Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Seorang Guru yang Ikhlas Sukar Dicari, Bahagian 2 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Segala-galanya ialah Buddha. Buddha ada di mana-mana saja. Tuhan ada di mana-mana saja. Segala-galanya ialah Tuhan. Jika ini benar, mengapa kita perlu mematuhi rukun? Mengapa kita perlu berbuat baik? Mengapa kita perlu elakkan perbuatan kotor, jahat? Jika orang jahat juga ada Sifat Buddha, Tuhan, dan dicipta oleh Tuhan juga, maka mengapa kita perlu bermeditasi? Mengapa kamu perlu berbuat baik dan mematuhi rukun?

Saya beritahu kamu. Ini kerana hayat demi hayat, kita sudah mempelajari perkara buruk. Contohnya, Tuhan adalah macam itu: Di tempat terendah, itu Dia; di tempat pertengahan, itu Dia; dan di tempat tertinggi, itu Dia juga.

Di manakah kita sekarang? Kita berada di tempat terendah, atau sekurangnya di tempat pertengahan. Paling tinggi kita di tempat pertengahan. Kita belum mengenali tempat yang lebih tinggi. Sekarang jika kita terus membuat jenis kerja buruk itu atau berbuat jahat dan tidak mematuhi rukun, tiada pemahaman yang jelas, maka kita hanya mengenali aspek-Nya yang lebih rendah. Kita takkan dapat memanjat ke atas dan mengenali bahagian tertinggi-Nya. Jadi sekarang setelah mempelajari aspek rendah, kita tinggalkannya. Hayat demi hayat, kita telah pelajari terlalu banyak, dah cukup bagi kita. Sekarang kita nak memanjat ke atas. Atau memandangkan kita berada di tempat pertengahan dan jauh lebih bersih sekarang, kita masih perlu memanjat ke atas.

Kita ingin tahu: Syurga, Bumi, bahagian yang lebih tinggi, bahagian pertengahan dan bahagian terendah. Waktu itu baru akan kita mengenali Tuhan sepenuhnya. Faham atau tidak? (Faham.) Waktu itu baru akan kita menjadi Tuhan. Macam itulah. Waktu itu baru akan kita lihat itu tak benar-benar kotor sangat, tak benar-benar begitu baik dan tak benar-benar begitu buruk. Segalanya ialah Tuhan, segalanya ialah pengaturan Pencipta. Tetapi sebelum kita mengenali yang tertinggi, kita tak dapat berfikir macam itu. Bagi kita, baik tetap baik, dan buruk tetap buruk. Kemudian kita keliru: “Huh? Guru berkata bahawa Tuhan ada di mana-mana saja dan segala-galanya ialah Tao, maka mengapa Dia masih suruh saya beramal dengan begitu ketat dan mematuhi rukun? Bukankah mereka yg buat perkara buruk di luar ialah Tuhan juga?” Ya, ya. Tetapi dia ialah Tuhan di sudut lain. Dia masih tenggelam di tempat yang gelap. Dia belum menyedarinya sepenuhnya.

Contohnya, kita tinggal di… Kita bina rumah yang sangat besar, di dalamnya ada ruang tamu, bilik tidur, tandas, dapur. Adakah kamu berada di dalam tandas sepanjang hari? Maka kamu telah hilang akal. Kerana… itu… Baiklah, baiklah. Tepuk tangan. Dah tentu, kita tak boleh berkata bahawa tandas bukan kita punya. Ia kita bina juga, untuknya kita curahkan wang dan usaha juga. Kita juga cuba bersungguh-sungguh untuk binanya dengan baik sekali tetapi ia hanyalah tandas. Kita tak boleh berada di dalamnya sepanjang hari. Betul? (Betul.)

Sama juga. Semasa kita lihat seorang Guru bermakrifat, serupa juga. Kita lihat setiap aspek! Bukan hanya kononnya bahagian buruk. Contohnya, bolehkah kita bina istana yang cantik tanpa tandas? Tidak. Itu sangat penting. Itu sangat penting, dan tempat untuk membuang sampah adalah penting juga. Kita tak boleh ada istana yang tiada tandas dan tiada tempat membuang sampah. Ia adalah perlu! Istana terbesar ialah istana diraja. Yang paling penting ialah… contohnya, ada tempat itu juga di kediaman rasmi presiden.

Sama juga, jika seorang Guru bermakrifat berada di tempat yang lebih tinggi, Dia takkan memerlukan benda itu. Tetapi semasa berada di sini, Dia tetap memerlukan sesuatu untuk membuang sampah. Kononnya ‘tempat buruk-Nya’ adalah untuk membuang sampah. Jika tidak, di mana Dia nak buang sampah kita? Tinggalkannya di sana buat sementara waktu. Dia akan bakarnya selepas itu apabila ada masa. Faham maksud saya? (Faham.) Oleh itu, tak perlu lihat berapa panjang atau pendek rambut-Nya, apa jenis pakaian yang dipakai-Nya. Benda itu tak berkaitan. Dia buat banyak perkara selain itu. […]

Photo Caption: TUHAN Begitu Pemurah di Hutan! Lagi Melimpah-ruah di Alam! (semuanya makanan tiada kesakitan)

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/5)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-01-18
3055 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-01-19
2550 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-01-20
2481 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-01-21
2355 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-01-22
2090 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-02-08
399 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-02-08
588 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-07
2 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-07
638 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-02-07
932 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-06
660 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-06
223 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun