kuasa spiritual satu-satunya Anak Tuhan di Bumi, akan terdapat penyebaran Kuasa spiritual ini supaya Santo dan Orang Suci lain juga akan dapat membantu manusia walaupun Mereka tak dapat bawa mereka ke alam yang lebih tinggi, melepasi, contohnya, Peringkat Kelima.

Ada Lima Dewa yang mendiami dan mentadbir Lima Peringkat Spiritual, katakan dari alam Astral hingga ke Sach Khand di atas. Peringkat Kelima dipanggil Sach Khand.

Ia juga dipanggil Kawasan Tanpa Nama dan Nama Sebenar, Nama Benar juga. Ada beberapa nama bagi Kawasan itu. Tetapi itu bukan yang tertinggi. Ada jauh lebih banyak lagi alam yang lebih tinggi daripada Peringkat Kelima. Tapi tak apa, jika anda ada tuah terbesar untuk menemui seorang Santo dan Orang Suci yang datang dari Peringkat Kelima ini, ya Tuhan, maka anda harus berlutut dan menyembah Tuhan selama-lamanya atas Tuah dan Rahmat ini. Ada… Berapa banyak… Ada kira-kira tiga orang Guru Peringkat Kelima, sementara saya bercakap dengan anda, di planet ini. Jika anda bertuah, anda akan menemui Mereka dan menjadi anak murid Mereka. Maka anda ada jaminan Pembebasan selama-lamanya. Tetapi oleh sebab manusia terpaksa sibuk selama-lamanya dengan hidup material, dan juga dipaksa oleh ketamakan dan cita-cita rakus untuk menjadi begitu sibuk, jadi sangat sukar bagi anda berfikir tentang pergi mencari mana-mana Guru bermakrifat pun untuk belajar dgn Dia, utk bantu diri anda, roh anda, untuk mendapat Pembebasan selama-lamanya daripada kitaran penderitaan dan kesakitan, hidup dan mati, kelahiran dan sakit, atau malah neraka bersifat delusi ini.

Jadi Rumah Guru berada di Peringkat Kelima, dikira dari Peringkat Astral ke atas. Ada Peringkat Astral, kemudian ada peringkat memusnah dan membina, kemudian ada Peringkat Brahman, kemudian ada Peringkat Keempat dan Peringkat Kelima. Ada Nama-nama Dewa Besar Lima Kawasan ini tetapi saya tak boleh dedahkan-Nya kepada anda. Bukan macam ini. Pada waktu inisiasi, semua anak murid saya belajar cara merentas Kawasan ini dan pergi ke Alam Spiritual Baharu saya. Saya panggilnya ‘Alam Baharu Tim Qo Tu’. Sesetengah orang panggilnya ‘Tanah Baharu’. Itu bukan tanah. Itu di atas Peringkat Kesepuluh, di atas Peringkat Kesebelas. Peringkat Kelima berada di antara itu. Kita dapat merentasnya jika kita tahu akan jalan ke Alam Spiritual Baharu. Tetapi tiada orang yang dapat kecuali kononnya anak murid saya yang baik.

Sekarang, saya benar-benar berdoa kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dengan sepenuh hati, segala kekuatan puja saya dan segala keikhlasan saya agar semua manusia, manusia sebenar, dapat menemui mana-mana Santo untuk pulang ke peringkat yg lebih tinggi, sekurangnya di atas Peringkat Ketiga seperti Peringkat Keempat supaya jika anda sudah sampai ke sana, roh anda tidak akan terpaksa pergi atau diturunkan ke peringkat yang lebih rendah lagi. Anda boleh pergi ke peringkat yang lebih rendah seperti Peringkat Astral atau Peringkat Kedua hanya untuk mengajar makhluk lain jika itu apa yang anda nak buat dan jika Tuhan izinkan itu.

Untuk menemui Guru Tertinggi yang terjelma di Bumi, saya tak tahu berapa banyak pahala yang perlu anda peroleh. Saya tak dapat kira, terlalu banyak. Tetapi tak menjadi hal – keikhlasan anda akan menyentuh Syurga dan Bumi dan akan buatnya berlaku. Jadi berdoalah saja, ikhlas. Memuja Tuhan. Tuhan Yang Maha Berkuasa ialah satu-satunya entiti yang harus anda puja. Puja Yang Maha Tinggi, iaitu Tuhan Yang Maha Berkuasa, dan memuji juga. Bersyukur kepada Dia juga kerana menghantar Anak tunggal-Nya ke dunia penuh penderitaan ini untuk menyelamatkan anda jika anda pernah menemui Baginda. Jadi Guru Tertinggi ialah satu-satunya Anak Tuhan. Anak Tuhan yang dulu menjelma di Bumi ialah Nabi Isa. Baginda memang merupakan Anak Tuhan. Tapi apa yg kita buat terhadap Baginda? Oh! Saya tak nak memikirkannya lagi kerana saya akan menangis. Saya akan rasa sakit hati.

