Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Hrvatski jezik
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Hrvatski jezik
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

VEGETARIANISME DALAM AGAMA Larangan terhadap Pemakanan Daging Haiwan

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

AGAMA BAHAI

“Mengenai larangan memakan daging haiwan, anda harus tahu bahawa sejak permulaan ciptaan, Tuhan telah menentukan makanan setiap makhluk dan makan secara bertentangan dengan penetapan ini adalah tidak dibenarkan.”

AGAMA BUDDHA

“…SEMUA DAGING YANG DIMAKAN OLEH ORANG IALAH DAGING SAUDARA-MARA MEREKA SENDIRI.” ~ Kitab Lankavatara

“Selepas bayi dilahirkan, mestilah berjaga-jaga juga agar tidak bunuh mana-mana haiwan untuk dihidangkan kepada si ibu dan tidak menghimpunkan saudara-mara untuk minum arak atau makan daging... kerana pada waktu bersalin yang susah, ada begitu banyak syaitan, raksasa dan goblin yang ingin minum darah yang berbau... dengan jahil membunuh haiwan untuk dimakan... mereka menyumpah diri sendiri, memudaratkan si ibu dan bayi.” ~ Kitab Ksitigarbha

“Berhati-hati beberapa hari selepas seseorang meninggal dunia, jangan membunuh, memusnahkan atau mewujudkan karma buruk dengan menyembah atau menawarkan korban kepada syaitan dan dewa... kerana pembunuhan dan penyembelihan yang dilakukan, penyembahan yang dibuat atau korban yang ditawarkan itu TIDAK MENDATANGKAN SEDIKIT KEBAIKAN PUN KEPADA SI MATI, TETAPI AKAN MENAMBAHKAN LAGI KARMA BURUK PADA KARMA SEBELUMNYA, MENJADIKANNYA LAGI DALAM DAN SERIUS. ...jadi MENANGGUHKAN KELAHIRAN SEMULANYA DALAM KEADAAN YANG BAIK.” Iota bermaksud kesan yang paling kecil (hampir kosong). Karma bermaksud balasan. ~ Kitab Ksitigarbha

“Jika biksu tidak memakai pakaian yang dibuat daripada sutera, kasut kulit dan bulu tempatan serta tidak mengambil susu, krim dan mentega, susu, krim dan mentega, mereka akan mendapat pembebasan. Jika orang dapat mengawal badan dan mindanya, dengan itu menghindarkan diri daripada makan daging haiwan dan pakai produk haiwan, saya kata dia akan mendapat pembebasan.” Bhiksu bermaksud sami. ~ Kitab Surangama

“Jika mana-mana anak murid saya masih makan daging, tahulah bahawa dia salah satu daripada keturunan candela. DIA BUKAN ANAK MURID SAYA dan saya bukan gurunya. Oleh itu, Mahamati, jika sesiapa berhasrat untuk menjadi saudara saya, DIA TIDAK HARUS MAKAN DAGING.” Candela bermaksud pembunuh. Candela bermaksud pembunuh. ~ Kitab Lankavatara

CAO ĐÀI-ISME

“…Perkara yang paling penting adalah hentikan pembunuhan kerana haiwan juga mempunyai roh dan pemahaman seperti manusia. JIKA KITA BUNUH DAN MAKAN MEREKA, KITA BERHUTANG DARAH KEPADA MEREKA.” ~ Ajaran Santo

AGAMA KRISTIAN

“Daging untuk perut, dan perut untuk daging: tetapi Tuhan akan memusnahkan kedua-duanya.” ~ Kitab Suci Bible

“Sementara daging masih di antara gigi mereka, belum dikunyah, kemurkaan TUHAN telah dibangkitkan terhadap orang-orang itu dan TUHAN menghapuskan mereka dengan bencana yang sangat besar.” ~ Kitab Suci Bible

KONFUSIANISME

“Semua orang tidak sampai hati melihat penderitaan orang lain. Orang superior, semasa melihat haiwan yang hidup, tidak sampai hati melihat mereka mati; apabila dengar raungan mereka ketika hampir mati, DIA TIDAK SAMPAI HATI MAKAN DAGING MEREKA.” ~ Mensius

ĐẠO DỪA-ISME (Agama Buddha Nam-Quốc)

“Supaya ada kedamaian, pertama sekali manusia mesti berdamai dengan haiwan, tidak membunuh mereka untuk menyara diri, maka akan ada kedamaian dalam kalangan orang.” ~ Guru Nguyễn Thành Nam, Tokong Nam Quốc Phật

ESSENISME

“Saya datang untuk menghentikan korban dan kenduri darah. Jika kamu TIDAK HENTIKAN TAWARAN SERTA PEMAKANAN DAGING DAN DARAH, kemurkaan Tuhan terhadap kamu takkan reda.” ~ Gospel Dua Belas Orang Suci

AGAMA HINDU

“Memandangkan kamu tidak dapat menghidupkan semula haiwan yang telah dibunuh, kamu bertanggungjawab ke atas pembunuhan mereka. Oleh itu, kamu akan pergi ke neraka; kamu takkan mendapat pembebasan.” ~ Adi-lila

“Orang yang ingin menambahkan daging sendiri dengan makan daging haiwan akan hidup sengsara dalam apa-apa spesies pun dia dilahirkan.” ~ Mahabharata, Anu.

