Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Visits to Hell, Part 11 – Following False Master Leads to Hell

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Q(f): ...Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang berkaitan dengan persidangan ‘Inisiasi Memerlukan Kuasa Guru’. Ketika datuk saya masih hidup, beliau diinisiasi oleh Guru kita tetapi selepas itu mengikut seseorang yang mendakwa bahawa dia mewakili Guru. Orang ini berikan banyak arahan yang salah, berbeza dengan apa yg Guru ajarkan kpd kita semasa inisiasi. Selepas menyaksikan ‘Inisiasi Memerlukan Kuasa Guru’, saya tahu ini situasi yang Guru katakan dan orang ini ialah guru palsu.

Master (vegan): Tanpa kebenaran Guru, kamu tak harus memberi inisiasi. Pada waktu inisiasi, kita telah beritahu mereka supaya tidak mendedahkannya. (Ya. Betul.) Tetapi jika kamu tak dengar itu dan menyimpang disebabkan oleh ego kamu, peringkat rendah kamu, dan memberi inisiasi kepada orang lain, maka kamu akan memudaratkan diri sendiri dan orang yang diinisiasi kerana peringkat kamu terlalu rendah. (Ya. Betul.) Kamu mendakwa dirimu seorang Guru padahal kamu bukan. (Betul.) […]

Ini berlaku. Ini berlaku dalam hidup saya juga. Seseorang ingat hanya memberikan arahan dan berjalan ke sana sini seperti apa yang dilakukan oleh Guru, menyentuh kepala orang dan itu saja. (Ya.) Terdapat khazanah besar di sebaliknya yang belum dipelajarinya. (Ya.)

Tetapi biasanya mayalah yang menipu mereka. Kerana sesiapa yang melakukan ini, sesiapa yang pergi memberi inisiasi tanpa kebenaran Guru dan mendakwa dirinya ialah Guru tetapi tak tahu apa-apa pun, hanya meniru ajaran Guru, meniru pertuturan Guru, meniru perbuatan luaran Guru, meniru khutbah Guru tetapi mendakwa itu miliknya, ini bermakna orang ini ada superego dan jenis ego ini akan menarik maya. (Ya.) Ini sejenis titik bocor supaya maya boleh berhubung atau memasuki dirimu. (Ya. Faham.) Maka kamu tiada perlindungan, malah terputus daripada Guru kerana egomu membina tembok di sekeliling kamu. (Betul.)

Itu tidak jujur juga. (Ya.) Kamu mendakwa kamu ialah Guru padahal kamu bukan. Kamu tiada sebarang kuasa. Jadi karmanya sendiri kembali kepada dia dan dia juga mengambil karma orang lain dengan inisiasi, maka mereka semua pergi ke neraka. Tiada bantuan. (Ya.) Hubungan terputus.

(Ya, Guru.) Sama seperti tenaga elektrik terputus.

Q(f): Datuk saya meninggal dunia lima tahun yang lalu. Baru-baru ini, saya alami visi dalaman yang menunjukkan kepada saya apa yang berlaku kepada beliau. Ketika bermeditasi, saya dibimbing ke sebuah pintu dan disuruh memanggil syaitan tertentu. Saya mengetuk pintu, memanggil syaitan itu dan ternampak imej makhluk yang bertanduk. Apabila imej itu memudar, seseorang muncul. Auranya gelap dan muram. Dia tanya saya apa yang saya mahukan dan saya berkata saya dihantar ke sini oleh Mahaguru Ching Hai, Guru saya. Saya diminta supaya mengisi borang dan tidak lama kemudian keluar daripada meditasi. Selepas itu, saya berfikir orang ini hampir sama dengan datuk saya dan teringat Guru menjelaskan bahawa sesetengah saudara seguru pergi ke neraka untuk menyelamatkan orang tersayang. Saya terasa ini apa yang berlaku. Jadi seperti apa yg dijelaskan oleh Guru, mereka yang diinisiasi oleh guru palsu tidak pergi ke Syurga kerana hanya Guru bermakrifat mempunyai Kuasa yang diakui oleh Syurga. Juga, berkenaan dengan jenis orang yang mencuri anak murid Guru dan menyesatkan pencari kebenaran, saya rasa orang yang berikan arahan inisiasi yang palsu telah dirasuk syaitan atau merupakan syaitan. Sebab itu saya ternampak imej tersebut. Saya rasa itu mengesahkan apa yang juga telah dijelaskan oleh Guru semasa membaca Kitab Surangama!

Master (vegan): Oleh sebab dia dengan tamak dan penuh nafsu mahukan segala jenis kuasa spiritual ini, jadi “pada masa itu syaitan dari syurga mengambil kesempatan yang dinanti-nantikannya ini. Rohnya merasuk orang lain dan mempergunakan dia sebagai suara untuk menjelaskan kitab dan ajaran. Orang ini, memang tidak sedar bahawa dirinya telah dirasuk syaitan, jadi mendakwa bahawa dia telah capai Nirvana tertinggi.” Bermakna dia sudah menjadi Buddha. Syaitan buatnya berfikir macam itu dengan menggunakan kuasa syaitan.

Q(f): Jadi seperti yang diajarkan oleh Guru, adalah sangat penting hanya mengikut ajaran langsung Guru dan bukan orang lain.

Terima kasih, Guru, kerana sentiasa membimbing kami dan mengingatkan kami supaya rajin beramal dan tidak tersesat. Terima kasih kerana menjadi Matahari yang bersinar selama-lamanya untuk roh saya. Saya kasihi Guru! Dgn kasih sayang dan rasa terima kasih, Nevaeh dari California, Amerika

Vegan: kerana neraka bukanlah hanya satu perkataan, ia benar-benar wujud dan menggerunkan.

Vegan: melawan kuasa negatif

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk lebih banyak testimoni yang boleh dimuat turun secara percuma, kunjungilah SupremeMasterTV.com/to-heaven
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (11/12)
2
2021-05-24
13806 Tontonan
4
2021-05-24
12466 Tontonan
12
2023-10-19
4099 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android