Saya rasa sakit hati sejak masih kecil lagi apabila dengar tentang kisah Nabi Isa. Saya menangis sekali-sekala sehingga telah meningkat dewasa. Selepas saya dah keluar dan bercakap dalam khutbah pun, pada bila-bila saya sebut tentang Nabi Isa atau apabila orang tanya tentangnya, saya menitiskan air mata lagi. Begitu menyakitkan. Orang boleh begitu kejam, tak berhati perut, tak berperasaan… ya Tuhan... menyeksa Orang yang begitu suci seperti itu. Meskipun mereka tak percaya bahawa Nabi Isa adalah suci, jika itu orang biasa saja pun, kita tidak buat begitu! Baginda tidak buat apa-apa yang salah terhadap sesiapa pun, hanya mengajar manusia perkara sebenar dan cara menjadi bebas. Jika semua orang di Bumi dengar kata-kata Nabi Isa, menemui Nabi Isa pada masa itu, dengar semua Ajaran-Nya dan mengikutnya, semua negara telah menjadi aman damai seperti Syurga. Kita telah ada segalanya dengan banyak. Kita takkan ada sebarang jenis penderitaan dan dunia ini telah menjadi Syurga terbaik sekarang.

Oh, kita orang yang begitu bernasib malang! Tolonglah, berdoa dgn segala kekuatan anda kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa agar anda mungkin temui salah seorang Santo yang ditugaskan oleh Tuhan, atau mungkin yg terbaik drpd semuanya, Anak-Nya. Tetapi Santo Peringkat Keempat pun juga dapat membebaskan anda kerana jika anda berada di Peringkat Keempat, anda takkan dihukum lagi kerana anda telah bebas. Mana-mana peringkat di atas Tiga Alam ialah status terjamin bahawa anda takkan menderita, tidak dilahirkan semula, mati atau alami penyakit di dunia rendah dan penuh penderitaan lagi. Mereka tidak sebut tentang neraka. Anda takkan mengetahui itu lagi.

Kemudian dari sana, anda malah boleh perlahan-lahan belajar lebih banyak dengan Guru yg lebih tinggi dan menaik ke Peringkat Kelima, peringkat paling megah yang dapat anda capai dari dunia fizikal ini. Peringkat-peringkat lain, Keenam, Ketujuh, Kelapan, Kesembilan bukanlah untuk manusia – dengan sifat dan peringkat manusia – capai atau diami. Peringkat Kelima adalah megah, indah, menggembirakan selama-lamanya, sudah selama-lamanya. Adalah bertuah bagi roh sesiapa yang malah dapat ikut mana-mana Guru utk capai peringkat itu. Tak begitu senang dalam badan fizikal ini untuk capai peringkat itu pun. Tetapi dengan Guru anda, jika Dia dari Peringkat Kelima atau dah capai Peringkat Kelima, maka anda pasti akan pergi ke sana. Mungkin bukan dengan serta-merta tetapi Guru itu pasti akan bawa anda ke atas sana dengan perlahan-lahan, suatu hari nanti selepas anda telah tinggalkan planet fizikal ini.

Guru Peringkat Keempat pun, anda harus puji, harus ikut, harus bersyukur dan sentiasa berterima kasih dalam hati jika anda menemuinya. Sangat sukar bagi anda mengetahui siapa ialah siapa, dah tentu. Ada tiga orang Guru Tinggi saja di planet ini. Mereka takkan kelihatan seperti orang yang anda jangkakan. Mereka tidak dalam mana-mana kononnya kumpulan agama pun, gereja atau tokong terkenal atau mana-mana pertubuhan agama. Hanya apabila anda bertuah, anda akan menemui Mereka. Tolonglah doakan itu, tiada apa-apa yang lain lagi. Doakan itu kerana itu jaminan Pembebasan anda selama-lamanya ke akhirat yang menggembirakan dan alam-alam menakjubkan yang akan menanti anda jika anda ada Guru sebegini. Itu Pembebasan yang pasti.