“Wahai Raja-raja yang terbaik! Jika sesuatu yang diperoleh dengan mencederakan makhluk lain digunakan dalam perbuatan membawa tuah, ia mendatangkan kesan yang bertentangan pada waktu balasan.” ~ Devi Bhagavatam

ISLAM

“ALLAH TIDAK KASIHANI SESIAPA YANG TIDAK MENGASIHANI MAKHLUK-NYA.” ~Hadis

“Jangan sama sekali biarkan perut anda menjadi kubur pada haiwan.” ~Hadis

JAINISME

“Pertapa sejati TIDAK HARUS MENERIMA MAKANAN DAN MINUMAN yang disediakan khas untuknya DENGAN MENYEMBELIH HAIWAN.” ~ Sutrakritanga

AGAMA YAHUDI

“Barang siapa yang menetap di Israel atau orang asing di sekeliling kamu yang makan sebarang darah*, SAYA AKAN BERPALING DARI ORANG YANG MAKAN DARAH* ITU dan takkan menganggapnya sebagai anak buah saya.” ~ Kitab Suci Bible *darah: bermakna ‘daging’ yang berdarah.

SIKHISME

“Orang yang mengambil ganja, daging dan arak, tidak kira apa pun ziarah, puasa dan upacara yang diamalkan, mereka semua akan pergi ke neraka.” ~ Guru Granth Sahib

TAOISME

“Jangan pergi ke gunung untuk tangkap burung di dalam sarang atau ke kawasan perairan untuk meracun ikan dan udang. Jangan menyembelih lembu.” ~ Jalan Senyap

AGAMA BUDDHA TIBET

“Menawari dewa dengan daging yang diperoleh daripada membunuh haiwan adalah seperti menawari seorang ibu dengan daging anaknya sendiri dan ini suatu dosa besar.” ~ Jalan Tertinggi Anak Murid

ZOROASTRIANISME

“Tumbuh-tumbuhan itu, Aku, Ahura Mazda (Tuhan), melimpahi bumi untuk menyara orang yang beriman dan lembu yang pemurah.” ~ Avesta

Dan sebagainya...

Ini hanya beberapa contoh sahaja. Untuk butiran lanjut, sila log masuk ke: SupremeMasterTV.com/scrolls

Memakan daging haiwan bermakna kita kurangkan kasih sayang dalam diri kita, daripada struktur suci kita. daripada struktur suci kita. Kita dilahirkan daripada Tuhan, kita suci, kita ialah anak Tuhan sejati. Tetapi jika kita makan haiwan, maka kita campurkan jenis darah dan kod genetik antara manusia dan haiwan, menjadikan kita kehilangan status sebagai ciptaan tertinggi.

Sebagai manusia tulen, anak Tuhan, kita di bawah hubungan langsung dengan Cahaya, dengan kuasa besar Guru pusat arahan alam semesta. pusat arahan alam semesta. Kita boleh mengarah segalanya di bawah Syurga kerana kita tulen dan kita ialah anak Tuhan. Tetapi kita sentiasa memasukkan unsur yang berlainan ke dalam badan kita, secara fizikal pun, ia akan mempengaruhi struktur rohani kita juga. Kerana kita menjadi makhluk yang bercampur, struktur yang bercampur, tidak tulen. Kita menjadi hibrid, mudah alami serangan daripada kuasa gelap kerana kita tidak tulen lagi. Oleh itu, jenis makhluk yg bercampur ini boleh dihapuskan kerana makhluk yang bercampur ini hantar tenaga yang amat mengelirukan, mesej yang mengelirukan ke pusat alam semesta. Ia tak dikenali sebagai manusia tulen. Jadi kita boleh dihapuskan dari dunia fizikal untuk dikitar semula, ditapis untuk menjadi tulen semula dan diguna semula. Tapi proses ini boleh amat menyakitkan dan menyeksakan utk tempoh yg panjang, mungkin beratus-ratus ribu tahun Bumi.

Semua orang tahu bahawa diet vegan baik untuk kesihatan dan dapat menyelamatkan planet ini. Mereka akan membangkitkan sifat diri yang agung, berbelas kasihan, penyayang. Kemudian tahap kesedaran mereka akan meningkat dengan sendirinya. Mereka akan lebih faham daripada sebelumnya. Mereka akan menjadi lebih dekat dengan Tuhan daripada sekarang.

Saksikan Lebih Banyak
...Dalam Agama  (11/24)
1
2021-03-19
10114 Tontonan
3
2022-01-22
5638 Tontonan
5
2021-12-08
7263 Tontonan
6
4:23
2019-11-06
8599 Tontonan
7
2022-01-07
5598 Tontonan
8
2021-04-28
19179 Tontonan
12
2019-10-30
10166 Tontonan
14
2019-04-22
9690 Tontonan
16
2018-07-27
7769 Tontonan
18
2020-06-04
13245 Tontonan
20
2017-11-30
8456 Tontonan
22
2018-01-21
6247 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android