Apa-apa yang lain, anda boleh hasratkan, boleh doakan, boleh harapkan, tetapi tanpa Guru sebegini, Santo dan Orang Suci dari Peringkat Keempat atau Kelima, anda tiada ‘insurans’ ini. Mungkin anda capai Syurga yang lebih tinggi, seperti mungkin Astral, kemudian Peringkat Kedua atau Peringkat Brahman tetapi anda akan lahir semula secara berulangan di dunia fizikal dan mungkin terjerumus lagi. Orang yang ada pahala yang mencukupi dalam hayat sekarang di Bumi, kemudian sesuatu kejadian bawa mereka ke Peringkat Astral pun, mereka dah rasai kasih sayang yang sangat besar. Mereka menemui Santo dan Orang Suci di sana. Mereka menemui seseorang yang kelihatan seperti Nabi Isa, atau mungkin jelmaan Nabi Isa di alam Astral itu untuk mereka. Mereka sudah rasai kasih sayang besar sekali yang tak pernah mereka alami di Bumi.

Sebab itu orang yang kononnya mati sekejap dan pergi ke Syurga, hanya Syurga Peringkat Astral pun, mereka begitu gembira, begitu ceria. Mereka tak nak kembali ke planet ini. Saya tak menyalahkan mereka. Tiada apa-apa di sini yang dapat dibandingkan dengan itu, hanya Syurga Prgkt Astral tinggi pun – disebabkan pahala mereka pada masa lalu.

Tetapi ini tak bermakna mereka akan mendapat Pembebasan selamanya. Mungkin jika dalam hayat lampau mereka membuat sesuatu yang baik atau menemui Guru yang baik, pahala itu akan mengikut mereka, kemudian Guru itu akan menyambut mereka sekali lagi di Peringkat Astral dan semakin banyak mengajar mereka sehingga mereka capai tahap pencapaian spiritual yang lebih tinggi, bebas.

Jadi sebenarnya Guru hidup ialah jaminan pasti kepada anda. Jadi saya berdoa untuk sesiapa drpd anda. Jika anda ingin pulang ke Rumah, ingin benar-benar mendapat Pembebasan dari dunia penuh penderitaan ini selama-lamanya, anda mesti cari seorang Guru hidup, bukan Guru yang sudah menaik ke Syurga kerana tenaga spiritual Mereka tiada di planet kita lagi jika dah terlalu lama Mereka meninggalkan dunia fizikal ini.

Guru terbaharu, mungkin, jika Mereka meninggalkan planet fizikal kita sekitar dua ratus tahun dahulu, lebih kurang, maka mungkin kita masih dapat mewarisi tenaga Kuasa spiritual Mereka. Kita masih boleh berdoa kepada Mereka dan Mereka akan masih dapat membantu kita melalui hubungan tenaga spiritual Mereka yang tertinggal di Bumi ini atau melalui pengikut Mereka jika pengikut itu sudah berada dalam tenaga Guru. Jika tidak, jika mana-mana Guru telah meninggal terlalu lama dahulu dan sudah pergi ke Syurga yg lebih tinggi, Mereka tak berhubung dengan kita. Mereka tak dapat beri inisiasi dan pembebasan sepenuh kepada kita. Mesti cari Guru hidup untuk itu. Kita masih boleh memuji Mereka, berterima kasih kepada Mereka dan berikan pujian kepada Mereka tetapi tak begitu pasti seperti jika anda mencari Guru hidup.

Jadi tolong cari. Berdoa dan sendiri cari. Saya bukan cuba mengiklankan apa-apa. Saya hanya katakan apa-apa untuk manfaat anda. Dah tentu, pintu saya masih terbuka utk sesiapa saja drpd anda yg benar-benar percaya dan secara ikhlas meminta bantuan saya. Saya janji kepada anda, saya akan bantu. Tetapi ini tak bermakna anda perlu cari saya. Anda boleh cari mana-mana Guru. Cubalah berdoa dengan ikhlas dan Guru akan berjumpa dengan anda, cari anda. Atau anda akan ada sesuatu bayangan, sesuatu buku atau sesuatu hubungan, sesuatu maklumat supaya anda akan tahu itu dihantar oleh Tuhan untuk anda mencari Guru itu melalui hubungan itu, buku itu atau apa-apa saja cara yang mungkin anda temui.

Saya ucapkan semoga anda semua bertuah dalam Berkat spiritual Tuhan Yang Maha Berkuasa, satu-satunya Anak Tuhan, semua Santo dan Orang Suci yg baru-baru ini telah menaik ke Syurga serta Santo dan Orang Suci yg masih hidup pada zaman kita sekarang. Amin. Semoga Tuhan lindungi anda, rahmati anda hingga waktu itu. Semoga Tuhan berkati dan kasihi anda selama-lamanya, sekurang-kurangnya hingga waktu itu. Amin. Saya kasihi anda semua dgn Nama Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/3)
1
2023-11-09
9615 Tontonan
2
2023-11-10
6557 Tontonan
3
2023-11-11
6657 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android